Sebentar tadi, saya ditemukan dengan seorang sahabat lama PAS yang sama-sama berada di majlis ukhuwah pemimpin-pemimpin PAS petang dan malam semalam berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.
"Okey. Semuanya beres, yang seolah-olah luka itu sudah nampak sembuh sekarang??" Saya tanya.
"Ya! Luka luar sudah nampak sembuh, tapi yang bengkak masih belum surut, seolah-olah ada duri yang masih belum boleh dicabut!" Jawabnya. "Memang duri-duri kecil sudah dicabut, tetapi bengkak tak nampak surut lagi, mungkin masih ada bapak duri mencengkam di dalamnya.."
"Ah.. berkias-kias pula.." Saya nak terus terang. "Apa duri-duri itu?"
"Terus terang aku kata.. Sebelum dijalankan undi dalam muktamar 55 lepas, melihat kepada perlantikan pengira undi, dari segi jumlah, masa dan ketidak telusan pemerhati, pemerahati tidak dibenarkan masuk dan segala macam, kami sudah tahu idola kami akan kalah. Tapi bukan kerana kalah kurang dari undi perwakilan.. kalah kerana SPR muktamar!!"
Kami yang dengar, terkejut.
"Dalam pertandingan Timbalan Presiden, undi penentang penyandang, keputusannya tiba-tiba terpecah dua. AJK yang menangpun tidak imbang, ditinjau dengan selidik perwakilan. Bila perlantikan AJK pula, orang yang sudah tidak dilantik muktamar beberapa penggal, tiba-tiba dipilih memegang jawatan penting! Seolah-olah dia yang menentukan dasar, apalagi bila dilihat rekod-rekod lalunya berhubung Kerajaan Campuran/Perpaduan dalam ertikata hubungan PAS/UMNO saja...."
Mata yang mendengar kritiknya mulai terbeliak.
Seorang dari kawan kami mencelah, "Aku terima SMS sebelum ini dari penyokong PAS yang bukan Islam, katanya, Lu sokong Tok Guru mana? Tok Guru sokong UG (Kerajaan Perpaduan) ke, tok Guru lawan UG? Kalau jadi UG UMNO-PAS, kami mahu pergi mana?, katanya. Aku tak boleh jawab apa-apa.. Nasib baik ada kumpulan 10 Ahli Parlimen yang mula cetuskan anti K/Perpaduan, bertolak dari situlah berlaku seperti sekarang."
Sahabat lama PAS itu menyambung lagi, "Mengapa tiada ketelusan dalam menjelaskan mengenai biaya pengurusan muktamar yang dilaporkan dibiayai syarikat UMNO?? Benarkah?" Katanya menikam, walaupun nampak tenang. "Aku bimbang.. bengkak dari kesan luka itu lambat laun akan bernanah, dan merosakkan tubuh PAS. Na'auzubillah.."
Tanpa disedari, air sudah tergenang di kelopak matanya. Dengan sebak katanya, "Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT selamatkan jamaah dan perjuangan kita...."
Dia membacakan doa, dan kami aminkan beramai-ramai... -IbnHasyim
8 ulasan:
jangan jadi batu api dan membuat fitnah.islam melarang perbuatan keji itu.
apa yg fitnah dalam artikel di atas?
semuany betul pe.
semua yg tak telus perlu diteluskan supaya jgn episod ini berulang lagi.
dalam satu blog lain
tiptop said...
semua yg tak telus perlu diteluskan supaya jgn episod ini berulang lagi.
-----------------------
Saya setuju. Sekalipun isu UG telah tamat, ini tidak bererti isu-isu berbangkit dipadam begitu sahaja kerna duri yang ada mesti dikeluarkan sehabis-habisnya supaya ia tidak bernanah semula.
Heran tok.akta DNA telah diluluskan hari ni dengan undi 48 menyokong dan 47 menentang.beza satu undi je.kenapa hanya 47 MP Pakatan Rakyat yang hadir.mana selebihnya dan ini mengundang spekulasi tentang nasib Anwar yang akan dibicarakan pada awal bulan Julai depan.
Ramai yang tertanya-tanya dengan kelebihan satu undi ini apakah akta ini boleh dikuatkuasakan dan mengapa pula dibentang secara tergesa-gesa.
Jika Anwar dipenjarakan semula,ramai yang yakin kerajaan BN tidak akan bertahan lama.
Bukan Anwar penyebab perpecahan Melayu kerana sebelum Anwar dilahirkan UMNO telahpun berpecah.Kegagalan UMNO berdaya saing dan mengikut perkembangan arus semasa dipercayai punca kejatuhannya kali ini,menurut seorang penganalisis politik.
Apakah nasib PR jika Anwar dipenjarakan?Spekulasi menjangkakan Anwar akan dipenjarakan dan penyokong-penyokong PR turut bersetuju dengan spekulasi ini.
Orang ramai mula bertanya UMNO makin lemah sehingga bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh TG Haji Hadi.Apakah UMNO boleh pulih daripada virus H1N1 jika Anwar dipenjarakan.....
Menurut penganalisis politik itu lagi,kebangkitan rakyat seperti gelombang reformasi tidak akan dapat dielakkan lagi jika mereka percaya Anwar tidak mendapat keadilan yang sewajarnya
The Star Online
Published: Tuesday June 23, 2009 MYT 7:52:00 PM
DNA Identification Bill passed
KUALA LUMPUR: The controversial DNA Identification Bill 2008 was passed with amendments Tuesday.
Marked by a ferocious debate at the policy stage last year, the bill was passed with nine amendments after a two-day debate at the committee stage.
Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said the amendments, among others, included Clause 7 on a provision to replace police officers as Forensic DNA chief, deputy chief and officers.
The bill stipulates that the posts of Forensic DNA chief, deputy chief and officers tasked with administering and managing the DNA Data Bank would be filled by members of the public, who are qualified and experienced in DNA science.
"This is aimed at casting our net further to entice qualified people to manage the DNA Data Bank," he said when tabling and winding-up debate on the amendments at the Dewan Rakyat Tuesday.
The Dewan Rakyat also passed an amendment to Clause 13(7) that enables a person, who refuses to allow a non-intimate sample from being taken, to be charged.
Previously, a subclause stated that a police officer may use all means necessary for the purpose of taking or assisting the taking of a non-intimate sample from a person.
Two other clauses were deleted.
They were Clause 14 on fines and jail term on a person refusing to give a non-intimate sample and Clause 24 that stated the DNA Data Bank information must be accepted as conclusive proof on DNA identification in court proceedings.
Abu Seman said the amendments were in line with proposals submitted by non-government organisations and members of the House during a debate at the policy stage.
However, changes suggested by several members of the Houses including from Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) and Lim Lip Eng (DAP-Segambut) were dismissed.
The bill, which was tabled for the second reading in August last year, will pave the way for the formation of the DNA Data Bank, taking and safekeeping of DNA samples, analysis of DNA samples and the use of DNA samples for humanitarian purposes.
It will empower the police to take DNA samples from any crime suspect and to make the sample as a source of reference to solve future cases.
The sitting resumes Wednesday. -
P/S: sehari selepas PR tolak idea kerajaan perpaduan,Akta DNA 2008 dibentangkan di parlimen.peliklah pulak apabila MP yang mengharapkan orang ramai mengundi mereka tapi mereka sendiri yang malas mengundi.tak simpatikah mereka dengan nasib Anwar yang bakal dibicarakan tidak lama lagi.sikap MP PR yang tak mengundi itu amatlah dikesali.jika kesemua MP PR keluar mengundi,nescaya akta DNA ini gagal diluluskan
yA, TEPAT SKALI. jANGAN JD BATU API, TOLONG YA..yOU NAK SPECULATE, CREATE HATRED, SUSPICIOUS.. ITU TAK BAIK. sHUT UP (TUTUP) MULUT PLEASE !
kITA KENA BERBAIK SANGKA. kekadang apa yg ada dlm benak fikiran kita tak semestiya betul..kena ingat. Kita tak dpt terima perbezaan pendekata, perbezaan pendapat. Mana ada dalam dunia semua org mempunyai satu pendapat ? Ulamak besar terdahulu juga berbeza pendapat dlm sesetengah perkara. So please.. TOLONG JNGAN JD BATU API ! tq
Anonymous said...
yA, TEPAT SKALI. jANGAN JD BATU API, TOLONG YA..yOU NAK SPECULATE, CREATE HATRED, SUSPICIOUS.. ITU TAK BAIK. sHUT UP (TUTUP) MULUT PLEASE !
************************
BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.
PUAK UG NI KEPANASAN SKRG.
SURUH CEPAT TUTUP MULUT TAKUT RAHSIA MEREKA TERBONGKAR.
pas kerja dia mmg buat fitnah dan pecah belah..elok pun tak jd ug..ada pun nnt jd beban jer..syok sendiri tak abis2..reformasilar konon..jgn syok la brother, korang dpt undi lebe dulu sbb kita org meradang kat umno tp searang tak lagi..jgn korang harap akan dpt undi kami lg..kami sengaja nk tguk pas tu jika menang, dia naik junjung tak..mmg sah, bila bg kepercayaan, korang punya parti lupa diri, lupa bangsa, lupa agama..hanya penyokong2 totok yg akal dh tak bole nk pike saja yg akan terus jd tunggangan tok2 guru korang..
Catat Ulasan