Beberapa hari sebelum pilihanraya kecil Permatang Pasir berlansung, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang celupar mulutnya berkata mungkin ramai lagi wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti itu kerana hilang keyakinan dengan perjuangan pemimpin mereka.
Katanya keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR menunjukkan bibit-bibit wakil rakyat parti itu tidak lagi menghiraukan kedudukan walaupun memegang jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun beliau terkejut dengan peletakan jawatan Mohd Radzi secara tiba-tiba namun perkara itu telah diduga akan berlaku.
Kini setelah keputusan diketahui, Muhyiddin seumpama terpukul dengan kenyataan-kenyataannya yang telah banyak memakan dirinya sendiri. Terkedu dan bisu seribu bahasa.
Dengan kekalahan calon UMNO BN dengan begitu teruk di saat semua jentera kerajaan telah dikerah untuk membantu kemenangan UMNO BN, ia merupakan satu petanda buruk untuk UMNO BN bagi menghadapi pilihanraya kecil atau umum selepas ini.
Malah mereka yang sebelum ini hendak melompat keluar dari PR pun sudah fikir semula untuk melakukannya. Sebaliknya, mereka yang di dalam UMNO lah kini yang berkira-kira untuk menelek-nelek masa yang sesuai untuk berpindah kapal supaya tidak tenggelam bersama kapal UMNO/BN yang semakin besar bocornya.
Kekalahan Rohaizat Othman menjadikan masing-masing ragu untuk menjadi calon UMNO-BN yang lebih besar dan banyak risiko kekalahan dari kemenangan.
Apa tah lagi di saat BN kini sedang bergelandangan dengan masalah-masalah parti komponennya yang semakin haru-biru. Isu PKFZ dan Chua Soi Lek melanda MCA, perpecahan pucuk pimpinan MIC dan PPP menjadi BN kini di peringkat paling lemah.
Masa depan Malaysia sudah tamat untuk BN. Masanya telah tiba untuk Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan