Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu pada jam 9.40 malam dalam majlis ceramah anjuran KeADILan untuk memperkenalkan calon pilihanrayanya.
Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada mulanya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir. Menteri Besar yang dalam perjalanan bagaimanapun belum tiba ke tempat ceramah sebelum ia disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.
Isunya ialah permit polis sudah dapat, tapi kemudian ia dibatalkan di saat-saat akhir (mungkin selepas melihat respons kehadiran yang begitu ramai), jadi ia salah siapa? Salah PR dan rakyat atau salah pihak yang membatalkan permit?
Isu kedua, siapa pihak yang mengarahkan pembatalan permit di saat-saat akhir itu? Sejak beberapa hari lepas beberapa ceramah PR telah diadakan sekitar Sungai Petani, tapi tiada masalah pun. Polis juga memberi kerjasama yang baik.
Sebenarnya orang yang datang bepusu-pusu itu hendak mendengar ceramah, bukannya hendak buat kacau. Jika polis tidak diarahkan untuk buat kacau, jika polis tidak diarahkan untuk merusuh, pastinya tidak akan jadi apa-apa.
Tapi siapa punya angkara yang mengarahkan permit polis itu dibatalkan? Rasanya ia bukan kerja polis, polis cuma alat untuk melaksanakan arahan. Polis merusuh bukan kerana mereka suka berbuat demikian, tapi apa daya, mereka diarah dan dibayar gaji untuk melakukan pelbagai tugas, termasuk merusuh, jadi apa nak buat? Ini pasti kerja orang politik yang takut dengan sentimen rakyat yang menolak mereka.
Dan malam kelmarin kehadiran rakyat menjadi semakin ramai selepas mereka tahu Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya. Ramai yang datang untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin mereka, selain ingin menyatakan rasa tidak puas hati dengan gaya pemerintahan yang seperti condong kepada diktatorisme itu.
Tapi tak apalah, ini hari mereka, esok hari kita pula. Ini hari kerajaan tunjuk kuasa, nanti akan ada hari untuk rakyat tunjuk kuasa pula. Seperti kata seorang rakan, "Malam kelmarin hanpa tembak kami dengan gas, tunggulah nanti kami tembak hanpa dengan undi pula. Tunggu sajalah 7 April nanti!"
Oleh: pendikar gunung kriang
2 ulasan:
Bosan dengan manusia yang seolah-olah tiada daya upaya dengan kemungkaran semata-mata atas alasan 'makan gaji' atau 'jaga periuk nasi'. Adakah manusia yang telah Allah Ta'ala jadikan sebagai sebaik-baik kejadian hanya dijadikan semata-mata untuk menjaga perut? Kalau akal fikiran sudah tidak berfungsi dan iman (jika ada) tidak boleh dijadikan panduan, apa bezanya manusia dan haiwan?
Mudah-mudahan Allah Ta'ala turunkan pengajaran kepada anggota polis dan FRU yang akan mengingatkan mereka tentang kebesaran Allah, tentang dosa dan pahala, tentang syurga dan neraka. Mari kita lihat sejauh mana 'gaji' dan 'periuk nasi' akan membantu apabila berhadapan dengan Allah kelak.
Catat Ulasan