17 Jan 2009

Lintas Lansung PRK P036

LAPORAN PRK P036 K.TERENGGANU.

Sebanyak 143 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 80,229 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Hasil tinjauan para pemerhati senario suasana di pusat pembuangan undi berjalan lancar dan suasana tenang pada sebelah pagi tanpa sebarang masalah. Namun kemudiannya, satu insiden pergaduhan telah berlaku di Losong DUN Bandar ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong) yang bersifat memprovokasi sehingga menyebabkan penyokong-penyokong PAS yang berada di situ naik marah sehingga menimbulkan pertengkaran kecil

Wartawan Harakahdaily.net melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang agak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.

Katanya, telatah kurang sopan juga yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.





dikemaskinikan setiap 30 minit.

MSTAR melaporkan pada jam 12.30 tghari kira-kira 42 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi.

Malaysianinsider pula menyatakan bahawa PRK ini amat penting bagi BN, ia merupakan situasi dimana BN terdesak untuk mempastikan ia menang bagi memulihkan imejnya dari tsunami 8 Mac 8 lalu seementara bagi Pakatan Rakyat pula PRK adalah bagi membuktikan ia belum kehilangan momentum and serta kekukuhan parti komponen Pakatan Rakyat yang masih baru disamping memenangi hati dan minda pengundi Melayu.

Pahang Daily Online melaporkan satu berita "gempar" berlaku di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Ia berikutan terdapat beberapa orang pegawai SPR yang menjaga "kaunter semakan daftar pemilih" telah menghalang seorang pengundi berdaftar masuk mengundi. Kejadian melibatkan seorang pengundi yang dikenali sebagai Puan Wok Binti Long, dari Kg.Bukit Besar yang dihalang masuk atas alasan beliau sudah mengundi. Walhal pengundi terbabit baru sahaja keluar rumah untuk pergi menunaikan tanggungjawab tersebut.

3.05 ptg Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon. “Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita.

“Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999,” katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini. Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


3.15 ptg

Harakahdaily melaporkan Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Azeez didapati memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Dato' Taib Azzamuddin daripada PAS.

Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor menyatakan "Baki lima jam ini, peluang menang lebih cerah kepada calon Pas, Haji Abdul Wahid Endut dan selangkah lagi kemenangan kepada Pakatan Rakyat"

"Sepanjang kempen lalu jarang benar kelihatan jentera parti kompenan lain BN termasuk MCA dan Gerakan datang membantu kempen BN-Umno, MCA dan Gerakan dilihat takut turun bersama mereka," ujarnya.

"Sehingga hari membuang ini saya masih tidak lihat kelibat mereka turun membantu, jauh sekali dalam membantu merayu undi, ternyata 'gelombang peralihan' kaum cina di sini sangat menakutkan parti kompenan kuat BN ini.

Menurut laporan wartawan bertugas, MIC dan PPP sendiri juga dilihat tidak datang membantu kempen Umno. Ternyata Umno kelihatan lemah bersendirian dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.


3.30 ptg


70% telah membuang undi. Purata 10@ pengundi untuk setiap 1 jam semenjak dari pagi tadi.

5.00 ptg
Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup tepat jam 5 petang tadi bagi membolehkan pengundi memilih wakil Parlimen mereka, hari ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.

SPR akan mengadakan sidang media pada pukul 6 petang ini.

Laporan lain akan menyusul





















Tiada ulasan: