Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.
Najib tidak menyedari apa yang dlakukan tatkala melakukan rampasan kuasa di Perak adalah lebih dari sekadar satu permainan politik untuk tujuan tertentu, malah ramai berpendapat ia adalah permainan paling hina dan jijik yang pernah dilakukan oleh Najib di dalam usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai Presiden UMNO tatkala itu.
Jika tidak mahu berpilihanraya kecil, Najib boleh saja jika beliau mahu, mengusulkan pindaan kepada rang undang-undang yang sedia ada.
Malah Najib boleh saja merancang kudeta baru di kerusi mana-mana yang beliau mahu seperti yang dilakukan terhadap ADUN-ADUN di Perak.
Jawapan Najib itu hanya sebagai satu helah lantaran takut untuk menghadapi kenyataan bahawa UMNO-BN bakal terponggeng lagi.
Mengosongkan kerusi adalah perkara biasa apa tah lagi di dalam keadaan Mohd Fairus kini ditekan oleh pihak SPRM untuk satu tuduhan yang masih samar dan kurang bukti kukuh sehingga kelewatan di dalam pendakwaan terhadapnya.
Demi menjaga maruah dirinya, maruah partinya, maruah negerinya, sebagai pemegang jawatan Timbalan Ketua Menteri beliau membuat keputusan sebagai anak jantan meletakkan jawatan, tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang sekalipun telah terbukti rasuah masih terus memegang jawatan di pelbagai peringkat sekalipun sebagai ahli parlimen, ADUN, Ketua Menteri, Menteri Besar dan menteri pusat.
Yang nyata ialah Penanti bukan lagi merupakan kubu tetapi kubur UMNO. Dan Najib telah menghidu akan berakhirnya riwayat UMNO-BN di Pulau Pinang lantarannya.
Ia juga satu referendum baru terhadap kedegilan Najib dan pihak tertentu untuk mengadakan pilihanraya seluruh Perak sekalipun referendum Bukit Gantang dan Bukit Selambau terlalu jelas telah diberikan oleh rakyat.
Jika masih terus membisu, pilihanraya kecil bakal diadakan lagi dan jika kalah lagi Najib wajar berhenti sebagai Perdana Menteri. Ada berani?
Rakyat pantang dicabar. Kebenaran pantang dipijak. Nanti anda yang bakal tercabar, anda yang bakal dipijak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan