15 Mei 2009

NIZAR ZAMBRY : KES NIZAR DI MAHKAMAH RAYUAN DIPINDA DARI 18 MEI KE 21 MEI

Mahkamah Rayuan hari ini meminda tarikh awal yang ditetapkan sebelum ini dari 18 Mei ke 21 Mei 2009. Tidak ada sebarang alasan diberikan pelanjutan tarikh baru ini. Harap-harapnya tidak lagi ditunda atau ada lagi sebarang aral yang melintang atau aral yang sengaja yang dilintang pukangkan.

Ada dua rayuan yang akan didengar sekali gus oleh Mahkamah Rayuan iaitu rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengiktirafnya sebagai Menteri Besar dan rayuan Menteri Besar Dato Seri Nizar untuk menolak penangguhan yang diterima oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Bermakna tarikh Nizar memasuki pejabatnya sendiri terpaksa juga ditunda lagi. Ini juga bermaksud lama lagi Zambry menduduki pejabat Menteri Besar. Bayangkanlah berapa banyak elaun dan gaji dari duit haram yang diambil oleh Zambry daripada pendapatan sebagai menteri besar yang tak layakpun diperolehinya kerana terbukti Mahkamah Tinggi telah mengesahkan hanya seorang sahaja Menteri Besar di Perak iaitu Nizar. -angkasanuri


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zambry muka tak tahu malu & tak ada moral. makan duit haram pasti sebesar-besar bala akan timpa keatas beliau, umno & bn. amin2 ya rabbil alamin