Tidak wujud sebarang perebutan kuasa di dalam Kerajaan negeri Selangor, demikian ulasan seorang pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Selangor ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Selangor, Dr.Mohammad Khir Toyo.
Barisan Nasional (BN) Selangor yang terus mempertikaikan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sambil menyifatkan isu terbaru yang menyelubungi badan itu kononnya sebagai bukti wujudnya perebutan kuasa antara Menteri Besar dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kata beliau, kontroversi di belakang isu Selcat menunjukkan wujudnya "perebutan kuasa dalam kerajaan negeri."
"Saya melihat Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak boleh buat apa-apa. Speaker (Teng Chang Khim) memiliki kuasa yang lebih besar berbanding Menteri Besar," kata bekas Menteri Besar ini, lapor Mstar Online.
Selaku Speaker, Teng juga mempengerusikan Selcat.
Sehubungan itu, Dr. Khir menambah, Selcat digunakan sebagai "instrumen kuasa politik, bukannya untuk memperbaiki pengurusan kerajaan negeri."
"Ia lebih merupakan instrumen politik," katanya.
Dr. Khir yang terlibat secara lansung sebagai orang yang didakwa menyebabkan pelbagai kepincangan pengurusan dan perbuatan salahlaku kerajaan yang lalu yang melibatkan kehangusan peruntukan jutaan ringgit wang rakyat cuba pula untuk menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebagai satu cara untuk menyalamatkan maruahnya yang tercalar.
Dr.Khir baru-baru ini telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diatas beberapa dakwaan yang mencurigakan terutama isu istana agam miliknya juga telah membuat satu laporan polis kononnya pemimpin Pakatan Rakyat telah membuat ugutan untuk membunuhnya.
Beliau dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, telah membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
Beliau juga disabitkan dengan penerimaan bayaran RM17 juta dari seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akuan individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

1 ulasan:
Itulah sebabnya si Bebal ni tak berani nak tubuh SELCAT masa dia memerintah dulu..
Sekarang ni tak tentu arah pulak melalak lalak... mmg dah sasau dah dia ni..
Siapakah kuncu dia untuk manyahut dan meneruskan agenda memporakperandakan PR Selangor... Siapa lagi kalau bukan orang Melayu yang terhebat di Selangor.. Tak lain dan tak bukan Hassan Ali lah..
Sorrylah akhir akhir ni aku dah tak berapa respek dgn orang mcm dia ni yang diam-diam (dalam malam gelap dan jumpa si Bebal dalam malam yang gelap) nak tubuhkan kerajaan Selangor.
Khalid Samad lebih berwibawa dari orang yang nampak kat luar alim sangat tapi dibelakang sanggup menyanggah hasrat rakyat Selangor.
Catat Ulasan