31 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Parti Gerakan Sokong GMI

Dalam satu perkembangan baru, Parti Gerakan hari ini menyatakan sokongan kepada kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata ramai rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan akta zalim ini, dan Gerakan mahu memainkan peranan menuju pemansuhan ISA.

“Oleh kerana perhimpunan Gerakan Mansuh ISA(GMI) esok diharamkan, jadi kami tidak akan menyertainya,kerana itu kami hadir hari ini untuk memberikan memorandum supaya mengehentikan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong, malangnya memorandum kami ditolak kerana tidak memberikan surat rasmi terlebih dahulu. Walaubagaimanapun kami akan menghantar surat rasmi secepat mungkin spaya diterima memorandum ini.

Gerakan Mansuhkan ISA dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan menuntut pemerintah Umno-BN menghapuskan akta penjajah British itu. Menyusuli perhimpunan ini adalah satu Deklarasi Mansuhkan ISA kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Lim Si Pin bersama delegasi 20 orang pemuda Gerakan juga akan menyerahkan memorandum serupa menggesa kerajaan Pusat memansuhkan ISA.

Pemuda Gerakan pada awalnya merancang untuk menyertai Himpunan Mansuhkan ISA esok, namun menarik diri atas alasan GMI adalah pertubuhan haram.

Lantas mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini, namun gagal berbuat demikian kerana tidak memaklumkan penyerahan itu seawalnya. - TVA


Tiada ulasan: