27 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Rakyat Kelantan Perlu Demo Tuntut Royalti

Rakyat Kelantan perlu bersedia untuk berarak dan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyuarakan tidak kepuasan hati sehingga kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) membayar royaltyi minyak kepada negeri berkenaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, perkara ini perlu dilaksanakan kerana kerajaan BN perlu dihukum kerana berdiam diri dan segaja tidak mahu rakyat Kelantan mendapat hak mereka iaitu RM1 bilion bagi royalty minyak.

“Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal berkenaan. Tidak memadai hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang bersuara.

“Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Ia membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri ini. Ketua UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohammad sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan soal kebajikan negeri berbanding politik,”katanya.

Zaid berkata, dari segi undang-undang hak Kelantan jelas dalam perjanjian yang ditandatangani oleh wakil Petronas Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasir pada 1975.

Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak berkenaan.

“Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.

“Agaknya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah jambatan RM 7 juta dijanjikan atau RM1 ribu diberi kepada pengundi-pengundi terpilih,”katanya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I salute you Dato' Zaid. Man of principle. You should take the lead for Klantanese. Sayapun asal klate jugak. Kesian kita rakyat klate marhaen telah sekian lama menjadi kuda tunggangan AMNO. They used media - electronic and and printed media to make up, cover-up bad things they they did for 50 yrs. Kesian org2 kg yg percaya dan ditipu media. Mreka percaya kpd Utusan Meloya, Brita Hairan dan TV 3 suku seakan2 percaya kpd hadis! Sebab tu royalti minyak tak dapat merasa org klate.

I hope Dato' Zaid, who always have brilliant adeas, by his highly intelectual should lead us all for the sake of rakyat klate and Malaysians at large. For the sake of justice, fairness and impartiality. Mujurlah Dato' tidak lagi bersekongkol dengan mereka. Hidup Dato Zaid !