1 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Zambry Menciumi BN Akan Kalah Teruk

Menteri Besar Kerajaan Haram UMNO-BN, Zambry Abdul Kadir hari ini menciumi bahawa partinya akan kalah teruk di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini.

Zambry di dalam akhbar TheStar Online terpaksa mengakui bahawa partinya perlu melipat gandakan usaha untuk menang di dalam PRK Bukit Gantang ini.

Kerajaan haram UMNO-BN di Perak telah ditegakkan oleh Najib melalui hasil wang dari lesen perjudian yang telah diluluskan oleh Najib selepas beliau memegang jawatan Menteri Kewangan. Pendedahannya telah dilakukan di sini.

Zambry yang baru terpukul dengan isu "rampas mikrofon" di Masjid Simpang Taiping sewaktu berceramah di Tokong Nyee Wong Kong dilihat sebagai telah tersepit dengan isu yang dibawanya.

Banyak pihak melihat mentaliti Zambry terlalu kerdil dan lemah untuk memimpin sebuah negeri berbilang kaum seperti Perak. Malah ramai mempersoalkan apakah beliau layak untuk menjadi ahli dewan undangan negeri di DUN Pangkor.

Ini kerana beliau dilihat tidak menunjukkan sifat seorang pemimpin apabila menipu rakyat dengan menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin "merampas mikrofon" sedangkan ianya tidak berlaku sama sekali dan yang dilihat oleh ialah Imam masjid berkenaan yang telah menyerahkan mikrofon tersebut kepada Nizar.

Beliau juga yang dilihat telah bersuara berang dan nyaring terhadap Nizar sewaktu Nizar datang menemuinya untuk menghulurkan salam sebelum berundur.

Banyak pihak mempersoalkan tindakan Zambry yang menimbulkan isu "rampas mikrofon" sedang mendiamkan diri daripada isu yang lebih pokok iaitu UMNO-BN yang "merampas negeri".


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ssetelah melihat tv1 jam 10 mlm tadi melalui siaran langsung wawancara dengan zambri di matang, nampak jelas sentimen rakyat di matang perak khususnya dan seluruh perak amnya, iaitu para penonton saya lihat tidak seorangpun yang senyum mahupun menangguk-anggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan kata2 zambri. yang senyum tak henti2 hanyalah zambri seorang.

para penonton rata2 duduk dengan muka serius dan berpeluk tubuh. malah, para makcik2 pun nampak sangat serius raut mukanya.
dah tu bilangan kehadiran pun tak meriah.

ape ye yang dipikirkan oleh penduduk matang perak ni??

lepas tu pasal isi ceramah yang dikatakan oleh zambri - hm.. malas nak komen. tak dak isi langsung! siapa yang tengok tahulah apa visi misi mb kudeta ini.

Cicit Mat Alam berkata...

Itu lah bagusnya sifat Pakatan Rakyat.. mendengar pendapat kedua-dua pihak.. dan buat penilaian. Kat situ nampak kematangan berfikir. Tak macam ada ketua satu jabatan penguatkuasa kerajaan, nak sebut isu pun tak boleh. Kata bakal PM nak rakyat GOLKAR, tapi info tak bole boleh bagi.nak suruh duduk bawah ketiak dier jer. Kepada ketua jabatan tu, jangan la nak jahaman kan Malaysia. Kami perlukan maklumat adil. Dengan ada maklumat yang adil kami generasi muda akan majukan negara. Kalau semua hal nak di selindung kami akan jadi manusia dungu kerana undang2 yang buat oelh orang2 dungu yang tamak kuasa.