29 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Perlaksanaan Undang2 Syariah Perlu Dimantapkan - Kartika

Isu hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah Kuantan terhadap Kartika Sari menzahirkan keperluan untuk memantapkan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini supaya dilihat sebagai memberi keadilan yang dimaksudkan.

Peguam Yusmadi Yusoff berkata sistem undang-undang syariah ketika ini menghadapi pelbagai kekangan sehingga mengundang campurtangan pihak eksekutif.

Kartika didapati bersalah kerana meminum arak di pusat hiburan Cherating pada 11 Julai lepas. Mahkamah Syariah mengenakan denda 5 ribu ringgit dan enam sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus bagaimanapun mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena kemuliaan Ramadan.

Kes kartika telah menarik pelbagai ulasan di dalam dan luar negara mengenai keadilan sistem undang-undang syariah sebagaimana yang di laksanakan di Malaysia.

“Kita tengok dalam kerangka undang-undang Malaysia sekarang ini, undang-undang syariah terpaksa bergelut dengan undang-undang yang sempit, ruang hidup di atas kerangka undang-undang common law. Ruang syariah yang diberi sejak merdeka amat sempit. Itu hakikat, tetapi hari ini dalam keadaan realitinya hari itu, orang-orang tiba mengangkat harapan yang amat tinggi dalam undang-undang syariah untuk dibuktikan ke manakah keadilan, mana mungkin untuk undang-undang syariah dilihat secara efektifnya dilaksanakan, ia mesti beri ruang yang cukup,” kata Yusmadi.

Beliau menegaskan rangka perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa.

“Maksud saya itu ialah rangka perundangan itu dari segi perundangannya dari segi asas, sistem keadilan dia mesti memberi ruang kepada undang-undang syariah untuk menyerlah dari segi keistimewaannya. Kerana saya melihatnya ia adalah tidak adil.

Bagi saya apa yang berlaku hari ini, bukan sahaja ia diadili tapi malangnya sekali seolah-olah undang-undang itu adalah ‘trial’ seolah-olah macam diadili dan diberi 1 kayu ukur yang amat tidak realistik. Bagi saya hari ini, kalau undang-undang syariah yang ada dalam kerangka perundangan sekarang ini pun dapat ditunjukkan boleh dilaksanakan, mampu memberi mesej pendidikan dan terutamanya dapat mengurangkan dan membezakan seidikit atau gejala atau kesalahan jenayah itu pun sudah cukup baik,” tambahnya lagi.

Yusmadi berkata undang-undang syariah tidak akan dihormati selagi pihak eksekutif tidak menghentikan campurtangan mereka dan membelakangi pengasingan kuasa yang termaktub dalam sistem demokrasi negara.

“Isu sebat, ketika dibangkitkan, tiba-tiba baru kita tahu kononnya yang menyebatnye belum terlatih dan aspek rayuannya tiada di Pahang. Dalam hal ini, ada isu-isu fundamental lain lagi contohnya isu pengasingan kuasa. Hari ini saya tengok, saya lihat Najib Tun Razak dan menteri-menteri lain menunjukkan sikap campur tangan dalam undang-undang mahkamah. kenapa seorang Perdana Menteri atau seorang eksekutif boleh campur tangan dalam kehakiman. Pertama tidak dibuktikan aspek kehaikman itu adalh kepincangan, dari segi prosedurannya?," katanya lagi.

Yusmadi berkata keghairahan pemimpin Barisan Nasional seperti Najib dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Abdul Jalil harus berhenti mempolitikan isu Kartika dan menghormati lunas-lunas Islam.

“Hari ini dikatakan Kartika perlu merayu. Persoalannya adakah ‘tuan punya diri’ mahu melakukan? Sebab di sini saya laping risau menggesa kepada pihak-pihak bertanggungjawab, jangan jadikan orang individu sebagai mangsa kepada kelemahan kita yang lebih penting lagi. Jangan sampai agama atau undang-undang kita difitnah atau ditomah,” akhirinya.



Tiada ulasan: