Beliau berkata, tiada sebarang manfaat diperoleh sepanjang ia dilaksanakan, sebaliknya hanya menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini sama ada Islam Hadhari itu adalah sebuah agama baru atau sekadar konsep.
“Saya tidak melihat sebarang pelaksanaan dibuat bagi memartabatkan Islam. Segala yang terkandung dalam konsep Islam Hadhari itu memang sudah dituntut dalam Islam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nasharudin berkata, tiada kesan positif sebelum dan selepas pelaksanaan konsep tersebut, sebaliknya keadaan umat Islam dilihat masih mendatar dan lebih malang lagi menjadi lebih keliru.
“Umat Islam dan sistem perundangan syariah masih berada di takuk lama. Justeru tindakan mengkaji semula konsep tersebut hanya satu usaha sia-sia yang tidak akan mendatangkan hasil,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Ustaz Norazli Musa menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas itu dan turut mencadangkan supaya menghapuskan konsep Islam Hadhari.
“Pada pandangan saya, Islam Hadhari ini tidak perlu dikaji, tetapi dihapuskan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah Islam sebenar yang diturunkan oleh Allah SWT dan wajib diikuti oleh semua umat Islam,” katanya.
Menurutnya, kekeliruan yang timbul itu menyebabkan Islam Hadhari diharamkan di Selangor.
Beliau berkata, kepincangan dalam UMNO pada hari ini menggambarkan bahawa Islam Hadhari gagal dibawa oleh pemimpinnya sekali gus menunjukkan konsep tersebut tidak berkesan bagi membawa perubahan dalam peradaban.
Namun begitu, Norazli berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mewujudkan satu peradaban Islam yang moden, tetapi perlu berlandaskan kepada acuan Islam yang sebenar supaya konsep Islam itu sendiri tidak disalah tafsirkan oleh masyarakat.
4 ulasan:
pakai sarban adalah sunnah
bela janggut adalah sunnah...
pakai topi askar...??...
bela misai.....???
islam hadari....?
islam hadari tu macam
nak jadi hindari islam je...
PAS manusia yang paling hebat memperlekehkan agama demi kepentingan politik pas kau.
kiranya kau mahu menegur nga, sepatutnya ASAS teguran yang pertama wajib kau lakukan adalah mengarahkan saudara nga untuk tidak pandai-pandai MEWUJUDKAN SATU SURAH BARU QURAN, dan kedua sebelum menyebut apa-apa pun surah sesat ini, maka wajiblah untuk nga mengucap dua kalimah syhadah dan dipotong koneknya (bersunat) . kalau hati saudara nga berniat berdakwah, maka selesaikanlah dulu perkara pokok dan basis islam terlebih dahulu.
mengapa bodoh benar kau ditipu dengan DAP, adakah dengan sekadar pandai membicara surah quran dan mahu menjadi umar abd aziz, lubang bontot orang pas sudah kembang kuncup bangga dibuai pujian ? masyaallah..takkanlah dengan game politik simple begini kamu boleh menggadai body ?
Adakah Timbalan Presiden fikir UMNO akan ambil serius komen beliau itu? Timbalan Presiden sendiri menimbulkan kekeliruan kerana mahu berpadu dengan mereka. Cuba lihat komen Anonymous April 13. Dengan spesis manusia seperti inikah yang ingin anda lakukan kerjasama?
Catat Ulasan