Berita Menarik: Tun Dr Mahathir gesa 35 Ahli Parlimen BN keuar parti, BERSIH teruskan tuntutan reformasi pilihanraya, harga minyak naik Ogos ini?, Masalah simen dalam negara, Polis siasat anggotanya cederakan pemuda di tragedi Bandar Mahkota Cheras, Suhakam kata inkuiri awam tetap diadakan terhadap tragedi Cheras. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Hud: 113
3 Jun 2008
Berita TKO fm Hari Ini 3 Jun 2008
Berita Menarik: Tun Dr Mahathir gesa 35 Ahli Parlimen BN keuar parti, BERSIH teruskan tuntutan reformasi pilihanraya, harga minyak naik Ogos ini?, Masalah simen dalam negara, Polis siasat anggotanya cederakan pemuda di tragedi Bandar Mahkota Cheras, Suhakam kata inkuiri awam tetap diadakan terhadap tragedi Cheras. 2 Jun 2008
Zaid di boo di akhir ucapannya di pertemuan dengan pihak media
Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diboo setelah selesai berucap dengan pihak media di ibu negara pagi semalam. Majlis itu anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI), Benar and All-Blogs. Di dalam ucapannya Zaid berjanji untuk memberikan komitmennya untuk terus bekerjasama dan mendengar pandangan dan wartawan. Demikian dilaporkan oleh wartawan malaysiakini.com.
Namun, beliau menjelaskan bahawa perkara itu bukan di bawah bidangkuasanya. Terdapat empat kementerian lagi yang terlibat dengan akta-akta yang dituntut dihapuskan oleh wartawan, tambahnya lagi.
"Saya bukannya orang yang tepat untuk bercakap tentang soal ini, dalam program yang akan datang, saya mencadangkan supaya menteri yang tepat dapat dipanggil untuk menjelaskan keadaan. S
aya datang hanya untuk mendengar pandangan," katanya. Zaid menekankan juga menekankan perlunya wartawan membuat penglibatan betul dengan menteri yang terlibat dan bersatu menuntut apa yang dimahukan. Tuntutan itu lagi, katanya, perlu turut menawarkan suatu penyelesaian dan mekanisme baru yang perlu dipakai.
Beliau mengkritik wartawan yang berkata "kami mahu sesuatu" tetapi di majlis itu, katanya: "Saya tidak melihat 'kami' yang dikatakan itu. Lihatlah kepada diri anda sendiri, ada berapa ketua editor yang hadir? Saya hanya nampak seorang saja."
Zaid juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tuntutan penubuhan jawatankuasa pilihan di peringkat parlimen untuk kebebasan undang-undang media. "Saya tak boleh komen pada apa yang tidak saya baca dan halusi. Kemukakan cadangan anda dahulu," katanya.
Zaid bagaimanapun menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya permit penerbitan akhbar hanya perlu dipohon sekali sahaja dan tidak perlu membuat pembaharuan setiap tahun. "Jika Syed Hamid mengemukakan cadangannya kepada kabinet, saya akan sokong," katanya sambil kedengaran beberapa orang membuat bunyi "boo".
Sejurus selepas pertemuan tersebut, para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin telah membuat perarakan spontan dengan slogan - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - untuk menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.
Perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka disertai lebih kurang 150 orang. Malaysiakini melaporkan: Mereka berkumpul menyanyikan lagu Negaraku, melaungkan slogan dan mengambil gambar. Kelihatan 15 polis anggota polis mengawal keadaan. Kira-kira jam 11:40 pagi, ASP Chan Teck Paing yang mewakili OCPD Dang Wangi memberikan masa sehingga jam 12 kepada orang ramai beredar daripada Dataran Merdeka.
Menurut beliau, perhimpunan yang melebihi lima orang, tidak boleh diadakan di di tempat awam. Perhimpunan itu berakhir tanpa sebarang insiden.
1 Jun 2008
Berita TKOfm Hari Ini 1 Jun 2008
Tun Dr Mahathir kata, UMNO Terdesak sehinga terpaksa pujuk dan terima Ezam sebagai ahli UMNO, Tun Dr Mahathir juga menyatakan beliau sedia dipecat daripada jawatan-jawatan yang disandangnya kini, Azalina kata Mokhzani perlu lepaskan jawatan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Kamarul Bahrin kata Ezam tidak relevan kepada PKR, Timbalan Ketua Polis Negara, Ramli Omar tidak mengaku anggota polisnya zalim dan kejam, Penduduk Kg. Abdullah Hukum berhimpun tuntut janji kerajaan, Bantuan mangsa kebakaran di Sanglang, Kedah, Industri gaharu dikomersialkan di Kelantan. 31 Mei 2008
Berita TKO fm Hari Ini 31 Mei 2008
Isu menarik hari ini: Pimpinan UMNO masih curiga dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO, Pemuda Pakatan Rakyat mahu ke enam-enam individu dalam isu klip video Lingam disiasat dan didakwa, Kabinet umum jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka semula, SUHAKAM kecam tindakan ganas polis di dalam kes pukul rakyat di BMC, GERAK teruskan perjuangan sekalipun Ezam sudah menyetai UMNO, Blog khas dedah siapa Ezam sebenar sebelum menyertai UMNO.
Tindakan kejam dan zalim polis: Bilakah Berakhir?
Semalam Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Siva Subramaniam mengecam tindakan kejam dan zalim polis terhadap penduduk sewaktu tercetus pergaduhan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada malam 27 Mei hari Selasa lalu. Chang Jiun Haur yang berada dalam sebuah kereta bersama adik perempuannya dan dua orang lagi, telah diheret keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya dan ditendang dan dipukul bertubi-tubi oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersenjatakan cota dan perisai.
Siva menyatakan, adalah "tidak masuk akal" bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk "merasa terancam" oleh empat remaja yang tidak bersenjata. “Jika mereka (FRU) mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut (seperti yang didakwa), maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera," katanya.
Untuk menutup kezaliman dan kekejaman FRU yang bersifat kebinatangan itu, Ketua Polis Kajang, ACP Shakaruddin Che Mood tiba-tiba membuat kenyataan, polis sedang menyiasat empat individu berhubung kejadian rusuhan dan pergaduhan yang berlaku pada di Bandar Mahkota Cheras (BMC) atas dakwaan merusuh dan cubaan membunuh.
Menurut Shakaruddin, empat individu tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 148 (bagi rusuhan) dan Seksyen 307 (cubaan membunuh) mengikut Kanun Keseksaan. Mereka disiasat atas dakwaan cuba menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dekat dengan benteng yang dibina di jalan akses bebas tol di Bandar Mahkota Cheras.
Demikian dilaporkan oleh media massa.
Ini tektik lapuk yang digunakan oleh polis untuk mentup kelemahan dan kezaliman yang mereka lakukan. Ini tektik mempebodohkan orang awam. Ini tektik untuk mengalihkan perhatian orangramai terhadap kekejaman polis kepada isu yang direka-reka. Ini tektik mengugut rakyat agar rakyat takut dan tunduk dengan polis agar polis yang bersalah itu terlepas bebas dari sebarang tindakan undang-undang.
Kita mampu sahaja untuk membariskan sekalian banyak insiden kekejaman yang dilakukan oleh polis kepada rakyat.
Demo kenaikan harga minyak di KLCC, Perhimpunan Bersih 10 November, tragedi Batu Burok, perhimpunan Hindraf, serahan memorandum BERSIH di parlimen, majlis penyerahan bunga oleh kanak-kanak kepada PM, tragedi Berembang & Rimba Jaya, RTB Bujal, penangkapan Mat Sabu, Kawad Hari Hak Asasi Sedunia oleh Majlis Peguam, tragedi Batu Burok dimana anggota polis melepaskan peluru hidup, malah ratusan kes dan kejadian lagi - adalah rentetan yang memperlihatkan kezaliman polis diaksikan.Apa yang kami nyatakan sebelum ini adalah benar. BAHAWA Polis Malaysia kini sebenarnya tidak lebih hanya kuda tunggangan kepada parti UMNO-BN, bahawa Polis Malaysia adalah pengkhianat keamanan, bahawa polis bersikap "double-standard" di dalam melaksanakan undang-undang, bahawa Polis Malaysia menjadikan ahli Parti Pakatan Rakyat sebagai musuh besar mereka, bahawa Polis Malaysia telah pun diberikan peringatan oleh rakyat melalui keputusan Pilihanraya ke 12 yang baru lalu.
Tetapi Polis Malaysia TIDAK PERNAH mempelajari mesej rakyat tersebut! Sikap pilih-kasih, diskrminasi serta tidak profesyenal Polis Malaysia adalah satu tragedi yang merupakan bala besar yang menimpa negara dan rakyat Malaysia seleruhnya. Meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri seolah-olah pihak polis yang melaksanakan undang-undang tidak perlu mematuhi undang. Betapa binatangnya mereka!
Ia akan menatijahkan kesan yang buruk dimana kita menyaksikan betapa jenayah kini bermaharaja lela - penculikan, perompakan dan seumpamanya mejadikan Malaysia ibarat sebuah negara sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami hasil daripada tindakan Polis Malaysia yang lebih rela menjadi diri mereka bahan kuda tunggangan kerajaan UMNO-BN.
Dan kita memberitahu Polis Malaysia dengan tegas: jangan samasekali permainkan KUASA RAKYAT kerana semakin rakyat ditekan dan dizalimi semakin ramai yang akan menyertainya.
30 Mei 2008
Berita TKO fm Hari Ini 30 Mei 2008

Angkatan Muda Keadilan kata biarkan saja Ezam pergi. Tan Sri Muyiddin pula menyatakan Ezam tak sepatutnya diterima sebagai ahli UMNO secara automatik dan ia perlu tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO kerana Ezam pernah meninggalkan UMNO sebelum ini dan menyertai pembangkang. Najib jadi gelabah ahli GERAKAN terus sokong Pakatan Rakyat. Di parlimen satu usul penutupan Jalan Bandar Mahkota Chers ditolak. 67 pelatih PLKN Setiu keracunan, Kes Altantuya: Hakim dan peguam lawat kawasan.
29 Mei 2008
Berita TKO fm Hari Ini 29 Mei 2008
Isu menarik di dalam Berita TKOfm 29 Mei 2008: Mahathir kata Abdullah tak kenang budi, Ezam sertai UMNO, Zaid minta UMNO ambil tindakan ke atas MP Jerlun dan Pasir Salak, Idris Jusoh letak jawatan Pengerusi UMNO Terengganu, Polis mengkasari dan mencederakan Ching Jiun Huar di dalam insiden Cheras, PLUS untung besar tetapi mutu perkhidmatan d lebuhraya amat mengecewakan.
26 Mei 2008
Parlimen Kecoh Angkara Kenyataan "Doktor Mempunyai License To Kill"
Bantahan terhadap kenyataannya diutarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai (PAS), Dr Mohd Hatta Ramli yang membidas bahawa para doktor tidak mempunyai lesen untuk membunuh - kecuaian mungkin berlaku dan kematian juga boleh terjadi tetapi bukan bererti ia lesen kepada para doktor untuk membunuh atau dicapkan sebagai pembunuh.
Beberapa orang ahli Parlimen yang lain turut bangun membantah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan tersebut termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa (Dr Lo'lo' Ghazali), Kepong Dr Tan Seng Giaw, Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Mahfudz Omar (Pokok Sena), Lim Guan Eng (Bagan) dan Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).
Perkara itu mula timbul, setelah Dr. Mohd. Hayati Othman (Pas-Pendang) dalam soalan tambahannya meminta sebab mengapa kementerian melanjutkan tempoh latihan amali doktor pelatih daripada setahun kepada dua tahun.
Abd. Latiff menjawab: "Kenapa kita tambah perkhidmatan doktor pelatih daripada setahun kepada dua tahun mulai awal tahun ini kerana kita melihat purata sama ada graduan itu datang dari universiti tempatan atau luar negara.
"Penambahan tempoh latihan ini, bukan sahaja kita menambah kualiti perkhidmatan mereka tetapi seperti Yang Dipertua sedia maklum bahawa mereka ini, pegawai perubatan ini, doktor ini dia ada lesen iaitu 'license to heal' and 'license to kill."
Sebaik sahaja, Abdul Latiff berkata demikian, seorang demi seorang wakil pembangkang bangun dan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya mengarahkan Timbalan Menteri Kesihatan itu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Mereka bukan sahaja bangkit membantah malah ada yang memegang buku Peraturan Mesyuarat.
Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang turut bangun kemudian berkata: ''Saya berharap selepas ini dan pada masa akan datang kenyataan-kenyataan seperti ini tidak akan dikeluarkan."
Wakil-wakil pembangkang yang masih tidak berpuas hati terus mendesak Pandikar Amin mengarahkan Abd. Latiff memohon maaf di atas kenyataannya.
Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata: "Doktor bukannya James Bond, hanya James Bond sahaja yang dikatakan mempunyai lesen untuk membunuh... saya berharap Yang Berhormat akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan tadi."
Abdul Latiff bagaimanapun terus mempertahankan kenyataan beliau walaupun dinasihati oleh Pandikar Amin supaya menarik balik kenyataannya.
"Yang Dipertua saya tidak akan tarik balik tetapi tidak akan mengulanginya," kata Abdul Latiff.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang turut membantah kenyataan itu kemudian berkata: "Yang Dipertua sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataannya maka saya akan berdiri di atas Peraturan Mesyuarat 26 (1) (P) dan memohon supaya Yang Berhormat Mersing dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen."
Pandikar Amin kemudian sekali lagi meminta Abdul Latiff menarik balik kenyataannya dengan berkata: "Yang Berhormat, tidak salah jika Yang Berhormat kata tarik balik, ia cuma dua perkataan sahaja, cakap sahaja tarik balik."
Sementara itu Gobala Krishnan (KeADILan-Padang Serai) dengan tegas menyatakan insiden yang sama telah berlaku ke atas dirinya minggu lepas sewaktu Dewan bersidang yang mana beliau diarahkan oleh Yang Dipertua untuk menarik balik kenyataannya yang dianggap tidak berdisplin.
"Beberapa hari sudah saya diminta untuk tarik bailk dan atas dasar menghormati Parlimen, saya tarik balik.
"Hari ini berlaku kepada ahli parlimen BN, kenapa tidak diarah tarik bailik? Perlukah saya menghormati Parlimen jika keadaan macam ini," katanya yang sedikit berang.
Ini bukanlah kali pertama timbalan menteri ini menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat. Kali pertama bliau membuat kecoh ialah pada hari pertama persidangan dewan iaitu di hari upacara mengangkat sumpah dimana beliau telah mengangkat sumpah TANPA mengangkat tangan kanannya sepertimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat.
Ramai berpandangan tindakannya itu adalah melampau dan memberi impak yang beliau cuba melepaskan diri dari sumpahnya maka itu beliau terlalu berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi seperti yang dilakukan pada hari semalam.
24 Mei 2008
Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail
Akhirnya Malaysia dimalukan. Seluruh rakyat Malaysia seumpama berkabng, kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam yang menetapkan Pulau Batu Puteh milik SIngapura. Berapa banyak lagi selepas ini kewasan negara dan kedaulatan rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak ini yang akan terhakis dan terjual?
Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi wilayah Singapura dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan 'diskaun 50 peratus' melalui pertukaran mata wang. Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Pemaju Nusajaya dalam Channel News Asia sendiri telah mengakui bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura!
Dan kini satu demi satu wilayah negara terlepas ke tangan orang lain. Pak Lah dan Najib masih begitu angkuh cuba mempetahankan kuasanya sekalipun mereka adalah diantara pemimpin negara yang paling korup dan lemah di dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Berbalik kepada isu Batu Puteh. Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.
Delegasi Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang rakyat Malaysia mengenali sebagai manusia pengampu paling hina yang pernah dimiliki oleh negara.Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri (yang telah sedia bodoh dan lemah) dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.
Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu,adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.
Beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.
Dan kini rakyat Malaysia telah membuka matanya. Hujjah-hujjah delegasi Malaysia yang diwakili oleh Gani Patail telah ditolak mentah-mentah 12-4, tidak legal dan tidak menepati standard antarabangsa. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor begitu mengharapkan barisan peguam Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah kukuh agar Malaysia tidak dimalukan lagi oleh Singapura. Sebelum ini maruah rakyat Johor tercabar dengan isu Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, bekalan air murah kepada Singapura dan lain-lain.
Ramai rakyat Johor masih bernostalgia bahawa Singapura itu milik Johor asalnya. Kejayaan Singapura sebagai negara maju hasil dasar baik hati Malaysia. Tetapi kini rakyat Johor hanya memendam rasa. Semakin banyak hartanah di Johor Baharu pindah kepada rakyat Singapura.
Dan kini Malaysia di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak di sokong oleh Peguam Negara yang korup ini sedang menuju kehancuran. Diplomasi "belanja makan durian" yang diperkenalkan oleh Pak Lah adalah satu adegan yang paling memalukan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Singapura semakin menanjak dan tidak mampu dipersoalkan lagi dan kedaulatan Malaysia semakin terhakis oleh kepimpinan negara yang sedia ada ini.23 Mei 2008
156 Ahli UMNO Pokok Sena Kedah Keluar Parti
Seramai 156 orang ahli UMNO dari Cawangan Sri Tanjung Pokok Sena Kedah mengikut jejak langkah mantan Perana Menteri, Tun Dr Mahathir meninggalkan parti itu sebagai langkah memprotes kepimpinan Presien parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ketua UMNO Cawangan tersebut, Baharudin Mahmud membuat perisytiharan keluar beramai-ramai dari parti dan menurunkan bendera UMNO selagi Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Mengikut kenyataan Timbalan Ketuanya, Mohd Syarfuddin Mohd Syuhada pula, tindakan yang mereka ambil tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia adalah cetusan hati nurani mereka sendiri. Belia menambah tindakan mereka itu diharap dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang mana selama 4 ahun berkuasa, tidak ada apa kemajuan yang di bawa oleh Pak Lah dan yang di dalam dirinya ada satu sifat iaitu merasakan dia segala-galanya.
Peristiwa berkenaan merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan Pak Lah dan menjelaskan bahawa UMNO menjadi sebuah parti yang semakin ditinggalkan selagi beliau berkeras ingin terus mempertahankan jawatannya.
Rakyat sebenarnya tertanya-tanya apakah "muslihat" di sebalik kengganan Pak Lah melepaskan jawatannya selain dari memberikan jawapan yang superpicial iaitu "banyak lagi kerja ang hendak dilakukan", kerana apa yang nyata ialah selagi lama ia berkuas dan selagi banyak perkara yang Pak Lah lakukan maka akan semakin banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara.
Di dalam satu perkembanan beasingan BERSIH baru sahaja membuat laporan polis yang menamakan Pak Lah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat kekal di dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu. Nama-nama lain yang terlibat ialah Abdul Ghani Patail (Peguam Negara), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman (Pengerusi SPR) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara).
"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal Mustafa, jurucakap BERSIH.
Sejumlah RM2.9 juta tlah dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana kononnya bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.
Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam Parlimen minggu lepas memberitahu bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal hanalah berdasarkan "bukti khabar angin".
22 Mei 2008
Tun Mahathir Bidas Musa Hitam dan Shahrir
Tun Dr Mahathir semalam meminta ahli palimen BN keluar dari parti berkenaan sebagai usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di dalam blognya www.chedet.com, Tun Dr Mahathir menyeranaikan justifikasi seruannya yang diantara lain beliau menyatakan:1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.
2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.
3. Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.
4. Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.
5. Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.
6. Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.
7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.
8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.
9. Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.
10. Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.
Sementara itu di dalam tulisan terbarunya, Tun Dr Mahathir menyelar ulasan Tun Musa Hitam dakwanya Tun Mahathir adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun Dr Mahathir menulis: "Tun (Musa Hitam), apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
"Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh, " tulis beliau lagi.
Akibat dari itu, Mahathir berkata pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Mahathir dengan sinis berkata Musa Hitam dengan bijaknya tidak menyertai Semngat 46. Musa Hitam selamat dan dilantik sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Musa Hitam.
Di dalam tulisannya juga Tun Mahathir membidas Shahrir Samad. Beliau berkata
"Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih."
21 Mei 2008
Karpal dan Mukhriz : Lanjutan Dari UMNO Yang Kian Hancur
Ugutan yang berupa ancaman bunuh yang diterima oleh Karpal Singh seperti aduannya di Balai Polis Dang Wangi semalam yang mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu amat menarik prhatian kitaDemikian juga kisah ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN). Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk tinggalkan Umno.
Kedua-dua kes di atas berpaksi kepada satu sebab - iaitu lanjutan dari penyakit UMNO yang menghadapi gelombang kebejatan politik yang sedang membawanya ke lembah kehancuran.
ISU KARPAL SINGH
Menurut Karpal seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.
"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!
"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!
"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik.
"Ini adalah amaran pertama."
Tidak susah sangat untuk mentafsir tulisan itu dari siapa dan dari kumpulan mana.
ISU MUKHRIZ MAHATHIR
Mukhriz dilaporkan tidak akan mengikut jejak langkah bapanya untuk meninggalkan UMNO tetapi terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya.
Tindakan exco Pemuda Umno tersebut menyebabkan beliau akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan parti yan dipengerusikan oleh timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak dan bertemu setiap Rabu.
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media di lobi Parlimen yang mengambil sikap menyokong Datuk Seri Abdullah menyelar tindkan Mukhriz an berkata "sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu. Adakah beliau faham atau pura-pura tidak faham?"
Kedua-dua episod diatas menggambarkan tentang betapa kacaunya dan bergolaknya UMNO yang sedang menunggu saat kehancurannya!
20 Mei 2008
Mahathir Berundur Dari UMNO
Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengatakan dirinya mengundurkan diri dari parti UMNO yang berkuasa, sebagai protes terhadap kepemimpinan perdana menteri saat ini, Abdullah Ahmad Badawi.Mahathir menyatakan pengunduran diri tersebut dalam suatu pertemuan di Alor Star yang dihadiri sekitar 1.000 orang yang kebanyakan anggota UMNO setempat.
Bekas Presiden UMNO itu juga mengatakan, dia berundur dari parti tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan parti sekarang yang "gagal membela nasib orang Melayu di negara ini".
Mokhzani, anak lelaki Mahathir mengatakan, ayahnya ingin anggota-anggota lain partai juga mundur, untuk memberi tekanan yang lebih besar kepada Badawi, agar meletakkan jabatan sebagai perdana menteri.
Ketika memberi komen pengumuman Mahathir, PM Ahmad Badawi mengatakan, dia tidak akan tunduk kepada desakan Mahathir, seperti diberitakan oleh agensi berita Malaysia, Bernama.Sementara itu, bendahari UMNO, Abdul Azim Zabidi, mengatakan kepada BBC bahwa langkah Mahathir ini hanya akan memperkeruh suasana.
Zabidi berpendapat seharusnya para anggota UMNO memperkokoh posisi partai."Yang penting sekarang untuk ahli (anggota) UMNO adalah kita mencari penyelesaian masalah yang sedang dihadapi," kata Abdul Azim.
Mahathir memimpin Malaysia dan UMNO (United Malays National Organisation) selama sekitar 22 tahun.
Dia mundur dari kursi PM dan menyerahkan jabatannya kepada penerus pilihannya, Abdullah Badawi.
Namun, Mahathir kemudian menjadi pengecam lantang pemerintahan Badawi dan sejak pemilihan umum baru-baru ini yang menghasilkan dukungan terendah bagi
UMNO, dia meneruskan kempennya untuk menuntut Abdullah Badawi mundur.
Dalam pilihanraya umum tahun 2004 atau beberapa bulan setelah Mahathir Mohamad menyerahkan kekuasaan ke Perdana Menteri Abdullah Badawi, Barisan Nasional meraih 199 suara dari 219 kerusi atau hampir 91 peratus.
Dalam pilihan raya awal 2008, kubu pembangkang yang terdiri dari tiga parti, PAS, DAP dan PKR meraih 82 kerusi dari 222 kerusi parlimen.
Pembangkang juga kini sekaligus memerintah di lima dari 13 negeri di Malaysia, iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Penang, dan Selangor. Berita ikhsan BBC
BERITA TKO.FM 20 MEI 2008
12 Mei 2008
Babi Negara Bergema Di Parlimen

Babi Negara! Itu akronim untuk BN setelah Ahli Parlimen Rembau dengan celupar dan angkuh menyatakan bahawa PKR itu dalah singkatan untuk Projek Khinzir Raksase.
Roslan SMS melaporkan, "Beliau yang saya sangka petah berbahasa dan berucap rupanya bergantung sepenuhnya dari teks ucapan ketika berucap.
Yang anehnya beliau terus berucap tanpa memberi peluang langsung kepada mana-mana wakil memohon penjelasan. Antara yang beliau sentuh dalam ucapan beliau adalah menuduh Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia yang lidah bercabang! Projek Khinzir Raksaksa - PKR."
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," demikian selar Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut.
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan sedangkan pada minggu lepas mnantu PM inilah yang banyak menganggu ucapan ahli Parlimen pembangkang.
Roslan SMS melaporkan, "Beliau yang saya sangka petah berbahasa dan berucap rupanya bergantung sepenuhnya dari teks ucapan ketika berucap.
Yang anehnya beliau terus berucap tanpa memberi peluang langsung kepada mana-mana wakil memohon penjelasan. Antara yang beliau sentuh dalam ucapan beliau adalah menuduh Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia yang lidah bercabang! Projek Khinzir Raksaksa - PKR."
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," demikian selar Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut.
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan sedangkan pada minggu lepas mnantu PM inilah yang banyak menganggu ucapan ahli Parlimen pembangkang.
7 Mei 2008
Firasat Dari Kebocoran Parlimen

Bernama melaporkan semalam bangunan Parlimen yang menjadi tempat ahli perundangan bersidang semlam bocor lagi walaupun selepas dibaik pulih beberapa kali sebelum ini.
Kebocoran berlaku selepas hujan lebat jam 4.30 petang apabila air keluar dari saluran penyejuk udara di bahagian tepi dewan berhampiran kawasan lobi.
Ini memaksa kakitangan Parlimen segera menutup kawasan terbabit manakala kerja pembersihan segera dilakukan sambil petugas media sibuk mengambil gambar kejadian itu.
Kejadian yang memalukan ini merupakan kejadian ketiga sejak tahun lalu apabila kejadian pertama di bahagian bumbung Dewan Persidangan Dewan Rakyat manakala kejadian kedua di kawasan Bilik Media.
Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria, berkata kebocoran kali ini sesuatu yang tidak disangka berikutan tiada kebocoran berlaku walaupun hujan lebat sebelum ini.
“Sebelum ini hujan lebat, tak bocor. Tiga bulan lalu, banyak hujan, tapi tak bocor. Kena tunggu JKR (Jabatan Kerja Raya) sebab mereka yang menyelenggara dan melakukan baik pulih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kebocoran itu.
Kamaruddin berkata, JKR memaklumkan kepadanya sebelum ini bahawa kawasan bumbung bangunan Parlimen ditampal dengan bahan kalis air tapi tidak tahu kenapa kebocoran berlaku kali ini.
“Mungkin selepas Jurutera JKR memeriksanya, kita akan tahu apa puncanya,” katanya.
Peristiwa kebocoran parlimen yang mula berlaku pada tahun lepas mempunyai impak dan maksudnya yang tersendiri. Ia pernah menggamat dan menggegarkan perbahasan di parlimen di mana waktu itu isu tersebut diperlekehkan oleh MP Jasin (Mohd Said Yusof) dan Kinabatangan yang telah dengan celupar merendahkan martabat wanita apabla menyatakan "Batu Gajah tiap-tiap bulan bocor" sewaktu isu tersebut ditimbulkan oleh pembangkang.
Dan akibat darinya pilihanraya yang lalu menyaksikan Mohd Said Yusof tesebut lansung tidak tersenarai sebagai calon apbila dkatakan mempunyai rekod yang cemar dengan pihak Kastam serta sering bertelagah dengan Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, orang yang paling berkuasa menentukan senarai calon Parlimen dan DUN di negeri Melaka
Selain itu, apa yang telah menjadi pengetahuan umum ialah "bocor"nya Parlimen apabila ianya sudah tidak mampu mengubah Perlembagaan Negara sesuka hati sepertimana yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Kerajan BN sebelum ini apabila maoriti 2/3 mereka telah dinafikan oleh rakyat.
Ia adalah sejarah paling penting kerana BN tidak lagi mampu mendabik dada untuk menunjukkan keangkuhannya seklaipun di perbahasan parlimen semalam menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Zahid Hamidi menyatakan bahawa fenomena kemerosotan sokongan rakyat kepada BN tersebut adalah bersifat sementara berdasarkan pengalaman pada tahun 1999 dan rakyat kembali menyokong BN pada 2004.
Apa yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi berkenaan jelas satu escapisme bertujuan "memujuk hati yang lara" kerana masing-masing telah tahu bahawa senario penolakan rakyat terhadap BN pada kali ini adalah bebeza dan kebangkitan rakyat pada kali ini adalah berifat berterusan, tidak seperti senario 1999 yang hanya tertumpu kepada satu isu iaitu isu Anwar.
Apakah firasat yang dapat diberikan dari kejadian kebocoran parlimen yang berulang semalam? Apakah ia petunjuk bahawa satu lagi kejadian malang bakal menimpa kerajaan BN yang mana serentak dengan kejadian tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat perlu diberi perhatian?
Kebocoran berlaku selepas hujan lebat jam 4.30 petang apabila air keluar dari saluran penyejuk udara di bahagian tepi dewan berhampiran kawasan lobi.
Ini memaksa kakitangan Parlimen segera menutup kawasan terbabit manakala kerja pembersihan segera dilakukan sambil petugas media sibuk mengambil gambar kejadian itu.
Kejadian yang memalukan ini merupakan kejadian ketiga sejak tahun lalu apabila kejadian pertama di bahagian bumbung Dewan Persidangan Dewan Rakyat manakala kejadian kedua di kawasan Bilik Media.
Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria, berkata kebocoran kali ini sesuatu yang tidak disangka berikutan tiada kebocoran berlaku walaupun hujan lebat sebelum ini.
“Sebelum ini hujan lebat, tak bocor. Tiga bulan lalu, banyak hujan, tapi tak bocor. Kena tunggu JKR (Jabatan Kerja Raya) sebab mereka yang menyelenggara dan melakukan baik pulih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kebocoran itu.
Kamaruddin berkata, JKR memaklumkan kepadanya sebelum ini bahawa kawasan bumbung bangunan Parlimen ditampal dengan bahan kalis air tapi tidak tahu kenapa kebocoran berlaku kali ini.
“Mungkin selepas Jurutera JKR memeriksanya, kita akan tahu apa puncanya,” katanya.
Peristiwa kebocoran parlimen yang mula berlaku pada tahun lepas mempunyai impak dan maksudnya yang tersendiri. Ia pernah menggamat dan menggegarkan perbahasan di parlimen di mana waktu itu isu tersebut diperlekehkan oleh MP Jasin (Mohd Said Yusof) dan Kinabatangan yang telah dengan celupar merendahkan martabat wanita apabla menyatakan "Batu Gajah tiap-tiap bulan bocor" sewaktu isu tersebut ditimbulkan oleh pembangkang.
Dan akibat darinya pilihanraya yang lalu menyaksikan Mohd Said Yusof tesebut lansung tidak tersenarai sebagai calon apbila dkatakan mempunyai rekod yang cemar dengan pihak Kastam serta sering bertelagah dengan Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, orang yang paling berkuasa menentukan senarai calon Parlimen dan DUN di negeri Melaka
Selain itu, apa yang telah menjadi pengetahuan umum ialah "bocor"nya Parlimen apabila ianya sudah tidak mampu mengubah Perlembagaan Negara sesuka hati sepertimana yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Kerajan BN sebelum ini apabila maoriti 2/3 mereka telah dinafikan oleh rakyat.
Ia adalah sejarah paling penting kerana BN tidak lagi mampu mendabik dada untuk menunjukkan keangkuhannya seklaipun di perbahasan parlimen semalam menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Zahid Hamidi menyatakan bahawa fenomena kemerosotan sokongan rakyat kepada BN tersebut adalah bersifat sementara berdasarkan pengalaman pada tahun 1999 dan rakyat kembali menyokong BN pada 2004.
Apa yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi berkenaan jelas satu escapisme bertujuan "memujuk hati yang lara" kerana masing-masing telah tahu bahawa senario penolakan rakyat terhadap BN pada kali ini adalah bebeza dan kebangkitan rakyat pada kali ini adalah berifat berterusan, tidak seperti senario 1999 yang hanya tertumpu kepada satu isu iaitu isu Anwar.
Apakah firasat yang dapat diberikan dari kejadian kebocoran parlimen yang berulang semalam? Apakah ia petunjuk bahawa satu lagi kejadian malang bakal menimpa kerajaan BN yang mana serentak dengan kejadian tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat perlu diberi perhatian?
Langgan:
Catatan (Atom)