Rakyat Malaysia hari ini digesa untuk turun berhimpun di Perhimpunan BERSIH 10 November Sabtu ini sebagai protes kepada pihak polis yang menolak permohonan BERSIH mendesak supaya kerajaan mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
Bagai diduga, setelah dikerah, diugut dan diancam oleh Polis kononnya perhimpunan berkenaan tidak berpermit, namun apabila pihak penganjur membuat permohonan permit secara rasmi ianya ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak menasabah.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri hari ini menyatakan polis tidak mengeluarkan permit untuk pehimpunan itu dan sekiranya dianjurkan juga, ia boleh dianggap sebagai perhimpunan haram.
Beliau berkata Bersih pernah menghantar borang permohonan mendapatkan permit pada 3 November lalu dan berdasarkan kepada perkara-perkara tertentu, polis tidak mengeluarkan permit kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya difahamkan polis tidak mengeluarkan permit kepada perhimpunan ini kerana Bersih ini adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar. Selain daripada itu, kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka juga tidak diperolehi daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Saya difahamkan bahawa kita dapat maklumat akan ada perarakan dan mengganggu ketenteraman awam dan sebagainya, atas alasan itu maka polis tidak membenarkan perhimpunan ini dijalankan pada hari itu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Kita pula ingin menyatakan kepada Timbalan Menteri KDN yang rasuah itu bahawa BERSIH adalah himpunan pelbagai pertubuhan yang berdaftar di negara ini. Ia adalah gabungan 60 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang. Tidak ada logiknya untuk menyatakan BERSIH sebagai sbuah pertubuhan yang tidak berdaftar. Jika demikian halnya maka Barisan Nasonal yang menggabungkan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, PPP dan sebagainya juga adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.
Dataran Merdeka adalah hak negara dan bukan hak Polis mahupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia bukan hak Keselamtan Dalam Negeri, bukan hak Perdana Menteri jauh sekali hak Johari Baharom atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan sekalipun. Ia bukan hak milik persendirian. Sesiapa sahaja berhak untuk ke Dataran Medeka, hari apa dan masa bila yang mereka mahu.
Perhimpunan berkenaan tidak menganggu ketenteraman awam kerana ia adalah perhimpunan aman oleh orang awam sendiri. Arkib yang lepas membuktikan ketenteraman awam hanya tergugat apabila polis campurtangan menghalang perhimpunan aman dengan keganasan, kezaliman dan semburan gas pemedih mata.
Dengan nada sombong dan bongkak Johari Baharom berkata, "pihak kementerian sudah mengarahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan pada hari itu nanti."
Kami mencabar Johari untuk menangkap sekalian 100,000 rakyat yang berhimpun, dakwa serta sumbatkan meeka ke penjara jika kamu mampu melakukannya!
Kami berdiri teguh dengan prinsip keadilan serta hak yang termaktub di dalam perlembagaan. Berhimpun secara aman apatah lagi untuk merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong tidak sepatutnya dihalang oleh sesiapa juga kecuali mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri akibat penyerahan memorandum itu.
Kepada pihak polis, anda boleh menggunakan kekerasan dalam apa jua bentuk yang kamu mahu, tetapi ingat kamu juga perlu mematuhi undang-undang negara. Jika perhimpunan ini kamu takrifkan sebagai perhimpunan haram, ayuh tembak sampai mati sahaja semua 100,000 orang yang berhimpun.
Di dalam soal menegakkan hak dan keadilan, kami tidak berhimpun jika kami bacul dan penakut. Kami tidak bertolak ansur dalam hal-hal kezaliman dan kekejaman. Kami tidak mendirikan rumah ditepi pantai jika kami takut akan gelombang besar yang datang. Rakyat ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasonal yang ada supaya bertanding di dalam pilihanraya dengan gentleman, bukan dengan memanipulasi SPR untuk mendapatkan kemenangan melalui tipu-daya serta taktik kotor yang telah menjadi pengetahuan umum.
Apabila mesej yang serupa sudah tidak diindahkan oleh kerajaan yang ada, maka jalan terakhir kini ialah merafak sembah kepada Yang DiPertuan Agong. Seandai itu juga kamu halang, nantikan peristiwa yang lebih dasyat kerana apabila rakyat apabila semakin ditekan dan ditindas ia akan bangun dengan lebih agresif dan dengan angka yan lebih ramai. Apakah kamu ingin dan telah bersedia dengan itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan