10 Dis 2009

Menuruti Langkah Si Kijang Yang Hebat

Lutfi dan Kijang Care
Oleh Husam Musa

Kijang Care bukan idea saya. Ia cadangan peminat blog ini. Dalam dunia terhubung dengan jaringan net tanpa sempadan, sumbangan kecil dari seantero glob boleh menjadi sangat bermakna. Jaringan net boleh melakukannya.

Caring adalah sebati dengan jiwa semua pejuang Islam, juga insan lain di seluruh dunia. Masa itu saya ADUN Kijang, lalu KIJANG yang jadi lambang Negeri Kelantan dicadangkan jadi nama Tabung Prihatin ini - Kijang Care.

Sekalipun saya telah berubah DUN dari Kijang ke Salor, tetapi kerana Kijang adalah bersifat Ke Kelantanan dan tidak terhad kepada DUN Kijang semata, nama ini dikekalkan. Capaian keprihatinannya adalah meluas, setakat dana yang ada, mengikut urgensi yang wujud.

Ketika saya menziarahi Sdr. Lutfi, Ketua Pengarang Harakah, saya tak tau dia ada masalah jantung. Beliau pun tak tau. Yang dia tau, dia sakit dada sebelah kiri dan sedang menunggu tarikh berjumpa doktor ikut jadual temujanji seterusnya.

Setahu saya serangan jantung boleh berlaku tak tunggu jadual temu janji. Setahu saya juga, sakit jantung sekarang agak manageable, tapi mesti cepat sebelum terlambat. Pengalaman saya, ramai rakan berakibat fatal dari serangan jantung kerana terlambat diperiksa atau mendapat rawatan.

Kijang Care membiayai sedikit kos pemeriksaan Lutfi supaya sakitnya dapat ditentukan segera. Lalu Lutfi disahkan perlu menjalani rawatan angioplasty sesegera mungkin kerana tiga saluran arteri jantungnya tersumbat.

Hari yang sama saya melawat Lutfi, wakil Kijang Care melawat Pak Cik Jamal yang terlantar dan sedikit sumbangan telah disampaikan. Pak Cik Jamal agak sentimental dengan saya kerana dalam pilihanraya kecil Pulai Condong di mana PAS menang tipis, sumbangan Pak Cik Jamal amat terasa. Kini, beliau terlantar tetapi suaranya masih gagah bila dia menalipon saya ketika wakil kami sedang bersama beliau.

Tujuan saya menulis entry ini bukan nak besarkan sumbangan pembaca melalui Kijang Care. Tujuannya ialah untuk mengajak anda terlibat sama dengan program ke hadapan kami.

Di Manek Urai, belia dan anak muda inginkan satu padang bola dan tempat reakreasi dan riadhah mereka, khusus di Kg. Manjor dan Budi.

Sekeping tanah seluas 6 ekar dicadangkan dijadikan sebagai padang bola dan aktiviti sukan yang lain untuk remaja bersekitaran. Harga tanah untuk seluas itu hanya RM 109,000. Selain padang bola, kami juga bercadang menempatkan dua tiga buah rumah untuk penduduk miskin selain bangunan pra sekolah, jika sumbangan berlebihan.

Saya bukan ADUN Manek Urai tetapi Kijang Care adalah untuk semua. Jika anda sudi, sumbangkan dalam akaun yang tertera.

Akhir Disember ini, kami akan ke Padang membantu pelajar perubatan Kelantan yang turut terkesan dengan gempa lalu. Sumbangan Kerajaan Negeri sudah ada diamanahkan pada saya untuk membawanya. Rakyat Padang sendiri juga perlu dibantu.

Jika anda ingin ikut sama menjayakan, saya ucapkan terima kasih atas sumbangan anda sekali lagi. Caring and Sharing. Anda, saya dan yang memerlukan.


Penubuhan Tabung Kritikal
Oleh SongkokPutih

Isu pembedahan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah mencetuskan beberapa pandangan dan idea bagi memantapkan lagi konsep Negara Berkebajikan. Tulisan Ali Bukhari yang tersiar di laman Detikdaily boleh dijadikan asas untuk kita bersama-sama memikirkannya. (link artikel)

Sakit, deman, ajal semua adalah ketentuan Ilahi. Walau bagaimanapun persediaan jika berlaku perlu ada di mana kita perlu bersedia ibarat kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan".

Penyakit kritikal yang memerlukan perbelanjaan yang besar, wang "urgent" perlu dikeluarkan di mana kadang kala bantuan melalui prosedur biasa memakan masa dan perkara seperti kita tidak boleh berkompromi kerana melibatkan nyawa.

Sebelum idea Tabung ini dihuraikan, suka saya memberikan sedikit maklumat supaya tidak ada yang menyalah sesiapa atas apa yang berlaku pada Ahmad Lutfi Othman.

Harakah mempunyai tabung bantuan perubatan kakitangan yang bernilai RM1500.00 untuk setiap pekerjaannya dalam masa setahun. Ahmad Lutfi Othman yang kita sudah maklum selalu sakit dan difahamkan telah mendapat perubatan yang agak "special" melebihi daripada bantuan yang sepatutnya dapat untuk kakitangan Harakah.

Bila beliau kena serangan jantung, di mana saluran jantungnya tersumbat. Dia perlukan rawatan di HUKL. Kita sudah maklum bahawa dia akan menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan ini. Ini soal nyawa kita tidak boleh lama membuat keputusan atau lambat mendapatkan rawatan.

Kebetulan seorang rakan karib, yang juga adalah pimpinan utama PAS telah memberikan cadangan untuk beliau mendapatkan rawatan segera di HSC Medical Centre di Jalan Ampang. Rawatan ini memerlukan belanja yang amat besar. Ya soal nyawa dan wang menjadi pertaruhan. Rakannya ini telah sanggup menanggung kos perubatan ini.

Pembedahan pertama iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka satu saluran jantungnya yang tersumbat telah berjaya dilakukan. Kos pembedahan ini ialah RM18,000.00

Dua saluran lagi masih belum dibuka dan akan dilakukan pada Jumaat ini 11 Disember 2009 di tempat yang sama di HSC Medical Centre Jalan Ampang. Kos pembedahan kali kedua ini mungkin sekitar RM20,000.00. Satu jumlah yang besar.


Ahmad Lutfi Othman tidak mahu membebankan sahabatnya sendiri dengan wang sekitar RM40 ribu. Idea untuk menyelamat orang lain yang mengalami nasib yang sama perlu diketengahkan. Inilah timbul perbincangan antara beliau dengan Ali Bukhari.

Bantuan daripada Harakah, Inisiatif daripada beberapa laman dan Blog, PAS-PAS Kawasan seperti PAS Kubang Pasu dan mungkin banyak lagi banyak lagi yang akan timbul atas usaha dan simpati serta semangat perjuangan ini boleh dimanafaatkan untuk satu Tabung Khas untuk ini. Mungkin kita namakan Tabung Kritikal.

Saya dimaklumkan wang yang akan di kumpul ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Kritikal sebagaimana perbincangan antara Ahmad Lutfi Othman dengan Ali Bukhari Penulis Tamu Detikdaily. Wang bantuan rakan karibnya dll akan dikumpulkan di sini. Selebihnya akan digunakan untuk bantuan kepada orang lain pula.

Saya mengharap atas semangat ukhwah Islamiyyah, semua laman dan blog bersatu hati atas usaha murni ini dan sama-sama kita berkempen untuk memberikan bantuan kepada Ahmad Lutfi Othman bagi tujuan yang dimaksudkan.

Sumbangan boleh dilakukan terus melalui akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman iaitu Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi bernombor 162179670906. (http://www.maybank2u.com.my/)

Pertolongan yang sedikit untuk sahabat yang tidak dikenali sebagai doa kita sesama mukmin akan menjadikan hati-hati kita ini lembut dan 'sujud' atas keredhaan Illahi....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah pandangan komentar dalam blog kickdefella yang ana rasakan sangat bernas.

me (08:57:37) :

Salam,

entahlah apa nak jadi dengan suasana politik di kelantan mutakhir ini.
Pening…pening…Pening rakyat melihat gelagat pemimpin2…
Jikalau tuan/puan semua ingat…semasa ombak tsunami melanda kelantan dengan isu tajaan haji dan PMBK, ado lah sorang YB nih, iaitu nik amar mengeluarkan kenyataan terbuka berkenaan dengan isu penganti tok guru…riuh ploks doh hal ni…

Tapi bilo baca balik kenyataan nik amar nih dale Sinar Harian keluaran 09 Disember 2009 komen hal Datuk Mahfuz Omar menyarankan ariffahmi agar menyegerakan urusan perletakkan jawatan sebagai CEO PMBK, Nik amar nih ploks komen lagu nih…

“…adalah tidak sesuai untuk Mahfuz memberi kenyataan akhbar memandangkan isu tersebut boleh diselesaikan melalui cara yang lebih tertib…”-baco sendirilah artikel penuh dale sinar harian tu…

Pening weh sandiwara di kelantan lo nih…Nik amar pun bagi kenyataan terbuka dalam media hal pengganti tok guru…

so lagi dale artikel Mstar Online…Nik amar jugok ado komen lagu nih…

“…Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan ‘anak-beranak’.-http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/9/mstar_berita/20091209155402&sec=mstar_berita

Sebelum nih Dato’ Husam tak selesaikan dengan cara adik beradik ko?Merusuh ke Dato’ Husam?

Pakat2 fikirlah dengan banyak sandiwara di kelantan mutakhir nih…
Ni salah satu contoh sandiwara di Kelantan…

Ambo saye PAS dan tok guru…tetapi kecewa juga kerana di sekeliling tok guru terdapat orang yang tisdak sesuai untuk menasihati beliau dalm semua urusan.

Cuba kita ingat…dalam sidang DUN Kelantan baru nih…ado YB yang komen hal exco tidak tahu hal urus tadbir…perlu panggil INTAN bagi nasihat…

ambo harap inshaallah kemelut di kelantan akan selesai dengan cara aman dan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah kepimpina tok guru…amin…