24 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Fraksi UMNO Takut EGM

Golongan Unity Government (UG) dalam PAS selain merupakan golongan yang pemalas, tetapi golongan yang penakut untuk menghadapi muktamar. Jika UMNO takut berdepan rakyat untuk berpilihanraya kerana khuatir kalah, sindrom yang serupa ada di kalangan merek yang pro-UMNO di dalam PAS, mereka takut bertemu ahli untuk mendapatkan mandat baru kerana mereka tahu sebilangan besar ahli tidak berpihak kepada mereka.

Kenyataan terbaru kumpulan ini dari Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan SMS menyatakan cadangan untuk Muktamar Khas tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti."

Roslan yang sebelum ini telah menempelak kritikan Prof Abd Aziz Bari terhadap kepimpinan PAS.

Menurut pemerhati politik tempatan beliau adalah terdiri daripada salah seorang pemimpin yang bermasalah.

Untuk caatan rekod, Roslan telah tewas di dalam pemilihan Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya ditangan Ir Izham Ismail dan Roslan telah digugurkan dari jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Beliau kemudian telah dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS Selangor.

Sehingga kini beliau masih gagal untuk menjawab persoalan sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan dengan UMNO di dalam penajaan Muktamar PAS Pusat kali ke 55 di Stadium Shah Alam yang lalu. Namun Timbalan Presiden PAS, Ustadz Nasharuddin Mat Isa membela muktamar tersebut dengan menganggapnya sebagai muktamar yang terbaik.

PAS Selangor telah diaibkan apabila kerajaan negeri Selangor tetap meneruskan persidangan SELCAT sekalipun PAS Selangor telah menyatakan pendirian untuk menyokong penuh kenyataan dan pendirian Pesuruhjayanya, Dr Hassan Ali berhubung dengan perjalanan SELCAT berkenaan.

Isu Selcat berkenaan telah menjadi isu di Bagan Pinang sehingga ramai menganggap ia menjadi salah satu faktor utama penolakan pengundi bukan-Melayu kepada PAS. -ibnsabil


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya majoriti ahli pas menolak kerjasama dengan UMNO, untuk menang PRU13 perlu keluarkan ulat-ulat UMNO dalam pimpinan pas

Martoiriat berkata...

Walau apa cara sekali pun,PAS perlu mengadakan
muktamar khas tergempar utk menyerahkan mandat
kpd ahli2nya semula. Biar ahli2nya yg menentukan
samada menyokong atau tidak pemimpin2 yg pro UG
ini. Apa yg nak ditakutkan. PAS bukan milek
peribadi dan bukankah PAS utk semua. Aku pun
hairan, dulu puak2 inilah yg paling lantang
menentang UMNO.Apa yg puak2 ini tidak kata pd
UMNO, kafir, zalim,rasuah, tak adil,sekular dan
bermacam2 lagi.. ehhh sekarang nak joint pulak
dgn UMNO. Pelik betul dan tak ada prinsip dlm
perjuangan. Kalau PAS tidak menangani dgn segera
masaalah ini, sebelum menjadi lebih parah, PAS
akan hancor. Utk bangkit kembali bukanya mudah,
mungkin memakan masa yg terlalu lama. Aku syorkan
kpd PAS buatlah apa yg terbaik utk menyelamatkan
PAS.