Persis orang yang telah "gila talak" - bernafsu untuk berkuasa semula sebagai Menteri Besar Selangor sekalipun telah jelas rakyat Selangor menolak UMNO/BN di dalam PRU12 yang lalu.
Kini dengan taktik baru - menggunakan kaedah untuk mendapatkan publisiti murahan di dalam usaha menarik perhatian ahli-ahli UMNO sempena pertandingan Ketua Pemuda di dalam pemilihan UMNO akan datang, Khir Toyo melakukan serangan kepada Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pelbagai isu rekaan dilontarkan namun nampaknya ia hanya mempalitkan ludah ke muka sendiri. Khir Toyo memfitnah Khalid Ibrahim membeli Lexus yang mana harganya hampir mencecah RM 1 juta meggunakan dana KDEB. Khalid menjelaskan kereta Lexus RX350 yang digunakan sekarang dibeli menggunakan wangnya sendiri pada tahun 2007 iaitu sebelum beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Sebaliknya Tan Sri Khalid berkata semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membeli sebuah Mercedes Benz berjumlah kira-kira hampir RM 1 juta untuk kegunaan peribadi Khir Toyo. Nah, bukankah meludah ke langit mengena muka sendiri?
Kini isu Khir Toyo dengan kuda tunggangannya GERAK, beliau menuduh Khalid menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa telah menekan bekas Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Dakwaan tersebut sungguh memalukan kita sebagai saorang Islam lagi mengelirukan. Khir Toyo dilihat sangat terdesak dan terencat akal budinya dengan lemparan fitnah kepada Khalid dan membuka lagi pekung banyak pihak terutama SPRM yang dilihat rakyat tidak professional dan melakukan siasatan secara pilih kasih disamping mendedahkan GERAK yang kini menjadi alat Khir Toyo memuaskan nafsu serakahnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Puluhan aduan mengenai salahlaku Khir Toyo kepada SPRM kenapa sampai kini kenapa SPRM berdiam diri?
Temubual TVANTARA bersama Ketua Pengarang Harakah, AHmad Lutfi Othman di dalam menjelaskan isu ini amat menarik.
ISU KEDUA
Pemahsyuran Barrack Hussin Obama Presiden Amerika Syarikat: Suatu Perspektif.
Di dalam satu wawancara Zainulfaqar (TVPAS) bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Agus Yusoff, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Agus menyatakan:
"Sekiranya Obama gagal melunaskan janjinya itu, saya kira itu cukup berbahaya; cukup menimbulkan kecuaian yang luar biasa yang bukan sahaja dalam kalangan rakyat Amerika, malah masyarakat dunia.
Kerana apa? Kerana Obama menjanjikan pekerjaan untuk rakyatnya; menjanjikan bantuan untuk negara-negara miskin; menjanjikan keselamatan untuk rakyatnya; menjanjikan keamanan untuk masyarakat dunia; menjanjikan terorisme dan krisis dunia ini dapat diatasi dalam waktu yang cepat.
Janji itu, wajib ditunaikan; perlu ditunaikan. Sekiranya gagal, selebriti, kemeriaan, kemuliaan Obama dimahsyurkan akan bertukar menjadi kekecohan dan mampu membawa pada keganasan dan kehancuran."
Beliau menambah:
"Bush tidak meninggal apa-apa legasi baik untuk dikenang. Pada saya, Dia ini betul-betul Presiden Perang yang gilakan darah manusia.
Bush sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tindakan-tindakan overside beliau kepada masyarakat lemah."

1 ulasan:
Tahniah Dato; Seri..kerana terlalu banyak menganiayai inilah balasan ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui..Setiap doa yang yang dizalimi pasti ALLAH kabulkan..Saya adalah salah seorang mangsanya. Segala rayuan dan penerangan tidak didengari..kata-kata kroni lebih didengari..dan para pegawai kerajaan mengangguk kepala 'Yes Men' saja. Dato Seri berhentilah mengata orang..fikirkan konsep 6M yang Dato' Seri amalkan dulu..Maaf Zahir Batin.
Catat Ulasan