24 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Pemimpin PAS Bermasalah, Berundur Atau Diundurkan

Pelbagai persepsi dikaitkan dengan kekalahan PAS di PRK N31 Bagan Pinang. Namun, kesimpulan yang dibuat ialah PAS kalah kerana kelemahan dan tindak tanduk bodoh PAS sendiri khususnya daripada segelintir para pemimpinnya.

So, apa nak dikatakan lagi.... You reap what you sow!! Itulah natijahnya.

Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan permasalahan kaum bukan-Melayu dan non-Muslim yang dikaitkan dengan PAS diperkatakan dan dimainkan dengan begitu hebat oleh media-media arus perdana, terutamanya apa yang berlaku di negeri Selangor.

Isu kuil Hindu dan kepala lembu di Shah Alam, isu arak dan isu konsert artis barat telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat non-muslim. Semua isu-isu ini adalah berkait rapat dengan PAS, malah ada isu yang ditimbulkan oleh PAS sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah isu-isu ini tidak ditangani dengan bijak. Lantaran itu, PAS dilihat sebagai tidak menghormati hak orang bukan-Islam dan tidak bertolenransi. Slogan PAS For All yang dilaungkan-laungkan hanya retorik semata-mata. Kini mereka beranggapan ia hanya digunakan apabila perlu sahaja terutama menjelang mana-mana pilihan raya bagi meraih sokongan kaum bukan-Melayu.

Yang lebih menyakitkan hati ialah sikap membisu segelintir para pemimpin PAS apabila berhadapan dengan isu-isu tersebut. Mereka dianggap pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Itu ialah persepsi masyarakat non-muslim terhadap PAS sejak belakangan ini. Inilah yang telah menjejaskan teruk imej PAS dan Pakatan Rakyat terkena tempiasnya.

Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja memberi political mileage kepada UBN. Kebanyakan pemimpin yang dimaksudkan ialah mereka daripada golongan yang pro-UG khususnya Presiden PAS, TG Haji Hadi, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Tantawi serta Hassan Ali.

Apakah keghairahan ingin menjadi pemimpin atau menteri dalam kerajaan UBN membuatkan mereka sanggup mengadai maruah serta hilang pertimbangan?

Apakah kerana ketamakkan untuk menguasai semula royalti minyak Terengganu membuatkan para pemimpin PAS yang pro-UG dari Terengganu sanggup mengkhianati janji yang dibuat bersama rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat?

Kritikan serta komen Prof. Aziz Bari tentang kekalahan PAS di Bagan Pinang telah membuka banyak mata, baik dari dalam PAS maupun di luar PAS. Ramai yang menerimanya dengan hati yang terbuka tetapi ada juga yang melenting kerana ketiadaan sikap terbuka untuk menerima kritikan walaupun kritikan itu membina.

Sepatutnya, saranan beliau dijadikan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya PAS kembali diterima oleh golongan non-muslim serta golongan atas pagar yang tidak berparti.

Sehubungan dengan komen Prof. Aziz Bari itu, semakin banyak suara-suara lantang yang mahukan supaya para pemimpin atasan PAS yang pro-UG ini melepaskan jawatan mereka. Kalau tidak boleh menjadi team player dalam PAS dan Pakatan Rakyat, please resign.

Yang menjadi lebih sensasi adalah apabila TG Nik Aziz mengesyorkan supaya diadakan satu EGM atau Muktamar Khas PAS bagi menentukan hala tuju pucuk pimpinan PAS.

Itu dia... apabila TG Nik Aziz bersuara, semua orang terbeliak bijik mata. Kata dia, kalau MCA boleh buat, kalau MIC boleh buat dan kalau PPP boleh buat, mengapa pulak PAS tak boleh?? Dalam maksudnya itu. Apakah beliau menyarankan agar mereka ini berundur secara terhormat atau mereka diundurkan oleh jemaah PAS sendiri. Wallahualam...

Apa-apa pun kita tunggu reaksi Presiden parti, TG Hj Hadi. Pasti ramai yang tertungu-tunggu akan respond TG Hj Hadi terhadap saranan Musyridul Am PAS itu. Fuhyooo.... suspens giler, boleh tercabut nyawa!!!

Sekiranya Muktamar Khas PAS ini diadakan, apakah kemelut kepimpinan dalam PAS akan berakhir atau apakah retak yang ada pada PAS akan menyebabkan PAS pecah berkecai??

Kita tidak mengharapkan PAS berpecah tetapi apa yang kita mahu ialah semua pihak di dalam PAS bersatu semula dengan menolak terus apa-apa pakatan dengan UMNO. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali, bak kata pepatah Inggeris... once bitten twice shy!!

Seterusnya, perkukuhkan kerjasama serta persefahaman yang sudah terjalin dengan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat dengan mengelakkan daripada menimbulkan isu-isu yang boleh merugikan kita serta yang boleh menjejaskan peluang untuk kita menguburkanUBN daripada terus menguasai pemerintahan negara.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Oleh itu, marilah kita bersatu demi mengubah landskap politik negara. Semoga cahaya bulan mengambang akan memberi sinar kepada hari esok yang lebih gemilang kepada rakyat dan negara ini. -Mumof3Mohd

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menatang apa "once bitten twice shy" nih?

kritik? mana boleh. kami telah diberi mandat pada muktamar ke 55 yang lalu. jangan nak memandai2. nak kritik, tunggu muktamar tahun depan. jangan bagi malu parti.

kamikan dah kata semasa penutup muktamar ke 55, "memperkasakan pakatan rakyat" TETAPI " terus berbincang dengan...termasuk umno". itulah yang kami sedang lakukan. kami tetap bersama pakatan rakyat. kami akan terus berbincang dengan...termasuk umno". itu pun tak fahamke?

kemenganan pakatan rakyat dalam pru13, belum tentu lagi. nak faraid kementerian lambat lagi. melalui strategi kedua "berbincang dengan...termasuk umno" menghampirkan kami ke kerusi empuk menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen. pendokong2 juga peluang directorship/chairmanship. tak gheti?

nik aziz ni kacau daun saja. tak bolehkah duduk diam2 jaga negeri? bila kami di pusat, bolehlah kami bantu dapatkan royalti untuk kelantan tu. hanya dengan umno, semua ni boleh tercapai. cepat pulak tu.

masa bincang2 pun depa dah huloq. tu yang kami buat dak je. macam buaya kenyang. kesianlah kat kami, usia pun dah lanjut. kesianlah kat cikgu pa, dia yang kerja kuat nak bantu kelantan dapat royalti... isy, isy, isy

Tanpa Nama berkata...

sokong TGNA, singkir pemimpin pro kerajaan perpaduan

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan Hadi dan UG, Hadi dan UG bukan PAS, kami bersama TGNA

Tanpa Nama berkata...

Swastakan Hadi dan kumpulan kerajaan perpaduan kepada UMNO untuk menyelamatkan PAS, SINGKIR!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau pimpinan pro UMNO tak gila kuasa macam UMNO dan sayangkan pas, mereka akan meletakkan jawatan

Tanpa Nama berkata...

"Geng Perpaduan" dalam PAS merupakan batu penghalang terbesar buat Pakatan Rakyat untuk ambil alih kerajaan persekutuan pada masa akan datang, oleh itu dipersilakanlah secara terhormat untuk berundur terutama sekali Ustaz Nasa yang 'kantoi' dgn Pak Lah tu...

Ketahuilah kekuatan utama PAS selama ini adalah kerana aura Nik Aziz, kalau nak harapkan Hj. Hadi sorrylah...

"SINGKIRKAN GENG PERPADUAN DALAM PAS DENGAN SEGERA SEBELUM PAS AKAN DILABEL SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG HIPOKRIT".