5 Dis 2013

Air Paras Bumbung, Pusat Pemindahan Banjir Pun Dinaiki Air

Kampung Bukit Rangin yang tenggelam di paras bumbung

Kuantan: Mangsa banjir di Pahang setakat jam 8 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 30,307 orang.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 22, 291 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, membabitkan seribu 1,135 buah keluarga.

Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan membabitkan 1,660 buah keluarga.

Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 637 orang yang ditempatkan di enam buah pusat pemindahan membabitkan 1,145 buah keluarga.

Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Sementara itu di Lipis mangsa yang terjejas banjir ialah 21 orang yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan membabitkan 1,004 buah keluarga.

Sementara itu di Temerloh mangsa yang terjejas banjir ialah tujuh orang yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan membabitkan 1,001 buah keluarga.

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:

1. KM 28 Kuantan-Sg Lembing
2. KM 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
3. Bt 3 Jalan Gambang (depan Giant)
4. Lampu trafik Bukit Rangin Kuantan
5. Lampu trafik Shah Putra Kuantan

Banjir di Kuantan: Ibu bapa ikat perut demi anak-anak

KUALA LUMPUR: "Ibu bapa terpaksa ikat perut bagi memberi makanan lebih kepada anak-anak".

Itulah gambaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Datuk Abdul Manan Ismail susulan kejadian banjir teruk yang melanda Kuantan beberapa hari lalu.

Menurut beliau, simpanan makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir memang sudah sedia ada.

Walaubagaimanapun, dengan keadaan banjir yang tidak diduga ini, stok-stok ini tidak mencukupi untuk menampung semua permintaan.

"Keadaan semakin teruk pagi ini dan setiap pusat pemindahan dipenuhi mangsa banjir sehingga beribu orang. Sebagai contoh di Bukit Rangin serta kawasan Pandan terdapat seramai 1,500 mangsa banjir masing-masing.

"Keadaan ini tidak kami jangka. Ini menyebabkan bekalan makanan, selimut dan tilam yang ada tidak mencukupi. Makanan memang tidak mencukupi dan kami kini sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk semua mangsa banjir," kata Abdul Manan.

Beliau menambah, air pasang dijangka berlaku pada malam ini dan jika ini terjadi, keadaan mungkin akan kembali teruk seperti awal pagi tadi.

"Air yang naik sekarang ini hanya surut sedikit sahaja berbanding pagi tadi. Jika terjadi air pasang besar malam ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk surut," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, operasi menyelamat masih diteruskan disamping memastikan makanan serta keperluan lain dapat dibekalkan secepat mungkin kepada mangsa-mangsa banjir.

"Terlalu ramai yang terpaksa di pindahkan. Beberapa pusat pemindahan ada yang mencecah kepada 3,000-4,000 orang. Keadaan agak kucar-kacir dan jika ada air pasang malam ini, pemindahan kali kedua terpaksa dilakukan.

"Saya harap orang ramai beri kerjasama. Ada yang degil tidak mahu berpindah walaupun rumah sudah dimasuki air. Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua mangsa selamat dan mendapat segala jenis bantuan yang cukup," tambah Fuziah.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar membuat aduan terus kepada beliau jika terdapat kekurangan makanan atau bantuan agar aduan tersebut dapat terus dimaklumkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
-astroawani


Kuantan banjir.. yang mana terjejas pindah ke pusat perpindahan.. Air makin naik. Pusat pemundahan pun dah naik air

Tolak Usul Darurat, UMNO BN Tidak Perihatin Masalah Rakyat Hadapi Banjir


Ahli Parlimen Kuantan kesal isu banjir dipandang remeh

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kesal usul tergemparnya berhubung pengisytiharan darurat di beberapa kawasan yang terbabit dalam banjir di Pahang ditolak sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau yang ditemui pada sidang media di lobi Parlimen berkata usul itu ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis.

Fuziah berkata, perkara yang disifatkan sebagai kecemasan harus dipertimbangkan Speaker terutama apabila membabitkan nyawa rakyat.

“Saya tidak dapat menyiapkan teks atau notis kerana mendapat banyak aduan sejak awal pagi daripada penduduk terutama di Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang kini berhadapan banjir teruk, yang mana kebanyakan kawasan ini terputus bekalan elektrik dan air.

“Mereka juga tidak dibekalkan makanan dam pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak dapat dihubungi untuk memohon bantuan,” katanya.

Fuziah turut melahirkan kekesalannya terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mempersendakannya dan tidak prihatin terhadap kesengsaraan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Katanya, kerajaan pusat juga lambat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan hanya mula mengarahkan pihak berkuasa untuk memulakan kerja menyelamat apabila usul itu dibentangkan.

“Saya kesal dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kata saya tidak prihatin dengan rakyat kerana meninggalkan kawasan dalam keadaan sekarang. Saya ingin tekankan bahawa kedatangan saya ke sini adalah untuk menggesa kerajaan pusat supaya segera menghulurkan bantuan.

“Malam tadi berlaku banjir, tapi hari ini baru ingin mengarahkan pihak berwajib turun memberi bantuan,” katanya.

Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan ramai mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri itu. -selangorkini

Bandar Kuantan lumpuh, Dewan Rakyat tolak usul darurat

Sidang Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) untuk mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang terlibat dalam banjir walaupun beberapa bandar di Pahang dan Terengganu termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di Pahang serta Kemaman di Terengganu hampir lumpur.

Speaker, Tan Sri Pandikar Aman Mulia, berkata usul tersebut ditolak kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis.

Fuziah yang mempertahankan tindakannya itu berkata, apa yang diusulkan adalah perkara kecemasan dan Speaker boleh mempertimbang untuk mengenepikan peraturan kerana ia melibatkan nyawa rakyat.

"Saya tahu memang dalam peraturan memerlukan notis selama dua hari tapi Tuan Speaker ini soal kecemasan yang berlaku semalam, tidak mungkin perlukan notis dua hari, kalau macam itu orang mati dah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya bangun memberi penjelasan bahawan bantuan kini digerakkan dengan menghantar pasukan penyelamat termasuk tentera.

Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini.

Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.

Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.

Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.

Penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.

Beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat.

Sementara itu, pelbagai pihak khasnya kerajaan, parti politik dan pertubuhan sukarela menubuhkan bilik gerakan bagi membantu mangsa banjir.

Pemuda PAS turut menubuhkan bilik gerakan di samping Unit Amalnya diarahkan bergerak bagi membantu mangsa.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya berkata, mereka melantik Ketua Bilik Gerakan Banjir DPPM, Yusapiza Ya’acob dan boleh dihubungi di 017 2692944
-TMI



Kajian: 68% Rakyat Mesir Ingin Mursi Kembali Jadi Presiden


Satu kajiselidik yang dilakukan Pusat Studi Media dan Pendapat Umum “Takamul Misr” menunjukkan penemuan bahawa 68% rakyat Mesir menginginkan Presiden Mursi kembali menjadi presiden. Sedangkan yang mendukung penggulingannya hanya 18%, demikian portal dakwatuna.com dipetik.

Kajiselidik ini dilakukan pada tanggal 23 November yang lalu, melalui kajian lapangan, dengan darjah ketepatan 95%.

Survey ini menunjukkan bahwa jumlah pendukung Presiden Mursi boleh dikatakan stabil, iaitu 68%. Sedangkan jumlah pendukung kudeta mengalami penurunan yang tajam hingga 28% sehingga menjadi 18% saja. Ada juga kelompok yang menentang kudeta dan juga menentang Presiden Mursi dengan peratusan 12% saja.

Takamul juga melakukan kajian lapangan di Bundaran Tahrir dan sekitarnya. Hasilnya, tidak benar dakwaan bahawa jumlah demonstran yang mendukung turunnya Presiden Mursi pada tanggal 30 Jun yang lalu mencapai 33 juta orang. Demonstrasi yang hanya berlangsung selama 6 jam itu hanya diikuti oleh 5.5 juta orang saja. Sedangkan jumlah para pendukung Presiden Mursi, di Kaherah dan provinsi-provinsi lainnya selama berbulan-bulan mencapai jumlah jumlah 26 juta orang.

4 Dis 2013

Tarif Elektrik: Sah Ahmad Maslan Menipu Rakyat


Ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan pada November 22, 2013 seperti yang dipetik oleh akhbar bahasa Melayu Berita Harian :

"Kerajaan tidak melihat sebarang keperluan untuk menaikkan kadar tarif elektrik berikutan kestabilan harga minyak dunia. ...

Kalau minyak sedang turun, kenapa pula nak kaji tarif elektrik. .."

Sepuluh hari kemudian, Kerajaan bertindak untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus daripada 4.99 sen kepada 38.53 sen kWj, berkuat kuasa 1 januari 2014, menghampiri dengan kos sebenar 42 sen per kWh.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili telah mengumumkan kadar baru tersebut semalam.

Pendirian berbeza yang diambil diantara kedua-dua BN menteri dalam jangka pendek 10 hari telah menjadi lambang gaya pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

Di sebalik peningkatan dalam kadar, Maximus berkata tidak akan ada peningkatan ke atas 70 peratus isi rumah di Semenanjung dan 60 peratus daripada mereka di Sabah dan Labuan yang menggunakan kurang daripada 300 kWj.

Memperincikan peningkatan 4.99 sen itu, menteri berkenaan berkata hanya sebahagian kecil, 0.9 sen atau 2.69 peratus akan digunakan untuk menampung modal Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain peningkatan kos pengurusan manakala bakinya akan digunakan untuk mengurangkan pengurangan subsidi bahan api.

"Pelbagai kenaikan harga telah berlaku selepas pilihan raya umum ke-13, bermula dengan petrol yang memulakan kesan berantai. Hari ini tarif elektrik pula naik. Malangnya, sebelum pilihan raya, kerajaan telah gula-gulakan kepada rakyat sehingga mereka melupakan apa yang akan berlaku selepas pilihan raya," kata Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar sebagai tindak balas serta-merta.

Lebih buruk lagi, Pokok Sena Ahli Parlimen itu berkata kadar baru itu akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuatkuasa pada 2015.

"Slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' berakhir pada`pilihanraya yang lalu," tambah Mahfuz

'Kadar tarif elektrik kekal'

Kuala Lumpur - Kerajaan tidak melihat sebarang keperluan untuk menaikkan kadar tarif elektrik berikutan kestabilan harga minyak dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata harga runcit petrol dan diesel dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar satu tong.

“Kalau minyak sedang turun, kenapa pula nak kaji tarif elektrik. Kita tak boleh kata apa sekiranya perkara ini belum lagi jadi, lagipun saya tidak diberikan apa-apa taklimat mengenai tarif elektrik akan naik, selalunya kementerian kewangan akan dipanggil,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kajian tarif elektrik yang sedang dijalankan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menerusi kenyataan media sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bergantung sebanyak 70 peratus kepada gas yang dipengaruhi harga minyak dunia bagi menjana elektrik, manakala selebihnya bergantung kepada arang batu dan hidro.

Sasar KDNK 5.5 peratus

Ahmad juga berkata, kerajaan yakin negara bakal mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.5 peratus tahun depan, berdasarkan asas ekonomi yang kukuh dan banyak projek dilaksanakan untuk memperkukuh lagi ekonomi.

“Ekonomi Malaysia berada di landasan ke arah mencapai sasaran pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.5 peratus hingga lima peratus bagi 2013,” katanya pada sidang media mengenai seminar berkaitan pemerkasaan ekonomi, di sini, semalam.

Ahmad berkata, bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum dilaksanakan, kerajaan akan mengadakan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional.
-Berita Harian 22 Nov 2013



Ibu Rayu Mahkamah Supaya Sumbatkan Anaknya Ke Penjara

Lantaran kecewa dengan anaknya sendiri yang mengugut untuk membunuhnya, ibu merayu kepada Mahkamah Majistret semalam agar anaknya dipenjarakan selama setahun.

"Buatlah apa pun kepada anak saya. Penjara setahun pun tak apa," kata Jarah Mohamed berkata sewaktu memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Terdahulu, Mohd Fairul Rahimi, 28, yang bekerja sebagai pemandu kepada sebuah syarikat katering, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Nik Habri yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya, bermula semalam.

 Mohd Fairul dituduh mengugut Jarah di rumah mereka di Kampung Jambu, Jalan Panji pada pukul 1 petang pada 25 November.

Sebelum itu, Nik Habri telah mengarahkan Jarah yang muncul di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai kes itu.

 "Kita bercakap tentang ini banyak kali. Dia terus mengulangi kesalahan yang sama, mengugut untuk membunuh adik-beradik dan saya, tetapi kali ini adalah yang paling teruk, " katanya.

 Menurut fail kes, tertuduh menunjukkan pisau dan mengugut untuk membunuhnya. Ini mendorong Jariah untuk membuat laporan polis.  

Nik Habri juga mengingatkan Fairul tidak mengulangi tindakannya dan tidak membuat sebarang masalah kepada keluarganya.  

Timbalan Pendakwa Mohd Ashraf Abd Hamid mengaku bahawa Fairul didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan , tertuduh boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya.  

Mohd Fairul telah dihantar ke penjara Pangkalan Chepa.

[GAMBAR & VIDEO] Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu Semakin Buruk


Kuantan: Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

FOTO BANJIR DI PAHANG





DI KEMAMAN





DI MERSING


Yusuf Al-Qardawi Letak Jawatan Bantah Sheikul Azhar Sokong Kudeta

Ulama terkemuka kelahiran Mesir Sheikh Yusuf al -Qaradawi telah meletakkan jawatan di dalam Majlis Ulama Kanan Al-Azhar, badan yang paling berwibawa dari institusi agama berprestij yang berpusat di Kaherah.

Dalam satu kenyataan hari ini, al- Qaradawi berkata peletakan jawatannya bertujuan untuk "mengesahkan pendirian yang diambil oleh ulama bebas."

"Saya mengemukakan perletakan jawatan saya ... kepada rakyat Mesir yang hebat, bukan kepada Imam Besar yang memiliki Azhar, " kata al -Qaradawi, yang juga merupakan Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam.

Ulama terkemuka itu terus menegaskan bahawa jawatan Imam Besar Al-Azhar - sepertimana presiden - "telah dirampas oleh kuasa tentera".

Imam Besar Al -Azhar Ahmed Tayeb telah secara terbuka menyokong kudeta 3 Julai yang mengguling presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi.

Beberapa bulan sejak itu, al- Qaradawi telah menjadi pengkritik lantang terhadap penyingkiran Morsi dan berulang kali mengecam pemerintah baru yang disokong tentera Mesir.

Ulama yang berpangkalan di Qatar juga telah membidas kegagalan al-Tayeb untuk menjemput Anggota Majlis Ulama Kanan bermesyuarat membincangkan kejadian "pembunuhan beramai-ramai dan insiden kematian yang telah mengganasi rakyat Mesir, terutamanya penyuraian demonstrasi bantah dan duduk di Rabaa dan Nahda."

Pada 14 Ogos lalu, beratus-ratus penunjuk perasaan pro- Morsi terbunuh apabila pasukan keselamatan secara ganas membersihkan dua kemah demonstran di di Rabaa al- Adawiya dan dan dataran Nahda.

3 Dis 2013

GEMPAR, Runtuh Lagi Di Terengganu


Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi.

Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu.

Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.

Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.


Bumbung runtuh lagi di Terengganu, kali ketiga tahun ini, kata Ahli Parlimen


Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.

Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.

Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.

Katanya, bangunan berharga RM17 juta itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.

Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.
-TMI


Kehilangan Batu Puteh: Tubuh RCI Siasat Peguam Negara Segera - Mat Zain


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim semalam mendesak kerajaan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan juga menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk menyiasat perkara tersebut dengan teliti.

Bekas pegawai tinggi polis itu memberi respons terhadap desakan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dan Perkasa Presiden Ibrahim Ali supaya beliau membuat laporan polis bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan; dengan menjelaskan bahawa Ketua Polis Negara mempunyai kuasa di bawah Seksyen 107 (3)(a)(b)&(c) Akta Prosedur Jenayah untuk menerima akuan bersumpahnya (SD) sebagai satu laporan polis.

"Pada 10 Okt 2013, saya telah mengemukakan Akuan Bersumpah saya kepada Ketua Polis Negara , Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara, " kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

"Saya juga telah menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk menerima Akuan Bersumpah sebagai satu laporan polis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Prosedur Jenayah. Dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian," katanya.

"Berdasarkan pengalaman lalu , Perdana Menteri telah menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk menubuhkan suatu tribunal bebas, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan seperti dalam kes bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abbas pada tahun 1988.

"Selain keputusan kabinet untuk menubuhkan sebuah RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang tidak bergantung kepada sebarang laporan polis," kata Mat Zain.

Mat Zain yang sebelum ini telah menyaman polis dan kerajaan kerana penyalahgunaan kuasa, kemudian merujuk beberapa artikel yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan blog di mana beliau sifatkannya sebagai nakal.

Untuk mententeramkan keadaan, beliau menambah bahawa beliau telah menghantar e-mel kepada beberapa portal berita dan wakil rakyat untuk mengelakkan sebarang salah faham dan keraguan di kalangan orang ramai, terutamanya dalam tuntutan beliau terhadap salah laku Peguam Negara Abdul Gani Patail di dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

"Terdapat banyak laporan yang membawa Akuan Bersumpah saya yang saya buat pada 7 Okt. Saya dapati terdapat laporan yang mengelirukan.

"Terdapat juga satu laporan khusus menuduh Akuan Bersumpah saya sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Peguam Negara," katanya.

Dakwaan salah laku Peguam Negara

Mat Zain menjelaskan, dia tidak bersekongkol atau bersubahat dengan mana-mana perancangan dan menyangkal dakwaan bahawa dia telah terlibat dalam apa-apa jenis konspirasi. "Dengan penjelasan saya , saya berharap kerajaan tidak akan menggunakan isu ini sebagai alasan untuk lari daripada tanggungjawab mereka untuk menubuhkan RCI, " katanya.

Pada 26 Nov, Mat Zain Ibrahim mendedahkan bahawa Abdul Gani bertanggungjawab untuk kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan mendakwa bahawa pihak AG tyelah terlibat di dalam perbuatan salah laku.

Pendedahan yang telah dibuat di dalam Akuan Bersumpah 31 ​​muka surat telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada 9 Okt. Di dalam Akuan Bersumpahnya, beliau juga menyebut bahawa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga mempunyai tanggapan yang sama tentang mengapa Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Beliau seterusnya mendakwa di dalam Akuan Bersumpahnya beliau mendakwa bahawa wang telah bertukar tangan untuk memastikan Singapura memenangi hak penjagaan Batu Puteh.

Sementara itu, Putrajaya telah menafikan tuduhan bahawa Malaysia kehilangan tuntutannya terhadap Pulau Batu Puteh akibat dari gambar yang salah terhadap lokasi di pulau itu yang dikemukakan oleh Abdul Gani dalam prosiding berkenaan.

Buat laporan polis, Gobind beritahu Gani

Dalam perkembangan berkaitan , Ahli Parlimen DAP bagi Puchong dan peguam Gobind Singh Deo menggesa Abdul Gani supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya atas kes Pulau Batu Puteh.

" Abdul Gani tidak boleh duduk dan berdiam diri. Dia mesti membuat polis yang melaporkan dirinya supaya kandungan Akuan bersumpah Mat Zain dan dakwaan yang dibuat boleh diteliti dan disiasat sepenuhnya, "kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa Abdul Gani, sebagai AG, mesti menerima bahawa ini adalah satu perkara yang mempunyai kepentingan awam.

"Pada pandangan saya, tugas Gani membuat laporan polis untuk melindungi imej beliau, maruah dan kehormatan jawatannya.

"Sebagai Ahli Parlimen, saya menyeru beliau untuk menyahut cabaran itu dan berbuat demikian dengan serta-merta ," katanya. -FMT/Terjemahan Bebas:GB

ULASAN GB

GB telah lama bagitahu tentang Gani Patail ini. Di dalam satu tulisan GB pada 24 Julai 2009 lagi GB menyatakan Malaysia sebenarnya diperintah oleh Peguam Negara yang berjaya memperbodohkan Perdana Menteri yang tidak tahu undang-undang iaitu Pak lah dan Najib. Petikan:

Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu. Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin. Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini. Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu. Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail. Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya. Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara. Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah. Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara.

Kes Kematian 3 Beradik: Seorang Pelajar Ditahan

Alor Setar - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini.

Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap aspek.

Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas.

“Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul,” katanya.

“Manakala spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa,” katanya.

Adzaman berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.

Ditanya mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan.

Menyentuh penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jeans biru.

“Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya,” katanya.

Sementara itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial.

“Maklumat yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol,” katanya.

'Hidup kami tiada makna tanpa mereka'

ALOR SETAR - Kematian tiga beradik yang tidak diketahui motif sebenarnya dalam kejadian Jumaat lalu menjadi detik hitam buat keluarga.

Bapa mangsa, Rusdi Rani, 38, berkata, pada malam kejadian Noor Syafikah memberitahu untuk ke rumah kawan dan membawa dua adiknya bersama.

Menurutnya, anak sulungnya itu sudah tidak bersekolah dan tidak pernah berenggang dengan adik-adiknya untuk ke mana-mana termasuk selalu ke rumah kawan yang dimaksudkan.

“Ketika mereka keluar saya dan isteri ada di rumah. Depa habaq nak pi rumah kawan, tetapi pukul 11 malam tak balik lagi.

“Kami mula risau dan minta jiran tolong cari mereka. Kami cari di merata tempat tetapi tak jumpa mereka sebelum membuat laporan polis pada jam 2 pagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.

Rusdi yang juga tukang cuci di sebuah sekolah berkata, semalam dia dihubungi pihak polis kira-kira jam 3.45 petang mengenai penemuan mayat seorang remaja perempuan.

“Kami diminta ke lokasi kejadian untuk membuat pengecaman. Lokasi arwah ditemui itu tidak jauh di antara jalan rumah kami ke rumah kawannya.

“Tetapi motor yang digunakan ditemui di kawasan lain yang agak jauh dari tempat arwah ditemui,” katanya yang baharu dua tahun menetap di Alor Setar.

Katanya, ketiga-tiga anaknya sangat rapat dan tidak pernah berenggang antara satu sama lain.

“Mereka bertiga selalu keluar berjalan-jalan di sekitar kampung. Noor Syafikah juga menjaga kedua-dua adiknya kerana dia tidak bersekolah apabila saya dan isteri keluarga bekerja.

“Tak ada makna hidup kami tanpa mereka, hanya merekalah yang menghiburkan kami,” katanya dalam keadaan sebak.
-SH

Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008


Laut Aral terletak di antara Kazakhstan dan Uzbekistan, dan ia pernah memegang gelaran laut ke-4 terbesar di dunia. Kebanyakan orang hari ini tidak pernah mendengarnya.

Lautan berkeluasan 68,000 kilometer persegi ini pernah menjadi lokasi industri perikanan yang berkembang maju, kini merupakan laut yang hanya 10% daripada saiz asal, terlalu masin dan tercemar untuk menyokong kehidupan ikan dan haiwan-haiwan air yang lain.

Kini 90% airnya telah kering dan menjadikan kawasan itu seperti gurun padang pasir yang tandus.

Kematian Laut Aral disebabkan terutamanya oleh peralihan daripada pemasukan sungai Amu Dar’ya dan Syr Dar’ya pada tahun 1960 untuk menyediakan air pengairan untuk tanah pertanian tempatan.

Aliran air secara mendadak ini mengurangkan aliran sungai, menyebabkan Laut Aral mengecut sebanyak lebih daripada 50%, kehilangan dua pertiga daripada jumlah itu, dan sangat meningkatkan tahap kemasinannya. Pada kadar semasa penurunan, Laut Aral mempunyai potensi untuk hilang sepenuhnya menjelang 2020!

Kini yang tinggal adalah padang pasir yang tandus, dengan kapal-kapal besar terdampar di atasnya…

sumber : carigold/fuh.my

2 Dis 2013

BN Menang, Tarif Elektrik Pun Naik 15%


Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. -mk

LAPORAN SEBELUM INI


Menteri: Peningkatan tarif elektrik munasabah


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.

"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita, semalam.

Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.

Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).

Ongkili menambah, kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.

Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.

"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. - Bernama


[BERGAMBAR] Tiga Beradik Ditemui Mati, Teman Lelaki Mangsa Dicari


Alor Setar: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.



'Hilang semua'

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.


Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
-SH


[AL-FATIHAH] Bekas Pengarah CID, Datuk Fauzi Shaari Kembali Ke Rahmatullah

Sselayang: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Dilahirkan pada 25 September 1950, di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak, bapanya Shaari Musa turut terlibat menubuhkan Persatuan Ulama Malaya pada 23 Ogos 1951 bersama Ustaz Ahmad Fuad Hassan dan lain-lain.

Beliau menyertai PDRM pada April 1975. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan.

Ketika menjawat Ketua Polis Dang Wangi, beliau gigih membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur walaupun mendapat bantahan kerana tindakan didakwa boleh menjejaskan aktiviti pelancongan.

Ketika itu banyak aktiviti maksiat di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.

Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Allahyarham menyertai PAS pada 20 Mei 2012 dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Lumut, Perak.

Beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Larut pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu tetapi tewas kepada calon BN.

Mengulas kekalahannya dalam pilihan raya, beliau dilaporkan berkata: “Kita hanya kalah dalam pertandingan, namun tetap menang dalam setiap perjuangan yang kita lakukan sebelum ini.”

Pada 2005, Allahyarham menerima anugerah 'Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)' daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail di Istana Negara. -HD

Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama

[TAZKIRAH] Empat Malaikat Yang Mendatangi Orang Sakit


Sakit adalah sunatullah, ketentuan dari Allah swt yang ditimpakan pada manusia.

Memang betul, tidak ada yang menginginkan jadi sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak hal yang tersembunyi di sebalik keadaan itu.

Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh ketika kita sedang sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tak tahu rahsianya.

Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri karena itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita sewaktu sakit.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya.”

Sabda Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadith yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah,” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).

“Penyakit panas itu menjaga tiap mu’min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i). -islampos

ULASAN GB

Justeru itu jangan mengeluh jangan bersedih jika kita ditimpa "sakit". Khabarkan berita gembira kepada sahabat, saudara atau sesiapa juga yang sedang sakit, bahawa Allah menyayanginya. Jangan diresahkan jangan ditangiskan jangan ditertawakan jika seseorang itu menderita sakit sekalipun mungkin kehilangan tangan, kaki, mata atau apa juga bahagian jasad... kerana Allah mencuci dosa-dosa yang ada sebelum dikembalikan roh yang suci itu kepadaNya.

Yang belum sakit itulah yang sepatutnya resah gelisah, kerana entah bila dosa-dosa itu bakal dicucikan, atau apakah kita menghadapNya nanti dengan penuh dosa untuk dicucikan di sana?