25 Dis 2008

Berita TKOfm 25 Dis 2008

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS. Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas. Bapa Altantuya failkan permohonan batalkan pembebasan Razak Baginda.

Gapena beri tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. "Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media.

Luarnegara: Syarikat pengeluar susu tercemar, Sanlu di China diisytiharkan muflis.


3 ulasan:

tok iskandar berkata...

Ketika PAS memerintah Terengganu dulu......tempat judi ditutup.arak diharamkan dijual kepada orang Islam dan tempat terbuka.ernah tak UMNO buat perkara yang serupa ketika memerintah Terengganu.Di negeri majoriti Islam UMNO tak mampu pertahankan Islam apatahlagi di negeri majoriti bukan Islam

tok iskandar berkata...

Rakyat terutamanya bukan melayu lebih takutkan umno berbanding hukum hudud tu.bila menang umnolah power.bila kalah rakan komponen umno seperti MCA,GERAKAN DAN MIC dipersalahkan kononnya cuba menjejaskan ketuanan melayu.kau hina kaum cina kaum pendatang.pakatan rakyat tak pernah hina kaum cina.kau cakap elok sekolah satu sistem hapuskan sekolah tamil dan cina.tercalar hati kawan-kawan kau yang berbangsa cina dan india.
ini namanya tak kenang budi.bila nak undi bukan melayu di kauala terengganu,mulalah buat muka seposen.
tok pesan kepada kaum cina dan india,umno tu amat merbahaya jika dibiarkan berkuasa.

tok iskandar berkata...

Setahu tok calon BN sekarang,wan farid ialah orang kuat Khairi.Sudah tentu orang Najib tidak mahu dia jadi menteri kerana jika menang beliau dijangkakan akan menjadi menteri kabinet dengan alasan berjaya pulihkan imej BN.

Soalan yang menarik siapa yang akan digugurkan daripada menjadi menteri kabinet.

Apakah khairi akan menjadi menteri kewangan atau menteri belia dan sukan.wan farid dijangkakan menjadi menteri di KDN dan hamid albar akan menjadi menteri luar.sementara rais yatim atau muhyiddin akan digugurkan.

rombakan kabinet akan berlaku selepas PRK Kuala Terengganu dan Pak Lah dijangka akan menguatkan lagi kedudukannya dengan membawa masuk orang kuatnya ke dalam kabinet.

Orang najib tentu berdebar-debar kerana takut dicantas.