11 Apr 2009

PASCA BUKIT SELAMBAU - Banjir Di Mergong, Di mana Pakatan Rakyat?

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir di beberapa perkampungan sekitar kawasan Mergong Alor Setar petang semalam.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 150 rumah di kawasan sekitar Mergong di tenggelami air mulai jam 6 petang semalam dengan ketinggian air mencecah 0.5 meter.

Banjir kali ini juga dipercayai akibat dari pembangunan di kawasan sekitar yang menyebabkan laluan air tersekat dan tidak dapat mengalir ke Sungai Kedah.

Namun apa yang menjadi persoalan kini, apakah tiada wakil rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat yang datang membantu mangsa-mangsa banjir ini selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kecil Bukit Selambau beberapa hari lalu?

Jika benar seperti yang dilaporkan maka ini tentulah sesuatu yang amat mendukacitakan. Terbuai dengan kemenangan tetapi kemudian alpa terhadap penderitaan rakyat akan pastinya mengundang bencana di dalam pilihanraya akan datang.

Malah sudah ada laporan sewaktu pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lalu, diberitakan ADUN Lunas dan Ahli Parlimen Kulim tidak turun membantu untuk calon Pakatan Rakyat, S.Manikumar.

Jika benar seperti dilaporkan sesuatu patut dilakukan sebelum Pakatan Rakyat menerima hukuman dari rakyat Kedah. Atau masing-masing sudah selesa dengan jawatan dan gaji yang kemudiannya mengambil sikap "apathetik" terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan?


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha!!!dah menang tu start la buat keja..jgn duk malas pulak..ahli parlimen kulim tok sah kata apa la..memang tak tau nak kata apa!!

asalbayu berkata...

Sebenarnya ini bukan perkara baru. Keadaan tersebut bertambah buruk berikutan dengan terbinanya Tesco di Mergong yang diirancang pembinaannya ketika BN berkuasa di Kedah. Fenomena biasa jika orang PR beri bantuan tak ada liputan media, tapi kalau orang BN ada. Kalau ada liputan media, itu kebetulan. Tak perlulah dihuraikan di sini.

ManInBlues berkata...

Wahai manusia yang telah dipilih sebagai pemimpin..Mana tanggugjawabmu??mana yang dijanjikan semasa meraih undi??kepada pemimpin atasan pakatan/kerajaan negeri kedah, gerakkan strategi utk menghapuskan pemimpin2 opportunist yang hanya pandai berkata2 dan hanya pandai menebalkan poket sendiri..jangan sampai pakatan disamakan dgn ame-no/bee-end..