27 Okt 2014

Melayu Pendatang: GERAKAN Yang Sebut DAP Yang Disalahkan! - Guan Eng


Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa ‘orang Melayu adalah pendatang’ jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu.

“Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

“Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAPl yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi ‘pakar’ menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam,

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah, dalam sebuah simposium di Bangi semalam Presiden ISMA Abdullah Zaik membuktikan agendanya yang benci golongan anti-bukan Islam dengan kenyataan terus terang untuk melawan kafir, yang merupakan satu perkembangan baru yang amat bahaya.

“Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA?

“Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong,” ujar Guan Eng.

Henti gelar-menggelar, bina budaya hormat dan persefahaman

Namun, beliau menghargai kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, yang menyeru masyarakat Malaysia menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’.

Dr Mohd Parid berkata, Malaysia adalah tanah tumpah darah termasuk orang bukan Melayu dan bukan Islam, kerena turut bersama menyumbang pembangunan negara dengan jiwa raga mereka.

Manakala imej Islam sebagai agama damai dan dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amalan, dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.

Justeru itu kata Guan Eng, rakyat di negara ini seharusnya memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

“DAP percaya bahawa majoriti besar rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai dan tidak berminat dalam usaha lawan-melawan diantara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen dan perjuangan melawan kafir,” ujar Guan Eng.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



Taqlid Buta Kerana Jahil & Kepentingan Politik


Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'

KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.


"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -SH

ULASAN GB

GB melihat isu ini timbul akibat dari dua perkara. Pertama jahil kedua politik.

Jahil kerana dijahilkan oleh sistem pendidikan agama di negara ini sekian lama. Menanamkan pendidikan agama hanya dari satu aliran iaitu mazhab Syafie. Tidak diketengahkan pandangan dan pendapat imam-imam ahli sunnah wal-jamaah yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Proses penjahilan ummah ini telah berlaku zaman berzaman sehingga ajaran dari Imam Syafie saja yang dianggap "Islam" manakala yang lain tidak. Maka kesannya jadilah penganut Islam di Malaysia ini sebagai pentaksub Syafie. Sedangkan Imam Maliki adalah guru kepada Syafie. Tidak pernah mereka bertelagah, Syafie sendiri tidak menyuruh mengikut beliau membuta-tuli. Katanya:

“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.”

Kedua ialah politik. Hanya semata-mata program itu berlaku di negeri Selangor maka disernag habis-habisan. Sedangkan program pelajar sekolah agama memegang anjing di negeri Johor tidak pula dihebahkan.

Tiba-tiba bangun sekalian ulamak, sekalian ustaz, sekalian mufti menghentam proram sentuh anjing di Selangor. Sehingga surat kebenaran yang dikeluarkan sendiri pun dinafikan, dituduh pula penganjur memanipulasi surat berkenaan.

Dituduhkan pula program itu konopnnya sebagai agenda "liberalisme". Bukankah jelas serangan itu bermotif politik?

Jika "liberalisme", apakah puak yang menuduh itu sanggup menuduh Imam Maliki dari ahli sunnah wal-jemaah sebagai penganjur "liberalisme" semata-mata hanya menyatakan menyentuh anjing itu tidak haram?

Ada pula mufti siap suruh peserta program itu bertaubat. Habis Imam Maliki dan para pengikutnya perlu bertaubat jugakah wahai sang mufti?

Kejahilan dan kepentingan politik menyebabkan sehingga ada pihak sanggup mengancam dan mengugut untuk membunuh penganjur program berkenaan. Konon akulah saja pembela ajaran Islam sebenar dinegara ini.

Inilah paradoks di dalam pengamalan agama di negara kita. Ini baru perbezaan pendapat ulamak di dalam kelompok "Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sendiri sudah menampakkan gejala TAQLID BUTA untuk kepentingan politik. Jikalah Imam Maliki yang berijtihad tidak haram menyentuh anjing itu bukan dari kumpulan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, (dari mazhab Syiah umpamanya), sudah tentu dah dikafirkan oleh sebilangan umat Islam di negara ini. Itupun sudah ada yang menuduh dan memfitnah penganjur program berkenaan sebagai Krisitian.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



MasyaAllah.. Saksikan Keindahan Alam Ciptaan Allah Yang Berwarna-warni Ini..


Tempat-tempat Yang Sangat Berwarna-Warni. Ya, Kami Mulanya Tidak Percaya...

Ini adalah senarai 22 gambar tempat yang sangat berwarna-warni. Seperti anda, kami pun mulanya tidak percaya ianya wujud.

1. Taman Negara Lembah Bunga, India

Sepanjang cerun tinggi Himalaya Barat, anda akan menemui padang rumput yang tidak berkesudahan dengan kehadiran bunga alpine. Bahagian taman juga adalah rumah kepada banyak spesis haiwan yang sukar ditemui, seperti beruang Asiatic hitam, harimau salji, dan biri-biri biru.

2. Tasik Lima Bunga, China

Tasik Lima Bunga merupakan salah satu daripada 118 tasik di Taman Negara Jiuzhaigou. Kawasan ini khususnya mewujudkan pallette berwarna-warni terutamanya daripada deposit mineral dari persekitaran sekeliling dan kepelbagaian tumbuhan .

3. Taman Hitsujiyama, Jepun

Garis lumut merah jambu di kaki Gunung Fuji, mewujudkan kontras nyata dengan pokok-pokok sekitar.

4. The Great Barrier Reef, Australia

Rumah kepada lebih daripada 1500 spesies ikan dan 600 jenis karang, terumbu ini adalah percutian untuk warga Australia dan pelancong mencari pengalaman menyelam yang mengasyikkan.

5. Daerah Yuanyang, China

Padang teres di China ini yang mewujudkan pelbagai warna berlapis di samping membekalkan beras bagi berjuta-juta penduduk di seluruh negara.

6. Ladang Lavender di Perancis

Ladang-ladang lavender ini adalah seharum warna bunga yang berwarna-warni. Bestnya…

7. Tasik Hillier di Australia

Warna merah jambu bubblegum Tasik Hillier kekal misteri, tetapi tidak seperti tasik merah jambu lain di seluruh dunia, warna di tasik ini kekal sepanjang tahun. Tiada siapa tahu kenapa.

8. Braunwald, Switzerland

Ladang dandelion dengan latar belakang Swiss Alps adalah satu pandangan yang menakjubkan.

9. Pantai Laut Merah, China

Dalam salah satu tanah lembap yang terbesar di dunia, tanah yang sangat beralkali ini membolehkan tumbuh-tumbuhan suaeda merah cerah untuk berkembang.

10. Ladang Tulips di Netherlands

Bunga-bunga Belanda yang terkenal di dunia, dengan ladang terbesar mengandungi lebih daripada 7 juta bunga.

11. Kolam Air Panas Grand Prismatic, Wyoming

Terletak di Taman Negara Yellowstone, ia adalah kolam air panas ketiga terbesar di dunia, dan yang pasti yang paling berwarna-warni.

12. Cornwall, England

Ladang popi yang menghadap Laut Celtic mencerahkan hujan di UK yang dahsyat.

13. Alberta, Canada

Moraine Lake mendapat air dari air glasier dan mendapat warna biru yang cantik dari deposit hakisan batu kapur.

14. Luoping, China

Ladang yang seolah-olah tidak berkesudahan bunga dengan canola kuning menarik ramai jurugambar dan lebah. Luoping merupakan kawasan yang terkenal untuk pengeluaran madu.

15. Shark Bay, Australia

Merah, kaya dengan zat besi tebing yang cerah di atas pasir putih dan air biru membuat Shark Bay adalah bahagian “mesti lihat” daripada keseluruhan bahagian pantai Australia yang terkenal.

16. Pamukkale, Turkey

Mata air panas di teres travertine dari Pamukkale adalah tarikan utama pelancong di Turki untuk menenangkan diri selama beribu-ribu tahun.

17. Taman Kawachi Fuji, Japan

Taman-taman yang mempunyai 20 spesies bunga wisteria yang mempesonakan. Berjalan kaki melalui terowong ini adalah satu pengalaman yang nyata hebat untuk pelawat.

18. Hokkaido, Japan

Ladang pelangi di Jepun yang cantik beralun penuh dengan barisan ditanam bunga pelbagai warna. Ia kelihatan seperti dari filem Disney.

19. Vermont pada musim luruh

Dedaunan jatuh di Vermont sepenuhnya mengubah dari hutan hijau ke lapisan hutan berwarna-warni.

20. Sungai Caño Cristales, Columbia

Dikenali sebagai Sungai Lima Warna, Cano Cristales adalah kagum untuk dilihat, tetapi kerana tahap sedimen yang tinggi ia tidak dapat didiami mana-mana spesies ikan.

21. Namaqualand, Namibia

Pada musim bunga, Namaqualand berubah dari sebuah tanah yang kosong dan tandus menjadi taman bunga yang subur dan berwarna-warni dan kebanyakan bunganya tidak dapat ditemui di tempat lain di dunia.

22. Juneau, Alaska

Gua ais di bawah Mendenhall Glacier adalah tempat ajaib yang mungkin tidak bertahan lama. Glasier 12 batu panjang telah berubah menjadi 2 batu disebabkan oleh perubahan iklim sejak 1958.

Cantik sangat tempat-tempat di atas. Semoga kita semua dilapangkan rezeki dan masa supaya dapat mengunjunginya suatu hari nanti.

Sumber: Distractify via thevocket.com

ULASAN GB

Ia bukan lukisan... ia bukan imiginasi manusia... tetapi ia adalah "real", ia benar-benar ciptaan Tuhanmu dan Tuhanku...

Maha Agong dan Maha Besar Dia!

"Sibghah (pewarnaan/celupan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138).









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





26 Okt 2014

Dicekup Di Hotel Bajet Semasa Sambutan Maal Hijrah


Terjerat berasmara, cemari sambutan Maal Hijrah

JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai.

Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu.

Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet.

“Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.

Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia.

Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat.

Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot. -SH







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Harga Gas Memasak Naik 50 sen


Harga gas memasak naik lagi 50 sen mulai 1 November 2014.

Menerusi pekeliling yang tersebar, pihak Summit Petroleum SDN BHD akan menaikkan harga produk Gas Petroleum Cecair (GPC) sebanyak 0.50 sen daripada harga gas sedia ada.

Tambah Syarikat tersebut, kenaikan harga gas itu tidak boleh dielakkan kerana merangkumi kenaikan kos perkapalan dan belian premium produk.

Bagaimanapun, produk gas memasak yang mengalami kenaikan harga hanyalah produk gas jenama "Solar Gas" keluaran Summit Petroleum SDN BHD sahaja. -mavister.com

ULASAN GB

Walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada kenaikan harga untuk gas memasak, tetapi kenaikan harga petrol menyebabkan syarikat pengeluar gas memasak menaikkan kos keluaran mereka dan memindahkan kenaikan mos itu kepada pengguna.

Dan walaupun yang naik itu ialah produk gas jenama "Solar Gas", biasanya ia akan diikuti oleh syarikat-syarikat pengeluar gas memasak yang lain di dalam waktu terdekat.

Kesannya, lingkaran kejam inflasi tidak dapat dielakkan. Kenaikan barang-barang makanan dan lain-lain yang menggunakan gas memasak akan turut naik selain dari kenaikan mos hidup rakyat.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Terima Ancaman Dari Gangster Melayu, Ali Jalil Lari Ke Sweden Mohon Suaka

Selamat di Sweden, aktivis dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu

Aktivis Ali Abd Jalil, warganegara Malaysia kedua melarikan diri ke luar negara dalam beberapa minggu ini, mendedahkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini yang beliau sekarang berada dalam keadaan selamat di Sweden.

Menulis statusnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya meninggalkan Malaysia.

"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah.

"Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa," kata Ali.

Ali juga berterima kasih kepada Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.

Beliau mendapat sokongan daripada rakan Facebooknya yang mengharapkan dia berada dalam keadaan baik dan mengucapkan selamat jalan.

Ali menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".

Portal Rakyat Times melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober menuju ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.

Di Stockholm, Ali menemui Amnesty International Sweden bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka.

Beliau kemudiannya dibawa ke pusat suaka sebelum dipindahkan ke bandar lain, Morsta, menurut portal yang dimiliki aktivis dan peguam Haris Ibrahim itu.

Ia juga melaporkan, Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa.

Awal pagi ini, The Malaysian Insider menerima satu emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.

Selain Ali, seorang lagi warganegara Malaysia, blogger seks kontroversi Alvin Tan, juga dalam usaha mendapatkan suaka politik di luar negara. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





25 Okt 2014

[VIDEO] Syed Azmi Tampil Mohon Maaf, Pembelajaran Untuk Hormat Makhluk Allah


Syed Azmi : Tiada niat memesongkan akidah

Penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi tampil beri penjelasan bahawa tujuan program tersebut hanya untuk mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut tiada niat untuk memesongkan akidah, menukar hukum-hakam agama dan mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.

“Niat saya ikhlas dan saya memohon maaf dan tiada niat menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu sidang media di Kelab Golf Persiaran Selangor.

Setelah hampir seminggu, Syed Azmi hari ini tampil beri penjelasan dan memohon maaf di atas sebarang perasaan tidak senang yang berbangkit disebabkan oleh program ‘I Want To Touch A Dog’.

Tegasnya, program tersebut tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan.

“Kenyataan ini kami telah nyatakan di dalam laman sosial program ini semenjak 11 September yang lalu.

“Mengenai kelulusan-kelulusan rasmi bagi menganjurkan program ini, kami telah bertemu dan berbincang dan kami diberikan surat menerangkan garis panduan pengendalian anjing menurut Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Tambah beliau, program tersebut adalah proses pembelajaran untuk menghormati makhluk Allah SWT yang kian dipandang hina dan didera oleh masyarakat kita.

“Segala pencerahan mengenai hukum-hakan pengendalian anjing telah diterangkan semasa program tersebut.

“Ingin saya tekankan program ini adalah proses pembelajaran dan kaedah juga telah diterangkan dan amali telah dikendalikan,” jelasnya.

Katanya, beliau mengakui program tersebut ada kelemahan tersendiri.

“Terima kasih juga atas komen-komen yang diterima.

“Ini adalah proses pembelajaran bagi saya juga. Saya dengan sejujurnya tidak mempunyai mana-mana niat untuk menguris sensitiviti rakyat Malaysia,” ujarnya. -FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[MENARIK] Itik Pulang Ke Reban Setiap Kali Azan Asar


Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.

Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.

"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban. -HM



ULASAN GB

Menarik bukan?

Setiap ali azan Asar berkumandang itik-itik ini pulang ke reban.

Annehnya terdapat juga manusia yang beragama Islam, sekalipun azan Maghrib telah berkumandang tapi masih sibuk di pusat membeli belah atau tengah mentekedarah di restoran....







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Kepada Yang Mengutuk Syed Azmi, Mampukah Anda Lakukan Seperti Beliau?


Syed Azmi Anjur Banyak Aktiviti "I Want To Touch A Heart"

Kepada Yang Berkenaan,

Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.


Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.





Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda. 

Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil. 




Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.

  1. Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
  2. Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  3. Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  4. Ramadhan Box
  5. Kursus Pengurusan Jenazah
  6. Kursus Penyembelihan Ayam
  7. Sukan Rakyat
  8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
  10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  13. Suspended Meal (Free meal for the poor)
  14. Kempen Zebra Crossing
  15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 



Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Apa Pendapat Anda ?

Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.

-fb AAK71







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI