3 Okt 2010

Kenapa Beriya-iya Nak Bawa Balik Besi Buruk Itu?

Malaysia Perolehi Semula Enjin Jet Yang Hilang Bulan Ini - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mahkamah Uruguay telah memutuskan bahawa dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay adalah hak milik kerajaan Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghubungi beliau tiga hari lepas bagi memaklumkan keputusan mahkamah itu.

"Kita akan menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Peguam Negara ke Uruguay dalam bulan ini bagi mengambil semula enjin tersebut.

"Jabatan Peguam Negara sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah tersebut dalam Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan dan maksud sebenar tidak mengelirukan mana-mana pihak dan dijangka proses ini akan mengambil masa selama seminggu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini Sabtu malam.

Ahmad Zahid berkata proses pengurusan membawa pulang enjin tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata proses itu merupakan perkembangan yang positif di dalam pengurusan kes tersebut dan setiap langkah pastinya perlu mengambil kira kesan secara langsung ke atas proses pendakwaan yang sedang berjalan.

Menurutnya, proses memperoleh semula enjin berkenaan menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan walaupun berlaku kes sedemikian.

Beliau berkata kejayaan kes itu adalah kerjasama baik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga selesainya kes berkenaan.

Enjin tersebut dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Dis 2007 dan 1 Jan 2008.

Ahmad Zahid turut menafikan tohmahan dan fitnah yang mendakwa kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta sedangkan keseluruhan sebuah pesawat seumpama itu hanya bernilai RM2.45 juta. -- BERNAMA

Ulasan GB

Apa isunya?

Kenapa besi buruk itu kini terlalu "berharga" buat Kerajaan Malaysia sehingga Peguam Negara, Gani Patail terpaksa berkejar ke Uruguay satu ketika demi untuk mendapaykan besi buruk itu?

Pertama kemungkinan ia hendak dijadikan bahan-bukti terhadap kes dimana 2 kambing hitam, seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik angkatan tentera itu.

Kedua kerana tekanan dari Amerika Syarikat yang sebelum ini meminta Kerajaan Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan itu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan dan untuk memastikan Malaysia tidak menjualnya kepada mereka yang dikaitkan dengan "pengganas".

Jurucakap Kedutaan AS, Tina Malone, dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan kerajaan negaranya memandang serius kejadian itu. Dan kenyataan ini mengejutkan Kerajaan Malaysia menyebabkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan tidak senang duduk.

Maka itu besi buruk itu hendak dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas kambing-kambing hitam berkenaan dan supaya Kementerian Pertahanan dapat menyediakan laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat.

eorang sahabat menulis, sebenarnya 2 orang yang dituduh ini adalah mangsa 'kambing hitam' yang seterusnya selepas 2 orang anggota Polis dijadikan 'kambing hitam' dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Siapa yang nak percaya dengan 'lawak bodoh' ini.

Mana mungkin 2 biji enjin jet ini boleh dibawa keluar begitu mudah dan dijual kepada pihak pembeli di Uruguay tanpa kebenaran pihak atasan di Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pegawai Tinggi TUDM. Takkanlah bodoh sangat pihak pembeli di Uruguay yang sanggup berurusan dengan seorang Sarjan. Ini bukan jual-beli belacan atau ikan kering tetapi melibatkan peralatan ketenteraan serta transaksi sejumlah wang yang begitu besar.

Nampaknya sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dihidangkan dengan sandiwara semasa paling bodoh abad ini.


Mufti-mufti Terdiam Dalam Isu Wang Judi

Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qar>dhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.


Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).


Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa
.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

- Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS.

Ulasan GB

Lazimya, setiap kali isu yang membabitkan hal agama para mufti UMNO akan sibuk mengeluarkai sudutpandangnya walaupun tidak dikategorikan fatwa, dan para wartawan media arus perdana akan memberikan liputan meluas terhadap perkataan-perkataan mufti ini.

Diantara mufti yang lantang ialah Mufti Perak, Harussani Zakaria.

Tetapi di dalam isu pemberian wang ihsan yang dituduh oleh UMNO Pulau Pinang kononnya dari wang judi, sekalian para mufti jadi bisu. Dan wartawan media arus perdana hanya sekadar membesarkan "majlis-majlis rekaan" pemulangan semula wang ihsan yang dikatakan dilakukan oleh warga emas yang menerima bantuan RM100 dari kerajaan negeri Pulau Pinang.

UMNO Pulau Pinang sehingga ini tidak lansung menyandarkan pemulangan wang ihsan itu dengan mana-mana hujjah ugama, tetapi hanya bersandarkan ucapan retorik dan hujjah kosong untuk bagi meneruskan agenda mereka menyerang kerajaan Pulau Pinang dengan apa isu sekalipun.

Bila isu ini diteroka dengan lebih dalam, ternyata UMNO Pulau Pinang terjerat dan terperangkap sendiri dimana jika benar hasil wang judi itu haram, maka pulangkan segera gaji-gaji yang anda perolehi dari kerajaan BN kerana hasil pendapatan kerajaan BN lebih banyak tersalut dengan wang judi. Hasil cukai wang judi dianggarkan melebihi RM2b setiap tahun.

UMNO Pulau Pinang terdiam dan semacam orang gila meroyan, terus-teruskan menghidupkan kenyataan-kenyataan yang menampakkan kebebalan mereka, wang judi haram, tidak lebih dari itu. Dibantu oleh publisiti meluas wartawan yang sama bebal dengan mereka dari media pencacai.

UMNO Pulau Pinang menampakkan kejahilan mereka sendiri terhadap ugama. Alangkah memalukan apabila isu tersebut kini disandiwarakan sedemikian rupa sehingga akhirnya najis kebebalan itu tertepek ke muka sendiri.

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Hilang Lagi... Dipercayai Angkara Suspek Pembunuh Sosilawati

Menggemparkan apabila seorang lagi isteri ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu mengesyaki kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Gambar: SEDIH... Jayanthy menunjukkan gambar suaminya serta laporan polis mengenai kehilangan.

S Jayanthi, 34, berkata suaminya, S Anpalagan, 43, hilang sejak 4 Ogos tahun lalu dan dipercayai kali terakhir dilihat berada di Banting, Selangor untuk berjumpa rakannya.

Katanya, suaminya pergi ke Banting sehari sebelumnya untuk berjumpa seorang lagi rakan mereka, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.


“Pada hari sama kehilangan suami, saya cuba menelefonnya namun gagal dan hanya dapat menjejaki lokasi kereta suami melalui sistem GPS yang dipasang pada kereta model Mercedes Benz milik suami.

“Kereta dijumpai di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat itu kosong dan suami saya juga tidak mendaftar masuk ke pusat peranginan berkenaan,”
katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam.

Bimbang dengan keselamatan suaminya, Jayanthi membuat laporan polis di Balai Bolis Bukit Sentosa, Rawang.

Dakwaan segelintir kenalannya yang mengaitkan kehilangan suaminya dengan suspek utama pembunuhan kejam itu semakin diyakini berikutan suaminya berasal dari Teluk Bunut, Banting.

“Saya tak kenal suspek tapi menurut beberapa kenalan, suami saya berkawan dengannya sejak zaman sekolah dan beberapa kali pernah dilihat berjumpa dengannya.

“Cara kehilangan suami saya yang mirip dengan semua mangsa pembunuhan itu juga menguatkan lagi sebab munasabah dia hilang,” katanya.

Menurutnya, Anpalagan mempunyai empat hektar tanah di Banting, 174 hektar ladang kelapa sawit di Rawang dan beberapa hektar tanah lagi di sekitar Ipoh, Perak dan Sungai Petani, Kedah selain sebuah syarikat kewangan dan penternakan.

“Selepas kehilangannya, saya ditipu pula oleh seorang pekerja syarikat suami saya yang memberi beberapa dokumen dipercayai dokumen tukar hak milik syarikat.

“Saya tak tahu isi kandungan dokumen itu sebab tak tahu membaca tapi selepas diyakinkan olehnya dokumen itu untuk kebaikan syarikat, saya tandatangan saja.

“Ketika dia datang menemui saya, tiada peguam bersamanya dan dia hanya memberitahu peguam yang bertanggungjawab mewakilkan dirinya untuk berjumpa saya,” katanya.

Sementara itu, Manikavasagam berkata, pihaknya dan Jayanthi akan menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi mereka melakukan siasatan lanjut.

“Tujuan saya hanya untuk menolong keluarga Jayanthi supaya dia mendapat semula haknya yang kini dilarang mendekati pejabat suaminya.

“Saya juga berharap polis akan menyiasat siapa peguam yang menyiapkan dokumen itu dan lihat jika ia suspek utama atau tidak, selain melakukan serbuan ke dalam pejabat itu jika perlu,” katanya.

Difahamkan, pihaknya akan menghantar memorandum itu Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi dihubungi mengesahkan laporan kes berkenaan.

KAITAN SUSPEK DENGAN KES LAIN

1) Kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain.

2) Kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja Allal Kanthan dari Chennai, India.

3) Kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah dan seorang rakannya.

3) Turut dikaitkan dengan satu lagi kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang mati ditetak di hadapan rumahnya di Banting, tahun lalu.

4) Disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), K Celladuran, 50, yang ditembak dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru, pada 8 Mac lalu. -hmetro

Nik Nazmi Hampir Tewas. Signal Jelas Dari Akar Umbi Kelana Jaya.

Nik Nazmi menang tipis kerusi timbalan ketua Kelana Jaya

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menang tipis kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya yang diadakan hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia memperoleh 414 undi manakala pencabarnya Dr Vignesh memperoleh 402 undi.

Undi rosak bagi jawatan itu dikatakan sekitar 69.

Nik Nazmi bertanding jawatan timbalan ketua selepas Yusop Mat Amin, penyandang kerusi itu tidak mempertahankan kedudukan tersebut.

Sebelum ini beliau ahli jawatankuasa cabang Kelana Jaya dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan cabang itu.

Beliau bergandingan dengan Syed Shahir Mohamud dan Keshiminder Singh yang masing-masing bertanding mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua dalam pemilihan kali ini.

Kelana Jaya salah satu daripada 34 cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan hari ini dan esok.

Esok cabang Kuala Selangor, Gombak dan Ampang yang masing-masing ditandingi Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraid Kamaruddin akan mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau gembira kerana mesyuarat dan pemilihan berjalan dengan lancar tanpa kekecohan hari ini.

“Saya berharap suasana seperti ini akan disaksikan esok,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter hari ini.

Perjalanan mesyuarat agung cabang dan pemilihan menjadi perhatian hari ini selepas berhadapan dengan kekecohan membabitkan tujuh cabang hujung minggu lalu.


'Zaid bankrap, guna politik murahan'

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan" -mk


Ulasan GB

Nik Nazmi menang tipis. 414 berbanding 402. Jika 69 undi tidak rosak atau dirosakkan, mungkin Nik Nazmi sudah tertonggeng. Itu baru amaran awal. Mungkin selepas ini Nik Nazmi akan dipulaukan hampir separuh dari ahli di cabang berkenaan.

Jawapannya jelas, sokongan terbuka beliau terhadap Azmin disamping serangannya yang hebat terhadap Zaid diberi perhatian oleh ahli-ahli PKR di Kelana Jaya.

Nik Nazmi telah menyerang Zaid dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan, menuduh orang lain UMNO sedangkan beliau pun masih tebal UMNOnya.

Mengaibkan apabila seorang Pengarah Komunikasi parti hanya menang sekitar 12 undi di tempat sendiri. Bererti kedudukan yang goyah.

Ia adalah signal jelas dari akar umbi PKR kelana Jaya. Terhadap semua penyokong tegar Azmin.




2 Okt 2010

Lagi Kisah Orang Hilang Di Banting.

Suri Rumah Bimbang Nasib Suami Yang Hilang Sejak Tahun Lepas

KLANG, 2 Okt -- Seorang suri rumah melahirkan rasa sedih dan risau berikutan tiada perkembangan terbaru berhubung kes kehilangan suaminya S.Anpalagan, 43, yang juga seorang ahli perniagaan, sejak awal Ogos tahun lepas.

S.Jayanti, 34, telah membuat laporan polis di Balai Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2009 selepas suaminya tidak pulang ke rumah setelah menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa, Rawang pada hari sebelumnya.

Beliau berkata rakan suaminya itu memaklumkan beliau bahawa Anpalagan ada memberitahunya bahawa dia hendak ke Banting.

Bagaimanapun, kereta Mercedez Benz bernombor AGJ 32 milik suaminya dikesan berada di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat menerusi sistem kedudukan global (GPS) tetapi resort berkenaan memaklumkan suaminya tidak mendaftar masuk ke resort itu, katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

Jayanti berkata sudah lebih setahun suaminya tidak pulang dan apabila beliau bertanya kepada rakan-rakan Anpalagan mereka berkata beliau ada dan masih hidup.

Manikavasagam yang turut hadir pada sidang akhbar itu mendakwa Anpalagan yang dibesarkan di Teluk Bunut, Banting dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Beliau juga mendakwa Anpalagan mempunyai empat hektar ladang kelapa sawit di Banting dan 172 hektar ladang kelapa sawit di Rawang selain mempunyai beberapa perniagaan seperti kedai gunting rambut dan besi buruk.





-- BERNAMA

Polis Pasang Soalan Perangkap Untuk YB Teo

Nie Ching: Polis Pasang Soalan Perangkap

KAJANG Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang disiasat berhubung isu memasuki ruang dalam surau Al-Huda di sini, baru-baru ini, mengesyaki polis cuba memerangkapnya melalui soalan yang tiada kaitan dengan kejadian itu.

Beliau berkata, kebanyakan soalan tertumpu kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam portal berita yang meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan sebelum mengambil tindakan terhadap jawatankuasa surau.

"Yang menghairankan ialah polis tidak bertanyakan insiden yang berlaku tetapi lebih menekan soal kenyataan Ean Yong," katanya pada sidang media selepas memberi kenyataan di balai polis Kajang di sini, pagi ini.

Nie Ching dan Ean Yong ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bagi memberi nasihat perundangan dan sokongan moral.

Sebelum ini, isu Nie Ching memasuki ruang solat sebuah surau di sini, digembar-gembur media arus perdana tetapi tidak pula menerbitkan berita mengenai tindakan sama yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Nie Ching berkata, polis juga bertanyakan soalan berkaitan pandangan beliau terhadap titah Sultan Selangor untuk menggantung pengurusan surau berkenaan.

"Bagaimana saya patut menjawab soalan itu? Kalau setuju, itu menunjukkan saya tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat, sebaliknya jika tidak bersetuju, ia seolah-olah saya menderhaka kerana membangkang titah baginda," katanya.

Beliau berkata, ASP Badrul, pegawai yang mengambil keterangannya bertanya sama ada beliau menyedari tindakannya memasuki surau, membawa ketidakharmonian dalam masyarakat dan menimbulkan rasa tidak puas hati umat Islam.

"Polis tidak sepatutnya bertanyakan soalan yang seakan-akan menekan saya untuk menerima dakwaan berkenaan,” katanya yang kesal kerana Badrul enggan menyatakan kes itu disiasat mengikut seksyen atau akta apa?

"Jawapan yang saya terima hanyalah 'bagi membantu siasatan'," kata beliau yang tidak berpuas hati terhadap tindakan polis.

Ean Yong pula menyatakan terdapat dua anggota Cawangan Khas (SB) turut bersama hadir semasa keterangannya, diambil.

"Sebelum saya beberapa kali memberi keterangan kepada polis tetapi ini kali pertama dua anggota SB turut serta. Saya berasa sangsi terhadap tujuan sebenar kehadiran mereka,” katanya. -TVS

Ulasan GB

GB sudah ulas di SINI

Walau apa pun berlaku, isu ini sebenarnya telah mengangkat nama YB Teo Nie Ching.

Dari sudut Islam tidak ada apa yang salah pada perbuata YB. Ia hanya salah pada UMNO. Salah pada MAIS, JAIS dan polis yang menjadi perkakas UMNO.

Jadi, takder masalah. Tunggu pilihanraya. Nama YB Teo semakin dikenali. BN semakin tertekan. Undi majoriti Teo saya yakin semakin meningkat nanti.


"Pulangkan" Siri 2 Masih Belum Meyakinkan

70 Lagi Warga Emas Pulau Pinang Pulangkan Semula Wang Ehsan

GEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Bagi orang islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya pada satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu di sini, Sabtu.

Katanya beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas.

Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela.

"Saya tak boleh terima wang itu kerana ia diperoleh daripada kegiatan perjudian dan kerana itu ia dianggap duit haram," katanya.

Sebelum ini, kira-kira 50 warga emas memilih untuk memberikan wang itu kepada Umno Bayan Baru sebelum ini untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri manakala 20 lagi hadir pada hari ini untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Abdul Rahim mahu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim supaya meletak jawatannya, atas kegagalan memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.

"Sebagai Exco Agama, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau perlu meletakkan jawatan," katanya sambil menambah bahawa Umno Pulau Pinang akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Khamis lepas, sembilan warga emas dari Bertam dan Pinang Tunggal di Seberang Perai memulangkan semula wang RM100 kepada kerajaan negeri selepas mendapati bahawa wang itu diperoleh dari sumber haram.

Pada 25 Okt, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu.

Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sahih! Sandiwara "Pulangkan Siri 2" dilancarkan. Demikian lapor beberapa media pencacai.

Sepertimana yang GB laporkan sebelum ini, penulis skrip "Pulangkan" telah ditukar.

Skrip sandiwara "Pulangkan" pada awalnya ditulis oleh wartawan Berita Harian yang membat liputan kisah "pemulangan wang ihsan RM100 dari warga emas" yang dikutip oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini, sandiwara itu penuh kecacatan sehingga kurang mendapat sambutan berbanding dengan dengan sandiwara "I'da World".

Pada hari ini kita menyaksikan ada perubahan kepada penulis skrip sandiwara berkenaan. Ia kini ditulis oleh wartawan Bernama supaya "Pulangkan" dapat benar-benar meyakinkan penonton dengan lebih ramai setelah kedudukan "I'da World" merudum minggu ini.


Kali ini warga emas kaum wanita juga diambil untuk beraksi, tidak seperti di dalam sandiwara "Pulangkan Siri 1" dimana cuma warga emas lelaki sahaja terlibat. Kemungkinan pengarah siri 1 terlupa ada warga emas wanita turut terlibat menerima wang ihsan RM100 itu.

Walau bagaimana pun pemerhati berpendapat sandiwara Pulangkan Siri 2 ini juga bakal menemui kegagalan.

Rakyat Pulau Pinang akan tetap menolak UMNO BN.

Mereka menyatakan bahawa pemerintahan PR jauh lebih baik berbanding sewaktu Pulau Pinang diperintah Gerakan-UMNO dahulu.

Dan yang pening dan bakal mendapat malu besar ialah penulis-penulis skrip sandiwara ini yang menjadikan diri mereka lembu-lembu kepada pengarah-pengarah sandiwara bodoh yang cuba memperbodohkan rakyat.



Polis Tak Berubah Di bawah KPN Baru. Terus Tekan Pakatan Rakyat

Ahli Parlimen Serdang beri keterangan berhubung isu surau

KAJANG: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung ceramahnya di ruang solat surau Al-Huda di Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Teo hadir bersama Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kira-kira jam 10.45 pagi dan berada di situ sehingga 12.30 tengah hari.

"Saya percaya yang saya tidak bersalah dan meminta polis siasat perkara ini dan menyelesaikannya dengan segera," katanya kepada pemberita.

Teo berkata, ketika keterangan diambil, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa tujuan dia dipanggil adalah bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan untuk didakwa.

Teo dikatakan memasuki ruang solat surau tersebut dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada anak kariah dengan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya.

Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu arus perdana dikatakan telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Berikutan itu, pada 27 Ogos Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar surat amaran kepada Teo. - BERNAMA


UMNO Terkedu, Hipokrit Terdedah, Kamalanathan Masuk Masjid Pijak Tempat Sujud

Gambar: Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI
\

Ulasan GB

PDRM serupa dulu.

Terus menekan dan menzalimi pemimpin Pakatan Rakyat. Kesalahan yang serupa dilakukan UMNO BN engaja dibiarkan.

Imej polis terus terjejas dengan kelaku buruk.

Namun bagi PR, lagi ditekan, PR lagi akan bangkit!


Hilang Akalkah UMNO Calonkan Ku Li Di DUN Galas?

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut.

"Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya.

Nik Aziz berkata antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

"Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya. - Bernama

Ulasan GB

GB bersetuju dengan TG Nik Aziz. Tak masuk akal lansung.

Tg Razaleigh bukan saja Ahli Parlimen yang senior, malah pernah pegang jawatan menteri kabinet. Belua hampir saja menewaskan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO satu ketika.

Pada pemilihan UMNO yang lalu Gua Musang mencalonkan Ku Li sebagai Presiden lagi. Tetapi bahagian-bahagian UMNO yang lain menyepi. Najib menang sebagai Presiden UMNO tetapi Gua Musang tetap pilih Ku Li.

Apakah cadangan mencalonkan Ku Li sebagai ADUN Galas oleh UMNo sebagai "balas dendam" UMNO terhadap Ku Li? Kerusi PM yang diminta, digantikan dengan sebuah kerusi ADUN? Hilang akalkah Muhyiddin membuat penghinaan sedemikian rupa terhadap Ku Li?



Mahathir Dimasukkan Ke Hospital Di Melbourne

Dr Mahathir Dimasukkan Ke Hospital Di Melbourne

MELBOURNE -- Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Jumaat bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne pada Sabtu.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

(1Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.)

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.

Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.


Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang merupakan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. -- BERNAMA

Ulasan GB

Benarlah catatan GB sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir sedang sakit. Sebelum ini Mahathir dilaporkan terlantar di rumahnya kerana sakit.

Dan kini GB difahamkan TDM terlantar di katil kerana dilaporkan tidak sihat. Kita sudah menyatakan sebelum ini bahawa Mahathir sepatutnya sudah wajar benar-benar bersara. Membersihkan diri demi menghadapi Rabbul-Jalil pada bila-bila masa dan supaya rohnya bisa tenteram di alam barzakh nanti.



PRK Galas Dijangka Selepas Deepavali

Tarikh penamaan dijangka selepas Deepavali

Tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dijangka diadakan selepas Deepavali, manakala hari mengundi pada 14 November iaitu tiga hari sebelum Aidiladha.

Sumber berkata, tempoh berkenaan dianggap paling sesuai diadakan pilihan raya kerana ia memberi masa cukup kepada parti dan calon membuat persiapan dan bertanding bagi merebut kerusi DUN berkenaan.

"Waktu ini juga memberi kelebihan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya yang selamat dan aman bagi pengundi keluar mengundi.

"Ia juga akan memberi kelebihan kepada petugas SPR termasuk polis dan pasukan keselamatan mengawal perjalanan pilihan raya," katanya, semalam.

Kelmarin, SPR menyatakan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil DUN Galas pada 6 Oktober ini di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi, berkata pihaknya perlu menilai pelbagai aspek dan faktor bagi memilih hari mengadakan pilihan raya kecil itu.

Antara faktor diambil, termasuk senario semasa politik negara, sidang Parlimen, cuti umum atau sekolah dan peristiwa penting yang berlaku dalam negara.

Antara cuti umum diambil kira SPR ialah Deepavali pada 5 November, Aidiladha (17 November) manakala peristiwa besar ialah Perhimpunan Agung UMNO (19 hingga 23 Oktober) dan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (31 Oktober hingga 21 November). -BH

Perlukah PAS Merasa Terpinggir?

DDatuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menegur ahli-ahli PAS yang berkerja cukup minima untuk perjuangan parti.

“Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja, sekarang tak buat kerja,” ujarnya sambil menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS sentiasa melaksanakan tugas masing-masing, harakahdaily dipetik.

Prsiden PAS itu berkata demikian sewaktu merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 yang disertai sekitar 5,000 pemuda di Masjid Rusila, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menegur ahli PAS yang mahukan kemenangan yang cepat di dalam pilihan raya tetapi melakukan kerja dalam masa yang singkat.

Ini, katanya kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh rasul-rasul juga memakan masa untuk mencapai kejayaan.

Beliau mengambil contoh perjuangan Nabi Musa dan Harun memakan masa 40 tahun walaupun doa mereka diperkenankan oleh Allah untuk menumbangkan Firaun.

Begitu juga, katanya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. juga mengambil masa 23 tahun untuk menegakkan Islam dan meruntuhkan jahiliah.

Sebelum itu Presiden PS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.

Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya.

PAS mempunyai wawasan yang panjang iaitu dari dunia sehingga akhirat, bukan setakat 2020.

Ini, katanya kerana perjuangan PAS adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala.

“Kalau tanya ahli PAS yang bebal pun, mengapa sokong PAS, mereka kata nak pahala, mengharapkan keredhaan Allah,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, perkara itu tidak diharapkan oleh pihak musuh kerana mereka berjuang untuk mendapatkan bantuan dan kebendaan.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen menekankan supaya ahli dan penyokong PAS hendaklah sentiasa ditarbiah bagi meneruskan perjuangan Islam untuk meruntuhkan jahiliah.

Katanya, golongan yang memperjuangkan Islam sejak zaman nabi-nabi terdahulu ditarbiah dengan berbagai ujian dan kezaliman sehingga ada di kalangan mereka yang dibunuh.

Beliau menambah, keperitan yang dirasai akibat dizalimi oleh golongan jahiliah menyebabkan golongan Islam tidak melakukan kezaliman apabila mereka mendapat kuasa.

“Kita perit rasa dizalimi, kalau kita perintah, kita tidak melakukan kezaliman,” ujarnya lagi.

Ulasan GB

Di dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS hanya mampu menjadi parti yang memimpin sekiranya PAS berjaya menjadi parti yang mendominasi PR.

Dominasi itu diukur dari segi kekuatan yang ada pada sesebuah parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen majoriti.

Semasa selepas pilihanraya umum 1999, PAS berjaya buat pertama kali menjadi parti yang dominan di dalam barisan pembangkang (Angkatan Perpaduan Ummah) di Parlimen. PAS menang 27 kerusi, DAP 10 dan Keadilan 5. TG Haji Abd Hadi ketika itu dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.

Akibat keselesaan itu, beberapa YB-YB PAS "lupa diri" sehingga dihukum oleh rakyat pada pilihanraya 2004 dimana PAS hanya berjaya memperolehi 7 kerusi, Keadilan 1 manakala DAP 12 sekaligus merampas kerusi Ketua Pembangkang daripada Abd Hadi untuk diserahkan kepada Lim Kit Siang. Malah Abd. Hadi tewas di kerusi Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar.

Di dalam pilihanraya 2008, PAS sekali lagi menerima tamparan. Sekalipun Pakatan Rakyat menang banyak kerusi Parlimen tetapi PAS hanya memperolehi 24 kerusi, berbanding PKR yang memperolehi 31 manakala DAP 8. Sekali lagi Ketua Pembangkang beralih kepada orang lain, kali ini PKR.

Persoalan kini, apakah PAS perlu merasakan dirinya dipinggirkan jika PAS sendiri belum mampu secara konsistennya mendominasi Pakatan Pembangkang?

Kita bercakap mengenai "keredhaan Allah" , tetapi kita walau sealim mana pun, tidak tahu dan tidak akan tahu secara hakiki hal-hal yang menjadi milik mutlak Allah s.w.t. seperti "mardhatillah".

Kita hanya disuruh, diarah untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana demikian hadith "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh" yang saya kira Abd Hadi lebih arif mengenainya.

Apakah lantaran untuk mencapai keredhaan itu maka kita harus mengkhianati rakan-rakan lain di dalam PR dan berbaik-baik dengan mereka selama ini dikategorikan sebagai musuh hanya semata-mata kita sudah tidak lagi mendominasi PR dan merasa terpinggir?

GB terpaksa merungkai hal ini untuk kita sama-sama renungkan supaya selepas ini kita bekerja bersungguh-sungguh sepertimana yang dihasratkan oleh Presiden supaya PAS mampu menjadi parti yang memimpin PR.

GB tidak tahu apa "agenda sebenar" Pemuda PAS melalui Ijtima Tarbawi ini yang dihadiri oleh peserta pemuda seluruh negara yang di atas pentas dilihat hanya pemimpin-pemimpin yang dikategorikan sebagai mereka yang sehaluan dengan satu kumpulan sahaja di dalam PAS.

Ini kebenaran. GB terpaksa dedahkan kerana ia sebenarnya barah yang telah lama dihidapi oleh parti yang telah membawa kepada perpecahan (al-ghazwul fikr) di kalangan ahli jemaah. Dan sesungguhnya, Allah itu Al-Haq.

Hal yang sama pernah berlaku di dalam perhimpunan bogger satu ketika dulu. Dan ia menjadi tidak berfungsi dan merupakan satu kegagalan kerana awal mula pertama mula, agenda mengadakan seminar dan pembentukan jawatankuasa blogger itu tidak bermula dengan matlamat yang jernih sekalipun amat lunak di atas kertaskerja.

Apakah Ijtima Tarbawi ini bakal mengundang natijah yang serupa dengannya? Muga-muga tidak dan kita berharap "ukhwah Islamiah" sebenar terjalin di seluruh kalangan ahli jika PAS ingin terus tidak merasa terpinggir.

Kita tidak boleh meminggirkan orang yang tak sehaluan dengan kita di dalam jemaah sebelum nantinya kita tidak dipinggir orang lain di luar jemaah!


Pemilihan PKR: Debaran Di 33 Cabang PKR Hari Ini Dan Esok

Ketua Cabang MATC: Adun, Ahli Parlimen PKR jadi tumpuan

PETALING JAYA: Kedudukan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen PKR menjadi tumpuan pemerhati pada pemilihan peringkat Cabang pada hujung minggu ini, sama ada mereka mampu mempertahankan sokongan mahupun sebaliknya.

Pemilihan pada hari ini dan esok seperti dijadualkan merupakan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) PKR Cabang yang terakhir selepas 173 Cabang selesai menjalankan tanggungjawab memilih dan memutuskan calon masing-masing.

Tujuh Cabang yang bermesyuarat minggu lalu terpaksa ditunda ekoran berlakunya masalah teknikal dan gangguan bantahan.

Antara 33 Cabang di enam negeri yang bakal menjalankan mesyuarat pada minggu ini ialah Selangor (13 cabang), Sarawak (8), Johor (9), Sabah (Penampang), Kedah (Padang Serai) dan Pulau Pinang (Bukit Gelugor).

Cabang yang menjadi tumpuan termasuklah Gombak, Kuala Selangor, Ampang, Kelana Jaya, Hulu Selangor dan Padang Serai.

Nasib Azmin ditentukan Ahad

Naib Presiden Azmin Ali yang kini mendahului pencalonan timbalan presiden, bakal menghadapi cabaran daripada Abu Bakar Ninggal yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Cabang Gombak.

Ramai pemerhati menjangka Azmin bakal menang besar di cabang tersebut namun seorang lagi calon yang juga Adun Batu Caves Amirudin Shari turut menghitung nasib sama bagi jawatan timbalan ketua cabang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor juga dikatakan bakal mendapat tentangan hebat daripada tiga pesaing lain.

Nasib Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan pula dalam pertaruhannya merebut jawatan ketua cabang bakal diketahui Ahad ini selepas mesyuarat cabang itu, selepas ditangguhkan sejak dua minggu lalu.

Manakala perebutan jawatan Ketua Cabang Kelana Jaya bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dengan Abdul Rakaz Mohamed Jalil.

Mesyuarat Cabang PKR Hulu Selangor yang berlangsung esok dijangka ‘panas’ dengan tujuh pencalonan (paling ramai stakat ini) yang bakal berentap merebut jawatan ketua cabang.

Sementara Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin juga bakal berhadapan satu lawan satu bagi kerusi Cabang Ampang.

Cabang Sabak Bernam pula akan menentukan sama ada Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat Dr Badrulamin Baharon atau dua calon lain bertanggungjwab menggalas jawatan ketua cabang.

Cabang bermasalah tangguh sehingga Kongres?

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah berkata, mesyuarat cabang yang didapati bermasalah dan tertangguh akan ditunda sehingga ke tarikh yang ditetapkan semula kelak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat mesyuarat cabang yang didapati bermasalah itu akan ditangguhkan sehingga dua bulan dan hampir kepada tarikh Kongres Pemilihan Parti yang akan diadakan pada hujung November depan di Shah Alam, Selangor.

"Kami akan menilai semula semua laporan daripada pengawas, selain memanggil individu dan pihak yang terlibat sehingga timbulnya kekalutan semasa mesyuarat.

"Kemudiannya kami akan putuskan tarikh baru bagi mesyuarat cabang yang tertangguh itu, manakala bagi individu yang didapati bersalah JPP akan mengambil tindakan termasuk menggantung keahliannya," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Cabang yang bakal bermesyuarat pada 2 dan 3 Oktober 2010:

SELANGOR
Sabak Bernam
Sungai Besar
Hulu Selangor
Serdang
Puchong
Kelana Jaya
Tanjong Karang
Kuala Selangor
Selayang
Gombak
Ampang
Pandan
Hulu Langat

JOHOR
Tenggara
Kota Tinggi
Tebrau
Pasir Gudang
Johor Bahru
Pulai
Kulai
Gelang Patah
Pontian

KEDAH
Padang Serai
PULAU PINANG
Bukit Gelugor
SABAH
Penampang

SARAWAK
Lawas
Hulu Rejang
Mambong
Santubong
Bandar Kuching
Batang Lupar
Saratok
Sarikei
-FMT

Mohd Sidek Hassan Perlu Dibersarakan Segera!

Kerajaan keluar pekeliling bagi kenyataan sentuh sensitiviti kaum, agama

KUALA LUMPUR: Surat Pekeliling Am sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan kerajaan mengingatkan pegawai awam berhati-hati dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Beliau berkata, pekeliling itu mengkehendaki Ketua Jabatan mengambil tindakan segera lagi tegas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai yang didapati berbuat demikian.

Mohd Sidek dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian kebelakangan ini.

Beliau tidak memberikan contoh tetapi berkata bilangan pegawai yang terbabit amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam di negara ini.

"Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini," katanya.

Mohd Sidek berkata, tindakan itu termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah.

"Dengan 1.2 juta orang pegawai awam, walaupun terdapat peraturan-peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia tingkah laku pegawai awam, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100 peratus pematuhan," kata beliau.

Katanya, dalam mana-mana organisasi, pastinya akan ada segelintir yang tersasar daripada visi dan misi organisasi.

"Malah Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya," katanya.

Ketua Setiausaha Negara itu berkata, insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

"Malah pihak pentadbiran kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang juga golongan pelaksana dasar Kerajaan," katanya.

Beliau berkata, tindakan secara pentadbiran menggantung mana-mana pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian dari tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara menunggu siasatan lanjut.

Langkah ini adalah untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur hasutan yang didakwa dikeluarkan itu.

Mohd Sidek berkata, apabila tersebar luas kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang didakwa dibuat oleh pegawai awam dalam kapasiti mereka sebagai pegawai kerajaan, banyak pihak memberi reaksi mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera ke atas pegawai awam berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai harus faham sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan-peraturan tatatertib yang diwartakan.

Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan semata-mata berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan yang rapi serta mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. - BERNAMA

Ulasan GB

Pekeliling dikeluarkan, tetapi tindakan terhadap kes-kes yang nyata menyentuh sensitiviti kaum dan agama seperti Pengetua dan BTN yang sebelum ini dilaporkan tidak lagi dilakukan.

Malah Ketua Setiausaha Negara memberi alasan bahawa bilangan pegawai yang terbabit amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam di negara ini.

Beliau berkata: "Malah Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya."

Kita ingin memberitahu kepada KSN yang bernama Mohd Sidek Hassan bahawa, jika anda telah menyatakan bahawa kes-kes sedemikian adalah serius, maka tidak timbul persoalan samada ia segelintir ataupun sekapal. Ia tetap perlu dilihat sebagai kesalahan besar yang mengancam keharmonian negara dan tidak perlu untuk melihat dari segi peratusan yang dikatakan kecil itu.

Mengambil contoh kenyataan Presiden Majlis Peguam yang tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya adalah silap dan pemesongan terhadap tanggungjawab seorang "kakitangan awam".

Majlis Peguam tidak menerima gaji dari rakyat. Tetapi kamu-kamu di Jabatan Perkhidmatan Awam dibayar gaji dari wang rakyat untuk mempastikan jentera perkhidmatan awam dilakukan dengan cekap dan berkesan.

Jika kamu hendak menjadikan Majlis Peguam sebagai contoh, maka kamu perlu berkhidmat secara sukarela dan kemudian kamu boleh menciplak ayat Majlis Peguam itu enggan menyatakan sukar untuk mengawal sekalian 1.2 juta pegawai awam di negara ini.

Tiadanya tindakan pantas ke atas Pengetua dan Timbalan pengarah BTN terhadap isu perkauman menjelaskan bahawa berlakunya sikap "berlengah-lengah" disamping tidak memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang menyebabkan api perkauman di negara menjadi semakin marak dan berbahaya.

Justeru itu wajar Mohd Sidek Hassan dibersarakan dan digantikan dengan seorang Ketua Setiausaha Negara yang lebih berwibawa dan lebih cekap.



Mustaffa Kamil Ayub Mampu Mengganti Anwar

Umno Tidak Terlibat Dalam Kekecohan Mesyuarat Cabang PKR - Mustafa Kamil

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustafa Kamil Ayub menafikan dakwaan setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution, bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) terlibat mendalangi kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cabang PKR.

Beliau berkata pemimpin dan anggota PKR sedia maklum bahawa sistem satu anggota satu undi yang diperkenalkan untuk pemilihan parti itu mempunyai kekurangan dan perlu dibaiki.

"Saya kurang bersetuju (dengan dakwaan itu). Bagi saya, apabila wartawan ajukan soalan ini, saya kata ini proses kali pertama kita menggunakan pendekatan satu anggota satu undi, dan rekod telah membuktikan daripada 180 cabang yang telah mengadakan mesyuarat, hanya tujuh cabang yang ada masalah.

"Sedikit kelemahan mesti diperbaiki, kita telah bincang dan memang ada ruang untuk kita baiki, tetapi saya tidak cenderung untuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Pada sidang akhbar itu, Mustafa Kamil turut mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti tersebut bulan depan.

Beliau menyifatkan dakwaan Umno menjadi dalang insiden kekecohan pada pemilihan cabang parti itu sebagai tidak berasas, malah katanya, PKR sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah tersebut, dan bukannya menuding jari kepada orang lain.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Saifuddin supaya mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu

Mengenai keputusannya bertanding jawatan kedua tertinggi dalam PKR itu, Mustafa Kamil berkata ia diputuskan atas kepercayaan meneruskan kesinambungan perjuangan yang bermula sejak 12 tahun lalu, dan menjadikan parti itu sebagai parti masa depan rakyat Malaysia.

Keputusan beliau menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mustafa Kamil, naib presiden parti Azmin Ali dan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa Kamil berkata walaupun kedua-dua lawannya mempunyai kehebatan tersendiri, beliau akan terus komited dengan hasratnya untuk bertanding, malah bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sekiranya ada cubaan untuk memujuknya menarik diri.

Beliau berkata tinjauan ke peringkat akar umbi dan maklum balas yang diterimanya menunjukkan kejutan boleh berlaku ke atas dua calon pilihan tersebut.

"Keputusan saya muktamad...saya tidak akan menarik diri sehingga hari pemilihan, dan jika tewas, kita akan bawakan khidmat dalam bentuk lain.

"Tak perlulah saya menyaingi kenyataan Azmin dan Zaid dalam soal ini. Walaupun saya faham saya calon 'underdog', saya bukan ahli yang berhormat, bukan senator, bukan juga bekas menteri," katanya. -- BERNAMA

Ulasan GB

Apabila sebelum ini GB menulis dengan entri bertajuk "Apa Ada Dengan Mustaffa Kamil Ayub?" ada pula yang bertanya mengapa tajuk itu provokatif sangat? Biarlah dia bertanding...

Memang pun GB berharap sangat beliau bertanding. Jika tidak masakan GB dedahkan biodatanya secara terperinci dan GB menyatakan di situ:

Mustaffa bakal menggalas tugas besar untuk merubah PKR dengan satu pewarnaan yang lebih holistik. Setidak-tidaknya itu harapan sebahagian besar ahli-ahli PKR jika mahu parti dipimpin oleh tokoh yang boleh menjadi role-model.

Pengalaman Mustaffa yang luas di dalam gerakan Islam dan karisma kepimpinannya mampu menjadikan beliau seorang yang boleh menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mungkin namanya tidak hebat, tetapi karismanya hebat. Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam.

Oleh kerana blog bukan sebuah akhbar maka tidak salah bagi blogger memberikan pendapat yang berpihak. Blogger bukan pimpinan mana-mana parti sekalipun ada pimpinan parti yang menjadi blogger.