15 Jun 2017

SAHIH: Dua Wakil Rakyat UMNO BN Ini Berdusta Di Bulan Ramadhan

Kecoh bazar Ramadan: Razali, Md Jais perlu minta maaf

DAP Johor menuntut dua pemimpin Umno negeri itu meminta maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan mengelirukan mengenai bazar Ramadan di Kluang.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata reaksi diberikan bekas senator MCA, Gan Ping Sieu, menunjukkan tuduhan dibuat pemimpin Umno itu bersifat fitnah.

"Kenyataan Gan menjadi asas untuk meyakini Anggota Dewan Undangan Negeri Mahkota, Datuk Md Jais Sarday, dan Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim sudah berbohong," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Semalam Malaysiakini melaporkan Razali sebagai berkata, peniaga di Bazar Ramadan Kluang marah kepada DAP kerana parti itu bertanggungjawab meminta tapak mereka ditutup suatu ketika dulu.

Justeru, kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, peniaga terbabit tidak dapat menerima kedatangan Anggota Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong, serta rombongannya ke situ.

BH Online pula memetik Md Jais sebagai berkata, DAP memulakan isu itu pada 2007 dan parti terbabit menggesa bazar berkenaan dipindahkan ke tempat lain.

Md Jais yang juga setiausaha perhubungan Umno Johor berkata "tindakan DAP" itu mencetuskan kemarahan dan tentangan daripada peniaga Melayu yang masih ingat kejadian itu hingga kini.

Bagaimanapun, Liew kemudian mendakwa DAP tidak terbabit dalam desakan memindahkan tapak bazar berkenaan, sebaliknya ia dibuat oleh pemimpin MCA.

Gan yang juga bekas naib presiden MCA dan pernah menjadi timbalan menteri belia dan sukan berkata, Liew cuba mengheret parti berkenaan dalam permainan politik DAP.

Sheikh Omar berkata, orang ramai kini boleh mempertikaikan kredibiliti Razali dan Md Jais sebagai pemimpin politik dan masyarakat.

"Pemimpin yang sanggup berbohong dan memfitnah tidak wajar sama sekali memegang amanah kepimpinan. Lebih baik mereka letak jawatan sahaja," katanya. -mk

2 0 0 3 ‘Jangan heret MCA dalam isu bazar Ramadan Kluang’


Pengerusi MCA Bahagian Kluang Gan Ping Sieu hari ini mempertahankan DAP dengan berkata, tiada pihak berhak menghalang sesiapa memasuki bazar Ramadan yang diadakan di tempat awam, tetapi mengingatkan parti pembangkang itu tidak mengheret MCA dalam kekecohan dengan peniaga.

Gan dalam kenyataan hari ini berkata, beliau tidak mahu terbabit dalam permainan politik ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kekecohan itu yang disifatkannya insiden terpencil menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam.

Pengerusi MCA bahagian Kluang itu berkata demikian susulan penafian Liew yang DAP meminta bazar Ramadan di Kluang dipindahkan pada 2007, sebaliknya mendakwa MCA ialah dalang di sebalik tindakan itu.

Liew berkata, tidak mungkin DAP boleh berbuat demikian memandangkan parti itu tidak mempunyai kerusi di daerah itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Katanya, hasil semakan mendapati Gan selaku adun Mengkibol ketika itu yang mengetuai bantahan terhadap bazar itu dan membuat pembentangan kepada pegawai daerah.

Menjawab dakwaan itu, Gan berkata, ia adalah tugasnya sebagai wakil rakyat untuk menyuarakan kebimbangan peniaga berhubung kesesuaian lokasi bazar Ramadan itu dan mencari alternatif lain, pada 2007.

“Akibatnya, beberapa perubahan dibuat dan peraturan ditetapkan kerajaan negeri serta majlis perbandaran. “Beliau sepatutnya lebih tahu apa peranan DAP ketika itu.”

Bekas naib presiden MCA itu berkata, beliau tidak terkejut Liew tidak dialu-alukan sesetengah peniaga dan sudah beberapa kali pengerusi DAP Johor itu mendapat layanan sedemikian daripada masyarakat setempat.

“Liew mempunyai rekod pertikaian politik partisan dan seolah-olah gemar mempolitikkan sesuatu isu di luar konteks demi kepentingan politik dengan mengorbankan masyarakat.

“Saya melawat bazar Ramadan hampir setiap tahun tanpa dimalukan peniaga. Beliau patut belajar cara untuk memahami, tidak mempolitikkan serta mengapi-apikan setiap dan semua isu,” kata bekas adun Mengkibol itu.

Sabtu lalu, pasukan petugas Pakatan Harapan yang diketuai Liew dihalau sekumpulan pemuda ketika mengedarkan kurma di bazar Ramadan Kluang. Mereka pernah dihalau di bazar Ramadan sama pada 2014.

Liew dan Ketua Bahagian PPBM Kluang, Radzali Mohd Noor kemudiannya membuat laporan polis.

Susulan itu, 2 lelaki ditahan pada Ahad lalu untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Semalam, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dilaporkan berkata, kemarahan yang tersimpan sejak 10 tahun lalu ialah punca pertembungan Pakatan Harapan dan sekumpulan pemuda di bazar Ramadan di Kluang, hujung minggu lalu.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa DAP meminta peniaga di Kluang menutup perniagaan mereka dan berpindah pada 2007.
-FMT


ULASAN GB

Amat memalukan dan menjijikkan apabila dua orang wakil rakyat Islam sanggup berdusta di bulan Ramadhan hanya kerana bersikap rasis dan perkauman dengan mengambil peluang mempertahankan tindakan segelintir pengikutnya yang bodoh di dalam insiden di Kluang tempohari.

Kerana hendak menanamkan kebencian rakyat terhadap DAP, dikatanya bahawa DAP kononnya bertanggungjawab meminta tapak mereka dipindah suatu ketika dulu

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong telah menafikan bahawa bukan DAP yang meminta tapak Ramadhan itu dipindahkan tetapi MCA.


Hari ini Ketua MCA Kluang mengesahkannya.

Pengerusi MCA bahagian Kluang itu berkata demikian susulan penafian Liew yang DAP meminta bazar Ramadan di Kluang dipindahkan pada 2007, sebaliknya mendakwa MCA ialah dalang di sebalik tindakan itu.

Liew berkata, tidak mungkin DAP boleh berbuat demikian memandangkan parti itu tidak mempunyai kerusi di daerah itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Katanya, hasil semakan mendapati Gan selaku adun Mengkibol ketika itu yang mengetuai bantahan terhadap bazar itu dan membuat pembentangan kepada pegawai daerah.

Menjawab dakwaan itu, Gan berkata, ia adalah tugasnya sebagai wakil rakyat untuk menyuarakan kebimbangan peniaga berhubung kesesuaian lokasi bazar Ramadan itu dan mencari alternatif lain, pada 2007.

Nah sekarang ternyata kedua-dua wakil rakyat UMNO itu berdusta. Masih mempertahankan keangkuhankah atau mahu meminta maaf?




RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.

Dah bulan puasa pun berbohong apa lagi bukan bulan puasa.

Macam-macam tawaran Allah bagi pada bulan yang penuh keberkatan namun mereka mensia-siakan nya.

Kalau syaitan dirantai pada bulan ini, setan jenis apa kah mereka berdua ini ? Sesungguh ada pun syaitan di rantai supaya syaitan tidak mencemari atau mengotorkan ramadhan al mubarak.

Bijak nya syaitan, rupanya sebelum di rantai syaitan telah memastikan ada penganti nya sepeninggalan ketiadaan nya selama sebulan.

Bayar fitrah dan zakat pun tak kan dapat menyucikan hati orang yang sewaktu dengan nya.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Dia org nie tak kaji dulu ke sblum bercakap.. ke tak tahu... Ape punya menteri, buat malu je...

Tanpa Nama berkata...

ALLAH telah Menampakan pada kite SYAITAN MANUSIA SPESIS UMNO yang SeBenornye.klu Bulan Ramadhan Kedua dua Makhluk ni boleh BERBOHONG inikan pulak DiBulan bulan yang Lain.Kalau dah PM Umngok pun Berbohong ni kan pulak Macai Dedak dia.Pthuiii. HARAMJADAH MELAYU UMNGOK

Tanpa Nama berkata...

Cakap bohong takpa asal jadi popular. Org pun bukan kenal sgt mereka2 ni. Skrg baru kenal n terus popular. Satu negeri dgn mat mazelan ni.patut pun. He he.

Unknown berkata...

They are stupid leaders

Tanpa Nama berkata...

Ini bazar Ramadhan umno jangan masuk.
Kalau nak masuk buat bazar Ramadhan pakatan tahun depan. Kita lihat siapa lagi laris niaganya.

Tanpa Nama berkata...

diorg mungkin xda niat menipu, tapi bodoh, x selidik dulu sblm beri alasan yg x munasabah. pemimpin yg malas, bodoh dan kelam kabut mcm ni elok diganti lain..

Nobody berkata...

Nak berniaga kena ikut parti ke???

Kat kampung aku dulu ada peniaga kedai runcit kat kedai aku cakap orang PAS jangan beli kat kedai aku. Apa jadi?

Bankrap!!!

Tanpa Nama berkata...

INILAH DIPANGGIL PUASA ORG-ORG UMNO DAN PAS. BUKAN PUASA SEORG YG BERAGAMA ISLAM.PUASA UMAT UMNO DAN PAS, HANYA SATU TRADISI SHJ. TETAPI PUASA SEORG YG BERAGAMA ISLAM ADALAH IBADAH KPD ALLAH SWT, BUKAN TRADISI. JADI, RUGILAH BERPUASA DISEBABKAN TRADISI KRN U AKN DPT LAPAR, DAHAGA,DOSA DAN DOA LAKNAT DARIPADA MALAIKAT SEPANHANG BULAN RAMADHAN. WALLAHUALAM.