15 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Video Pengumuman Salleh Man Calon PAS Permatang Pasir

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Salleh Man, 52 dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil DUN 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markaz Besar PAS Permatang Pasir sebentar tadi.

Salleh Man mempunyai 5 orang anak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Permatang Buloh dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam Pengajian Islam.

Sejak 1986, Salleh pernah bertanding di 4 kawasan pilihanaraya iaitu di DUN Sungai 2, Parlimen Tasik Gelugor, Pinang Tunggul dan Permatang Berangan.

Turut hadir dimajlis pengumuman calon ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Osman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Zahrin Hashim, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat dari peringkat pusat dan negeri.

Pilihanraya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman, 31 Julai lalu. Pada pilihanraya Umum 2008, PAS menang dengan 11,004 undi mengalahkan calon UMNO Barisan Nasional, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ini adalah pilihanraya kecil ke 3 yang diadakan di Permatang Pauh dan merupakan pilihanraya kecil yang ke 7 diadakan sejak pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan pemilihan Setiausaha UMNO bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Osman sebagai calon yang akan berdepan dengan calon PAS 25 Ogos ini.

UMNO Barisan Nasional dijangka menghadapi laluan sukar memandangkan Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat. -TVA



Tiada ulasan: