21 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Pegawai Daerah Pro UMNO Takut Dengan SELCAT

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak perlu takut dengan rungutan pelbagai pihak yang gelisah tidak tentu pasal, kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat di sini hari ini.

"Hanya mereka yang bersalah dan telah terdedah kesalahan mereka akan merasakan kononnya maruah mereka diaibkan. Apa yang berlaku kini ialah Selcat telah berjaya membongkar banyak perbuatan salahlaku kerajaan UMNO BN di bawah pimpinan Mohd Khir Toyo dan yang paling menjijikkan ialah kedapatan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi seperti patung-patung dan pak turut kepada Khir Toyo," katanya.

"Yang paling ketara ialah isu BALKIS yang akhirnya apabila ianya di bawa mahkamah, mahkamah menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan yang membubarkan BALKIS," tambahnya.

Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan kononnua Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Persoalan kini, maruah apa yang pegawai-pegawai kerajaan miliki jika selama ini mereka hanya menjadi orang suruhan kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri dan apabila ianya dibongkarkan, mereka tiba-tiba melenting dan menuduh ianya sebagai serangan peribadi?

Ada diantara mereka jelas menjalankan kerja-kerja tidak beretika dan tidak mengikut peraturan malah dibawa ke muka pengadilan apabila mereka terang-terang meluluskan peruntukan setelah Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan, malah melakukan pembayaran serta-merta tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya sehingga jutaan ringgit peruntukan kerajaan negeri Selangor telah habis jutaan ringgit di dalam sekelip mata.

Semalam Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali telah cuba melakukan pembelaan dan dengan menjelaskan beliau bersimpati dengan pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Malah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mengesyorkan agar keanggotaan Selcat tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli politik semata-mata, sebaliknya dilantik kalangan bekas hakim dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Namun kenyataan beliau telah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan ada yang menyatakan simpati Hassan Ali kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri itu sebagai satu tindakan biadab Hassan Ali yang tidak mencerminkan pendirian kerajaan negeri Selangor dan PAS seluruhnya.

Hassan Ali adalah seorang pemimpin PAS pernah terlibat dengan kontroversi ura-ura penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO dan dikatakan pendokong kuat gagasan Kerajaan Perpaduan tersebut.

Speaker DUN Selangor yang juga Pengerusi Selcat, Teng Cheng Kim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mempertahankan penubuhan Selcat.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu Pegawai Daerah Klang, masa UMNO memerintah dahulu...Bukan main susah rakyat nak jumpa...nak dapat kelulusan tukar hak milikpun ambil masa berbulan-bulan..lepas tu cakapnya kasar pulak tu...alahai baru jadi pegawai daerah aje tapi stail hidup dia macam lah orang tak tahu....dulupun ada juga penghulu yang kenakan caj RM10 setiap kali borang di'cop' untuk perakuan. Saya rasa sampai masa dah supaya pegawai daerah ini ditukarkan jauh dari Klang dan kedudukan ketua kampung dan penghulu ini dikaji semula supaya rakyat mudah berurusan

Yong berkata...

Dulu dia dapat penyapu tak? Kalau tak dapat, sah dia seorang yang cekap menjalankan perintah Mat Tempe.