APA yang perlu dilakukan oleh semua pihak di Terengganu sekarang ialah akur dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.
Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."
"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.
" Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".
Dr. Abdul Aziz berkata sebab itulah pihak-pihak yang tidak puas hati perlu diam dan jangan membuat hal-hal yang sia-sia.
"Menganjurkan tunjuk perasaan membantah tidak akan mendatangkan apa-apa. Mereka perlu menunggu dewan bersidang dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad untuk menjatuhkannya", kata Pensyarah Undang-Undang UIAM itu lagi.
Beliau menambah komen dan kutukan Perdana Menteri juga tidak berguna kerana beliau tidak ada kena mengena dalam soal perlantikan di peringkat negeri.
Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.
"Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"
Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog atau membubarkan dewan.
"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".
Dr. Abdul Aziz menyatakan bahawa senario di Terengganu tidak pernah berlaku. Beliau menyalahkan ahli-ahli politik yang cuba menipu dan mengelat dalam pilihan raya.
"Ini menyebabkan timbul keraguan sama ada orang yang dikatakan disokong itu benar-benar menang dengan cara yang sah".
Sebelum ini timbul dakwaan yang pihak istana tidak senang dengan tragedi di Batu Burok dan kekecohan di Marang pada hari mengundi.
"Sebab itu saya fikir adalah wajar jika pilihan raya diadakan semula supaya satu proses yang bersih dapat diadakan dan keputusan itu nanti akan menjernihkan keadaan yang berlaku di Terengganu" tegas Dr. Abdul Aziz lagi.
ditulis oleh Tarmizi Mohd Jam

1 ulasan:
Apa kata Perlembagaan Federal berkenaan dengan perlantikan MB Trengganu
Berikutan kemelut perlantikan MB di Trengganu, rujukan kepada Jadual 8 (Bahagian 1) perlembagaan Malaysia adalah penting sekali.
seksyen 1(2) menyebut: The Ruler (Baginda Sultan Negeri berkenaan) jika mahu (may) bertindak mengikut budibicaranya/ timbangannya (act in his discretion) dalam menjalankan tanggungjawabnya (atau tugasnya) iaitu:
(a) perlantikan Menteri Besar
Seksyen 2 bahagian yang sama memperuntukkan;
seksyen 2 The Ruler (Baginda Sultan Negeri) hendaklah melantik Majlis Eksekutif.
seksyen 2(a) The Ruler (Baginda Sultan) hendaklah melantik dulu MB untuk menyidangi Majlis Eksekutif... yang pada keputusan Baginda Sultan (in his judgment likely to command) akan dapat keyakinan sebahagian besar ahli-ahli majlis.
Disini, pada pendapat saya keputusan Baginda Sultan (in his judgement) adalah prerogatif (semata-mata hak/ kuasa budibicara) Baginda Sultan sendiri - samada betul atau tidak keputusan Baginda Sultan, ianya adalah isu berlainan. Keputusan Baginda Sultan dikira muktamad, dan bukan sesuatu yang boleh dirayu atau mana-mana pihak yang terkilan ada hak rayuan.
Section 4 bahagian sama - Dalam melantik MB, the Ruler (Baginda Sultan) jika mahu (may) mengikut budibicara/ timbangan (in his discretion) Baginda Sultan mengetepikan mana-mana peruntukkan perlembagaan negeri yang menghadkan pilihan Baginda Sultan, jika pada pendapat/ fikiran Baginda Sultan (in his opinion) ia dikira perlu berbuat demikian bagi tujuan bahagian ini.
Dengan demikian keputusan Baginda Sultan Trengganu adalah prerogatif (semata-mata hak) Baginda Sultan sendiri dan bukan sesuatu yang mana-mana pihak terkilan mempunyai hak untuk merayu.
Ini yang mak saya maksud – nangis tak berlagu.
SiMaun
Catat Ulasan