28 Mei 2009

PENANTI : Umno Anjur Lawatan Ke Negara Jiran Untuk Bawa Lari Pengundi

Pakatan Rakyat yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada calonnya, Dr Mansor Othman walaupun Umno dan Barisan Nasional secara berselindung memberi sokongan kepada calon Bebas dan melakukan cubaan untuk membawa lari pengundi pada hari pengundian Ahad nanti.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu mengurus tadbir negara dengan lebih baik, telus dan lebih bertanggungjawab daripada BN.

"Umumnya kata Umno tidak bertanding, tetapi sebenarnya dia bertanding melalui proksi. Kita baca media perdana dan nampak sokongan mereka kepada calon Bebas. Saya beritahu Umno jangan selindung balik calon Bebas, patut turun di Penanti dan lawan" Kata Datuk seri Anwar.

"Habis dah semua taktik, semua peruntukan, dan kali ini mereka siapkan bas untuk bawa pengundi ke Padang Besar pada hari mengundi nanti. saya cadangkan saudara-saudara naik bas tu selepas mengundi, bila lagi depa nak bagi bas percuma." Tambahnya lagi.

Datuk Seri Anwar menyeru Umno-BN supaya jangan bermain politik dan tumpu perhatian kepada usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia yang menguncup 6.2 peratus pada suku pertama 2009 yang menjadi petanda buruk bahawa kemelesetan ketara ekonomi sudah bermula.

"Saya nak nasihat Dato Sri Najib, supaya jangan bertanding di Manik Urai, jaga masalah ekonomi, dan beri laluan mudah kepada Pas. Tetapi kalau dia bertanding juga, saya yakin pemimpin Umno yang diletakkan akan tumbang juga. Saya nak beritahu pada tuan guru Nik Aziz, selesai saja pilihanraya Penanti, kita akan turun berduyun-duyun di Manik Urai." Ujarnya lagi.



4 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun . Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara . Wang ringgit,kudrat, masa , dan LLN yang selama ini di korbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI .
Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara ramai lah ahli profesional dan graduan graduan pengampu pengampu berduyun duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI ,walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara ,ahli profesional dan graduan graduan pengampu batang hidung pun tak nampak . Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun . Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI . Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah . Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini ( tawaran jawatan dan duit ) . Cuba kita fikir patut ke? dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM" . So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli ahli profesional dan graduan graduan PKR ini ( yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri ) kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI . Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min . Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI . walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat . Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan . Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini/ Hidup Kak Min

cposawit berkata...

Salam, Setiap pejuang kebenaran kena tengok sirah Khalid AlWalid di gugurkan dari jawatan, tapi apa Khalid yang mulia jawab " Saya berjuang bukan kerana Umar....." Abang tolong sambung saya pun mengaji tak tinggi.

sydeen aka saidin berkata...

kalau nak bertanding sekadar nak jawatan baik xyah la kak min. Keikhlasan kita utk berkhidmat utk rakyat x perlukan jawatan.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa mereka yang nak sangat jawatan yb bila menang calon bukan apa cuma nak cepat kaya dan bermegah-megah saya. dunia akhir zaman mana ada org yang ikhlas nak nak bantu hangpa semua. saya dok kat penanti saya tau baik bn ,pas atau pkr semua nya bila nak ngundi pi la jumpa rakyat konon bila menang org miskin akan dibela.semuanya hampeh aja.yang jadi pencacai ni org- org kampung.