31 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Memang UMNO Bakal Jahanam!

Pilihanraya kecil yang ditakuti UMNO BN tiba lagi. Kali ini benar-benar meletakkan UMNO BN di dalam keadaan amat tertekan setelah kalah sebanyak 6 kali dan cuma menang sekali itupun di Malaysia Timur. BN telah tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan manek Urai.

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman, kerusi DUN permatang Pasir akan menghadapi pilihanraya kecil. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya 1999. Malah di dalam tahun 2004 tatkala UMNO BN berjaya merampas banyak kerusi pembangkang, kerusi Permatang Pasir terselamat dan masih terus dipegang oleh PAS.

Pada pilihanraya 2008, kejayaan paling cemerlang Allahyarham dengan memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti menakjubkan iaitu sebanyak 5,571.

Sebaik sahaja berita kematian Datuk Mohd Hamdan tersebar, UMNO seperti pucat lesi, sehingga ada ahli UMNO berkata.. jahanam UMNO kali ni.. persis mengiyakan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat .... PERGI JAHANAM UMNO! Betapa masinnya dan makbulnya perkataan yang lahir dari seorang Tuan Guru.

Dalam perkembangan berkaitan, TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.



Tiada ulasan: