14 Okt 2009

Era Njib Altantuya : Najib Dan Rosmah Disambut Dingin Di Paris

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi.

Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu.

Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.

Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS).

Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007).

“Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan," The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata.

Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui "cerita sebenar" disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya.

Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.

Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda.

Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.

P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan.

Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya.

"Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia," kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan.

Beliau menganggap 'keberanian' Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok.

Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa. Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya. -TVA

Era Najib Altantuya : SPRM Disaman Oleh Saksi

.Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Oktober depan untuk mendengar saman yang difailkan oleh Ahli Majlis Bandaraya Kajang, Tan Boon Wah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan sebelum ini ditahan semalaman selama 16 jam bersama Teoh Beng Hock, seorang lagi saksi SPRM yang ditemui mati di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat suruhajaya itu. Tan dan Teoh disoal siasat ditingkat 14, bangunan itu pada 16 Julai lalu, sebelum Teoh dijumpai mati keesokannya.

Kedua-dua mereka ditahan sebagai saksi terhadap tuduhan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri Selangor yang melibatkan Exco kerajaan Selangor.

Kematian Teoh dalam tahanan SPRM menimbulkan kegemparan kepada negara. Sebuah inkuiri ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian beliau yang dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Peguam yang mewakili Tan, Karpal Singh berkata kes itu penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap siasatan SPRM tetapi juga siasatan polis dan kes membabitkan kematian Teoh.

Menurut Tan, Akta SPRM 2009 memberi garis panduan jelas berhubung siasatan terhadap saksi dan tindakan menahan seseorang saksi selepas waktu pejabat adalah tidak sah.

Beliau juga meminta Mahkamah Tinggi menafsir Seksyen 30 (3) Akta SPRM, yang menyebut siasatan bermaksud hendaklah dilakukan pada hari bekerja antara pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

SPRM dalam afidavitnya membantah undang-undang baru yang tidak memberi had waktu siasatan kepada masa bekerja dan Akta SPRM juga tidak jelas mengenai perkara itu. -TVA

Era Najib Altantuya : Sahihkah Pilihanraya Bagan Pinang?

Beberapa tahun yang lalu semasa saya mengendalikan kes petisyen pilihan raya bagi DUN Bangi saya dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bertelagah tentang makna demokrasi.Peguam Negara yang memohon Mahkamah membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh PAS berhujah bahawa calon BN di Bangi, Amran Kasimin (pada masa itu) telah menang dengan majoriti yang besar sekaligus mengalahkan calon PAS iaitu Dr Shafie Abu Bakar.

Ghani Patail berhujah bahawa Mahkamah perlu menghormati pilihan rakyat di Bangi kerana majoriti besar dari pengundi di situ mahukan calon BN. Demokrasi, hujah Ghani Patail, adalah tentang suara majoriti iaitu pihak yang menang secara majoriti adalah pihak yang layak dilantik sebagai wakil rakyat.

Ketika menjawab hujah Ghani tersebut saya berhujah bahawa demokrasi bukan soal majoriti semata-mata. Pilihanraya yang bersih, bebas dan adil adalah sine qua non (ciri utama) demokrasi. Mana-mana pilihan raya yang tidak bersih, tidak bebas dan tidak adil ia bukanlah satu pilihan raya meskipun diadakan lima tahun sekali kerana pilihan raya sebegitu melanggar ruh dan prinsip demokrasi.

Saya hujahkan bahawa bagaimanakah pilihanraya di Bangi itu boleh dikatakan adil, bersih dan bebas sedangkan banyak peraturan yang BN langgar. Misalnya calon BN secara jelas menipu dengan menggunakan title Profesor di poster beliau meskipun beliau bukan seorang Profesor. Daftar pemilih yang digunakan di hari pengundian berbeza dengan daftar yang dibekalkan oleh SPR pada calon pada hari penamaan sedangkan undang-undang pilihanraya menyatakan secara jelas hanya daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR pada calon pada hari penamaan yang boleh diterima sebagai daftar pemilih yang sahih pada hari pengundian. Saya selanjutnya berhujah “ Yang Arif, BN menang besar kerana mereka adalah penipu/pembohong besar !!!”. Ghani Patail melenting apabila saya menyatakan BN pembohong besar.

Melihat apa yang berlaku di dalam pilihan raya kecil DUN N.31 Bagan Pinang saya tertanya-tanya wujudkah pilihan raya di DUN tersebut ?

Apa yang dikatakan Pilihan raya di Bagan Pinang menyaksikan siri pencabulan undang-undang yang amat ketara yang dilakukan oleh BN dan ejen-ejen BN yang tidak rasmi iaitu pihak SPR dan pihak tertentu di dalam Pasukan Angkatan Tentera Malaysia. SPR sepatutnya berfungsi sebagai pengawal pilihan raya tetapi seperti yang dinyatakan dalam pepatah latin “ quis custodiet ipsos custodes” (“ siapa yang mengawal pengawal ?)

Semua tahu bahawa undi pos adalah talian hayat Umno di Bagan Pinang. Semua juga tahu proses pengundian pos diselaputi dengan pelbagai misteri dan kebal dari radar ketelusan. Penghapusan undi pos adalah salah satu tuntutan besar BERSIH.

Perlaksanaan undi pos di Bagan Pinang bukan sahaja tidak telus malahan terang-terang melanggar undang-undang. Oleh itu tidak pelik jika calon BN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memperoleh 3,521 undi pos berbanding calon PAS, Zulkifly Mohamad Omar yang hanya memperoleh 601 undi sahaja.

Perkara pertama yang dilanggar oleh SPR adalah kewujudan dua nama yang sama lebih kurang 250 pengundi tentera di daftar pemilih di DUN Bagan Pinang dan di beberapa daftar pemilih di daerah-daerah mengundi di seluruh negara. Misalnya nama Ahmad bin Ali wujud di daftar pemilih DUN Bagan Pinang dengan menggunakan No pengenalan tentera , dan nama yang sama juga wujud di daftar pemilih di Daerah mengundi di Kelantan dengan menggunakan No Kad Pengenalan biasa. Apabila hal ini dibangkitkan oleh PAS , SPR meskipun mengakui hal tersebut berlaku dan juga mengakui bahawa ia adalah menyalahi undang-undang hanya memberikan alasan yang sama dulu, kini dan selamanya : “ Oleh kerana terlalu ramai pengundi di negara ini, kesilapan tidak boleh dielakkan dan kami tidak boleh buat apa-apa ! Kami jamin tiada pengundi tentera yang mengundi dua kali di Dun Bagan Pinang ! Lihatlah betapa mudahnya SPR meremehkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.

Tidak cukup dengan perlanggaran tersebut, SPR sekali lagi membiarkan sahaja penggunaan daftar pemilih yang berbeza di pusat pengundi pos dengan daftar pemilih yang dibekalkan kepada calon. Kali ini alasan SPR mesipun daftar pemilih berbeza nama-nama pengundi masih ada di kedua-dua daftar pemilih yang berbeza tersebut. Pengarah Pilihan Raya SPR Negeri Sembilan, Abdul Latif Baba berkata, senarai pemilih yang dipamerkan oleh pihak tentera di papan pameran dewan pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung di situ adalah diatur oleh pihak tentera secara pentadbiran.

Nampak sangat SPR sengaja memejam mata melihat perlanggaran undang-undang. Undang-undangnya adalah kesemua pihak sama ada SPR, tentera atau parti-parti yang bertanding hendakah menggunakan daftar pemilih yang sama iaitu yang dibekalkan kepada calon semasa hari penamanaan calon.

Baik SPR ataupun tentera tidak diberi kuasa mengubah hal tersebut walau dengan tujuan dan niat apa sekalipun. Apabila tentera mengubah daftar pemilih tersebut ia mendatangkan kesusahan kepada petugas parti yang bertanding untuk menyemak dan mengenal pasti nama-nama pengundi yang datang membuang undi.

Apa yang lebih malang lagi para petugas parti yang bertugas memantau perjalanan pengundian pos tersebut tidak sama sekali berpeluang untuk memastikan bahawa hanya para pengundi yang namanya ada di daftar pemilih DUN Bagan Pinang yang benar-benar mengundi di situ .

Hal ini berlaku kerana tidak seperti proses pengundian biasa di mana pihak Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) akan meneriak nama para pengundi yang hadir untuk mengundi sekaligus memudahkan para polling agent parti yang bertanding menyemak nama pengundi tersebut di daftar pemilih , hal yang sama tidak berlaku di dalam proses pengundian pos khususnya di DUN Bagan Pinang.

Oleh itu tiada mekanisme untuk petugas parti yang bertanding mengetahui dengan jelas siapa yang datang mengundi dan pengundi itu mengundi bagi pihak siapa ? Bolehkah kaedah pemilihan sebegini yang penuh dengan misteri didefinisikan sebagai pilihan raya ? Hantu raya bolehlah !!!

Isu keganasan tidak perlulah saya sentuh kerana ianya satu amalan rutin oleh BN di Bagan Pinang. Para petugas BN ibarat drakula yang kehausan darah . Pilihan raya telah bertukar seperti perlawanan gusti di Bagan Pinang –perlawanan penggusti yang jahat dan tidak ikut undang-undang membelasah penggusti yang baik yang ikut undang-undang. Penggusti yang jahat dalam banyak keadaan dibela pula oleh pengadil yang lemah dan tidak berdaya !!!

Seksyen 2 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 menafsirkan perkataan pilihan raya seperti berikut “ pilihan raya ertinya sesuatu pilihanraya yang diadakan mengikut peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang sebagai ahli Dewan Rakyat , Dewan Undangan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Berdasarkan tafsiran tersebut adalah jelas bahawa apa yang berlaku di Bagan Pinang bukanlah satu pilihan raya kerana ianya gagal diadakan mengikut peruntukkan undang-undang pilihan raya.

Mungkin BN berhujah jika PAS tidak puas hati , PAS seharusnya memfailkan petisyen pilihan raya di bawah sekyen 32 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 bagi membatalkan pilihan raya tersebut.

Persoalannya bagaimanakah PAS boleh memohon membatalkan pilihan raya tersebut jika pilihan raya tersebut sendiri tidak wujud menurut undang-undang. Bolehkah kita batalkan sesuatu perjanjian jika perjanjian itu sendiri tidak wujud. Menyuruh seseorang membatalkan sesuatu yang tidak wujud samalah seperti menyuruh orang itu membuat sesuatu yang mustahil. -Hanipa Maidin (Peguam PAS)

Era Najib Altantuya : BN, Mana Menang Besarnya?

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sudah berlalu. Pilihanraya yang paling pintar lagi terkedepan “advanced” dalam sirinya semenjak post-PRU 12. Walaupun tarikh (hari) mengundi sebenar telah ditetapkan pada 11hb Oktober sejumlah besar pengundi sudah MENGUNDI DULU pada 8hb & 9hb Oktober.

Hasil dari Undi Cara Pos iaitu sebanyak 30.00% daripada keseluruhan undi telah dibolot oleh UMNO/BN. Jadi pada hari mengundi sebenar (proper) UMNO/BN hanya memerlukan 21.10% sahaja lagi dari baki 70% keseluruhan pengundi berdaftar untuk mencapai kemenangan mudah.

Para pengundi Atas Pagar memahami cara formula diatas dimana tanpa undi dari merekapun UMNO/BN boleh mencapai kemenangan juga. Mereka mengambil keputusan untuk sama-sama menyokong pemenang buat kali ini. Sesungguhnya apabila UMNO/BN mencapai kemenangan begini besar mereka tidak akan mengambil kira lagi untuk mengkaji sokongan terhadap mereka. Mereka akan terus menerus “celebrate” kejayaan tersebut . Sebagai contoh media massa mereka Radio/TV masih lagi memperkatakan perihal kemenangan tersebut macam orang yang tak` pernah menang. Berdasarkan pandangan diatas dimana duduknya perkataan “Menang Besar” itu?

Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti PAS janganlah merasa gusar. DiPRK Bagan Pinang ini Parti PAS tidak kalah cuma tidak berjaya merampasnya saja. Kejayaan UMNO/BN adalah ibarat “salin tikar” saja. Kita misti optimis pada PRU ke 13 nanti keseluruhan kerusi DUN dalam Parlimen Telok Kemang akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Untuk makluman pada masa sekarang inipun Pakatan sudah memiliki 3/5 Kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Telok Kemang.

Kepada para petugas yang telah kembali ketempat masing – masing ucapan terima kasih dari Blog ini diatas kesungguhan yang diberi semasa diPort Dickson. -ahmadzawawi

Era Najib Altantuya : PAS Tak Rugi Apa-apa

Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang adalah sesuatu yang dijangkakan. Apa yang BN dan penyokong mereka perlu faham ialah kemenangan tersebut bukanlah suatu cahaya di hujung terowong untuk mereka. Ia sebenarnya adalah satu jerangkap samar yang sedia membaham BN pada bila-bila masa.

Sekiranya dibuang undi pos, maka BN akan tergapai untuk meraih kemenangan. Ditambah lagi sekirannya SPR bertindak secara professional iaitu dalam beberapa PRK, hari membuang undi diputuskan pada hari berkerja, sedangkan di Bagan Pinang ia diadakan pada hari ahad, hari cuti. Ini menunjukkan SPR ada perkiraan sendiri dalam pemilihan hari untuk membuang undi. Tentunya kriteria itu ialah apakah yang terbaik untuk BN.

PAS tidak kalah. PAS hanya tidak menang dan memang Bagan Pinang bukan milik PAS, jadi tidak ada apa yang PAS rugi di sini.

Yang akan membaham BN ialah persepsi rakyat terhadap parti tersebut. Jelas, BN tidak mengira integriti atau cacat cela calon atau pemimpin, asalkan dikira boleh menang, samada busuk atau bertembelang, maka itulah yang diketengahkan.

Ini akan mengelumangkan BN ke dalam satu kancah yang tidak ada penghujungnya. Ia adalah kotor, kotor dan kotor. Tetapi BN dan segala media dan jentera yang dipulas untuk mengipas akan mempromosikan cantik, cantik dan cantik.

Memang, sebahagian rakyat akan menerima manipulasi sedemikian, seperti yang ditunjukkan dalam PRK Bagan Pinang, tetapi tetapi rakyat umum akan menolak permainan kotor ini secara total.

Dalam BN leka dilamun kemenangan yang disolek ini, bahana sedang menunggu mereka kerana mereka telah mengesahkan sekali lagi bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan yang kotor serta keji yang secara magis menjadi bersih bila menang pilihanraya.-sabahkini

Salam Hormat,

HAMIRDIN

Nizar Sifatkan Kemenangan BN Kemenangan Rasuah

MMenteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'.

Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.

Nizar berkata, beliau merasakan masyarakat di DUN Bagan Pinang belum lagi melihat isu rasuah sebagai satu permasalahan besar sebaliknya menganggap ia sebagai isu kecil sehingga lebih mengutamakan populariti calon BN.

Katanya, soal kualiti pemimpin hanya berpaksikan kepada orang lama yang banyak berjasa, bukan kualiti berlandaskan agama.

“Sebab itulah, Mohd Isa menjadi pilihan majoriti masyarakat di DUN berkenaan walaupun rekodnya buruk sebelum ini. Pengundi masih tidak dapat membezakan pemimpin berkualiti yang berlandaskan agama dengan pemimpin berkualiti berdasarkan pengalaman,” katanya.

Dalam perkembangan politik di Perak terutama desas-desus mengatakan sidang DUN akan diadakan pada 28 Oktober ini, Nizar berkata, beliau tidak akan hadir jika notis arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk R Ganesan.

“Ini kerana kami dari pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker, tetapi jika V Sivakumar yang keluarkan arahan, kami akan hadir kerana ia adalah Speaker sah," katanya

13 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Analisa Faktor Kemenangan BN

Bahagian Pembuka.


Berdasarkan keputusan bandingan dalam jadual di atas, PAS mengalami jatuhan undi popular sebanyak 14.58% dengan pengurangan undi berjumlah 1,519 undi. Sementara pihak Barisan Nasional pula mengalami lambungan undi popular ke paras 8,013 undi berbanding sebelumnya 6,430. Maka lonjakan undi Barisan Nasional sekitar 1,583.

Kesan jatuhan undi popular PAS tersebut adalah lebih besar sekali ganda dibandingkan dengan PrK Manek Urai. Di Manek Urai, PAS turut merosot undi, tetapi sekadar 6.36% sahaja. Oleh itu, PAS kekal memang tipis di PrK Manek Urai.

Punca utama kemerosotan undi PAS dikaitkan dengan sikap pengundi yang bebal (immune) dengan isu-isu nasional, isu integriti dan rasuah dianggap hal peribadi bukannya hal maruah bangsa dan negara. Selain itu, kempen Barisan Nasional yang lebih banyak mengumpan pengundi menyebabkan pengundi terdesak seperti di ladang-ladang kembali berpaut semula kepada Barisan Nasional. Mereka sanggup melupakan kesemua isu-isu yang menjadi nilai sejagat yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti penghinaan (sepak kepala lembu) dan kezaliman (undang-undang ISA, kematian Kugan dan Teoh Beng Hock).

Namun, bagi pihak pemimpin Barisan Nasional pula mendakwa kejayaan besar di Bagan Pinang itu adalah membuktikan penerimaan pengundi kepada gagasan baru 1Malaysia yang dilancarkan DS Mohd Najib. Selain itu, faktor calon BN TS Mohd Isa juga dikatakan rapat dengan rakyat dan popular kerana telah menjawat MB selama 22 tahun - tarikan utama pengundi peringkat pertengahan dan warga emas serta pelbagai kaum.

Namun, secara skeptikalnya persoalan kemenangan Barisan Nasional yang mencecah 76% undi popular itu berlaku, apakah hanya semata-mata kerana dua faktor itu? Sedangkan senario kempen dan asakan pelbagai apparatus kerajaan Barisan termasuk pihak berkuasa polis dan tentera begitu menekan pihak PAS dan Pakatan Rakyat.

Misalnya, peristiwa keganasan pemuda UMNO yang menyerang markaz induk PAS, markaz pemuda PAS dan tindakan meroboh khemah program kempen PAS; begitu juga provokasi dan lontaran batu kepada pekerja PAS, disusuli dengan laporan polis atas peristiwa dan kecederaan yang berlaku yang tiada tindak balas memuaskan pihak polis; menyebabkan pada hari mengundi kekecohan dan keganasan semakin memuncak di pusat mengundi Telok Kemang, Kg. Bagan Pinang dan Taman Eastern.

Begitu pula, dalam kes pengundian pos, kononnya proses pengeluaran undi sudah ditutup pada petang 10 Oktober, tetapi masih berlaku tindakan mengeluarkan semula 70 lagi kertas undi oleh SPR kepada pihak pengundi pos melalui seorang pegawai tentera berpangkat kapten. Ini adalah di antara gambaran dan peristiwa yang berlaku sepanjang kempen dan pengundian PrK Bagan Pinang yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Harapan kita, sikap 76% pengundi Bagan Pinang (yang memenangkan Mohd Isa) tidak menjadikan pengundi seluruh negara menjadi bangang untuk menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang!

Bagan Pinang: BN menang berlawanan mood rakyat

Keputusan pilihan raya kecil (PrK) Bagan Pinang (seperti di dalam jadual di bawah) menunjukkan semua daerah mengundi dikuasai Barisan Nasional. Ini kerana kesemua daerah mengundi, termasuk di empat daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India (Ladang Atherton, Pekan Seliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong). Trend yang sama berlaku di daerah mengundi majoriti kaum Melayu (Taman Eastern, Kg. Bagan Pinang, Si Rusa dan Telok Kemang).


Dominasi tertinggi pengundi tentera

Walau bagaimanapun, daerah mengundi Taman Eastern dan Si Rusa adalah dua pusat bagi kem tentera yang merupakan pengundi pos. Menurut senarai pemilih yang diwartakan pada 4 September 2009, pengundi tentera berdaftar di Taman Eastern seramai 1,131 (22.75%) dan Si Rusa seramai 3,443 (30.81%). Majoriti pengundi tentera adalah terdiri daripada kaum Melayu (kira-kira 63%) dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Cina..

Dari segi penumpuan dan prestasi Barisan Nasional pada keseluruhannya adalah luar biasa iaitu mencapai 75.66%. Namun, prestasi tertinggi adalah di kalangan pengundi tentera (85.42%) diikuti pengundi India antara 70-75% dan pengundi Melayu antara 63-71%. Kedua-dua nilai dominasi Barisan Nasional itu membuktikan kejayaan tindakan hegemoni apparatus Barisan Nasional di dalam memastikan kekalahan PAS di semua pusat mengundi.

Keputusan meragukan

Kalangan pemimpin PAS bersetuju bahawa DUN Bagan Pinang adalah kubu Barisan Nasional. Namun tidak ramai yang menjangkakan Barisan Nasional melalui calonnya Mohd Isa aka menang besar melepasi undi popular 76%. Paling popular dijangkakan sekitar 55% sahaja. Apabila keputusannya mencecah 76% dan PAS sekadar 24% adalah suatu pencapaian yang boleh diragui. Di antara unsur keraguan di sebalik kemenangan besar itu ialah benarkah pengundi Bagan Pinang terlalu tidak kisah dengan isu-isu perkauman yang sedang panas membabitkan UMNO dan integriti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib seperti perarakan kepala lembu, bantahan pemindahan kuil, kematian Teo Beng Hock dan kematian Kugan?

Malah lebih teruk lagi, benarkah majoriti pengundi Bagan Pinang tidak sensitive langsung dengan persoalan peribadi pemimpin yang bakal dipilih (Mohd Isa) yang sudah dibuktikan bersalah melakukan amalan rasuah politik wang semata-mata ingin menang jawatan Naib Presiden UMNO di dalam pemilihan UMNO 2004 lalu? Apakah majoriti pengundi bertindak menutup mata dan telinga terhadap semua dakwaan kronisme dan salah guna kuasa (seperti menggadai tanah) yang didedahkan oleh pelbagai pihak sepanjang kempen PrK berlangsung? Begitu pula, adakah majoriti mereka tidak kisah langsung dengan prestasi rendah kecekapan Mohd Isa semasa menjadi menteri besar tatkala didedahkan pelbagai projek terbengkalai dan pengabaian projek merata tempat termasuk di DUN Linggi di mana beliau mewakilinya ketika menjadi menteri besar?

Sekiranya benar 76% pengundi Bagan Pinang yang mengundi Mohd Isa itu boleh berkompromi dengan semua persoalan di atas, maka sikap pengundi tersebut jelas sekali berkontradiksi dengan mood rakyat di seluruh negara. Lantaran mood rakyat amnya begitu membenci amalan rasuah, menolak pemimpin yang tidak berintegriti, memusuhi tradisi perkauman, mengutuk penghinaan terhadap unsur keagamaan (seperti menyepak kepala lembu), tidak berkompromi dengan salah laku dan salah guna kuasa.

Kajian yang dilakukan pelbagai pihak, ternyata menolak Mohd Isa selaku calon yang layak dipilih atas sifat peribadinya yang dilihat tidak bersih, tiada integriti dan naïf untuk ditabalkan sebagai pemimpin yang boleh membela rakyat. Melainkan kajian oleh pihak tertentu daripada kalangan UMNO dan apparatus Barisan Nasional sahaja yang menyimpulkan Mohd Isa seorang yang berjasa dan popular. Namun, kajian yang mengutip pandangan awam oleh sekumpulan penyelidik universiti tempatan (dirahsiakan identitinya) menjelaskan mood pengundi tempatan telah bersikap menolak Mohd Isa sebagai calon yang layak dipilih.

Penemuan kajian tersebut adalah selari dengan tinjauan pihak akhbar online MyStar dan Malaysian Insider antara 1 Oktober sehingga menjelang pengundian didapati kira-kira 64% adalah tidak berpihak kepada Mohd Isa. Ia membuktikan mood pembaca (rakyat bukan pengundi) melihat Mohd Isa tidak layak dipilih.

Apapun, amat malang sekali 76% pengundi Bagan Pinang bersikap melihat jasa (cerita lama) Mohd Isa semasa menjadi mentri besar itu lebih diutamakan. Sebalik mereka tidak sensitive dan bersikap tidak perlu diutamakan terhadap usaha menolak amalan rasuah politik wang dan pelbagai nilai tidak bersih (cerita baru) seperti yang disabitkan ke atas Mohd Isa.

Mudah-mudahan rakyat seluruh negara tidak turut bersetuju dengan sikap 76% pengundi Bagan Pinang yang bersifat anti-tesis dalam menghayati falsafah pemilihan pemimpin berintegriti!

Wan Nik Yusuf
SU JPP Pusat

Era Najib Altantuya : Masa Depan Bagan Pinang Tetap Milik PAS

Mengulas kekalahan Zulkefly Mohamad Omar kelmarin yang bertanding kerusi DUN Bagan Pinang, Dr Dzulkefly Ahmad selaku pengarah operasi PAS pilihan raya kecil itu berkata ia tidak akan mematahkan momentum kemaraan partinya.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan Umno di Bagan Pinang sebagai petanda kaum India dan Cina kembali ke pangkuan BN, Dr Dzul berpendapat tewasnya calon ‘underdog’ PAS kepada mantan Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad tidak mencerminkan Pakatan Rakyat kian hilang kelebihannya.

Manakala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob memberitahu sidang akhbar di Port Dickson semalam bahawa dalam jangkamasa panjang dan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, PAS akan terus membawa strategi mendekati masyarakat bukan-Islam.

Isa sebenarnya meraih sebilangan besar undi berasaskan kepopularan peribadi. Kejayaannya di Bagan Pinang berciri unik, terpencil serta berpaut kepada faktor-faktor tempatan.

Politik perkauman – huraian KuLi

Bercakap tentang mesyuarat tergempar MCA, Tengku Razaleigh Hamzah memberi komen semalam bahawa gagasan BN nampak goyah. Tengku Razaleigh berkata dalam blognya kemelut MCA menunjukkan pucuk pimpanan parti tersebut sudah banyak terhakis pengaruh mereka.

Menurut Ku Li, kurang keyakinan orang Cina terhadap MCA pada masakini adalah suatu alamat sistem pemerintahan bercorak perkauman tidak boleh dipakai lagi.

“Tanpa sokongan masyarakat Cina, Umno semacam PAS waktu dahulu yang hanya berkubu di Kelantan: sebuah parti eksklusif Melayu yang kuat di sesetengah tempat tetapi tidak relevan di persada nasional.”

Tambah beliau lagi: “Ada yang mengandaikan Umno, dalam erti kata orang Melayu, boleh bergerak solo. Dalam kiraan mereka, Umno mampu mengekalkan cengkamannya dengan mengambil hati khalayak Melayu. Ini dilakukan melalui isu-isu panas, kononnya demi membela bangsa dan agama.

“Bacaan di atas nyata menyimpang serta tidak peka kepada suasana semasa di mana kebanyakan orang Melayu berakal and bersifat moderat.”

Beliau mengesyorkan supaya PAS tidak harus dipandang enteng kerana parti itu tidak lagi terbatas di kawasan pedalaman tetapi mengambil jalan tengah yang ditinggalkan Umno.

Sekutu-sekutu Umno, iaitu MCA dan MIC, yang melukut di tepi gantang telah membuka ruang bagi PAS untuk memainkan peranan utama memenuhi “middle ground”, tulis Ku Li dalam bicaranya.

Siapa mudah lupa?

Mana mungkin PAS dan DAP boleh berada pada satu titik pertemuan, kata Muhyiddin pada Okt 9 semasa berkempen di Bagan Pinang.

Beliau mempertikaikan sama ada dasar perjuangan Islam akan dapat dipertahan oleh PAS sekiranya ada satu bentuk kerjasama dengan DAP.

Beliau seolah-olah lupa bahawa bekas ketua partinya sendiri pernah menegaskan Malaysia ialah negara Islam contoh.

Pada bulan Jun 2002 mendahului perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir Mohamad bukan sekadar menyangkal tafsiran ‘kesederhanaan’ Malaysia yang pernah digambarkan sebagai “a moderate Muslim state” malah menyebut Malaysia sebuah “sebuah negara Islam fundamentalis”, mengikut satu laporan media CNN.

Memandangkan MCA dan MIC tidak membidas Dr M tatkala itu, maka perlu Muhyiddin meminta parti-parti satelit Umno menjelaskan pendirian mereka mengenai ‘negara Islam’ sebelum beliau mencabar mursyidul am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Komplot Umno di S’gor and Perak

Ekoran kejutan keputusan PRU tahun lalu, ketua Umno Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah mengundang PAS menubuhkan kerajaan campuran, yakni suatu gabungan yang bakal mengetepikan Adun-adun PKR dan DAP.

Khir mendedahkan bahawa jawatan Menteri Besar ditawarkan kepada pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali dalam perjumpaan rahsia itu. (Namun Hasan telah menafikan tuduhan tersebut dengan menepis, “Tidak ada tawaran yang konkrit”.)

Dalam pada itu, rundingan sulit antara Umno dengan PAS berlangsung dengan restu presiden parti Abdul Hadi Awang. MCA dan Gerakan tidak mengetahui apa-apa.

Seperti juga di Selangor, Umno tidak boleh menerima kekalahan tipis BN di Perak. Bermula dari sejurus selepas Mac 2008 sampailah hari upacara angkat sumpah Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak, agen Umno masih bertekad untuk berjumpa dengan pesuruhjaya PAS Perak – ketika itu Ustaz Ahmad Awang – di perkarangan Istana Iskandariah.

Umno rampas kerajaan negeri

“Umno Perak yang didukung oleh pimpinan Umno pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama Umno/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 exco kepada 5 orang lagi Adun PAS,” tulis Ustaz Ahmad Awang dalam blognya.

Beliau membongkarkan keligatan Umno yang berhujah bagaimana BN memperolehi 28 kerusi dengan seorang sahaja Adun bukan Melayu. “Ini bermakna jika PAS menyertai Umno/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam.”

Dalam wawancara yang disiarkan majalah Milenia Muslim terbitan Ogos 2009, Ustaz Ahmad Awang menerangkan dengan lanjut keadaan sebenar, yakni beliau menolak usaha Umno atas sebab akur kepada keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura.

Ustaz Ahmad Awang memberitahu bahawa PAS memberi syarat jika DAP mahukan kesepakatan, Menteri Besar hendaklah Melayu Islam sepertimana tuntutan perlembagaan negeri. Justeru itu, PAS Perak tidak bersekongkol dengan Umno.

“Padahal pada malam 8 Mac, 2008, Datuk Husam Musa telefon dari Kota Bharu menyokong usul kami untuk berpegang kepada ‘tahalluf siyasiy’ iaitu berfungsi dengan PR, hak demokrasi dan keadilan adalah hak untuk kita berpegang bersama,” katanya.

“Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai ke satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian.”

Jika Umno begitu nekad mahu menyisihkan saf kepimpinan DAP yang menampakkan hasrat berkongsi kuasa di Perak dengan parti Islam PAS berserta parti pelbagai etnik PKR yang diterajui Melayu, nescaya terbuktinya Umno memang mempunyai sikap anti-Cina amat menebal.

Ketara sekali, budaya perpaduan BN itu omong-omong kosong belaka.

Wadah dan arus baru

Pada hakikatnya, puak minoriti memang sudah beralih sokongan, sungguhpun buat masa ini sukar untuk meramal kaum India akan berpihak kepada siapa nanti.

MCA pula semakin kucar-kacir. Barangkali presidennya Ong Tee Kiat akan terpaksa berundur sementara timbalannya Dr Chua Soi Lek sudah dilucutkan jawatan. Lapisan pengganti payah mendapat kepercayaan umum, kecuali daripada tuannya Umno.

Secara terang-terang Umno mensasarkan undi Melayu dan tidak berminat memancing undi bukan-Melayu melainkan giat berslogan ‘1Malaysia’. Sepatutnya BN beriltizam supaya ‘lihat anak, pandang menantu’, tapi ini tidak – hanya mengutamakan Umno dulu, kini dan selamanya.

Gelagat Umno menabur fitnah yang lawannya ‘pengkhianat bangsa’ jelas mengapi-apikan sentimen kaum. Lidah tidak rasminya akhbar Utusan penat menyeru ‘Bangkitlah Melayu’, dan ‘Melayu bacul’, serta memomokkan kelompok lain sebagai ‘musang berbulu ayam’.

Penyebaran mesej ‘PAS untuk semua’ dan penolakan istilah ‘bumiputera’ oleh Nik Aziz yang lebih menggemari pesanan “Kita semua anak cucu Adam”, membuatkan PAS lebih disenangi berbanding Umno.

Namun begitu, niat PAS untuk melaksanakan syariat Islam masih menimbulkan rasa was-was kerana ada di kalangan orang PAS yang terlalu ghairah hendak mengekang kebebasan serta ingin menghukum penganut Islam yang mengamalkan gaya hidup kurang ortodoks.

PAS perlu beringat bahawa kita sebuah masyarakat majmuk dan senantiasa mencaturkan lunas-lunas politik bertolak-ansur. -Helen Ang, editorbm@cpiasia.net

Era Najib ALtantuya : Belum Tentu BN Mampu Ulangi Di Tempat Lain

Tidak mudah bagi BN untuk mendapat sokongan yang sama (seperti di Bagan Pinang) di mana-mana kerusi di kawasan bandar dengan majoriti pengundi Cina.

"Adalah satu kesilapan untuk beranggapan bahawa peralihan sokongan yang besar (seperti di Bagan Pinang) dapat diulangi di kawasan pilihan raya yang lain, contohnya di Selangor dan Kuala Lumpur," kata seorang penganalisa politik, Ong Kian Ming, Malayssiakini dipetik.

Namun begitu, Ong berkata, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang adalah satu peringatan kepada Pakatan Rakyat.

"Ia adalah satu peringatan, terutama kepada PAS, bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah terhadap pengundi bukan Melayu," tambahnya.

Menurutnya, sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad lalu.

Beliau membuat anggaran tersebut berdasarkan angka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menganalisa sokongan untuk BN dari 2008 hingga 2009 mengikut saluran dan komposisi etnik di saluran-saluran masing-masimg.

Menurutnya lagi, undi untuk calon BN, Tan Sri Isa Samad mencatatkan peningkat 4 peratus dari pengundi Melayu berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya kecil Ahad lalu, majoriti yang diperolehi Isa berganda berbanding majoriti calon BN Azman Mohammad Noor pada 2008.

Isa - bekas menteri yang digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan politik wang sewaktu pemilihan Umno pada 2004 - mendapat majoriti 5,435 undi, berbanding majoriti 2,333 undi yang diperolehi Azman.

Menurut Ong, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu, 67 peratus pengundi Melayu menyokong Isa.

Lebih menarik lagi, katanya, 73 peratus pengundi bukan Melayu menyokong calon dari Umno itu.

Ong mengenal pasti tiga faktor utama yang mendorongkan pengundi beralih menyokong BN.

* Kehadiran Isa yang begitu lama di kawasan tersebut serta merupakan bekas menteri besar. Isa juga merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang.

* Kelemahan calon dan jentera pilihanraya PAS.

* Isu-isu tempatan yang dianggap lebih penting daripada isu-isu nasional seperti insiden perarakan kepala lembu di Shah Alam dan kes kematian Teoh Beng Hock.

Mengenai undi pos pula - yang merupakan hampir 40 peratus pengundi Bagan Pinang - Ong berkata, reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan popularitinya ketika menjadi menteri pertahanan, menjamin Umno mendapat sebahagian besar undi berkenaan.

Isa mendapat 3,521 undi pos manakala calon PAS Zulkefly Mohd Omar hanya memperolehi 601 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, BN mendapat 3,080 manakala PAS memperolehi 1,189 undi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kejayaan BN Ahad lalu, dapat diulangi di kawasan pelbagai kaum yang dimenangi oleh pembangkang.

Era Najib Altantuya : Masa Terbaik Untuk Bubar DUN Perak

Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

“Kita telah edarkan poskad kepada kalangan NGO yang ingin menyertai kempen ini malah kita turut mengambil pendapat daripada rakyat jelata bagi mendapatkan pandangan mereka sendiri berhubung isu tersebut.

“Pihak kami telah menjalankan kajian di tempat tumpuan orang ramai seperti di Pasar Jelapang, Masjid Negeri Perak, Pasar Kamunting dan pekan Changkat Jering bagi fasa pertama program terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India dan juga dari pelbagai agama dan jenis aktivisme.

Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin ke arah kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latar belakang.

Megat Sharifuddin berkata, kempen tersebut telah digerakkan dan dijalankan tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak termasuklah parti-parti politik dan ia lebih kepada untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat.

“Suara rakyat terutama sekali dari kalangan pelbagai kaum dan agama yang komited dengan aktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis politik di negeri Perak yang tercinta ini.

“Berdasarkan kepada kajian ini, kami mendapati majoriti daripada mereka mahukan supaya DUN Perak dibubarkan bagi mengatasi krisis politik negeri Perak dan oleh itu kami sangat berharap pihak pemerintah serta semua yang terlibat termasuklah parti-parti politik memberi perhatian yang sewajar kepada suara rakyat ini,” katanya.

Katanya, kegagalan untuk memberi perhatian serius kepada suara rakyat ini boleh mengakibatkan suasana gelisah, perasaan tidak-tenteram dan ketidakpuasan hati akan terus berpanjangan terutama sekali di kalangan rakyat negeri Perak.

Ini sudah tentu akan menyukarkan lagi urus-tadbir sebuah negeri, membantut urusan ekonomi negeri dan seterusnya mungkin juga akan menggugat kesejahteraan dan kemakmuran negeri Perak yang tercinta.

Era Najib Altantuya : BN Ambil Langkah Songsang

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.

Beliau berkata, tindakan UMNO memilih Mohd Isa amat memalukan jika dibandingkan langkah yang diambil kaum Cina di dalam MCA yang menolak dua pemimpin utamanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sabtu lepas .

“Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana terlibat dengan yang seorang tu kerana skandal duit dan hak seorang lagi tu skandal perempuan.

“Tetapi yang ini pula memang UMNO sendiri mengaku dia terlibat dengan skandal tetapi dia pilih. Pilih pula dengan majoriti banyak. Jadi di mana duduk moral, malu pada orang Cina yang tidak beragama Islam. Saya nak ulang sekali lagi malu kepada orang Cina yang tidak beragama Islam,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut memuji cara MCA menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi kerana masyarakat Cina menolak dua pemimpin parti itu yang terlibat dengan skandal.

“Saya puji cara MCA berpolitik. Cara mereka menyelesaikan masalah. Mereka buat EGM dan tidak menggunakan kekerasan sebagaimana di Bagan Pinang.

“Pemikiran politik orang Melayu khasnya UMNO masih ke belakang. Memang betul seperti saya agak selama ini bahawa Cina lebih jauh pandai berpolitik berbanding orang Melayu,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan majoriti yang diperoleh di Bagan Pinang, beliau berkata, soal calon Pas tidak timbul kerana pengundi akan memilih parti yang membawa dasar Islam dan bukannya calon itu sendiri sahaja.

“Kita dalam Pas, kita pilih parti. Parti itu parti Islam. Lepas itu baru kita pilih calon. Sesuai atau tidak calon berkenaan dengan parti yang diwakili itu tidak timbul kerana dasar parti itu adalah Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur dengan kekalahan itu kerana pengundi sudah membuat pilihan dengan memilih BN.

“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” katanya.

Beliau turut melahirkan dukacita pergaduhan yang berlaku antara penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya itu, kerana ia tidak mencerminkan ketamadunan Melayu dan amat memalukan.

“Itu adalah unsur yang tidak patut berlaku pada zaman moden sekarang ini. Malu kita dibuatnya. Demokrasi pun tidak Islam pun tidak. Mana boleh budak-budak itu buat kerja kalau tidak ada pemimpin,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Buru Lemak Mayat Selepas Gempa

Selepas enam hari gempa bumi menimbus hidup-hidup ratusan penduduk di pedalaman Pariaman di sini, pasukan penyelamat dan sukarelawan yang sukar mencari mangsa yang tertimbus terpaksa menggunakan kaedah mengesan tompokan minyak lemak dikeluarkan tubuh mayat yang mula timbul ke permukaan tanah.

Cara digunakan itu dianggap kaedah paling berkesan untuk mengenal pasti lokasi mangsa yang mati tertimbus di kawasan perkampungan Lubuk Laweh, Pulau Air dan Cumanak, dekat sini, yang seluas lebih 50 padang bola.

Sukarelawan tempatan, Fikri Hendra, 22, berkata dia dan anggota pasukan penyelamat buntu mencari cara terbaik mengesan mayat mangsa berikutan kawasan bencana terlalu luas selain dibanjiri lumpur.

Menurutnya, selain menggunakan deria bau untuk mengesan mayat, dia kerap melihat permukaan lopak atau lumpur tanah bagi mengesan minyak hitam busuk yang dihasilkan daripada mayat yang mulai mereput.

“Minyak itu menjadi penanda kewujudan mayat sebelum tanah terbabit digali. Sejak Sabtu lalu, kami mengeluarkan 13 mayat mangsa yang kebanyakannya mati tertimbus.

“Ada antara mereka sudah putus tangan atau terburai isi perut. Namun, kami terpaksa menahan bau busuk untuk mengeluarkan mangsa dengan berbekalkan cangkul dan penyodok,” katanya keletihan.

Pada masa sama, lebih 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) bertungkus-lumus mengesan mayat mangsa yang tertimbus di kawasan berkenaan sejak jam 10 pagi semalam.

Walaupun terpaksa berjalan lebih tiga kilometer sebelum menuruni cerun curam, anggota pasukan Smart akhirnya menemui mayat seorang lelaki yang tertimbus dan dihempap tanah runtuh.

Pasukan penyelamat itu yang dibantu anggota bomba Indonesia menggunakan gergaji untuk mengorek kawasan kejadian dan mengeluarkan mayat terbabit.

Pada masa sama, sepasukan doktor dan pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPAT) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut membuka klinik sementara untuk memberi rawatan kepada mangsa bencana di kampung berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di tempat kejadian mendapati keadaan muka bumi kawasan lembah perkampungan terbabit yang dikelilingi gunung dan bukit dari tanah ‘polos’ menjadi punca penduduk kampung terperangkap dan tidak dapat menyelamatkan diri.

Pemandangan di Kampung Pulau Air dan Kampung Cumanak yang turut ditelan muntahan tanah lereng gunung setebal enam hingga 10 meter pasti menyebabkan agak mustahil untuk menemui mangsa masih hidup.

Paling menyedihkan apabila ada penduduk percaya ramai mangsa yang minum kopi di warung di tengah perkampungan itu dan kanak-kanak yang belajar mengaji di masjid berhampiran turut mati ditimbus tanah runtuh berkenaan.

Lebih mengerikan apabila ketua penduduk dari kampung berhampiran, Kayutaman Amril, 56, memberitahu kemungkinan 400 penduduk yang menghadiri majlis perkahwinan di perkampungan Pulau Air tertanam hidup-hidup dalam tanah.

Dia yang turut dijemput ke majlis berkenaan, bagaimanapun terselamat apabila gempa bumi berlaku ketika dia menunggang motosikal menuju perkampungan di lembah berkenaan.

Pada masa sama, kebanyakan keluarga penduduk yang datang ke kawasan terbabit kebingungan dan seolah-olah tidak percaya ketiga-tiga kampung terbabit lenyap begitu sahaja berikutan bencana gempa bumi yang dianggap amat dahsyat itu. -HM

Era Najib Altantuya : PR Takkan Hadir Sidang Dun Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu, pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.

"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri persidangan."katanya lagi.

Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan dari Ganesan.

Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang tidak sah di sisi undang-undang.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.

Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan meluluskan tiga usul.

Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi undang-undang. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Kemenangan Itu Semakin Dekat

BN memenangi pilihanraya kecil DUN 31 Bagan Pinang dengan majority undi 5443 undi. BN melalui calon veteran UMNO Isa Samad mendapat 8013 dan Sdr Zulkifly Mohammad selaku Pesuruhjaya PAS Negeri memperolehi undi 2578 undi. Kemenangan besar BN dan kemenangan mutlak adalah tanda kehebatan Isa Samad, adalah tanda kekuatan jentera UMNO Telok Kemang yang berketuakan Isa Samad sebagai Ketua Bahagian.

Kemenangan ini berjaya mengangkat kembali martabat dan maruah UMNO BN. Walaupun kemenangan ini akan dinafikan pembangkang dengan pelbagai alasan dan hujah, apa pun UMNO BN menang.

UMNO kembali bermaruah selepas prk dan kembali UMNo bersemangat selepas melalui zaman peralihan era Najib, maka inilah kemenangan utama dan sulung bagi UMNO. Kebanggaan juga kepada TPM dan MB Negeri Sembilan berbanding dengan MB-MB negeri lain.

UMNO tentulah mendabik dada, petanda ini adalah memaparkan rasuah adalah kudis sahaja bagi UMNO dan bagi orang N9. Mereka tetap mahu memilih BN. Inilah yang wajar diakui dan diakurkan oleh Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO N9 sendiri, sebenarnya jika memilih calon lain akan berdepan kesukaran, baik daripada semua segi.

Kemenangan tetap kemenangan, Pakatan Rakyat khasnya PAS sebagai salah satu komponen utama dalam Pakatan kena memikirkan strategi dan kekuatan sendiri dan mengatur strategi.

Benarlah sebagai kata salah seorang penganalisis selepas keputusan PRK Bangan Pinang dalam rancangan khas TV, bahawa kelemahan PAS diperingkat akar umbi, PAS terlalu bergantung kepada petugas luar dan jentera luar. Tiada kekuatan dalam PAS di Bagan Pinang sendiri.

Justeru bagi petugas-petugas luar juga, ingatannya harus mempertingkatkan kekuatan jentera akar umbi peringkat negeri dan kawasan masing-masing.

Sebagaimana ingatan penulis PAS tidak perlu leka dan syok dengan kemenangan berturut-turut, dan bertali arus mendapat kemenangan akan menambahkan ego tersendiri, sebalik sendiri kekalahan ini menurunkan ego Pakatan.

UMNO juga jika kalah berterusan akan terus tertekan dan akan melakukan apa sahaja, seperti di Bagan Pinang memperlihatkan 'keganasan' dan 'kegilaan' UMNO bertindak dengan membelakangkan semua aturan dan peraturan. Malah yang rugi adalah imej PAS dan Pakatan dicalarkan provokasi UMNO yang tiada tara.

Kekalahan kepada PAS minta kita melihat ke belakang dengan susunan kerja-kerja kita bagi mencapai tahap dan capaian kualiti sebagai jundullah. Kemenanagan Islam pasti tiba yakin dan percayalah. -perantukite

Era Najib Altantuya : Matlamat Halalkan Cara, Taktik UMNO Di Bagan Pinang

Umno Barisan Nasional (BN) menghalalkan apa jua cara bagi mendapatkan kemenangan Plihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang setelah BN tujuh kali tewas pada pilihanraya kecil sebelum ini.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Fariz Musa berkata kemenangan Isa Samad menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar adalah disebabkan provokasi Umno BN.

“Kali ini mereka menggunakan pelbagai cara dan teknik, malah bagi saya ialah Umno sanggup menghalalkan cara dan yang penting ialah kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka akan melakukan apa sahaja termasuk tindakan-tindakan yang secara jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi itu sendiri, sebab itu kita melihat bahawa Umno sebenarnya tertekan di Bagan Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut beranggapan kemenangan di Bagan Pinang itu akan terus menggalakkan lagi agenda rasuah yang berterusan di kalangan pemimpin Umno BN dengan merealisasikan kemenagan Isa Samad.

“Kemenangan di Bagan Pinang yang dimenangi Barisan Nasional merupakan suatu petanda bagaimana rakyat di Bagan Pinang telah merealisasikan Isa Samad sebagai wakil rakyat negeri itu.

“Jadi, kita anggap kemenangan tersebut sebagai satu kemenangan rasuah pemimpin ini,” katanya.

Mengulas lanjut samaada kemenangan tersebut berkait rapat dengan undi pos yang sebelum ini cuba dihapuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau mengatakan undi pos turut menjejaskan keputusan pilihanraya kecil itu.

“Sepertimana dengan usaha yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat daripada awal lagi yang berusaha supaya SPR mengambil satu tindakan yang tegas supaya menghapuskan undi pos ini.

“Tapi malangnya kita melihat bahawa SPR seolah-olah mempertahankan undi pos yang bagi kita buat masa ini, undi pos adalah sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat rakaman dan laporan yang dibuat terhadap pemimpin tinggi Umno BN yang cuba merasuah pengundi pos.

“Sebab itu apabila berlaku rakaman dan laporan yang telah kita buat terhadap rasuah penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan Umno untuk meraih undi di sana sedangkan dalam masa yang sama SPR menegaskan akan mengambil tindakan yang adil.

“Namum apa yang jelas, ianya nampak bertentangan dengan prinsip pilihanraya itu sendiri dan demokrasi sehinggakan tidak juga undi pos dihapuskan,” katanya.

Dalam pada itu, Fariz turut mempertikaikan strategi terdesak yang digunakan oleh ahli-ahli Umno menghalalkan cara berkempen tidak bermoral sehingga mengancam keselamatan pengundi.

Beliau mendakwa tindakan ini sebenarnya menakutkan para pengundi terutamanya masyarakat Cina yang ketakutan keluar mengundi apabila melihat keganasan berlaku di sepanjang hari mengundi dan hari kempen.

“Memang kita akui ini adalah antara strategi yang sebenarnya kita lakukan sebelum mereka bertindak daripada awal lagi, daripada mula penamaan calon lagi mereka tidak bermoral dan juga telah berlaku beberapa insiden di antara penyokong.

“Penyokong mereka juga telah mencederakan beberapa orang-orang kita dengan menggunakan senjata. Di malam akhir itu pun, kita melihat bagaimana insiden yang berlaku apabila mereka berani masuk menyerang kawasan pos kita ,’ katanya.

Selain itu, beliau berkata keputusan kemenagan Isa Samad pada kali ini tidak begitu mengejutkan apabila sebelum ini terdapat juga pilihanraya kecil yang dimenangi oleh wakil rakyat yang dipalit dengan imej buruk.

"Pemimpin yang tidak berakhlak, pemimpin yang tidak bermoral dengan rasuah tidak menjadi kesan kepada mereka yang bagi mereka ialah tindakan-tindakan yang dalam gerak kerja kempen selama ini yang mana Umno masih mengekalkan amalan rasuah dalam kalangan pengundi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, PR turut difahamkan Umno BN bukan sahaja telah merasuah pengundi malah merasuah orang ramai supaya tidak hadir ke ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PR sempena pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Tindakan ini sekaligus membuatkan pengundi di kawasan Bagan Pinang hilang punca dalam mendapatkan input yang benar daripada PR sepanjang hari berkempen.

Pilihanraya kecil di Bagan Pinang diadakan ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah pada 4 September lepas.