Tinjauan Bernama mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.
"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.
Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.
Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.
"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.
"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.
Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut, berkata ini adalah kali pertama laporan emas dijumpai di kampung itu.
"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.
1 ulasan:
yang beri rezeki itu, allah taala bukan babi atau yang sewaktu dengannya.....
Catat Ulasan