15 Dis 2013

Zahid Terlondeh Lagi, JAKIM Tiada Kuasa Menahan Mat Sabu


Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri,
" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.

"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga semalam, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat sebanyak RM397 juta berbanding RM294.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Insya-Allah, sasaran kutipan zakat sebanyak RM430 juta dengan pembayar seramai 120,000 yang disasarkan oleh PPZ-MAIWP pada tahun ini akan tercapai," katanya.

Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 11 syarikat menyampaikan pembayaran zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bernilai RM5.4 juta. - Bernama

ULASAN GB

Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan. Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan "memberi kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana mengamalkan Syiah, sedangkan undang-undang telah termaktub bahawa sebarang kesalahan syariah adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam Negeri.

Serahlah berapa banyak bukti kepada JAKIM, JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun.

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu. Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

Penglipur lara yang tak berkesudahan dari KDN!

BN Menang, Rakyat Sengsara - Tol Naik Tahun Depan


Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA


Tol naik, syukur Malaysia masih aman


Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
-HD



Dari Mat Indera Ke Syiah, Mat Sabu Tak Perlu Layan Fitnah UMNO Itu...

Mat Sabu usah buang masa saman Zahid" - Zaid Ibrahim

Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya bahawa Mat Sabu merupakan pengamal Syiah.

Zaid berkata menerusi laman Twitternya, lebih baik beliau menumpukan perkatian kepada isu rakyat.



Beliau juga berkata Mat Sabu tidak seharusnya berdepan dengan Ahmad Zahid di Mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.



Zaid turut berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mat Sabu.

Sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan Ahmad Zahid.



Selain itu, Zaid berkata Kementerian Dalam Negeri patut dinamakan ‘Kementerian Hal Ehwal Ajaran Sesat’ ekoran tindakan kementerian itu mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah baru-baru ini.



Zaid juga mengulas kenyataan Ahmad Zahid kepada Utusan Malaysia bahawa beliau tidak gentar dengan Mat Sabu yang berhasrat untuk menyamannya.



Ahmad Zahid berkata beliau bersedia jumpa Mat Sabu di mahkamah dan beliau tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyamannya dan kementeriannya.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Pada Khamis lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.

Ekoran itu, Mat Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid dan Abdul Rahim. -astro awani

ULASAN GB

Ada benarnya kata bekas timbalan menteri di atas iaitu usah pedulikan saja Zahid Hamidi itu. Mat Sabu hanya jawab NTBL - No Time Bo Layan - atau dalam bahasa rakyat yang mudah, pergi mati samanya - dan "biarlah si Luncai itu terjun dengan labu-labunya."

Dahulu tuduh Mat Sabu kominis dengan isu Mat Indera, sekarang pula dengan isu Syiah.

Zahid Hamisi kata dia tak gentar untuk diheret ke mahkamah sebab ia akan memberikan beliau ruang untuk menunjukkan lebih bukti tentang Mat Sabu seorang Syiah. Biarlah dia himpunkan atau bawa bukti seperti bukti bontot Saiful yang tak berak 3 hari itu di dalam kes liwat 2.

Kebenaran akan tetap kebenaran dan akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata (memfitnah) engkau sedang engkau tidak ketahui”

KDN Semakin Tidak Siuman, Minta Mat Sabu Beri Bukti Dia Bukan Syiah

Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti! – Shahbudin Husin

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.

Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?

Jadi apa tunggu lagi

Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.

Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.

Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau YouTube sekali pun!

Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau YouTube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih daripada itu.

Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu.

Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau YouTube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya PAS diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan.

Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab.

Percubaan menyerang PAS dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan Umno meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu.

Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung Umno bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas?

Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya.

Sebaliknya Mat Sabu dan PAS juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada Umno tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. – shahbudindotcom


Syiah: KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (Syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah.
- Bernama


ULASAN GB

Setelah langkah KDN mendedahkan kononnya "10 Bukti Mat Sabu Syiah" itu ditertawakan oleh rakyat jelata dan menjadi bahan lawak jenaka seluruh negara, kini dikemukakan pula hujjah kurang siuman. Pertama, kini Mat Sabu pula diminta untuk tunjukkan bukti bahawa beliau bukan penganut Syiah.

GB selalu menyatakan bahawa di negara kita ini prinsip asas kebenaran dan keadilan tidak digunakan. Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan: "One is considered innocent until proven guilty" tetapi di negara ini ia jadi terbalik, di mana "one is considered guilty until proven innocent".

Kedua: sekarang ni siap ada bukti GRED A dan GRED B. Lagi besar punya lulucon dibawakan oleh bekas pegawai JAKIM yang kini dah jadi Pegawai Agama KDN, Zamihan. Macam telor ada gread A dan B. Kononnya yang disebutkan hari itu baru bukti GRED B, bukti GRED A disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Bukti GRED B juga penuh dengan kepincangan dan tak masuk akal untuk dikaitkan dengan Syiah, inikan pula nanti GRED A. Munkinkah ada batu leper yang dikatakan digunakan oleh Mat Sabu untuk solat atau ada rakaman video nikah mut'ah seperti yang GB minta sebelum ini?

14 Dis 2013

Surah Al-Fatihah Mengubah Hidupnya Kepada Seorang Muslim


JITRA - Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama nenek moyangnya, namun, jiwanya masih terasa kosong dan perlu diisi bagi memenuhi ruang dalam nalurinya.

Selepas melihat kepercayaan nenek moyangnya itu tidak dapat diikuti, jiwanya mula mencari-cari hinggalah beliau berpindah bersama bapanya dari Kuala Lumpur ke Kemaman, Terengganu bergaul dengan rakan baru yang kebanyakan berbangsa Melayu.

Di sinilah kehidupan Azman Khor Abdullah, 57, mula berubah apabila tinggal di sebuah perkampungan Melayu yang banyak mengubah corak kehidupannya.

"Pada masa itu umur saya baru 10 tahun dan kehidupan banyak dipengaruhi oleh adat istiadat orang Melayu.

"Di kampung ini juga saya bertemu dengan seorang rakan baik, Noor Faiz Ahmad Din hingga keluarganya itu sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya.

Minta rakan baik tulis Surah Al-Fatihah

Menurutnya, kehidupan dan kepercayaan keluarga Noor Faiz itu turut menarik minatnya untuk mempelajari ilmu agama.

“Hinggalah pada suatu hari ketika saya pergi ke rumah kawan saya itu terdengar ibunya membaca al-Quran dalam surah Al-Fatihah hingga menyebabkan hati saya tertarik dengan bacaan itu dan meminta Noor Faiz menulis bacaan itu ke dalam buku kecil.

“Semenjak itu saya mula mempelajari dan membaca Al-Fatihah secara tersembunyi daripada bapa dan sering membawanya ke mana sahaja. Walaupun saya tidak faham makna ayat itu tetapi jiwa saya sangat tenang dan terus mahu mempelajari tentang agama Islam,” katanya.

Azman Khor berkata, surah Al-Fatihah itu sangat sedap didengar dan jika dihayati ia ada kekuatannya sendiri hingga sukar untuk diterjemahkan tentang kemanisan pada ayat-ayat surah berkenaan.

Ambil keputusan masuk Islam

Bagaimanapun usahanya menghafal ayat itu dapat dikesan oleh bapanya apabila buku itu hilang dari simpanannya dan dia telah dihantar pulang semula ke Kuala Lumpur hingga tamat pelajarannya.

"Walaupun sudah pulang ke Kuala Lumpur dan mula bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta tetapi semangat untuk belajar tentang Islam tidak pernah terpadam dalam jiwa saya hinggalah pada 1980 saya mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid dan memeluk Islam.

“Selepas memeluk Islam, semangat untuk mempelajari Islam sangat membuak-buak hinggalah saya berhijrah ke Derang Pokok Sena, sebuah pusat pengajian agama dan tinggal di situ serta bertemu jodoh dengan isteri saya, Nor Sakinah Vanitha Abdullah," katanya yang kini membuka kedai makanan Cina Muslim di Bandar Baru Darul Aman.

Katanya, penghijrahan itu memberi kehidupan baru dalam hidupnya dan turut bersyukur kerana di samping mendalami agama, dia juga dapat membina keluarga sendiri dan mampu mendidik keluarganya mengikut acuan Islam.

Keluarga sudah terima penghijrahan

Ditanya tentang penerimaan keluarganya, dia berkata, mereka sudah mengetahui mengenai minatnya terhadap Islam sejak kecil lagi dan kini mereka menghormati keputusannya memeluk Islam.

“Bapa saya Khor Jin Yew sudah lama tahu tentang minat saya terhadap Islam. Walaupun pelbagai halangan dilakukannya, akhirnya dia mengizinkan asalkan saya menjadi seorang insan yang baik terhadap agama dan masyarakat.

“Walaupun kini bapa saya sudah tiada tetapi sebagai abang sulung daripada lima beradik, mereka tetap menghormati malah setiap kali hari raya mereka pernah juga menghantar duit kepada anak-anak untuk membeli pakaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Azman Khor berkata, dia kini sungguh gembira dengan kehidupannya, malah turut bersyukur kepada ALLAH kerana menganugerahkan anak seramai 10 orang bagi memeriahkan hidupnya sebagai Muslim. -sh

[VIDEO & GAMBAR] Kader Mullah Dihukum Gantung, Agenda Jahat Pemerintah Sekular


Syahidnya Abdul Quader Molla, perjuangan Islam tidak berakhir

KUALA LUMPUR: Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Malaysia



Selepas Abdul Quader Molla, ada lagi akan dibunuh - Abim


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Abdul Quader Mulla.

Beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh. Beliau yang berumur 65 tahun sewaktu hukuman dilaksanakan telah disahkan meninggal dunia setelah menjalani hukuman gantung tersebut di Penjara Dhaka pada 11 Disember 2013, jam 10:01 malam waktu tempatan.

Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971.

'Tribunal Antarabangsa’ tersebut telah mendapat kecaman yang keras daripada pemimpin dunia, institusi kehakiman dan perundangan antarabangsa serta badan hak asasi manusia kerana secara jelas telah melanggar syarat dan prosedur pelaksanaan tribunal jenayah yang adil dan saksama.

Pada 5 Februari 2013, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh tribunal tersebut atas tuduhan membunuh 344 orang awam, merancang dan bersekongkol dengan keganasan dan jenayah rogol.

Disebabkan protes dan bantahan dalaman dan masyarakat antarabangsa, rayuan terhadap keputusan tersebut telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan Bangladesh – di mana keputusan tribunal telah ditingkatkan dari hukuman penjara seumur hidup ke hukuman mati di tali gantung, suatu perkara yang sangat jarang berlaku dalam sejarah rayuan mahkamah.

Sesungguhnya amat nyata bahawa peristiwa hitam dalam sejarah Bangladesh ini merupakan satu rencana politik yang menjijikkan oleh parti pemerintah Awami League Bangladesh pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina sepertimana yang digambarkan oleh laporan Odhikar (2013) melalui Human Rights Report 2012 m.s 5-6) ;

“To rule by terror, the government resorted to some techniques…the repression of the opposition political parties, workers and social organisations…the use and abuse of Judiciary to punish opponents and the dissenters who criticise the government. The appointment of Judges on political consederation…abducting and killing people, particularly political leaders, mainly through ‘enforced disappearance’…The present regime promised to observed zero tolerance to extrajudicial killings”

“Abim dengan ini mendesak kerajaan Bangladesh di bawah rejim Sheikh Hasina agar segera membubarkan dan memansuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang pincang tersebut serta merta,” ujar Naib Presiden Abim, Mohamad Raimi Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tribunal tersebut sehingga hari ini telah dan akan menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup kepada pimpinan utama parti pembangkang termasuklah pimpinan kanan Jamaat-e Islami seperti Matiur Rahman Nizami, Delwar Hossein Sayeedi Ali Ahsan Mohammad Mojahid, dan Muhammad Kamaruzzaman.

Katanya, dua pimpinan utama parti Bangladesh National Party (BNP) pimpinan mantan Perdana Menteri Khalida Zia juga dibicarakan di bawah tribunal tersebut.

Menurutnya, dengan terlaksananya hukuman ke atas Abdul Quader Mulla itu, Abim yakin bahawa kerajaan Bangladesh akan terus menggunakan pembunuhan melalui sistem kehakiman, atau apa yang diistilahkan oleh Toby Cadman, peguambela British yang mewakili tahanan-tahanan politik tersebut sebagai ‘judicial murder’ .

Justeru, tegasnya Abim mendesak agar parti-parti politik, NGO dan badan hak asasi dalam di Malaysia agar mengambil serius isu ini dengan mengutarakan bantahan dan memorandum keprihatinan terhadap kerajaan Bangladesh.

“Bagi tujuan tersebut, Abim memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Anifah Aman agar mengambil tindakan yang segera dan tegas dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia untuk memberikan penjelasan terhadap pencabulan yang amat nyata ke atas hak asasi manusia ini,” ujarnya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan OIC yang berpengaruh menyatakan bantahan yang amat jelas dan menilai semula hubungan diplomatik dan perdagangannya dengan Bangladesh.

Semalam, katanya Perdana Menteri Turki telah mengulangi keprihatinan Presiden Abdullah Gul sebelumnya dengan menggesa agar kerajaan Bangladesh menangguhkan keputusan gantung tersebut.

Beliau berkata, bantahan yang keras terhadap Bangladesh sebelum ini telah disuarakan oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, House of Lords Britain dan banyak lagi pemimpin berpengaruh dunia.

Tambahnya, Abim juga bersama-sama di dalam Malaysian Task Force for Bangladesh, sebuah gabungan NGO-NGO yang prihatin mengenai isu ini juga akan terus memantau situasi ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada NGO-NGO dan rakyat Malaysia.

“Abim berharap bantahan keras daripada rakyat dan kerajaan Malaysia boleh meredakan situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara,” ujarnya.
-HD





Isu Syiah Ditimbulkan Untuk Tutup Kehebatan Unit Amal


Kehebatan Unit Amal waktu banjir punca isu Syiah dimain semula – Timmy Say

Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno (PAU) tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan.

Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang.

Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi apa yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih daripada itu.

Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah.

Unit Amal PAS telah mendapat tempat di hati rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam “mendahulukan rakyat”, lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir.



Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter.

Sekeping gambar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meredah banjir, sambil memikul barangan sumbangan di bahu, dikongsi dengan sebegitu hangat.


Malah ada satu artikel di The Malaysian Insider yang bertajuk “Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir” yang menggunakan gambar Ustaz Tuan telah menjadi artikel terhangat di laman ini (Nota: Jarang-jarang sekali berita berbahasa Melayu menjadi artikel paling dibaca di laman yang didominasi berita berbahasa Inggeris).


Kehebatan Unit Amal menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memohon maaf kerana kelewatan menghantar bekalan makanan.


Kini, Unit Amal PAS melancarkan Ops Bersih – untuk membersihkan kawasan yang terkena air banjir – kerja yang paling sukar dilakukan dalam musibah banjir ini.

Dan ini dilakukan secara amal tanpa upah berprinsipkan “Rahmat Untuk Semua” – sesuatu yang bakal tersemat di hati rakyat.

Kerja-kerja hebat Unit Amal telah secara tidak langsung menjadi senjata PAS untuk meraih undi rakyat. Sudah tentu Unit Amal tidak menyangka kerja mereka yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh disiplin tetiba menjadi satu senjata politik yang digeruni Umno.

Disebabkan itu, rakyat perlu dialih perhatian daripada kehebatan Unit Amal.

Maka sebab itulah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mempertaruhkan isu Syiah untuk mengalihkan pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Kini, Umno mengharapkan media akan fokus semula pada isu Syiah, para pemimpin politik dan penganalisa akan terus berperang dalam isu Syiah sehingga tenggelamkan kehebatan Unit Amal PAS dan kelemahan Umno di musim banjir luar biasa ini.



Teruskan kerja! Dan jangan terperangkap!

Berapa orang atas pagar yang akan mengundi PAS kerana kehebatan Unit Amal, askar Negara Berkebajikan yang diwar-warkan PAS, di PRU14 nanti?

Dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.-Timmy Say/TMI

ULASAN GB

Berikut GB siarkan semula artikel yang tersiar di TMI dan kemudian di petik untuk disiarkan semula di blog ini pada 27 Sept 2013 untuk pencerahan mengenai isu Syiah dan kaitan Mat Sabu dengan Unit Amal. Semuga bermenafaat.


Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu


Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak,"
katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).


Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.


Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya.
-TMI/Blog GB


13 Dis 2013

KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!


Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

“KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?” tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini.”

KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.

Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.

“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013.

“Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu?

“Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?” tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam.

Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam.

“Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri,” tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi.

“KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup ‘political blunder’ yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!”.

Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: “Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!

Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran.

“Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…,” tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais.

“Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah.”

Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI

ULASAN GB

Kementerian Dalam Negeri memang layak dinobatkan Juara Maharaja lawak Mega untuk menutup tirai tahun 2013. DB sudah ulas mengenai bukti yang dibawakan oleh KDn itu di SINI.

Yang ini lagi jelas mengkagumi Syiah. Apakah KDN dan JAKIM diam saja?


Saman Lori Bawa Bantuan Banjir: JPJ Sedia Batal Saman, Nafi Bertindak Kejam


JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir

TUMPAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat pada Khamis. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih.

Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen motosikal.

Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis.

"Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya.

MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal. -BERNAMA

ULASAN GB

Pertama GB ucapkan syabas kepada Ketua Pengarah JPJ yang memberi respons yang cepat terhadap isu ini. Sekalipun beliau menafikan pegawainya bertindak kejam dengan alasan pegawai penguatkuasanya tidak dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir, namun saya merasakan menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa berkenaan untuk "bertanya" jika benar beliau tidak dimaklumkan, bukan terus sahaja mengeluarkan saman. Apabila saman dikeluarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu, maka di situlah ungkapan "kejam" tersebut timbul. Tidak salah untuk bertanya, pegawai penguatkuasa bukannya "robot" yang bertindak tanpa budibicara.

Apa-apa pun rakyat mengalu-alukan keputusan Ketua Pengarah JPJ untuk mengambil langkah membatalkan saman tersebut.

Kedua, dengan pengakuan Ketua Pengarah JPJ tentang tindakan pegawai penguatkuasa berkenaan mengeluarkan saman, ia sekaligus memadam dan menafikan dakwaan macai-macai UMNO kononnya isu ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata. Macai-macai UMNO yang tidak tahu asal-usul kes tiba-tiba boleh mendakwa isu ini sebagai rekaan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Isu Mat Sabu Syiah: KDN Tiada Bukti, Hanya Bawa Cakap-cakap Orang


KDN: Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.

Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".

Abdul Rahim berkata, Mohamad ketika mengulas perutusan sempena Hari Natal 2008 telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan meraih sokongan politik dan agenda perpaduan seperti mana diterbitkan Harakah pada Disember 2008.

Katanya, Timbalan Presiden Jati Datuk Aidit Ghazali dalam satu wawancara menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan Timbalan Presiden PAS itu gagal menafikan kaitannya dengan ajaran itu.

"Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

"Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. Kunjungan dilakukan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana," katanya.

Abdul Rahim berkata lagi, Mohamad beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, beliau berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.

"Dalam satu temubual bersama Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, beliau menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan penganut Syiah pada satu ceramah PAS di Arau pada 2005.

"Tuan Guru Abd Rahim dari Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu seorang penganut Syiah kerana pemimpin itu beberapa kali pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper yang sinonim dengan penganut Syiah," katanya.

Mohamad Radzi berkata KDN, polis serta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan terus bekerjasama membendung gerakan Syiah di Malaysia.

Katanya, KDN bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara manakala Jakim bersama jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya. -TMI


'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.
-mk



Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini


Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.

KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.

"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.

Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.

"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerang jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.

KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
-mk


ULASAN GB

Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya?

Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.

Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.

Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?

Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.

Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?

Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?

Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.

Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!

12 Dis 2013

R4BIA Semakin Tersebar Bukti Bahawa Penentang Kudeta Semakin Ramai


Kaherah. Sebuah akhbar UK, The Guardian menyebutkan bahawa semakin meluasnya simbol R4BIA menunjukkan tentang penolakan rakyat Mesir terhadap kudeta militer semakin meluas. Hal ini seperti dimuatkan dalam akhbar berkenaan pada edisi Selasa (10/12/2013) yang lalu.

Penguasa kudeta selalu melakukan usaha membenteras simbol ini. Namun semakin ia diperangi, ia menjadi semakin meluas. Hal ini membuktikan pembohongan tentera kudeta bahawa aksi kudeta mereka mendapatkan dukungan yang luas dari rakyat.

Terakhir, Khalid Bakara, seorang pelajar berumur 15 tahun telah ditangkap dan ditahan bersama tahanan dewasa selama 16 hari, tanpa ada pengadilan. Bakara ditahan hanya kerana membawa sebarang pembaris bergambarkan simbol R4BIA. Tindakan penguasa yang sewenang-wenang kepada pelajar ini hanyalah ugutan untuk menakuk-nakuti para pelajar agar mereka tidak lagi mendukung Presiden Mursi.

Sebelumnya pihak penguasa juga melarang bermain pemain sepakbola Ahmad Abdu Zhahir setelah menunjukkan simbol R4BIA selesai menjaringkan gol semasa pertandingan final Liga Champion Afrika. Malah Abdu Zhahir dijual oleh kelabnya.

Juara kungfu juga ditahan kerana aksi yang sama ketika menerima pingat emas didalam kejuaraan kungfu di Rusia. Yang tidak kurang menggemparkan adalah 21 mahasiswi gerakan “7 Pagi” yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di kota Iskandariah.

Peguam Bakara, Amru Abdul Maqsud, menyatakan bahawa kasus anak guamnya bebas dari politik. Menurutnya, penangkapan Bakara bertujuan menekan pendukung Presiden Mursi agar tidak lagi melakukan demonstrasi menentang kudeta. Apalagi di daerah asal Bakara, Balthim, yang terjadi demonstrasi hampir setiap hari.

Abdul Maqsud menyebutkan, Bakara dituduh berhubungan kepada Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dilarang, menjelek-jelekkan tentera, dan provokasi untuk melakukan kekerasan. Tapi di waktu yang sama, menahan anak di bawah umur bersama para tahanan dewasa adalah satu kejahatan yang diancam hukuman seperti tercatat di dalam undang-undang.

[VIDEO & GAMBAR] Mahasiswa, NGO Lancar Gerakan TURUN Kos Sara Hidup


Sekumpulan mahasiswa semalam melancarkan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang akan bertindak sebagai kumpulan pendesak bagi membantah kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.

Majlis pelancaran yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo turut dihadiri pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) iaitu Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat.

Kok Seong berkata, penubuhan Turun adalah manifestasi anak muda yang muak dengan pelbagai janji manis kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, namun sebaliknya berlaku setelah terus berkuasa.

“Kami Pemuda PR, menyokong gerakan ini kerana kita tidak mahu kerajaan terus menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan yang tidak munasabah.

“Bukan saja kos sara hidup meningkat, malah pelbagai kenaikan yang membebankan dikenakan seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus, pemotongan subsidi gas asli, kenaikan cukai taksiran dan lain-lain lagi.

“Kenaikan semua ini juga amat bertentangan dengan janji manis mereka sebelum PRU-13 lalu, akhirnya janji tinggal janji,” katanya.

Suhaizan menambah, Pemuda PR akan bersama gerakan ini untuk mendesak kerajaan supaya tunduk dan mendengar suara rakyat.

Objektif turun adalah bertindak sebagai jentera penerangan kesedaran rakyat supaya turut sama menyuarakan bantahan terhadap kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan kebajikan masyarakat.

Turun juga akan bertindak sebagai pusat pengumpulan anak muda yang ditindas agar nasib mereka dapat diperjuangkan.

Manakala agenda lainnya adalah mendesak kerajaan membanteras korupsi, menstrukturkan subsidi industri, menangguhkan GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan memecahkan monopoli terutama pembekal gula.

Turun akan bergerak ke seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada rakyat bermula dengan forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Sabtu ini (14 Disember). -Roketkini

NGO, siswa lancar gerakan turun kos sara hidup


Kumpulan NGO dan mahasiswa hari ini melancarkan gerakan mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, antaranya ekoran tindakan kerajaan menghapuskan subsidi secara perlahan-lahan dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Gerakan yang disokong parti politik pembangkang itu antaranya mempersoalkan kenaikan kos sara hidup rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berucap dalam perhimpunan awal membantah perkara itu di ibu negara semalam, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) Ahmad Afif Zulkifli menyeru golongan muda tampil mendesak kerajaan melalui Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

"Buktinya satu demi satu isu kezaliman berlaku kepada kita, kenaikan barang makan dan minum juga mengalami kenaikan.

"Adakah golongan muda mahu berdiam diri lagi? (Mahu) lawan atau senyap?" soalnya lagi sambil dijawab "lawan" oleh sebahagian besar daripada kira-kira 50 peserta yang hadir.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (gambar atas, di tengah), Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia (DAPSY), Teo Kok Seong dan beberapa pemimpin aktivis mahasiswa.

Gimik tangan terikat

Pada masa yang sama, beliau juga mengkritik kerajaan BN yang didakwa tidak jujur dan sudah menipu rakyat, berbeza dengan manifesto pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

"BN janji macam-macam dalam PRU tetapi bila memerintah macam-macam naik (harga). Ada penyelewengan, ada rasuah.

"Graduan lepasan universiti akan bekerja di sektor awam mahupun swasta dengan gaji yang sedikit membuatkan kelompok ini tertekan dan terpaksa bekerja lebih masa menampung kehidupan," kata Suhaizan.

Sementara itu, demonstrasi di sebuah pusat membeli belah itu diwarnai dengan gimik pelancaran menyaksikan tiga peserta diikat tangan dan masing-masing memegang replikas berupa tol, petrol dan logo Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kemudian, Pengerusi TURUN Azan Safar tampil memotong ikatan tangan itu dan kesemua peserta melepaskan ke udara belon kuning bertulis perkataan "TURUN".

Orang ramai yang lalu-lalang, kebanyakan membeli belah untuk jualan hujung tahun, ada yang berhenti menjengah sebentar.

Dalam masa terdekat, gabungan itu merancang mengadakan forum membincangkan masalah kenaikan kos sara hidup dan mahu menyerahkan hasil penyelidikan mereka kepada pelbagai anggota Parlimen supaya membangkitkannya di Dewan Rakyat.
-mk





Hebahkan Sumbangan Isteri Hanya Helah Najib Tutup Keborosan Rosmah

Kenyataan Kadir Jasin lambang kekecewaan penyokong Umno, kata penganalisis

Penganalisis berpendapat kenyataan bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin tidak boleh dipandang remeh dan perlu mendapat perhatian pemimpin kerajaan kerana ia menggambarkan kekecewaan seorang penyokong Umno.

Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata meskipun cadangan Kadir lebih dilihat sebagai sindiran namun perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan dan Umno terutamanya.

“Pandangannya berbentuk sinis tetapi perlu diberikan perhatian serius. Amat penting bagi pemimpin kerajaan memahaminya secara serius kerana ia melihatkan penyokong Umno sudah mula mengeluarkan pandangan yang melambangkan kekecewaan.

“Jangan dibiarkan orang yang menyokong kerajaan ini semakin kecewa dengan apa yang berlaku.” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kadir pada Ahad lalu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri Kabinet selain melantik isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Menteri Tugas Khas.

Katanya melalui pelantikan itu, tiada pihak boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata,”
katanya yang menyatakan usaha itu boleh dibuat melalui pelantikan Rosmah sebagai senator.

Wan Saiful berkata tidak mudah bagi melantik Rosmah sebagai menteri dan menyifatkan pendedahan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) pada Sabtu tidak akan meredakan kemarahan rakyat terhadap isteri Perdana Menteri itu.

“Tidak semudah itu kerana Rosmah tidak mempunyai jawatan dalam parti dan kerja yang dilakukannya tidak terlalu melibatkan isu politik. Ia sindiran dan tidak serius. Bagaimana bagus kerja yang dibuat oleh Rosmah, kritikan masyarakat juga perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata penglibatan Rosmah dalam gerak kerja kerajaan perlu didefinisikan dengan betul dan didatangkan secara berstrategi agar tidak bertindih dengan peranan kementerian.

“Saya lihat kesilapan strategi perhubungan awam Najib. Ia boleh disebut kerana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sendiri selalu memuji isterinya. Itu perkara biasa tetapi di Malaysia suasananya agak tegang.

“Bila Najib berkata demikian, ia akan menambahkan kemarahan orang. Ia tidak membantu langsung. Ini hanya masalah strategi komunikasi masyarakat. Ini penglibatan yang baik tetapi tidak distrategikan dengan betul sehingga menjadi alat untuk menyerang kerajaan dan Umno sendiri,” katanya.

Najib semasa ucapan penangguhan PAU 2013 menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.

Katanya, bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menyifatkan cadangan Kadir bagi melantik Rosmah akan lebih menggugat kedudukan Najin selain tiada keperluan melaksanakannya.

“Itu kenyataan sinis daripada seorang bekas wartawan. Sudah tentulah ada yang ingin disampaikan sama ada mengkritik secara langsung atau cadangan serius.


“Sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, akan lebih menyukarkan kedudukan Najib. Bagi saya cadangan itu tidak praktikal. Tiada keperluan walau sehebat manapun Rosmah,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum Jawan pula berpendapat Najib tidak seharusnya menghebahkan sumbangan isterinya itu kepada khalayak ramai kerana perkara itu lebih bersifat peribadi.

Katanya, Rosmah bukanlah mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai pemudah cara kepada suaminya yang menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Itu cerita peribadi yang diceritakan Najib dalam PAU 2013. Rosmah tidak mewakili mana-mana kementerian tetapi sebagai wakil kepada suaminya.

“Ini bukan saranan yang ikhlas tetapi cuba memperli. Cadangan itu tidak masuk akal. Ada benda lain yang ingin dikritik dan beliau bermain dengan kata-kata,” katanya yang melihat Najib juga berhak mendedahkan sumbangan isterinya kepada negara.

Kadir ketika diminta mengulas dalam sebuah laman portal menarik balik tulisannya atas arahan kerajaan berkata, cadangan yang dikemukakannya atas hak sebagai wartawan dan rakyat bebas menyuarakan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang. -TMI

ULASAN GB

GB pernah ulas sebelum ini, petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.


Justeru itu, apa yang dilakukan Najib (menghebakah sumbangan Rosmah) hanyalah helah Najib menutup keborosan Rosmah selama ini yang telah merembat wang rakyat melalui PERMATA yang bukan di bawah mana-mana kementerian dan lansung tidak pernah diaudit aliran wang keluar masuknya.

[KISAH BENAR] Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja


Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, portal dakwatuna dipetik.

Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanwab masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Makarius itu sekaligus menolak propaganda yang dikeluarkan oleh pihak kudeta yang menyatakan Ikhwanul Muslimin bertindak ganas menyerang gereja-gereja semasa berlakunya demonstrasi di Mesir.

Hal yang sama turut berlaku bilamana para demonstran beragama Islam menunaikan solat, maka umat Kristian akan membantu mengadakan kawalan supaya mereka tidak diganggu dan umat Islam dapat menyempurnakan solat mereka dengan aman, lapor akhbar thedailymail.