4 Jul 2014

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa

Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu. Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan. "Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan. “Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia. “Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin. Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat. “Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia. “Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai. “Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu. Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan. "Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan. “Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan. -mstar







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




8 ulasan:

Amuraria berkata...

Allahu Akhbar ! Syabas...

Tanpa Nama berkata...

sedih mendapat berita bangsa uighur di china dilarang berpuasa di bulan ramadhan. sedang umat islam di sana spt kita menunggu2 kedatangan ramadhan.

Tanpa Nama berkata...

Deretan Rumah Kedai (Shoplot) berdekatan 99 Speedmart Taman Pinggiran USJ (sebelah Kolej Vokasional Batu Tiga Shah Alam) kedapatan banyak kedai JUDI CYBER yang bertopengkan perniagaan CYBER CAFE..Pihak POLIS, MPSJ bertindaklah segera terhadap kegiatan jenayah ini..

Tanpa Nama berkata...

Uighur bukan penduduk China asli ...mereka adalah pendatang dari daerah sempadan...sebab itu mereka tidak diperlakukan saperti rakyat sendiri.....Orang2 Cina Islam lebih dari 30 juta orang di seluruh Negara Cina...mereka bebas sahaja mengamalkan ajaran Islam disana...ini bukan larangan agama ini lebih kepada sekatan puak...

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar...di Malaysia ramai orang melayu islam yang tak berpuasa, malulah sikit pada bangsa lain walaupun tak islam tapi cuba untuk merasai indahnya berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

Uighur wujud sblm negara China wujud.. mereka membentuk satu sistem pemerintahan sendiri di satu kawasan yg skrg dinamakan Xinjiang.. Sama seperti Mindanao atau Selatan Filipina. Mereka wujud sblm negara bernama Filipina wujud. Mereka dibawah Kesultanan Sulu sblm ianya diletakkan dibawah negara Filipina oleh penjajah.

abuamir berkata...

Uighur ni asalnya negara sendiri tetapi kena takluk oleh china sama macam mongolia dan tibet. Majoriti penduduknya berugama Islam tetapi kominis china telah bawa masuk ramai puak cina lain ke Uighur. Maka berlakulah perbalahan kaum dan tekanan/penindasan oleh kominis china.

Mereka ditindas kerana mahukan kemerdekaan sama spt mongolia & tibet. Sama-samalah kita doakan mereka sejahtera dan aman mengamalkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

rocky de Langat says: Alhamdulillah moga puasa Cik Soo ini menjadi permulaan pada satu hidayah tapi terpulang pada Alllah swt harap ia sama langkah macam Cik Rania Yeap kita. Tapi benar ke proboscis monkey tu bukan asal dari Malaysia? kenapa dipanggil "urang belanda"? padahal orang belanda mana pernah sampai Sabah, pening aku bah!