10 Jun 2008

Sah, Petronas mahu hapus terus subsidi minyak

Berucap seperti Petronas itu milik persendiriannya, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican berkata langkah menghapuskan subsidi minyak perlu dilaksanakan sebelum strategi baru dalam menangani krisis tenaga global dirangka. Beliau berucap demikian ketika di Persidangan Tahunan Minyak dan Gas Ke 13 di ibu kota semalam.

Langkah tersebut meletakkan Malaysia sama darjatnya dengan negara-negara yang tidak mempunyai sumber minyak dan justeru, rakyat berpendapat jika seandainya harga minyak tempatan adalah sama dengan paras harga minyak sedunia tanpa sebarang subsidi, maka Petronas tidak perlu ada sama sekali di negara ini.



Apa yang jelas, fakta sebenar daripada keuntungan Petronas tidak pernah dibentangkan dengan betul seperti seolah ada perkara yang cuba diselindungi dari rakyat.

Rakyat telah melihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri seolah-olahnya tidak memahami dan tidak tahu mengurus ekonomi negara dengan betul sehingga banyak keputusan dibuat olehnya menyusahkan rakyat jelata. Pun masih terus memegang Menteri Kewangan yang tidka pernah mahu dilepaskan kepada orang lain.

Yang jelas, fakta-fakta palsu dan bercanggah di kalangan pihak yang terlibat di dalam isu minyak ini mendedahkan dan menajamkan lagi kepincangan yang sedia ada.

Malah pada setiap kali pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan pasti mengeluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Namun itulah hujah yang di gunapakai sentiasa oleh barisan pemimpin negara untuk membahalulkan rakyat.


8 Jun 2008

Berita TKO.fm Hari Ini 8 Jun 2008

Undur undur, Undur Pak Lah!, Jahanam Pak Lah! - Demikian jeritan dan ungkapan rakyak Johor yang kecewa dengan kenaikan harga minyak, PAS akan anjur demonstrasi pada 13 Jun ini, Drebar teksi ambil kesempatan kaut untung, Ramai gunakan NGV untuk jimatkan penggunaan minyak, bantahan kenakan harga minyak juga diadakan di India.



7 Jun 2008

Berita TKO.fm Hari Ini 7 Jun 2008

Harga minyak dilaporkan akan dinaikkan lagi beberapa kali dalam tahun ini bermula Ogos ini. Benar-benar kerjaaan BN sudah hilang akal terutama PM dan kabinetnya. Demonstrasi di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Petaling Jaya. Rakyat mula bangkit dan suarakan bantahan terhadap kenaikan harga petrol dan diesel terutama penumpang teksi. Kesan kenaikan harga minyak terhadap tambang pengangkutan awam. Yayasan Amal wira penyelamat mangsa gempa di wilayah Guang Huang Cina



6 Jun 2008

Abdullah huru-harakan negara

Ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kenaikan harga petrol dan diesel bermula dari hari semalam, seluruh negara menjadi panik dan kelam-kabut.

Sikap tidak bertanggungjawab PM tersebut yang lansung tidak mengkaji kesan dari pengumumannya adalah sesuatu yang amat dikesalkan.

Rasa panik dan suasana kelam-kabut akan berterusan. Rakyat akan tetap bangkit walau diancam dengan segala bentuk amaran untuk menahan dan menangkap mereka seperti yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Harakahdaily melaporkan bahawa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) yang bermesyuarat hari semalam memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.

Amaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

Sekalipun Dr. Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat, namun dari pemerhatian kami, dengan keadaan marah dan rasa kecewa yang ditimbulkan akibat dari pengumuman PM berkenaan, angka tersebut boleh menjadi 1 juta pada bila-bila masa. Ini adalah kerana "tidak ada kelompok rakyat yang merestui kenaikan tersebut" kecuali barisan menteri kabinet dan segolongan pengampu yang sememangnya telah kaya-raya dan tidak terkesan oleh sebarang kenaikan harga apa juga barangan keperluan.

Di sini saya ingin menitipkan semula kata-kata yang pernah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk renungan bersama terutama kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan akan tetap berlaku ia ia adalah keluhan dan hati nurani rakyat. Izinkan saya untuk menitipkan kata-kata yang pernah diutarakan oleh YAB Datuk Seri Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di sini:

Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.

Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.

Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.





5 Jun 2008

Abdullah dan Khairy Berjaya Perdaya YB-YB Pakatan Rakyat

Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen dari RM1.92 kepada RM2.70 berkuatkuasa hari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Meneri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam begitu memeranjatkan negara. Keluhan rakyat kedengaran di mana-mana kecualilah yang dihebahkan oleh media arus perdana yang diketahui umum tebal sikap mengampu dan membodeknya memberikan justifiksi mereka terhadap kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Pengumuman PM itu jelas satu penghinaan kepada rakyat yang mana BN mengetahui hampir separuh (49.7%) daripada jumlah undi popular sebenanya tidak mengundi BN di dalam pilihanraya 8 Mac lalu dan kendatipun BN memperolehi 140 daripada sejumlah 222 kerusi di Dewan Parlimen, hakikatnya, jumlah undi yang mereka perolehi hanyalah 50.2% dan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak semalam adalah disokong oleh angka yang lemah ini.

Dan jika pilihanraya umum diadakan semula sekarang ini, BN sah kecundang dan akan dihantar oleh rakyat ke lembah kekalahan dan kehinaan.

Pengumuman itu juga merupakan satu penghinaan terhadap wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat yang baru tamat bersidang untuk penggal pertama baru-baru ini. Seperti sengaja dipilih tarkh pengumumannya untuk mengelakkan sebarang usul tergempar mengenainya dibentangkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 orang itu yang berkemungkinan juga akan menerima sokongan sebilangan ahli parlimen penyokong kerajaan sendiri.

Namun apa yang berlaku semalam sudah cukup mengsahkan kegagalan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sejumlah 82 orang itu menyekat kenaikan harga beberapa komoditi penting kegunaan rakyat(sebelum kenaikan harga minyak, rakyat baru sahaja "menikmati" kenaikan harga beras).

Ahli-ahli parlimen (PR) gagal menyekat gelombang keangkuhan BN itu, gagal menghidu kenaikan tesebut lebih awal sehigga tiada perbahasan yang serius dikemukakan di dalam parlimen mengenainya.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lemah disamping mempunyai terlalu banyak kepentingan kronisme dan nepotisme dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan meskipun ada ura-ura yang bising sebelm ini untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini, usul tersebut lansung tidak dikemukakan di Parlimen. Sekiranya usul tersebut telah dkemukakan di Parlimen (walaupun mungkin tidak berjaya dibahaskan akibat sikap Yang Di Pertua dewan yang diskriminasi dan pilihkasih), namun setidak-tidaknya rakyat akan berpuashati kerana usaha itu telah dilakukan dan pengumuman seperti semalam mungkin tidak berlaku.

Banyak isu-isu cabang ditimbulkan dan ada ketikanya menggamatkan dewan oleh kelantangan ahli parlimen PR tetapi sayang sekali, isu pokoknya, Abdullah mesti meletakkan jawatan, tidak lansung dikemukakan. Malah ramai pemerhati politik berpendapat, bahawa sekiranya ada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, ia juga akan menerima sokongan dari sebahagian anggota penyokong kerajaan. Dan kini Abdullah keluar sebagai jaguh kerana berjaya memperdaya dan menipu sekalian YB-YB Pakatan Rakyat khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Berbalik kepada isu kenaikan harga minyak, kenyataan Shahrir Samad Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel seperti tersiar di dalam Buletin Utama TV3 malam tadi ialah kenyataan-kenyataan superficial menteri-menteri BN sebelumnya iaitu : 'Rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga ini', 'Paras harga minyak negara adalah yang terrendah di rantau ini' dan yang seumpamanya.

Namun hakikatnya, kenaikan harga petrol dan diesel tersebut pasti akan diekori dengan kenaikan harga barang pengguna yang lain ekoran dari putaran ganas inflasi yang tidak mungkin dapat dibendung selepas ini.

Malah di dalam kenyataannya semalam pun, Perdana Menteri telah mengumumkan juga mengenai kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai nanti.

Sebenarnya is kenaika harga minyak ini telah pun diketahui sebelum pihanraya lagi. Di dalam perhimpunan UMNO, Timbalan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin (menantu Abdulah) telah mengemukakan usul supaya kerajaan mengkaji semula seluruh struktur subsidi minyak dan gas.

Naib Presiden PAS pernah menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semasa kempennya menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan menaikkan harga minyak seandainya BN menang PRU12. Sedangkan Khairy sebenarnya telah lama berada di belakang pengumuman yang dilakukan oleh bapa mertuanya semalam. Ternyata Husam benar kali ini. Tahniah Husam!

Takziah pula untuk sekalian rakyat Malaysia dan apa khabar pula YB-YB PR yang lain? Semalam kedengaran YB Mahfuz menyatakan ahli-ahli Parlimen PR akan berbincang dengan NGO-NGO untuk membantah kenaikan harga minyak tersebut. Terhantuk baru nak terngadah? Bagus. Namun kecewanya kita.









3 Jun 2008

Berita TKO fm Hari Ini 3 Jun 2008

Berita Menarik: Tun Dr Mahathir gesa 35 Ahli Parlimen BN keuar parti, BERSIH teruskan tuntutan reformasi pilihanraya, harga minyak naik Ogos ini?, Masalah simen dalam negara, Polis siasat anggotanya cederakan pemuda di tragedi Bandar Mahkota Cheras, Suhakam kata inkuiri awam tetap diadakan terhadap tragedi Cheras.

2 Jun 2008

Zaid di boo di akhir ucapannya di pertemuan dengan pihak media

Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diboo setelah selesai berucap dengan pihak media di ibu negara pagi semalam. Majlis itu anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI), Benar and All-Blogs.

Di dalam ucapannya Zaid berjanji untuk memberikan komitmennya untuk terus bekerjasama dan mendengar pandangan dan wartawan. Demikian dilaporkan oleh wartawan malaysiakini.com.

Namun, beliau menjelaskan bahawa perkara itu bukan di bawah bidangkuasanya. Terdapat empat kementerian lagi yang terlibat dengan akta-akta yang dituntut dihapuskan oleh wartawan, tambahnya lagi.

"Saya bukannya orang yang tepat untuk bercakap tentang soal ini, dalam program yang akan datang, saya mencadangkan supaya menteri yang tepat dapat dipanggil untuk menjelaskan keadaan. S

aya datang hanya untuk mendengar pandangan," katanya. Zaid menekankan juga menekankan perlunya wartawan membuat penglibatan betul dengan menteri yang terlibat dan bersatu menuntut apa yang dimahukan. Tuntutan itu lagi, katanya, perlu turut menawarkan suatu penyelesaian dan mekanisme baru yang perlu dipakai.

Beliau mengkritik wartawan yang berkata "kami mahu sesuatu" tetapi di majlis itu, katanya: "Saya tidak melihat 'kami' yang dikatakan itu. Lihatlah kepada diri anda sendiri, ada berapa ketua editor yang hadir? Saya hanya nampak seorang saja."

Zaid juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tuntutan penubuhan jawatankuasa pilihan di peringkat parlimen untuk kebebasan undang-undang media. "Saya tak boleh komen pada apa yang tidak saya baca dan halusi. Kemukakan cadangan anda dahulu," katanya.

Zaid bagaimanapun menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya permit penerbitan akhbar hanya perlu dipohon sekali sahaja dan tidak perlu membuat pembaharuan setiap tahun. "Jika Syed Hamid mengemukakan cadangannya kepada kabinet, saya akan sokong," katanya sambil kedengaran beberapa orang membuat bunyi "boo".

Sejurus selepas pertemuan tersebut, para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin telah membuat perarakan spontan dengan slogan - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - untuk menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.

Perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka disertai lebih kurang 150 orang.

Malaysiakini melaporkan: Mereka berkumpul menyanyikan lagu Negaraku, melaungkan slogan dan mengambil gambar. Kelihatan 15 polis anggota polis mengawal keadaan. Kira-kira jam 11:40 pagi, ASP Chan Teck Paing yang mewakili OCPD Dang Wangi memberikan masa sehingga jam 12 kepada orang ramai beredar daripada Dataran Merdeka.

Menurut beliau, perhimpunan yang melebihi lima orang, tidak boleh diadakan di di tempat awam. Perhimpunan itu berakhir tanpa sebarang insiden.

1 Jun 2008

Berita TKOfm Hari Ini 1 Jun 2008

Tun Dr Mahathir kata, UMNO Terdesak sehinga terpaksa pujuk dan terima Ezam sebagai ahli UMNO, Tun Dr Mahathir juga menyatakan beliau sedia dipecat daripada jawatan-jawatan yang disandangnya kini, Azalina kata Mokhzani perlu lepaskan jawatan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Kamarul Bahrin kata Ezam tidak relevan kepada PKR, Timbalan Ketua Polis Negara, Ramli Omar tidak mengaku anggota polisnya zalim dan kejam, Penduduk Kg. Abdullah Hukum berhimpun tuntut janji kerajaan, Bantuan mangsa kebakaran di Sanglang, Kedah, Industri gaharu dikomersialkan di Kelantan.

31 Mei 2008

Berita TKO fm Hari Ini 31 Mei 2008

I
su menarik hari ini: Pimpinan UMNO masih curiga dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO, Pemuda Pakatan Rakyat mahu ke enam-enam individu dalam isu klip video Lingam disiasat dan didakwa, Kabinet umum jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka semula, SUHAKAM kecam tindakan ganas polis di dalam kes pukul rakyat di BMC, GERAK teruskan perjuangan sekalipun Ezam sudah menyetai UMNO, Blog khas dedah siapa Ezam sebenar sebelum menyertai UMNO.

Tindakan kejam dan zalim polis: Bilakah Berakhir?

Semalam Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Siva Subramaniam mengecam tindakan kejam dan zalim polis terhadap penduduk sewaktu tercetus pergaduhan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada malam 27 Mei hari Selasa lalu.

Chang Jiun Haur yang berada dalam sebuah kereta bersama adik perempuannya dan dua orang lagi, telah diheret keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya dan ditendang dan dipukul bertubi-tubi oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersenjatakan cota dan perisai.

Siva menyatakan, adalah "tidak masuk akal" bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk "merasa terancam" oleh empat remaja yang tidak bersenjata. “Jika mereka (FRU) mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut (seperti yang didakwa), maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera," katanya.

Untuk menutup kezaliman dan kekejaman FRU yang bersifat kebinatangan itu, Ketua Polis Kajang, ACP Shakaruddin Che Mood tiba-tiba membuat kenyataan, polis sedang menyiasat empat individu berhubung kejadian rusuhan dan pergaduhan yang berlaku pada di Bandar Mahkota Cheras (BMC) atas dakwaan merusuh dan cubaan membunuh.

Menurut Shakaruddin, empat individu tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 148 (bagi rusuhan) dan Seksyen 307 (cubaan membunuh) mengikut Kanun Keseksaan. Mereka disiasat atas dakwaan cuba menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dekat dengan benteng yang dibina di jalan akses bebas tol di Bandar Mahkota Cheras.

Demikian dilaporkan oleh media massa.

Ini tektik lapuk yang digunakan oleh polis untuk mentup kelemahan dan kezaliman yang mereka lakukan. Ini tektik mempebodohkan orang awam. Ini tektik untuk mengalihkan perhatian orangramai terhadap kekejaman polis kepada isu yang direka-reka. Ini tektik mengugut rakyat agar rakyat takut dan tunduk dengan polis agar polis yang bersalah itu terlepas bebas dari sebarang tindakan undang-undang.

Kita mampu sahaja untuk membariskan sekalian banyak insiden kekejaman yang dilakukan oleh polis kepada rakyat.

Demo kenaikan harga minyak di KLCC, Perhimpunan Bersih 10 November, tragedi Batu Burok, perhimpunan Hindraf, serahan memorandum BERSIH di parlimen, majlis penyerahan bunga oleh kanak-kanak kepada PM, tragedi Berembang & Rimba Jaya, RTB Bujal, penangkapan Mat Sabu, Kawad Hari Hak Asasi Sedunia oleh Majlis Peguam, tragedi Batu Burok dimana anggota polis melepaskan peluru hidup, malah ratusan kes dan kejadian lagi - adalah rentetan yang memperlihatkan kezaliman polis diaksikan.

Apa yang kami nyatakan sebelum ini adalah benar. BAHAWA Polis Malaysia kini sebenarnya tidak lebih hanya kuda tunggangan kepada parti UMNO-BN, bahawa Polis Malaysia adalah pengkhianat keamanan, bahawa polis bersikap "double-standard" di dalam melaksanakan undang-undang, bahawa Polis Malaysia menjadikan ahli Parti Pakatan Rakyat sebagai musuh besar mereka, bahawa Polis Malaysia telah pun diberikan peringatan oleh rakyat melalui keputusan Pilihanraya ke 12 yang baru lalu.

Tetapi Polis Malaysia TIDAK PERNAH mempelajari mesej rakyat tersebut! Sikap pilih-kasih, diskrminasi serta tidak profesyenal Polis Malaysia adalah satu tragedi yang merupakan bala besar yang menimpa negara dan rakyat Malaysia seleruhnya. Meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri seolah-olah pihak polis yang melaksanakan undang-undang tidak perlu mematuhi undang. Betapa binatangnya mereka!

Ia akan menatijahkan kesan yang buruk dimana kita menyaksikan betapa jenayah kini bermaharaja lela - penculikan, perompakan dan seumpamanya mejadikan Malaysia ibarat sebuah negara sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami hasil daripada tindakan Polis Malaysia yang lebih rela menjadi diri mereka bahan kuda tunggangan kerajaan UMNO-BN.

Dan kita memberitahu Polis Malaysia dengan tegas: jangan samasekali permainkan KUASA RAKYAT kerana semakin rakyat ditekan dan dizalimi semakin ramai yang akan menyertainya.

30 Mei 2008

Berita TKO fm Hari Ini 30 Mei 2008


Angkatan Muda Keadilan kata biarkan saja Ezam pergi. Tan Sri Muyiddin pula menyatakan Ezam tak sepatutnya diterima sebagai ahli UMNO secara automatik dan ia perlu tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO kerana Ezam pernah meninggalkan UMNO sebelum ini dan menyertai pembangkang. Najib jadi gelabah ahli GERAKAN terus sokong Pakatan Rakyat. Di parlimen satu usul penutupan Jalan Bandar Mahkota Chers ditolak. 67 pelatih PLKN Setiu keracunan, Kes Altantuya: Hakim dan peguam lawat kawasan.

29 Mei 2008

Berita TKO fm Hari Ini 29 Mei 2008

Isu menarik di dalam Berita TKOfm 29 Mei 2008:
Mahathir kata Abdullah tak kenang budi, Ezam sertai UMNO, Zaid minta UMNO ambil tindakan ke atas MP Jerlun dan Pasir Salak, Idris Jusoh letak jawatan Pengerusi UMNO Terengganu, Polis mengkasari dan mencederakan Ching Jiun Huar di dalam insiden Cheras, PLUS untung besar tetapi mutu perkhidmatan d lebuhraya amat mengecewakan.

26 Mei 2008

Parlimen Kecoh Angkara Kenyataan "Doktor Mempunyai License To Kill"

Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad pagi ini membuat kecoh di Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan bahawa para doktor mempunyai "license to kill" di samping "license to heal".

Bantahan terhadap kenyataannya diutarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai (PAS), Dr Mohd Hatta Ramli yang membidas bahawa para doktor tidak mempunyai lesen untuk membunuh - kecuaian mungkin berlaku dan kematian juga boleh terjadi tetapi bukan bererti ia lesen kepada para doktor untuk membunuh atau dicapkan sebagai pembunuh.

Beberapa orang ahli Parlimen yang lain turut bangun membantah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan tersebut termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa (Dr Lo'lo' Ghazali), Kepong Dr Tan Seng Giaw, Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Mahfudz Omar (Pokok Sena), Lim Guan Eng (Bagan) dan Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Perkara itu mula timbul, setelah Dr. Mohd. Hayati Othman (Pas-Pendang) dalam soalan tambahannya meminta sebab mengapa kementerian melanjutkan tempoh latihan amali doktor pelatih daripada setahun kepada dua tahun.

Abd. Latiff menjawab: "Kenapa kita tambah perkhidmatan doktor pelatih daripada setahun kepada dua tahun mulai awal tahun ini kerana kita melihat purata sama ada graduan itu datang dari universiti tempatan atau luar negara.

"Penambahan tempoh latihan ini, bukan sahaja kita menambah kualiti perkhidmatan mereka tetapi seperti Yang Dipertua sedia maklum bahawa mereka ini, pegawai perubatan ini, doktor ini dia ada lesen iaitu 'license to heal' and 'license to kill."

Sebaik sahaja, Abdul Latiff berkata demikian, seorang demi seorang wakil pembangkang bangun dan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya mengarahkan Timbalan Menteri Kesihatan itu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Mereka bukan sahaja bangkit membantah malah ada yang memegang buku Peraturan Mesyuarat.

Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang turut bangun kemudian berkata: ''Saya berharap selepas ini dan pada masa akan datang kenyataan-kenyataan seperti ini tidak akan dikeluarkan."

Wakil-wakil pembangkang yang masih tidak berpuas hati terus mendesak Pandikar Amin mengarahkan Abd. Latiff memohon maaf di atas kenyataannya.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata: "Doktor bukannya James Bond, hanya James Bond sahaja yang dikatakan mempunyai lesen untuk membunuh... saya berharap Yang Berhormat akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan tadi."

Abdul Latiff bagaimanapun terus mempertahankan kenyataan beliau walaupun dinasihati oleh Pandikar Amin supaya menarik balik kenyataannya.

"Yang Dipertua saya tidak akan tarik balik tetapi tidak akan mengulanginya," kata Abdul Latiff.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang turut membantah kenyataan itu kemudian berkata: "Yang Dipertua sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataannya maka saya akan berdiri di atas Peraturan Mesyuarat 26 (1) (P) dan memohon supaya Yang Berhormat Mersing dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen."

Pandikar Amin kemudian sekali lagi meminta Abdul Latiff menarik balik kenyataannya dengan berkata: "Yang Berhormat, tidak salah jika Yang Berhormat kata tarik balik, ia cuma dua perkataan sahaja, cakap sahaja tarik balik."

Sementara itu Gobala Krishnan (KeADILan-Padang Serai) dengan tegas menyatakan insiden yang sama telah berlaku ke atas dirinya minggu lepas sewaktu Dewan bersidang yang mana beliau diarahkan oleh Yang Dipertua untuk menarik balik kenyataannya yang dianggap tidak berdisplin.

"Beberapa hari sudah saya diminta untuk tarik bailk dan atas dasar menghormati Parlimen, saya tarik balik.

"Hari ini berlaku kepada ahli parlimen BN, kenapa tidak diarah tarik bailik? Perlukah saya menghormati Parlimen jika keadaan macam ini," katanya yang sedikit berang.

Ini bukanlah kali pertama timbalan menteri ini menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat. Kali pertama bliau membuat kecoh ialah pada hari pertama persidangan dewan iaitu di hari upacara mengangkat sumpah dimana beliau telah mengangkat sumpah TANPA mengangkat tangan kanannya sepertimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat.

Ramai berpandangan tindakannya itu adalah melampau dan memberi impak yang beliau cuba melepaskan diri dari sumpahnya maka itu beliau terlalu berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi seperti yang dilakukan pada hari semalam.



24 Mei 2008

Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail

Akhirnya Malaysia dimalukan. Seluruh rakyat Malaysia seumpama berkabng, kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam yang menetapkan Pulau Batu Puteh milik SIngapura.

Berapa banyak lagi selepas ini kewasan negara dan kedaulatan rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak ini yang akan terhakis dan terjual?

Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi wilayah Singapura dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan 'diskaun 50 peratus' melalui pertukaran mata wang. Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Pemaju Nusajaya dalam Channel News Asia sendiri telah mengakui bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura!

Dan kini satu demi satu wilayah negara terlepas ke tangan orang lain. Pak Lah dan Najib masih begitu angkuh cuba mempetahankan kuasanya sekalipun mereka adalah diantara pemimpin negara yang paling korup dan lemah di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Berbalik kepada isu Batu Puteh. Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.

Keputusan ini adalah umpama Singapura mendapat isi dan Malaysia dapat kuahnya dan bak kata pepatah 'menang sorak kampung tergadai'. Dengan keputusan semalam juga, keluasan Singapura tiba-tiba bertambah 22 batu nautika. Sempadan kelautan Singapura semakin mendekati pantai Johor dan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mahkamah Antarabangsa telah mengiktirafnya. Selepas ini tentera marin Singapura bertanggungjawab 'menghalau' pihak berkuasa Malaysia dan nelayan pantai dari Malaysia untuk mendekati pulau tersebut - dengan alasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Pulau Batu Puteh.

Delegasi Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang rakyat Malaysia mengenali sebagai manusia pengampu paling hina yang pernah dimiliki oleh negara.Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri (yang telah sedia bodoh dan lemah) dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu,adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.

Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.

Beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.

Dan kini rakyat Malaysia telah membuka matanya. Hujjah-hujjah delegasi Malaysia yang diwakili oleh Gani Patail telah ditolak mentah-mentah 12-4, tidak legal dan tidak menepati standard antarabangsa. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor begitu mengharapkan barisan peguam Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah kukuh agar Malaysia tidak dimalukan lagi oleh Singapura. Sebelum ini maruah rakyat Johor tercabar dengan isu Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, bekalan air murah kepada Singapura dan lain-lain.

Ramai rakyat Johor masih bernostalgia bahawa Singapura itu milik Johor asalnya. Kejayaan Singapura sebagai negara maju hasil dasar baik hati Malaysia. Tetapi kini rakyat Johor hanya memendam rasa. Semakin banyak hartanah di Johor Baharu pindah kepada rakyat Singapura.

Dan kini Malaysia di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak di sokong oleh Peguam Negara yang korup ini sedang menuju kehancuran. Diplomasi "belanja makan durian" yang diperkenalkan oleh Pak Lah adalah satu adegan yang paling memalukan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Singapura semakin menanjak dan tidak mampu dipersoalkan lagi dan kedaulatan Malaysia semakin terhakis oleh kepimpinan negara yang sedia ada ini.

23 Mei 2008

156 Ahli UMNO Pokok Sena Kedah Keluar Parti

Seramai 156 orang ahli UMNO dari Cawangan Sri Tanjung Pokok Sena Kedah mengikut jejak langkah mantan Perana Menteri, Tun Dr Mahathir meninggalkan parti itu sebagai langkah memprotes kepimpinan Presien parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua UMNO Cawangan tersebut, Baharudin Mahmud membuat perisytiharan keluar beramai-ramai dari parti dan menurunkan bendera UMNO selagi Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Mengikut kenyataan Timbalan Ketuanya, Mohd Syarfuddin Mohd Syuhada pula, tindakan yang mereka ambil tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia adalah cetusan hati nurani mereka sendiri. Belia menambah tindakan mereka itu diharap dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang mana selama 4 ahun berkuasa, tidak ada apa kemajuan yang di bawa oleh Pak Lah dan yang di dalam dirinya ada satu sifat iaitu merasakan dia segala-galanya.

Peristiwa berkenaan merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan Pak Lah dan menjelaskan bahawa UMNO menjadi sebuah parti yang semakin ditinggalkan selagi beliau berkeras ingin terus mempertahankan jawatannya.

Rakyat sebenarnya tertanya-tanya apakah "muslihat" di sebalik kengganan Pak Lah melepaskan jawatannya selain dari memberikan jawapan yang superpicial iaitu "banyak lagi kerja ang hendak dilakukan", kerana apa yang nyata ialah selagi lama ia berkuas dan selagi banyak perkara yang Pak Lah lakukan maka akan semakin banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara.

Di dalam satu perkembanan beasingan BERSIH baru sahaja membuat laporan polis yang menamakan Pak Lah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat kekal di dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu. Nama-nama lain yang terlibat ialah Abdul Ghani Patail (Peguam Negara), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman (Pengerusi SPR) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara).

"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal Mustafa, jurucakap BERSIH.

Sejumlah RM2.9 juta tlah dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana kononnya bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.

Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam Parlimen minggu lepas memberitahu bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal hanalah berdasarkan "bukti khabar angin".