1 Jul 2009

MANEK URAI : Pemuda Umno Selewengkan Maksud Wacana Pas

Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.

Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.

Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.

“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasaruddin. “Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.

“Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.
Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.

“Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas,” kata Khairy.

Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.

“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.

Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk. .

“Pas dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.

“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.

Pendirian itu didokong oleh saya pemuda pas yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.

“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.

Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah. -TVA



15 ulasan:

remy berkata...

Yang Ketua Pemuda sibuk2 ajak Pemuda UMNO tu apa ke hal? Dah tahu UMNO dan media massa akan sengaja memutarbelitkan hasrat dan maksud tapi tak serik2 lagi.

Mengapa puak2 UG dalam PAS ni bahalol sangat?

Tanpa Nama berkata...

pehal yang duk gila duk nak sibuk ngan amnu nih???

renti kan laaa... debat ke, wacana ke, muqabalah ke, muzakarah ke... tak payah...

buang masa je... bukan ada hasil pun... untungkan suratkabar penipu je...

kalau dah set... kita lawan amnu selagi amnu tak Islam... lawan je la sampai amanu kalah atau masuk Islam...

yang pegi nak ngajar amnu mengucap... banyaknya tersungkur abis dah... tanya nakasoni, tanya omar khalid, tanya nuar berahim....

Tuk Ketuo berkata...

Takdo media putar belit cumo PAS dan sebahagian pemimpin yang ketagih amNO yang dogil dan tak sodar diri.

Kalau cakap bengap marah kato menghina, agaknyo hati dah buto tak nampak jalan mano nak dituju.

sb dehlawi berkata...

Nasruddin ini tidak bijak berpolitik berbanding Husam. aku nampak Nasruddin ini lebih kepada mahu mencari publisiti.

Tanpa Nama berkata...

sb dehlawi said...

Nasruddin ini tidak bijak berpolitik berbanding Husam. aku nampak Nasruddin ini lebih kepada mahu mencari publisiti.
July 1, 2009 10:14 PM

tolong baca dalam web ini untuk kamu tahu siapa Husan sebenarnya dalam PAS.
http://antihusam.blogspot.com/

Mother of Three Mohd berkata...

Salam,

Dah tau UMNO kaki putar belit dan kaki putar alam.... yang masih terhegeh-hegeh nak berwacana dengan depa buat apa. Padan muka puak penagih UMNO.

Tak yah nak berbincang pasal Islam dengan UMNO... semua orang dah tahu retorik UMNO pasal Islam. Common knowledge dah ler. Buang masa jer...

Dah selesai satu isu, buat apa nak timbul isu baru. Udah-udah ler tu... tak yah ler nak tunjuk hebat sangat. Tumpuhkan jer usaha untuk memperkuat ikatan persaudaraan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bior UMNO ketor lutut!!!

muslim berkata...

nasarudin ni dah ilang arah....
nasarudin ni - minta maaflah cakap - bengap x habis2 ingat dah jadi kdp dah lebih bijak dan matang... kalau stakat kebolehan berceramah dan membaca al-quran dan tunjuk lagak berani dan skill ngampu... parah bakal mengundang la gamaknya nanti.

tantawi oii,

ilmu munazorah yang ko nak buat tu x der dlm kamus umno. ko ni masa blajar dulu sibuk dok pulun benda lain.. ilmu syari'ah dan ilmu alat ko x pulun... ko tau nak berdebat jer. kalau itu jer wawasan ko ... ke mana ko nak pegi nih?

tantawi,

wakil pkr dah banyak yg buat wacana ilmiah dgn umno ni termasuk dgn khairy tu... x der hasil.. yg ada dapat publisiti pastu... masuk telinga kiri keluar telinga kanan... ko ni dah buang masa dan lari. apa ko nak sambung keja nasa tu ker? aku nampak gitulah gayernya....

tantawi,

boleh x ko senaraikan kelemahan sahabat2 pemuda yang perlu dibaiki? dah buat ke belum? kalau ko dah buat alhamdulillah lah... kalau x, buatlah dulu yang tu sekurang2nya dapat paling tidakpun 100 senarai yang perlu diambil tindakan segera utk pemuda dibawah pimpinan ko ni....

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.06.
"kalau dah set... kita lawan amnu selagi amnu tak Islam... lawan je la sampai amanu kalah atau masuk Islam... "

SAPER PUNYA AYAT YG BUNYINYER MACAM BANGANG SANGAT TU SPT BUDAK TAK SEKOLAH ..TAK TAU KE NK BEZAKAN KAPIR LAKNAT DAP TU DGN UMNO. MAK BAPAK DAN ADIK BERADIK SERTA SAUDARA MARA KO PUN GAMAKNYA RAMAI DLM UMNO. MANUSIA (KALO LAYAK DIPANGGIL MANUSIA)SPT KO NI LAR YG MERUGIKAN PAS. PIKIRAN CETEK SEMACAM JER TP ADA HATI NK KOMEN JUGAK. KO DUDUK DIAM2 DAN BELAJAR LAGI BAIK2, BILA DH AGAK2 PANDAI, BARU MASUK BALIK..ADA PAHAM?

Tanpa Nama berkata...

Macam lar pas tu parti yg kuat sgt. Ada sorang bahlol tu kata macam ni :

"memperkuat ikatan persaudaraan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bior UMNO ketor lutut!!!"

Untuk ko punya pengetahuan, PR dulu aku pun pangkah pas tau! Ko tau pasal apa aku pangkah? Aku jwab jer lar, pasal aku nyampah dgn lagak umno masa tu yg dipimpin org tak berkebolihan. Itu hanyalah undi protes aku jer. Ramai lg kawan2 aku yg macam tu. Mak bapak aku pun undi lain. Jd untuk ingatan ko, pertambahan kerusi korang tu, bukan lah genuine. Ko nnt PR sekali lagi. Aku tak akan undi parti ego ni lagi sbb umno dh berubah. Pemimpin skg pemimpin yg ada visi. Bukan cam dulu.

Lg satu pasal nk bincang2 dgn pas ni, bg aku baik tak payah lah. Buang masa saja. Aku tau sgt fe'el org pas ni, jenis cerdik tak boleh diikut, bodoh tak makan diajar. Dosa depan mata tak boleh nampak.

Tanpa Nama berkata...

Latok Tantawi,
Lu mesti mau hati2 maaa. Gua khuatir nnt lu kena "sembur" sama itu BIG BOSS ooo. Gua takut nnt lu tak ada tempat mau lali loo. NNti dia panggil lu berhenti, apa maciam. Nanti dia ungkit macam2 lo. Wa takut nnt lu pakai gear gostan dan hantam balik itu umno youth leader. Nnt lu ckp, itu umno punya pemuda punya pasat panggil sama lu untuk musabaqah..alaa soli la muzakarah! Baru butut. Wa cakap ada butut ka.

Tanpa Nama berkata...

Politik bukan pasal betul atau salah tetapi pasal "doing the right things in the right time at a right place" itu namanya bijaksana.

Tindakan Nasaruddin itu nama nya tidak bijaksana.

Unknown berkata...

""Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.""
Kenapa lah di pilih tajuk begini? Pilih tajuk yang akan memperkasakan Agama dan Bangsa. DAP terang2 menentang ISLAM tapi boleh pula duduk semeja. KITA yang berkiblat yang sama TAPI tak boleh duduk semeja.

Tanpa Nama berkata...

Aku malaslah nak komen..tapi..aku tak faham sungguh Tantawi yang tak sampai setahun jagun jd Ketua Pemuda. Terpaksalah aku kome jugak walaupun tidak diundang.

Dear Tantatawi, Salam.

I strongly oppose your move to initiate a 'unity' talk with UMNO Youth. Pls. don't tell us that Islam doesn't close the door to any discussions or consultation, meeting with any party. Orang kampungpun tau hak tu. But you were so inane, so awkward with you move to approach somebody who did NOT even invite you oficially! Be ashamed of yourself. "Political strategi' la KUNUN ! Strategi mnatang apa.. backfire strategy ? Strategi kurang cerdik ni akan makan diri kut nanti.. Itu bukan strategi, itu tindakan yang langsung tak bijak.
Bila Muktamar putus dan memaktubkan di Ipoh tu, bukankah kita (PAS) dah berjanji ingin mengukuhkan agenda memperkasakan perjuangan dan komitmen dalam Pakatan Rakyat ?? Janji mu nak letak tang mana? Janji Melayu ?? Tolong jawab.
Takkan tak reti.. Lainlah kalu majority ahli DAN KEPIMPINAN bersetuju dengan sebarang usaha mendekati dan berbincang dengan puak-puak UMNA yang masyhur dengan segala macam penyelewengan, rasuah, abuse of power, cronyism, favouritism, dan berbakul-bakul lg kebobrokannya tu..tiba2 nak
masuk berjinak2 dengan 'tong' najis tu pulak !

Strategi political mileage apa benda ? Aku rasa kalu TGNA letupkan hang pulak baru pada muka mu Tantawi..kena gulung tikar dan masuk UMNO - jalan terbaik utk teruskan 'perjuangan' anda. Cepat dapat jawatan Timbalan Menteri ke apa. Maaf lah cakap, kerana kami tak mengerti strategi apa yang hang gunakan sekarang ni..

ezzadi berkata...

dalam semua-semua ketua pemuda PAS, Tantawi lah yang paling hebat.
inilah ciri-ciri pemuda yg kita inginkan.
dia nampak apa yang orang lain tak nampak.
dia sanggup ambil jalan yg tak popular...sama mcm arwah ust Fadhil Nor dulu...akhirnya kebenaran terserlah juga akhirnya..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, ezzadi. Aku sependapat dgn anda. Tantawi ni nmpk lebih berhemah berbanding yg lain2. Mungkin ada benda lain yg dia nmpk yg org lain tak nmpk.