6 Jul 2014

Permintaan Terakhir Sharifah Aini Termakbul, Anak Sendiri Imamkan Solat Jenazahnya


Anak imamkan solat jenazah, permintaan terakhir Sharifah Aini termakbul

Antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.

Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.

Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.

Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.

Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.

Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu.


Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff


Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai

Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.
~WA



Solat Jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini Diimamkan Anaknya


Sebab itu andai kata anak kita tak dapat jadi jurutera, tak dapat jadi peguam, tak dapat jadi doktor, janganlah kita kecewa.

Yang patut kita kecewa kalau dia tak mahu solat, tak mahu baca Al-Quran dan sebagainya sebab tanpa doa mereka, hilanglah salah satu bekalan kita bila mati nanti.

Kita mungkin berbangga anak kita dapat 5A dalam buku ‘report card’ – tetapi adakah dia juga dapat habiskan solat lima waktunya?

Percayalah, tiada yang lebih bahagia daripada melihat sendiri anak yang kita sayang, anak yang kita manja dan tatang bagai minyak yang penuh itu, memandikan dan mengimamkan sendiri solat jenazah untuk kita.

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan ANAK YANG SOLEH yang mendoakan untuknya”(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)..
~bogberitaonline










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Penduduk Kampung Berjaya Tangkap "Raja Toyol"


Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian

PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.

Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.

“Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.

“Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan,” katanya.

Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.

“Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.

“Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah,” katanya.

Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya.

“Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.

“Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan,” katanya. -SH


Berjaya rakam visual ‘toyol’

Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.

PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penceroboh.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

“Kanak-kanak itu mengaku masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.
~sh










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Kes Awie Belasah isteri, Haliza, Kakak Rozana Misbun Bersuara


Awie tak mengaku, Allah lebih mengetahui segalanya – Haliza Misbun

MESKIPUN vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut.

“Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

“Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif,” katanya kepada Portal Murai.

Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini.

Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam ‘deklarasi harta sepencarian’ disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu.

“Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda,” katanya.-newmalaysianpost









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




5 Jul 2014

"Kuala Lumpur Perlu Bersihkan Pusat Hiburan, Bukan Peminta & Pemberi Sedekah"


Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.

Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.

"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.

Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




"Sepatutnya Saya yang Pergi Dulu" - Ibu Sharifah Aini


Sepatutnya saya yang pergi dulunya...bukan dia...sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia," kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.



"Saya terkilan... sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah....," katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.

Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.

"Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: "Umi sayang Ani...Dia anggukkan kepala.

"Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.

"Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah...memang sedih sangat" kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi.

Pak Nil terus menenangkan Umi....

Sumber: MURAI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara dekat sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. -mstar

ULASAN GB

Inaillahi wainna ilaihi rajiun...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Mati Kerana Kepala Tersangkut Ketika Pecah Masuk Rumah Jiran


Dungun - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




4 Jul 2014

Awie Diheret Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri


Awie Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri

AMPANG: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikat jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin.

Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya.

Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Imej Rozana yang dikatakan lebam akibat dipukul suami sendiri tersebar di Internet.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.

Perkarangan mahkamah dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar seawal pukul 9 pagi dan penyanyi itu hanya muncul sejam kemudian.

Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain.

Sementara itu, Awie ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada peguamnya.

Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai kes ini kerana tidak mahu menggangu proses mahkamah dan menyerahkan semua kepada peguam saya," katanya.

Tambah Awie, biarpun kes berkenaan mendapat perhatian ramai namun ia tidak menggangu perjalanan seninya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Siapa yang tak kenal Awie? Pemilik kelab malam yang menjual arak di Ipoh. Siapa tak kenal Awie? Penyanyi rock yang pernah memakai rantai salib?


Siapa tak kenal Awie? Khabarnya dia seorang Ayahanda PEKIDA. Siapa tak kenal Awie? Penyokong tegar UMNO BN.


2x 5 macam papagomo juak. Isteri sendiri pun dibelasah semacam.... Memang betullah air setan itu hanya untuk setan-setan belaka.

Sekarang jawab, Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara 7 tahun dan denda.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Felixia Yeap: Alhamdulillah, Aku Kini Bergelar Seorang Muslimah....


Model dan pelakon Felixia Yeap semalam sah memeluk Islam setelah beliau selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail pada jam 6.30 petang.

Menulis di akaun Facebooknya, model pakaian muslimah terkenal itu juga menyifatkan tindakannya memeluk Islam semalam sebagai kelahiran semula baginya.

"Jam 6.30pm tadi, saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.

"Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini," katanya melalui Facebook.

Beliau turut mengucapkan syukur atas kehadiran rakan-rakan yang turut sama menyaksikan hari bersejarah baginya.

Felixia sebelum ini memilih tarikh 5 Ramadan bersamaan 3 Julai untuk mengucap syahadah adalah bersempena ulangtahun kelahirannya.

Dalam pada itu, belum belum lagi mahu memaklumkan nama baru yang akan digunakan setelah memeluk Islam.

Menurut beliau, nama baru itu hanya akan diumumkan kemudian.

Beberapa portal menyebut beliau bakal menggunakan gabungan dua nama, di mana salah satunya adalah 'Rania'.

Sementara itu di akaun Facebook juga, beliau turut menukar 'cover photo' dengan gambar tulisan ucapan syahadah - HD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa

Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu. Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan. "Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan. “Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia. “Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin. Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat. “Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia. “Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai. “Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu. Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan. "Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan. “Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan. -mstar







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 Jul 2014

Dari Blog Felixia Yeap - 3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku -updated


Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan.

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.

Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.

Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."

Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.

Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.

Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.

Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa? Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.

Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.

Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.

P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".

Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.


Terima kasih semua atas sokongan anda. =) ~felixiayeap










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Parlimen NZ Bahas Isu Serangan Seksual, Di Malaysia?


Parlimen NZ bahas isu 'serangan seksual'

Isu seorang diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mendapat perhatian Parlimen negara kiwi itu.

Ia bermula apabila jurucakap hal ehwal luar negara Parti Buruh David Shearer mahukan sebuah perbahasan segera dibuat berhubung isu itu.

Shearer, seperti dilaporkan TVNZ, mempersoalkan cara menteri luar negara itu Murray McCully mengendalikan isu itu dengan mendakwa mangsa tidak diberikan keadilan selepas tertuduh pulang ke Malaysia.

McCully mengakui bahawa terhadap beberapa kelemahan dalam pengendaliannya.

“Ia sesuatu yang tidak dinafikan oleh anggota daripada bahagian ini di dalam dewan,” McCully dilaporkan sebagai berkata.

Pegawai tentera yang ditugaskan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington pada Mei dituduh memecah rumah dan menyerang dengan niat merogol seorang gadis 21 tahun di rumahnya di ibu negara itu.

Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan bahawa tertuduh telah pulang ke Malaysia melalui perbincangan tidak rasmi antara dua kerajaan dan dia kini disiasat oleh pasukan tentera negara ini.

Kementerian luar New Zealand baru sahaja meminta maaf kepada kerajaannya berhubung pengendaliannya terhadap kes melibatkan kekebalan diplomatik. ~mk


ULASAN GB

Berbeza sungguh senarionya dengan Parlimen Malaysia.

Di sini, semua tak boleh bincang. Speaker yang bernama Pandikar Amin itu akan berikan pelbagai alasan apabila ada usul-usul menyentuh kepentingan negara dibawa oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibahaskan.

Kes penting seperti kehilangan MH370 pun tidak boleh lansung dibincangkan. Apabila speaker dikritik, maka wakil rakyat itu akan dihalau keluar dari Dewan Rakyat malah ada yang sampai digantung beberapa bulan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Kisah Seorang Wanita Dan Sebungkus Kueh

Seorang wanita membeli majalah dan beberapa ketul kuih. Sambil menunggu kereta api tiba, dia duduk di sebuah kerusi panjang.

Disebelahnya, duduk seorang lelaki. Tidak diendahkan, wanita itu asyik membaca majalah yang baru dibelinya. Tiba-tiba, sudut matanya perasan lelaki disebelah mengambil kuihnya.

Wanita itu mulai geram. Tapi, dia berdiam diri. Dalam hati, dia mengutuk tindakan lelaki itu mencuri kuihnya.

Apabila dia mengambil sepotong kuih, lelaki itu pun ikut sama mengambilnya. Bahkan, lelaki itu tersenyum memandangnya sambil memakan kuih.

Hati wanita itu kian panas. Sudahlah lelaki itu curi kuihnya, tiada langsung rasa bersalah. Jauh sekali mengucapkan terima kasih.

Sampailah hanya tinggal sepotong kuih dalam plastik itu. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu mengambil kuih terakhir. Dia membahagikannya kepada dua bahagian. Satu, dihulur kepada wanita itu. Dan yang satu lagi dimakannya.

Wanita itu mengambil bahagian kuih terakhir. Hatinya semakin membara. Kebetulan kereta api tiba. Lantas wanita itu bangun dengan wajah marah, tidak langsung memandang ke arah lelaki yang dianggap telah mencuri kuihnya dan tidak tahu berterima kasih.

Setelah duduk, wanita itu membuka plastik yang tersangkut pada beg sandangnya. Dia terkejut melihat kuih yang dibeli rupa-rupanya masih ada di dalam beg plastik itu.

Jadi, yang dimakannya tadi bukanlah kuihnya? Tapi, ia adalah kepunyaan lelaki itu! Bermakna sekarang, bukan lelaki itu yang mencuri dan tidak tahu berterima kasih. Tapi dialah pencuri yang sebenar!

Wanita itu tersandar. Bagaimana dia hendak meminta maaf? Kereta api sudah bergerak laju meninggalkan lelaki tadi yang masih duduk di kerusi itu.

Sebenarnya, kisah diatas bagai metafora yang biasa berlaku dalam kehidupan. Kita mudah berprasangka buruk pada orang lain.

Tanpa sedar kita sebenarnya adalah si pencuri kuih itu!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




2 Jul 2014

Ini Dia Wajah Rizalman, Segak Bergaya Tetapi Berperangai Binatang Malukan Negara

MMuhammad Rizalman Ismail (gambar) 38, merupakan pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan, telah dihantar untuk bertugas dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak tahun lalu.

Dia ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.

Muhammad Rizalman sepatutnya dijadualkan hadir ke mahkamah pada 30 Mei lalu bagi memberi keterangan untuk menjawab dakwaannya.

Anifah berkata, Mindef telah menyediakan satu Lembaga Siasatan (BOI) untuk menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.

Beliau berkata, Wisma Putra tanpa ragu-ragu untuk menghantar semula tertuduh ke New Zealand sekiranya terdapat keperluan dan sekiranya terdapat permintaan daripada negara itu bagi ekstradisi terhadap tertuduh.

“Tetapi kita yakin dengan Mindef dan lembaga akan berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand untuk mendapatkan bukti.

“Apa yang penting adalah dia mesti disiasat secara menyeluruh dan diberikan pendengaran yang adil. Jika dia didapati bersalah, hukuman perlu dikenakan dengan setimpalnya,” katanya.


Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik


Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

Bukan setakat langgar disiplin

"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripada apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.

"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.

Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.

"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya.
~mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Polis Bertindak Ganas Terhadap Kami, Kata Peserta Perhimpunan Hijau


Peserta Perhimpunan Hijau menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM menyatakan bahawa mereka amat kecewa dengan tindakan pihak polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kuantan dalam mengendalikan perhimpunan aman rakyat ini. Perhimpunan ini telah diadakan pada 22 Jun lalu bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan upaya untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberikan sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini,” kata salah seorang peserta himpunan, Dr. Phua Kia Yaw.

Menurut beliau, peranan polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar. Tetapi apa yang berlaku, pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Pihak polis menghentikan perhimpunan ini dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap di IPD Kuantan.

“Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak bersuara, malah hak kebebasan individu telah dilanggar oleh pihak Polis,” katanya. Tambah beliau, 15 orang tahanan telah dibebaskan pada awal pagi 23 Jun 2014 tetapi aktivis Friends of the Earth yang berasal dari Australia, Natalie Lowrey, telah terus ditahan dan hanya dibebaskan pada 27 Jun 2014. “Ini merupakan salahguna kuasa oleh polis. Penggunaan undang-undang immigrasi untuk menahan beliau selama 6 hari juga merupakan satu tindakan berniat jahat untuk menghukum Natalie Lowrey sebagai warga asing yang menyokong Himpunan Hijau,” katanya. Pada 22 Jun, telah berlaku pergelutan dan penangkapan oleh pihak Polis terhadap para peserta Himpunan Hijau. Menurut peserta, mereka mendakwa telah dipukul oleh pihak polis dan diberi layanan yang sangat teruk. Saksi dan mangsa kejadian telah membuat laporan polis tentang keganasan itu. “Kami rasakan bahawa penindasan, penyalahgunaan kuasa dan keganasan polis semasa Himpunan Hijau adalah pencabulan hak asasi yang teruk dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan. Sehubungan itu, para peserta Himpunan Hijau menggesa agar pihak SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka terhadap tindakan polis yang bertindak ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun lalu. Sidang media ini turut dihadiri oleh ADUN Semambu, Lee Chean Chung. -FMT

SEKITAR DEMO ISU LYNAS DI GEBENG KUANTAN 22 JUN 2014









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI