29 Jan 2009

Najib to Tajol.. Out U Go

Rupa-rupanya kehadiran TPM, Datuk Seri Najib untuk menemui wakil-wakil rakyat UMNO dari Perak kelmarin membawa bersamanya satu musibah kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar Perak meletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubunga UMNO Perak dan berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak jam 4.30 petang Isnin lalu.

Juga rupa-rupanya visual Najib yang kelihatan gembira apabila menyatakan "semua ada sini" dan "semua komited, semua berdiri, semua bertepuk, tak goyah" hanyalah satu sandiwara untuk untuk mempertontonkan kepada rakyat kononnya UMNO Perak tidak mempunyai apa-apa masalah walhal hakikat sebenarnya UMNO Perak dilnda krisis paling kritikal yang boleh melumpuhkan parti berkenaan. Sungguh hebat dan bergaya lakonan Najib.

Dengar khabar Tajol ketika itu "dibelasah" teruk oleh wakil-wakil rakyat UMNO Perak yang menuduhnya sebagai orang yang bertanggungjawab sehingga menimbulkan konflik paling hebat di dalam UMNO Perak yang mengakibatkan Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar parti dan menyeberang ke PKR.

Mengadu kepada TPM, akhirnya diri sendiri yang terkena. Demikian nasib Tajol.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," kata wakil rakyat Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput di tangan timbalannya, Mohd Zulkifli Harun Oktober lalu berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang cuma belum sampai masa untuk mereka bertindak sedrastik Nasarudin.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada lagi ADUN yang akan meneyberang ke Pakatan Rakyat.

“Ramai lagi,” ulas Ahamad terhadap kenyataan Menteri Besar Perak, Dtuk Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan terdapat tiga wakil rakyat UMNO yang kini sedang menimbang untuk menyertai PR.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

ADUN Sungai Rapat, YB Hamidah Osman menyatakan penyisihan wakil rakyat yang ada semata-mata untuk memberi ruang selesa kepada Ketua Bahagian hanya akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Tambahnya, ketua-ketua bahagian yang ada lebih banyak berusaha untuk mempertahankan kedudukan mereka daripada menumpukan usaha menjana semula sokongan rakyat kepada UMNO.

ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang bertindak keluar BN Ahad lalu menyatakan beliau tetap keluar UMNO dan akan bersama PKR walaupun dipujuk oleh banyak pihak dengan pelbagai tawaran baru.





sumber rujukan:

Edisi 7
TVAntara
Blog YB Drs. Khalil Idham
Malaysianinsider
Malaysiakini

Tiada ulasan: