28 Dis 2009

Agenda Untuk Menutup Mulut Di dalam PAS

PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan media, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat liputan media massa.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media.

Perkara itu dinyatakan oleh timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (gambar)ketika sesi soal jawab pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS-55 PAS Pengkalan Chepa, malam tadi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan butiran barisan pemimpin yang bakal diberi kebenaran.

“PAS memang mengambil perhatian serius terhadap perkara itu. Dan, kita telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Syura ulama diadakan hampir dua minggu lepas,” katanya.

Beliau juga tidak menyatakan khusus kenyataan media yang dimaksudkan.

The Malaysian Insider difahamkan ia berkaitan dengan siri isu kontroversi PAS Kelantan dan PAS Selangor sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Bachok ini berkata situasi itu berpunca daripada media yang kadang-kadang suka mengolah atau menterjemahkan setiap kenyataan mengikut cita rasa masing-masing.

“Mereka (media) tidak memuatkan intisari sebenar statement yang diperolehi itu.

“Banyak kenyataan dilaporkan adalah tidak sama. Mereka hanya mengambil sebahagian daripada kenyataan dan diolah secara tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan salah seorang peserta program tersebut berhubung kenyataan pemimpin PAS yang dilihat sejak kebelakangan ini seringkali bertindih dan mengelirukan rakyat terutama berkaitan isu semasa politik tanah air.

Jelas beliau, mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat semalam juga memutuskan untuk mengadakan seminar kemanfaatan media untuk kebaikan parti.

Ahad lalu PAS telah mengadakan konvensyen untuk penulis blog.

Menyentuh pasal penggunaan blog secara berleluasa di kalangan pemimpin PAS, beliau tidak menolak kebaikan teknologi dunia maya itu buat setiap lapisan masyarakat.

“Tapi biarlah rasional. Biar ada bukti dan fakta semasa membuat apa-apa luahan atau kenyataan melalui blog,” katanya.

Program Munaqasyah Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS merupakan aktiviti tahunan PAS diadakan di seluruh peringkat pusat, negeri dan kawasan.

Ucapan dasar yang bertajuk “Islam Memimpin Perubahan” telah disampaikan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS-55 hampir enam bulan lalu.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa.

Mohd Amar semasa mengulas cabaran politik semasa berkata kekuatan serta kejayaan PAS menghadapi segala cabaran itu berpaksikan kepada dua asas utama iaitu akidah dan ukhuwah.

“PAS mewarisi dua asas itu daripada ulama-ulama terdahulu dan dipraktikkan dalam perjuangannya sejak penubuhannya pada 1951,” katanya.

Kata beliau, kegagalan menerapkan falsafah itu dalam perjuangan parti adalah punca budaya politik negara mudah dicemari budaya negatif.

“Itu lah antara punca banyak berlakunya gejala pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Sehingga enjin jet pun boleh hilang, satu perkara tak masuk akal, mengaibkan negara pada kaca mata dunia.

“Masjid runtuh, stadium runtuh, jambatan runtuh, runtuh-runtuh itu sudah menjadi perkara biasa,” katanya.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli PAS dari semua peringkat agar sentiasa memperkukuhkan asas tersebut dalam usaha memperkasakan parti terutama menjelang pilihan raya umum ke-13. -Malaysian Insider

Ulasan GB

Baru semalam GB ulas bahawa terdapat keperluan pemimpin PAS menghadiri kursus. Kursus membuat kenyataan media, kursus Kominukasi Massa dan sebagainya.

Yang menarik pula di dalam laporan Malaysian Insider di atas ialah hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media dengan alasan untuk mengawal impak kerosakan akibat liputan media massa. Harakahdaily, tidak atau belum melaporkan apa-apa lagi.

Yang menjadi persoalan apakah ini (larangan tutup mulut) adalah satu cara untuk mengunci mulut pemimpin-pemimpin yang tak sehaluan dengan pimpinan tertinggi terutama di dalam isu UG? Dan apakah ini juga untuk menutup mulut TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang pernah menimbulkan kontroversi sehingga PAS terpaksa mengadakan mesyuarat khas kerana menimbulkan isu beberapa pemimpin yang dilihatnya bermasalah?

Atau apakah ini juga menjadi justifikasi untuk nantinya munaqasyah menetapkan hanya Presiden, Timbalan Presiden dan Setiuasaha Agong sahaja boleh keluarkan kenyataan? Atau hanya pemimpin tertentu sahaja yang boleh berceramah? Da blogger tertentu sahaja boleh menulis blog?

Satu hal yang perlu diberikan perhatian bahawa saya dimaklumkan terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa ceramah-ceramah PAS yang disampaikan oleh pimpinan parti yang dikaitkan dengan isu UG udah tidak mendapat sambutan rakyat, manakala sebaliknya berlaku kepada ceramah para pemimpin anti-UG. Sejauh mana kebenaran GB masih cuba untuk mendapatkan hasil kajian berkenaan dari seorang pensyarah sebuah IPTA.

Yang kedua, soal blogger. dilaporkan Timbalan Presiden menyatakan "beliau tidak menolak kebaikan teknologi dunia maya itu buat setiap lapisan masyarakat, tapi biarlah rasional. Biar ada bukti dan fakta semasa membuat apa-apa luahan atau kenyataan melalui blog,”.

Biasanya di dalam blog GB, GB akan sentiasa berhujjah menggunakan fakta. Kadang-kala GB terpaksa gunakan video dan cekupan (snapshot) sumber berita. Tidak sekadar tepek dan tampal.

Misalnya di dalam isu Jawatankuasa Disiplin. GB telah kemukana fakta-fakta asas bahawa Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuaa yang tidak sah, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

Faktanya jelas. Dari Perlembagaan. Walaupun ada yang mendakwa GB tak gunakan perlembagaan pindaan terkini, tetapi apabila diminta untuk membawakan mana-mana resolusi muktamar untuk menunjukkan fasal-fasal penting yang dipinda mengenai Jawatankuasa Disiplin, ia tidak dapat dikemukakan, maka dituduhnya GB memfitnah.

GB telah mengulanginya berkali-kali untuk meletakkan kebenaran ke tempatnya yang hakiki, tetapi tiada dari kalangan pimpinan yang tampil memberikan keterangan, yang bererti bahawa apa yang didedahkan itu benar.

GB mengutarakannya supaya PAS kembali ke pangkal jalan. PAS perlu bergerak mengikut asas Perlembagaan. PAS perlu diperkasakan dengan menyedarkan pemimpin-pemimpin parti yang telah terlajak perahunya di dalam menggunakan kuasanya.

Apabila hujjah GB tidak berjawab atau terjawab, maka diwujudkan istilah "fitnah yang benar" yang kononnya tak boleh disebarkan, kerana ia memudharatkan parti. Yang mengimplikasikan bahawa "kebenaran itu mesti disembunyikan demi maruah parti. Konsekuennya, naiknya maruah parti lantaran kebenaran tidak didedahkan. Bermaruahkah apabila fitnah yang benar itu disembunyikan? Sedangkan kudis yang bernanah akan terus bernanah, membesar dan membusuk lantaran ianya disembunyikan.

Ia satu langkah untuk menyerang dan memBTNkan blogger yng kritikal dan konstruktif, tetapi tidak akan berjaya. Kerana di dalam lurning curve PAS, kita sedng bergerak ke depan bukan mengundur ke belakang.

Saya juga membaca dua komen di bawah artikel berkenaan (versi Inggeris)


written by Anak Kedah, December 27, 2009
Leaders should be allowed to speak freely. This is a democratic world. Any party wishes to be in the first world must allow its members to have differences in opinion. There is nothing wrong to have differences.

PR should move away from BN/UMNO style of autocratic rule. PAS must show that it is a party that is vibrant, democratic and forward looking. Free speech is one of them


written by zackeye, December 27, 2009
The party should practise the freedom of speech since it is also fighting for the freedom of speech for all Malaysians. The media will always misinterpret or confuse the public because that is their job being the propaganda arm of opposing parties. The problem with certain PAS leaders will come out of meeting rooms and speak differently from the official communique issued by the meeting secretariat. Leaders should stick with principles and speak consistently on issues.


I'd like to thank the commentators on their responses, as both of you have shown the PAS leader exactly how they should think and act. Thank you.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju...kalau tidak jadi merapu especially yang gian microphone. Dalam PKR & DAP tak ramai pemimpin yang suka merapu. Kalau ada pun orang tak ambil kisah macam Karpal singh dan Zulkifli Nordin.

Begitu juga dengan blogger ada sindrom 'sedap menulis' tetapi tidak bertanggungjawap. Apabila berlaku pertembungan sesama mereka, mereka menyumpah, mengutuk, sumpah laknat dalam isu-isu teknikal sahaja. Persoalan asas mereka akan lari takut terperangkap.

hussin berkata...

kata nasha dirujuk:

"PAS memang mengambil perhatian serius terhadap perkara itu. Dan, kita telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Syura ulama diadakan hampir dua minggu lepas,".

mewujudkan mekanisme untuk menentukan "hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media" adalah keputusan politik.

justeru ia bukan bidang kuasa majlis syura ulama. dengan hanya "membolehkan sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan media" dilihat sebagai percubaan untuk mengekang kebebasan bersuara yang Islam menghormatinya!

masih mahu menjaja "majlis syura ulama" sepertimana "pertemuan dalam gelap" yang dinafikan pada mulanya, cuba diabsahkan kemudiannya "dipersetujui" majlis syura ulama?

penubuhan jk disiplin nyata tidak mengikut perlembagaan. kenapa, di mana yang sepatutnya majlis syura ulama berperanan, diabaikan? manakala peranan jk lain diambilalih oleh majlis syura ulama? kerana majlis ulama dipenuhi oleh virus ug?

sedarlah wahai ahli2 pas yang sayangkan perjuangan "Islam sebagai Dasar". virus "melayu-islam", yang tidak pernah kita dengar 5 dekad yang lalu, kini sedang mengganas di dalam pas.

ia punca segala masalah dalam pas. sehingga sanggup merobek2 perlembagaan pas. sehingga keputusan politik, sekalipun bertentangan dengan Islam, dibincang oleh majlis syura ulama dan sanggup pula membuat keputusan melanggar Islam - mekanisme menutup mulut!

hubaya, hubayalah. keperluan muktamar khas luarbiasa amat ketara sekali.

wallahu'alam

Anak PR Selangor berkata...

Apakah tiada lagi kebebasan bersuara dalam PAS..

Nasaruddin..Nasaruddin

Betul kata Hussin.. kalau tak pasal kumpulan UG ni PAS tak kan bermasalah macam sekarang..