25 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Saya Dah Tua Untuk Didalangi, Nik Aziz Jawab Harun

Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.


Dan umum pun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malalui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini. -MI

15 ulasan:

bita0206 berkata...

Apa nak jadi dengan PAS..... pemimpin PAS kena faham ini bukan parti cari duit dan projek. Ini adalah parti untuk memperjuangkan islam dan tiada balasan di dunia tapi mengharapkan syurga Allah sahaja. jadilah pemimpin yang ikhlas...... Apa nak ditakuti dgn EGM?????????????????

Dr Azhar berkata...

Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?

Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.

Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.

Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.

Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.

Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?

Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

bukan masalah takut dgn EGM.
tapi angin tak ada ribut tak ada..terus nak buat EGM...apake halnya!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya rasa tindakan tgna itu mmg tepat dan tindakan salahuddin yg berbincang dgn tgna juga tepat, Tgna juga telah menukar permintaannya dari egm ke mesyuarat khas. Tidakkah anda nampak betapa indahnya apa yg dilaksanakan PAS. Org yg senior menegur, yg junior dtg berbincang, keadaan menjadi terkawal dan akhirnya semuanya diselesaikan di meja syura. Jauh bezanya dengan parti kebangsaan itu, yg dgn terang terangan menggunakan kaedah menghentam yang tak disukai dengan mengeluarkan segala yg buruk sampai tak nampak baiknya mcm kes Tun Abdullah Badawi, dan kalau suka sokong sepenuhnya sampai dah tak nampak manusia itu punya keburukan, mcm Kes Tan Sri Isa Samad. So, kita golongan yang berada di bawah sama ada sbg pendokong ataupun penyokong, jgnlah jadi mcm UMNO. Marilah kita melihat keadaan ini dengn rasional bukan emosional. Yang salah tetap salah tapi tidak akan selamanya salah kalau mereka sedar mereka bersalah dan kembali ke titik asal perjuangan. Wallahualam. Salam

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat nak bekerjasama dengan UMNO, JKKK pun boleh jadi presiden pas.

Tanpa Nama berkata...

talibarut UMNO dalam PAS bimbang EGM agaknya?

Tanpa Nama berkata...

TGNA lebih ikhlas berbanding kumpulan UG kerana tiada kepentingan berbanding pakar motivasi.

Tanpa Nama berkata...

adakah semua masalah dalam pas akan selesai dengan egm? adakah selepas egm pas akan lenyap dari sebarang isu dan pergeseran? bagaimana kalau semasa egm dijadikan bahan [propaganda media bn sampai penonton jadi percaya dan hilang yakin pada pas?

isunya bukan takut atau tidak, tapi sekiranya penyelesaian boleh didapati melalui jalan selain egm, why not? ikhtiar ikut yg tu dulu

betulkan niat. jangan jadikan medan egm untuk bantai pihak tertentu.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kumpulan UG senada dan seirama dengan UMNO?

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG senada dengan UMNO menyerang TGNA...

Tanpa Nama berkata...

majoriti merosot dimanek urai dan kekalahan teruk di bagan pinang adalah bukti, TGNA tidak didalangi sesiapa...

Tanpa Nama berkata...

TGNA perintah kelantan berapa penggal? TGHH perintah terengganu berapa penggal?? kenapa jadi begitu???yang penting keikhlasan.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa TGNA diserang bertali arus UMNO, tapi hadi langsung tidak disentuh media arus perdana UMNO???

hussin berkata...

musyawarah jalan terbaik, lebih kurang gitu maksud tuan berahim dan tantawi.

hangpa, maaflah, dua2 ustaz, tahu tak kenapa yang pas diserang kelamkabut ni? lacking of musyawarah, ada musyawarah, dah persetujui, langgarnya keputusan. musyawarah apa lagi? keputusan musyawarah terbesar di ipoh (muktamar 54), tak dihormati, ditolak ketepi. siapa punya kerja ustaz? the most powerful man in pas today, isn't it?

ini semua dalaman ustaz. ustaz juga kata kami orang luar tak tahu menahu apa yang berlaku dalaman. ustaz yang kat dalam pun tak nampak, tak tahulah apa nak jadi. cleansing is required! selagi ada karat2 keumnoan dlm pas, ccayalah, tak ke mana pas...

dari statement tuan berahim, kita dapat 'baca' dia tidak sokong egm. dia seorang dari ahli majlis syura. sebab tu mangkuk hayun nasha kata majlis syura to decide... tuan berahim, saya nak tanya satu, saya masih belum dapat jawapan, menipu boleh ke dlm islam?

jumpa umno tak mengaku, bukan menipu ke tu? apabila terdedah, kata pulak dipersetujui majlis syura ulama. ada pulak ahli majlis syura kata tak pernah bincang. kalau ustaz ahli majlis syura masa itu, boleh tolong jelaskan? kalau benar2 tidak ada, bukan bohong ke tu? kencinglah tu!

ni dia kencing lagi, majlis syura akan putuskan muktamar khas..." ustaz takkanlah sama footsetps dgn dia, tak tahulah kot ustaz pun sama menari caca dgn dia. tantawi? hancusssss! mempertahankan 'kepimpinan ulama' satu hal ustaz. menyatakan kebenaran satu hal usatz. mana yang lebih baik, memperatahan 'kepimpinan ulama' yang berbohong atau menyatakan kebenaran?

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Penyokong2 UG masuk saja Ameno..Geng2 yg sokong TGNA takkan rugi seduit pun di dunia ini..