5 Mei 2009

Altantuya : Hong Kong TV Terbitkan Drama Bersiri

Esok 6 Mei mendiang Altantuya Shaariibuu, anak seorang profesor dan bekas seorang model menyambut hari ulangtahunnya ke 31 sekiranya beliau tidak dibunuh dan diletupkan tiga tahun lalu.

Bagi mengingati peristiwa pembunuhan kejam beliau, Hong Kong TV akan menerbitkan sebuah drama bersiri berkisarkan kematian Altantuya yang telah mencetus sensasi dan kontroversi hangat apabila isu tersebut dikaitkan dengan pembabitan Perdana Menteri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda dan malah isteri Najib, Rosmah Mansor.

Produksi drama bersiri itu akan berdasarkan kepada laporan penyiasatan pembunuhan Altantuya oleh seorang wartawan Perancis daripada akhbat French Liberation bernama Arnaud Dubus.

Laporan mendalam Arnaud membawa beliau mengelilingi dunia termasuk Monggolia dan Malaysia bagi mengumpul bahan berita dan maklumat mengenai tragedi pembunuhan itu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Habislah negara kami kerana media luar negara telah mengaitkan MB kita dengan pembunuhan... reputasi M'sia & Menteri tercermah.
Apasal..Najib tidak mengambil tindakan menghentikan ini? Suit them.
Kan Najib kata dia sumpah tidak pernah berbuat demikian.

SayaIQsikit

Tanpa Nama berkata...

banyak pihak telah pun menyaran kan kepada pm satu malaysia.supaya membersih nama dengan cara
mmbawa kemahkamah supaya di adili.sebagai mana
satu ketika dahulu di mana presiden pas tghj hadi
awang menyaman sebuah akbar daly mirear yang berpengkalan di london.di mana ternyata ia nya merupa kan satu fitnah olih akbar tersebut.dan mahkamah memerintah kan syt akbar tersbut membayar ganti rugi dan memohan maaf secara terbuka melalui akbar juga di siarkan. tetapi pm kita ini membisu seribu bahasa..kenapa?? persolan nya hanya pm satu malaysia yang mampu menjawab!!! ayuh pm!! bersih kan imej ari najisss!!ini.