11 Dis 2009

DAPSY PP Pertikai Tindakan Pulihkan Penggantungan Ahmad Ismail

Pemuda DAP Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi Umno yang memulihkan penggantungan Ketua Umno Cawangan Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang dilihat sebagai tidak wajar berikutan kesalahan yang dilakukan oleh Ketua Bahagaian itu amat serius dan berunsur sentimen perkauman.

Menurut Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Pulau Pinang, NG Wei Eik, tindakan Majlis Tertinggi Umno yang memulihkan penggantungan Ketua Bahagian itu menjadi tanda tanya semua pihak berikutan kesalahan yang dilakukan oleh beliau adalah serius dan ini membuktikan bahawa Umno tidak tegas dalam mengendalikan masalah disiplin.

Datuk Ahmad Ismail pernah mengemparkan negara apabila mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan menguris perasaan masyarakat Cina apabila mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat bukan Melayu di negara ini sebagai "pendatang" semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Selain itu beliau juga pernah berkata bahawa, kaum cina hanya "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Ng Wei Eik yang juga Adun Kawasan Komtar mempertikai keputusan Majlis Tertinggi Umno yang memendekkan tempoh penggatungan terhadap Ahmad Ismail yang sepatutnya digantung selama 3 tahun keahliannya sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh beliau terlalu serius berbanding dengan hukuman yang dikenakan oleh Tan Sri Isa Samad yang digantung selama 3 tahun keahlianya akibat kesalahan rasuah tanpa memendekan tempohnya.

Jelas beliau kesalahan yang dilakukan oleh Isa hanya melibatkan beberapa individu sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail adalah lebih serius iaitu menguris hati ribuan masyarakat bukan melayu di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda DAP Pulau Pinang mendesak parti-parti cina seperti Gerakan dan MCA yang berada dalam Barisan Nasional agar keluar dari parti komponen itu berikutan tindakan yang dilakukan oleh Umno dilihat tidak adil dan menjejaskan reputasi parti-parti lain dalam BN. -TVS


Tiada ulasan: