MMuhammad Rizalman Ismail (gambar) 38, merupakan pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan, telah dihantar untuk bertugas dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak tahun lalu.
Dia ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.
Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.
Muhammad Rizalman sepatutnya dijadualkan hadir ke mahkamah pada 30 Mei lalu bagi memberi keterangan untuk menjawab dakwaannya.
Anifah berkata, Mindef telah menyediakan satu Lembaga Siasatan (BOI) untuk menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.
Beliau berkata, Wisma Putra tanpa ragu-ragu untuk menghantar semula tertuduh ke New Zealand sekiranya terdapat keperluan dan sekiranya terdapat permintaan daripada negara itu bagi ekstradisi terhadap tertuduh.
“Tetapi kita yakin dengan Mindef dan lembaga akan berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand untuk mendapatkan bukti.
“Apa yang penting adalah dia mesti disiasat secara menyeluruh dan diberikan pendengaran yang adil. Jika dia didapati bersalah, hukuman perlu dikenakan dengan setimpalnya,” katanya.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik
Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.
Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.
Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.
Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.
Bukan setakat langgar disiplin
"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripada apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.
"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.
Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.
"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya. ~mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
5 ulasan:
tompang lalu
POLIS, JPJ, SPAD, SPRM TIDOR KAH??
SILA DUDUK DEPAN TESCO EXTRA BUKIT PUCHONG..LIHAT BERAPA PULUH LORI MEMBUAT BERAPA RATUS TRIP SEHARI, MENGANGKAT TANAH MELEBIHI MUATAN DENGAN KADAR TERLAMPAU..LORI 20 TAN BAWA 30-40 TAN MUATAN, ISIAN MACAM BONGGOL UNTA..
APA YANG MENYEBABKAN KAMU SEMUA BUTA?? DUIT DARI TOKEY LORIKAH ATAU KAMU MEMANG MAKAN GAJI HARAM !!
nafsu bergelora.. dia ingat omputeh blh dibawa ke katil sesuka hati mcm kat filem2 mereka tu!!!!!
si mamat ni boleh diadukan di mahkamah tentera dan mahkamah awam...atas kesalahan dalam perkhidmatan dan kesalahan awam...ko ni takat standard waran 2 je..conform jenis kaki sembelit kat mess..ko ingat ko dari KORIS ada keistimewaan? ada bini pi la tojoh...ni la spesis didikan umngok...yg halal jd haram..yg haram jd halal....
bg KERAjaan islam mlaysia,perbuatn merogol,merompk adlh halal malah diharuskn..ini dh disepakati oleh mufti2 kesygan dorg..cuma yg menjd haram apbla dr golgn 'opposite' dorg yg melakukn aksi hollywood tersebut
dibulan puasa jangan terlalu melampau komen. lagipun cerita sebenar kita belum tahu. jangan bila ada orang putih atau orang kafir buat tuduhan pada orang islam mata kita melompat turut serta. nak marah menteri atau kerajaan satu hal. bersama menuduh atas perkara yang baru dituduh, tanpa perbicraan lagi , tanpa bukti lagi, nanti jatuh fitnah. lebih baik kita beristighfar dan memohon petunjuk dari allah. allah maha adil, tidak menjadikan satu perkara tanpa asbab.apa kata kalau tuduhan itu fitnah semata mata, adakah kita berpeluang untuk pergi minta maaf kepada yang dituduh itu. wallahuaklam
Catat Ulasan