DDatuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam menegur ahli-ahli PAS yang berkerja cukup minima untuk perjuangan parti.
“Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja, sekarang tak buat kerja,” ujarnya sambil menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS sentiasa melaksanakan tugas masing-masing, harakahdaily dipetik.
Prsiden PAS itu berkata demikian sewaktu merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 yang disertai sekitar 5,000 pemuda di Masjid Rusila, malam tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi juga menegur ahli PAS yang mahukan kemenangan yang cepat di dalam pilihan raya tetapi melakukan kerja dalam masa yang singkat.
Ini, katanya kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh rasul-rasul juga memakan masa untuk mencapai kejayaan.
Beliau mengambil contoh perjuangan Nabi Musa dan Harun memakan masa 40 tahun walaupun doa mereka diperkenankan oleh Allah untuk menumbangkan Firaun.
Begitu juga, katanya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. juga mengambil masa 23 tahun untuk menegakkan Islam dan meruntuhkan jahiliah.
Sebelum itu Presiden PS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.
Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.
Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.
“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya.
PAS mempunyai wawasan yang panjang iaitu dari dunia sehingga akhirat, bukan setakat 2020.
Ini, katanya kerana perjuangan PAS adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala.
“Kalau tanya ahli PAS yang bebal pun, mengapa sokong PAS, mereka kata nak pahala, mengharapkan keredhaan Allah,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, perkara itu tidak diharapkan oleh pihak musuh kerana mereka berjuang untuk mendapatkan bantuan dan kebendaan.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen menekankan supaya ahli dan penyokong PAS hendaklah sentiasa ditarbiah bagi meneruskan perjuangan Islam untuk meruntuhkan jahiliah.
Katanya, golongan yang memperjuangkan Islam sejak zaman nabi-nabi terdahulu ditarbiah dengan berbagai ujian dan kezaliman sehingga ada di kalangan mereka yang dibunuh.
Beliau menambah, keperitan yang dirasai akibat dizalimi oleh golongan jahiliah menyebabkan golongan Islam tidak melakukan kezaliman apabila mereka mendapat kuasa.
“Kita perit rasa dizalimi, kalau kita perintah, kita tidak melakukan kezaliman,” ujarnya lagi.
Ulasan GB
Di dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS hanya mampu menjadi parti yang memimpin sekiranya PAS berjaya menjadi parti yang mendominasi PR.
Dominasi itu diukur dari segi kekuatan yang ada pada sesebuah parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen majoriti.
Semasa selepas pilihanraya umum 1999, PAS berjaya buat pertama kali menjadi parti yang dominan di dalam barisan pembangkang (Angkatan Perpaduan Ummah) di Parlimen. PAS menang 27 kerusi, DAP 10 dan Keadilan 5. TG Haji Abd Hadi ketika itu dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.
Akibat keselesaan itu, beberapa YB-YB PAS "lupa diri" sehingga dihukum oleh rakyat pada pilihanraya 2004 dimana PAS hanya berjaya memperolehi 7 kerusi, Keadilan 1 manakala DAP 12 sekaligus merampas kerusi Ketua Pembangkang daripada Abd Hadi untuk diserahkan kepada Lim Kit Siang. Malah Abd. Hadi tewas di kerusi Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar.
Di dalam pilihanraya 2008, PAS sekali lagi menerima tamparan. Sekalipun Pakatan Rakyat menang banyak kerusi Parlimen tetapi PAS hanya memperolehi 24 kerusi, berbanding PKR yang memperolehi 31 manakala DAP 8. Sekali lagi Ketua Pembangkang beralih kepada orang lain, kali ini PKR.
Persoalan kini, apakah PAS perlu merasakan dirinya dipinggirkan jika PAS sendiri belum mampu secara konsistennya mendominasi Pakatan Pembangkang?
Kita bercakap mengenai "keredhaan Allah" , tetapi kita walau sealim mana pun, tidak tahu dan tidak akan tahu secara hakiki hal-hal yang menjadi milik mutlak Allah s.w.t. seperti "mardhatillah".
Kita hanya disuruh, diarah untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana demikian hadith "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh" yang saya kira Abd Hadi lebih arif mengenainya.
Apakah lantaran untuk mencapai keredhaan itu maka kita harus mengkhianati rakan-rakan lain di dalam PR dan berbaik-baik dengan mereka selama ini dikategorikan sebagai musuh hanya semata-mata kita sudah tidak lagi mendominasi PR dan merasa terpinggir?
GB terpaksa merungkai hal ini untuk kita sama-sama renungkan supaya selepas ini kita bekerja bersungguh-sungguh sepertimana yang dihasratkan oleh Presiden supaya PAS mampu menjadi parti yang memimpin PR.
GB tidak tahu apa "agenda sebenar" Pemuda PAS melalui Ijtima Tarbawi ini yang dihadiri oleh peserta pemuda seluruh negara yang di atas pentas dilihat hanya pemimpin-pemimpin yang dikategorikan sebagai mereka yang sehaluan dengan satu kumpulan sahaja di dalam PAS.
Ini kebenaran. GB terpaksa dedahkan kerana ia sebenarnya barah yang telah lama dihidapi oleh parti yang telah membawa kepada perpecahan (al-ghazwul fikr) di kalangan ahli jemaah. Dan sesungguhnya, Allah itu Al-Haq.
Hal yang sama pernah berlaku di dalam perhimpunan bogger satu ketika dulu. Dan ia menjadi tidak berfungsi dan merupakan satu kegagalan kerana awal mula pertama mula, agenda mengadakan seminar dan pembentukan jawatankuasa blogger itu tidak bermula dengan matlamat yang jernih sekalipun amat lunak di atas kertaskerja.
Apakah Ijtima Tarbawi ini bakal mengundang natijah yang serupa dengannya? Muga-muga tidak dan kita berharap "ukhwah Islamiah" sebenar terjalin di seluruh kalangan ahli jika PAS ingin terus tidak merasa terpinggir.
Kita tidak boleh meminggirkan orang yang tak sehaluan dengan kita di dalam jemaah sebelum nantinya kita tidak dipinggir orang lain di luar jemaah!

9 ulasan:
Jika dengan keadaan terkini, PAS cuma boleh bermimpi untuk memimpin Pakatan Rakyat. Senario yang berlaku sebelum pilihanraya telah banyak berubah sekarang. Dulu sebelum pilihanraya, para Pemimpin PAS dilihat sebagai rapat dengan rakyat. Mudah kelihatan di sana sini. Walau bagaimanapun, apabila menang, semuanya pudar secara beransur-ansur.
Tuan Guru Abdul Hadi dilihat semakin senyap dan menyepi, tidak kelihatan lagi memberikan pendapat2 yg bernas seperti selalu. Ustaz Nasharudin juga begitu. Tidak pasti apakah fungsinya. PAS yang begitu kuat, bersatu-padu dan kukuh sebelum pilihanraya kini semakin hari semakin hilang taringnya. Yang nampak kekal istiqamah cuma Tuan Guru Nik Aziz.
Mungkin komen semacam ini tidak disenangi oleh ahli PAS. Tapi percayalah, sekiranya perubahan tidak dibuat, pilihanraya akan datang, PAS akan kehilangan banyak kerusi. Di tempat saya sendiri, PAS mengalami sindrom yang sama iaitu bekerja hanya apabila parlimen telah dibubarkan sahaja. Jika tidak, bilik gerakan pun jadi rumah hantu.
Saya sayangkan PAS. moga pimpinan buat perubahan. Jika pimpinan yang ada sekarang telah terkena sindrom "orang-orang atasan", eloklah kita tukar dalam muktamar yang akan datang. Naikkan yang lebih berkaliber untuk menentukan hala tuju parti.
Ingatlah, kemenangan kita bergantung kepada persepsi masyarakat kerana mereka yang memberi undi. Jika khidmat diberi secara bermusim, kemenangan itu memang tidak akan pernah datang.
saya pon perasan,
diatas pentas cuma pemimpin2 yg dikaitkan dengan UG iaitu Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik
Ijtima Tarbawi hanya agenda pemuda untuk naikkan nama2 golongn yg khianat kepada PAS ini.
TGHA,Presiden PAS jangan salahkan ahli-ahli PAS walau pun teguran tu baik.Kalau Ketua dan Pemimpin yang dah diamanatkan tugas,tak bergerak,tak berfungsi dan tak tau nak buat apa - tak boleh disalahkan ahli-biasa.Jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat,selama ni buat apa?Kalau Pengarah Pilihanraya pun tunggu Parlimen/DUN bubar baru nak mula bekerja,apa jadahnya.Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ni,Presiden TGHA yang lantik,bukan pilihan muktamar.Nampaknya Presiden dah lantik salah orang.Kalau lantik orang sekadar "tukang angguk" aje,inilah padahnya.
Yang bercakap kat atas pentas tu pun sama lembik. Kalau general lembik, macam mana bala tentera tak lembik sama? Ini saje ke tahap presiden yg pas boleh sediakan?
salam,
saya bersetuju dengan komen gb:
(1) “Dominasi itu diukur dari segi kekuatan yang ada pada sesebuah parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen majoriti.”
jika diperhatikan, selepas pru 12, pas dilihat gagal untuk memperkasakan dirinya. gagal untuk membaca perubahan rakyat. gagal untuk menterjemah kenapa pengundi menolak umno/bn. Malah pas membuat kesilapan besar dengan menongkah arus cita rasa rakyat apabila memilih untuk ‘berpadu’ dengan umno demi “islam-melayu, melayu-islam”. ketidakupayaan pas memahami perubahan pengundi menjadikannya kaku untuk bergerak ke hadapan untuk memperkasakan diri. isu perpaduan tidak sedikit mencalar imej “pas for all” yang diperkenalkan menjelang pru 12. ini mudah difahami kerana yang memimpin adalah kalangan yang memilih untuk cepat mendapat jawatan bertentangan dengan teguran tghh terhadap ahli pas “yang mahukan kemenangan yang cepat di dalam pilihan raya tetapi melakukan kerja dalam masa yang singkat.” bagaimana pemimpin, begitulah pengikutnya! apa yang dilihat, yang sebenarnya berlaku adalah ahli2 pas berkerja kuat untuk memenangkan parti tetapi apabila telah menang, pemimpin pula membuat onar. di harap presiden sudah sedar di atas kesilapan kerana menerima bulat2 ‘nasihat’ dari kalangan yang mementingkan agenda sendiri. tidak salah presiden mendengar ‘nasihat2’ berkenaan tetapi ia perlu dibincang dan diperhalusi serta diputuskan oleh musyawarah yang melibatkan semua walaupun “dinasihatkan” sebagai ‘penghalang’. sekiranya ini yang diamalkan, “pertemuan dalam gelap” tidak akan menjadi isu yang boleh merobek2 kepercayaan yang mula diberi pengundi kepada pas pada pru 12.
bersambung/...
(2) persoalan kini, “apakah PAS perlu merasakan dirinya dipinggirkan jika PAS sendiri belum mampu secara konsistennya mendominasi Pakatan Pembangkang? pada lazimnya persaan begini selalunya berlaku kerana ketidakyakinan pada perjuangan. alasan yang selalu diberi oleh kumpulan ‘lompat’. pelik, bagaimana pas, yang telah berjuang lebih 5 dekad merasakan dirinya terpinggir? perjuangan pas menjangkau “perjuangan Nabi Musa dan Harun (yang) memakan masa 40 tahun. menjangkau “perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. (yang) juga mengambil masa 23 tahun untuk menegakkan Islam dan meruntuhkan jahiliah.” sedangkan pada masa yang sama pas merasakan dirinya kuat, “PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.”“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,”. seharusnya, pas mengkaji untuk membaiki di mana silap tindak-tanduknya, di mana lemah gerak kerjanya, di mana songsang kelakuan politiknya. keengganan melihat kelemahan sendiri dan pada masa yang sama meletakkan kelemahan itu pada orang, menjadi kegemaran pas!
tidak salah jika dikatakan, “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” ‘nasihat’ tidak betul yang pernah perwakilan serta pemerhati dengar semasa muktamar diipoh apabila kedengaran kutukan2 kepada kerajaan pr selangor dari anggota kerajaan Selangor (pas) sendiri. ‘nasihat’ itu masih terpakai rupanya. masakan tidak, kerana penasihat2 sama masih disekeliling tuan presiden! “kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.”
“PAS mempunyai wawasan yang panjang iaitu dari dunia sehingga akhirat, bukan setakat 2020” akan hanya tinggal wawasan tanpa perancangan serta usaha kearah merealisasikannya. Justeru, usahlah berretorika dengan wawasan ini selagi kepimpinan pas masih ditakuk lama dan sanggup pula merubah dasar perjuangan pas kepada “islam-melayu; melayu-islam”! seperti umno, yang nyata telah gagal, pas juga tidak sepi dari slogan2 yang hebat tapi kosong pengisiannya.
bersambung/...
apakah yang rasionalnya ungkapan2 di bawah:
(3) “Kalau tanya ahli PAS yang bebal pun, mengapa sokong PAS, mereka kata nak pahala, mengharapkan keredhaan Allah,” ujarnya. Maaflah ahli pas, presiden sendiri mengakui ada ahli pas yang bebal!
(4) “perkara itu tidak diharapkan oleh pihak musuh kerana mereka berjuang untuk mendapatkan bantuan dan kebendaan.” ‘pertemuan dalam gelap’ tidak pernah menyentuh jawatan2 tertentu kepada mereka yang terlibat? kita serah sahaja perkara itu kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
(5) “ahli dan penyokong PAS hendaklah sentiasa ditarbiah bagi meneruskan perjuangan Islam untuk meruntuhkan jahiliah.” ‘pertemuan dalam gelap’, jika berjaya, bukankah ia satu kerja untuk ‘mempertahankan’ jahiliah (umno)?
(5) “golongan yang memperjuangkan Islam sejak zaman nabi-nabi terdahulu ditarbiah dengan berbagai ujian dan kezaliman sehingga ada di kalangan mereka yang dibunuh.” sejak 5 dekad perjuangan pas, tidak pernah ada ahli2 pas yang dibunuh. tidak ada lubuk merbau. tidak ada memali. benar tarbiah penting tetapi di akhir2 ini pengisisan tarbiah dilihat lebih tertumpu kepada wala’ yang dilihat sudah mulai malap apabila ada suara2 ahli yang menegur pemimpin!
(6) “keperitan yang dirasai akibat dizalimi oleh golongan jahiliah menyebabkan golongan Islam tidak melakukan kezaliman apabila mereka mendapat kuasa.” ada yang tidak kena di sini. bukankah melakukan kezaliman itu dilarang oleh islam? tidak tahu pula rupanya kerana akibat dizalimi, golongan islam tidak melakukan kezaliman apabila mendapat kuasa. ia tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran islam!!! ya Allah, jika ini benar, aku mohon keampunanMu di atas kecuaian diri ku tidak memahami agama yang Engkau redhai yang disampaikan oleh rasul dan kekasihMu, Muhammad saw.
“Kita perit rasa dizalimi, kalau kita perintah, kita tidak melakukan kezaliman”.
bersambung/...
GB bertanya - apa "agenda sebenar" Pemuda PAS melalui Ijtima Tarbawi ini yang dihadiri oleh peserta pemuda seluruh negara yang di atas pentas dilihat hanya pemimpin-pemimpin yang dikategorikan sebagai mereka yang sehaluan dengan satu kumpulan sahaja di dalam PAS.
ulasan2 saya di atas, jika diperhalusi mampu menjawab pertanyaan sdra. saya percaya sdra juga dapat menghidunya. Ia sudah tentu ada kena mengena dengan persediaan ke muktamar 2011. pru 13 tidak penting. Dewan putik tidak pernah dengar ianya disentuh dalam ucapan presiden di muktamar 2010! Ijtima’ tarbawi, ya. kenapa rusila, terengganu? justeru, janganlah terkejut dengan “di atas pentas dilihat hanya pemimpin-pemimpin yang dikategorikan sebagai mereka yang sehaluan dengan satu kumpulan sahaja di dalam PAS”.
semasa perasmian tabung impian rakyat malaysia di shah alam dulupun, “di atas pentas tidak kelihatan pemimpin-pemimpin yang dikategorikan sebagai mereka yang sehaluan dengan satu kumpulan sahaja di dalam PAS”.
wallahu’alam.
Dengan penjelasan yg pjg lebar dr saudara Hussin maka rumusan saya ialah masalah besar tetap dtg dari tuan presiden. Jika pas mempunyai presiden yg bijaksana maka siapa pun disekelilingnya yg memberikan nasihat yg salah tidak akan mempengaruhinya. Jika dia terpengaruh maka dia bukan seorang yg bijak. Penasihat tidak salah kerana itu memang sikap orpotunis. Orpotunis akan sentiasa mencari jalan utk kepentingan diri masing2 baik dlm pas, pkr atau umno. Adakah kita nak salahkan syaitan yg mempengaruhi supaya kita buat maksiat? Dah memang kerja syaitan mcm tu. Siapa suruh kita ikut. Kita yg ikut ckp syaitanlah yg bodoh. Bukan saya kata golongan orpotunis tu syaitan tapi sekadar contoh saja. Jgn lupa mereka semua melayu dan itulah sikap melayu yg pemalas tak nak berusaha. Hanya mencari jln mudah utk mendapatkan sesuatu terutamanya yg bercita2 menjadi menteri besar selangor tu (ada 2 org. Satu dr pas & satu lg dr pkr). Seorang ketua yg bijaksana akan menjadi pendengar yg baik tetapi bukan penerima bulat2 idea org lain. Ketua yg tiada idea sendiri adalah ketua yg lemah seperti lemahnya pak lah & najib menjadi ketua umno. Itu yg menyebabkan mereka jadi flip flop. Sejahat2 mahathir saya masih hormat cara dia berfikir. Berani membuat keputusan walaupun kadang2 tersasar. Apa yg baik kita ikut yg tak baik kita campak jauh2. Pak lah & najib tak ada satu benda pun yg boleh dibanggakan setakat ni. Semua dtg dr idea org lain serupa dgn presiden pas. Rakyat seperti saya menjadi serba salah utk memilih kerana kami harapkan pas menggantikan umno tapi tahap ketua yg mampu disediakan oleh pas hanya setakat ini saja yg pas boleh sediakan. Kalau lebih bijak dari ketua akan dicantas serupa mahathir jgk (inilah pulak jahatnya si mahathir tu). Oleh itu pas perlu berubah. Lantiklah orang yg bijak mentadbir menjadi ketua. Presiden skrg pula masih diperlukan sebagai penasihat jika ketua baru nanti tersasar dari matlamat. Kita masih perlukan presiden skrg tapi bukan sebagai ketua yg mentadbir pas. Beliau dilihat tidak mampu mentadbir. Ahli2 pas tegar jgn marah dgn kenyataan saya kerana saya berpandangan sebagai rakyat biasa yg mula melihat umno, pas & pkr sama saja. Masing2 ada kepandaian dan ada kebodohan. Kalau pandai mereka tersipu2 bila dipuji. Kalau bodoh mereka marah pula bila dikritik. Jgn kata pemimpin pas semua baik. Mungkin pemimpin pas boleh tolak judi, tolak arak & tolak perempuan tapi bila disogok dgn duit maka mereka akan pusingkan hukum. Maaf lg sekali jika ada yg terasa. Nak marah pun saya tak peduli.
Catat Ulasan