5 Jun 2009

Kelab Penyokong PAS Diperkasakan Bakal Gugat UMNO BN

Akhirnya, PAS mengambil satu langkah bersejarah dimana Kelab Penyokong PAS bakal diperkasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatkala menyampaikan ucapan dasarnya menyatakan "kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan
PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam parti PAS."

Ustaz Hadi sebelumnya menyatakan bahawa PAS amat menghargai sokongan masyarakat bukan-Islam terhadap perjuangan PAS dan bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS.

Ustaz Hadi tidak melupakan jasa-jasa pemimpin PAS yang terdahulu seperti Almarhum Ust Fadzil Mohd Noor yang telah menggerakkan pakatan CCC, di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam.

"Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang," katanya.

"Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini." tambahnya.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat tidak berdaftar ... bukankah ianya haram?

Tanpa Nama berkata...

umno tu yg haram. lakukan benda2 haram rampas negeri org, makan duit haram etc

Tanpa Nama berkata...

sian...media siber..gelap hati..gelap yang berpanjangan..munkin kah ada cahaya di hujung terowong. kesombongan keegoan akan menutup kebenaran