3 Mei 2017

[VIDEO] PAS Dulu Tak Sama Dengan PAS Sekarang

Mat Sabu: Dulu miskin, sekarang pemimpin PAS naik ‘business class’

PAS yang satu masa dulu dituduh menolak pembangunan material dan sesat akidah, kini berdepan dengan tuduhan baharu yang berkait dengan gaya kehidupan mewah pemimpinnya, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, perubahan tersebut mula dirasakan beberapa tahun lalu, apabila gaya hidup mewah beberapa wakil rakyat parti itu menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli.


“Kita melihat kelainan setahun dua tahun sebelum 2015. Kita melihat pimpinan yang baru wakil rakyat sepenggal, tetapi hidupnya begitu mewah. Boleh pergi London naik kapal terbang business class, duduk di hotel, kalau di Indonesia, hotel 5 atau 6 bintang,” katanya pada sebuah program ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Mohamad, atau Mat Sabu, berkata perkembangan itu sesuatu yang baru untuk PAS yang satu masa dulu terkenal sebagai parti “miskin”.

“Dulu tidak ada tuduhan ini. Sekarang boleh hadiah kepada isteri (Audi) Q7,” kata Mat Sabu, dipercayai merujuk kritikan terhadap pemimpin Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, yang menghadiahkan kereta mewah kepada isterinya.

“Dulu tuduhan PAS dituduh parti miskin, parti menyeleweng aqidah, tolak pembangunan, ini tuduhan kepada kami dulu,” katanya, dan berkata tuduhan seumpama itu giat dilawan oleh pemimpin PAS terdahulu. “Masakan pohon bergoyang tiada angin,” tambahnya.

Tuduhan gaya hidup mewah pemimpin PAS timbul lagi ketika Muktamar PAS ke-63 di Kedah yang berakhir semalam, di mana poster menunjukkan gaya hidup mewah beberapa pemimpin utama diedarkan kepada perwakilan.

Antara lain, ia menyasarkan Khairuddin dan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, dengan gambar kereta yang didakwa ‎dimiliki mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tahu siapa yang melakukan provakasi tersebut.

“Benda itu benda biasa dengan melakukan tindakan provokasi. Pihak-pihak yang terlibat sebenarnya kami kenal. Kami kenal siapa yang buat itu, sama ada poster oren ke mahupun poster mengenai sebaran-sebaran di sisipan di akhbar itu,” katanya. -FMT



ULASAN GB

Mereka yang pernah bersama PAS atau mengikuti perkembangan PAS akan mendapati kenyataan di atas adalah benar.

PAS kini sudah jauh berbeza dari dulu. Di mana-mana majlis PAS, kini kita akan mendapati para pemimpinnya seperti sibuk memperagakan kemewahan masing-masing dengan kereta-kereta mewah dan kenderaan yang yang tidak pernah ditemui di di kalangan pimpinan PAS era sebelum ini.

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan:

Lebih-lebih lagi kehidupan para pemimpin PAS yang kemewahannya amat luarbiasa, malah ada diantaranya lebih hebat dari pemimpin UMNO, menjelaskan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS tidak seperti dulu. Itu sebab mengapa tidak ada pemimpin PAS yang berani mahu mengisytiharkan hartanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang.


Perjuangan PAS kini sudah jauh berbeza dengan perjuangan di era Almarhum TG Nik Aziz menjadi mursyidul amnya.


Kisah TGNA

Semasa Lutfi Othman menjadi Pengarang Majalah Detik, dia lihat Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja. Lalu, Lutfi berseloroh “Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear. Sambil tersenyum Tok Guru membalas, “Ambo guno pen pejabat, Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih”.

Dakwat pen pun menjadi perhitungan untung rugi… Itulah Tok Guru Nik Aziz.

Annehnya kini, tatkala pemimpin PAS hidup bermewah-mewahan, ahli-ahli PAS bawahan dikerah untuk melakukan derma. Di muktamar PAS baru-baru ini seorang peserta diberitakan perlu menderma RM5 seorang untuk mencukupkan wang sebanyak RM200k bagi membayar kos guaman untuk menyaman Sarawak Report.

Bukankah RM200K itu hanya "kacang" sahaja bagi para pemimpin PAS? Mengapa perlu dibebankan ahlki-ahlinya yang rata-rata miskin untuk menderma?

Kita teringat kisah di zaman Umar Al-Khattab di mana pada tahun kekeringan dan kelaparan, beliau tidak pernah makan kecuali roti dan minyak hingga kulit beliau berubah menjadi hitam, beliau lalu berkata, “Akulah sejelek-jelek pketua seandainya aku kenyang sedangkan orang bawahanku kelaparan.”

Sifat-sifat itu tidak pada pemimpin PAS kini. Bermewahan belanjanya sehingga seorang pemimpin PAS boleh menghadiahkan isterinya kereta AUDI Q7 dan ahli-ahli dipaksa untuk menderma dan membeli akhbar Harakah dengan mengumpankan sebagai "murah rezeki" jika membeli akhbar tersebut.

Apakah ribut yang melanda muktamar tidak lansung membuka mata dan hati pemimpin dan ahli-ahli PAS dan hanya menganggap ia hanya ujian biasa? Lansung tidak ada pengajaran dan iktibar yang diambil dari peristiwa itu? Sedangkan setiap sesuatu yang Allah turunkan itu tidak ada satu pun yang sia-sia?


Firmanullah:

“Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. Ali Imran: 191

Atau apakah PAS hendak mencabar Allah dan menunggu "ujian" dan "bala" yang lebih besar dari sekadar ribut itu?

GB tertarik dengan satu status di media sosial:

Hujah Syarie Pewala' PAS

Sifat semulajadi walaun...

Sakit depa...Ujian Allah
Sakit orang...Bala Allah

Musibah depa...Allah nak angkat darjat
Musibah orang...Allah bagi balasan

Skandal depa...Fitnah ke atas agama
Skandal orang...Allah nak tunjuk

Depa songlap.... Anugerah Allah untuk pembangunan Islam..
Orang songlap.... Rasuah kemungkaran

Hujah depa...Ambik dari Quran dan Hadis.
Hujah orang.... CnP dari DAP.

Depa ponteng... Atas kepentingan Ummah
Orang ponteng...Makan elaun haram

Depa....semua masuk SYURGA
Orang lain.....pakat masuk NERAKA belaka!




FEATURED ADS





9 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:


Beginilah jadinya,Bila Agama yg suci murni ini,di samakan dgn politik.

Agama=pas,bagi orang mukmin,parti hanyalah keperluan dunia,manakala agama yg datangnya dari ALLAH adalah "MANDATORY" untuk orang2 mukmin.

Bila agama menjadi politik,bagaimana nak sempurnakan agama.Memang mustahil.
Kita dihantar kedunia,untuk "sempurnakan agama".Jika parti politik ciptaan manusia dijadikan agama,nampaknya keadaan agama itu menjadi cacamarba.keadilan,kekuasaan,dan sebagainya,menjadi"BERPILIH".

aGAMA DICAGARKAN MENGIKUT KEPENTINGAN POLITIK,benar explanation GB kat atas,semuanya jadi 'BERPILIH".bILA KENA BATANG -HIDUNG ORANG, SEMUANNYA melanggar agama,tetapi bila kena batang-hidung sendiri,okay pula,walaupun perbuatan sendiri,melanggar agama.

Bagaimana kita nak sempurnakan agama,jika amalan-amalan "berpilih-pilih".


wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

GB terlupa letak gambar Toyota Land Cruiser (versi AP) milik MB Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Parlimen Bachok dulu iaitu Nasaruddin Mat Isa
salah seorang pemimpin PAS yang menjadi pelopor hidup mewah.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Sekeparat-parat Najib ada juga dia agih kan sana sikit sini sikit.

Pemimpin PAS tak, boleh suruh beli Harakah. Minta Ahli derma RM5.

Kalau beli Harakah murah rezeki, derma RM 5 yang lebih dua, tiga ringgit tak payah di beritahu.. Lagi banyak sumbang lagi banyak dapat pahala.. Yang selama ini tertanam dalam kepala otak Ahli parti.

Kira lah berapa pemimpin dapat dengan ambil jumlah yang berhimpun di Padang Merbuk..

Tanpa Nama berkata...


Dulu mana ada buat FITNAH

Dulu mana ada sedondon rembat menCURI

Dulu mana ada uturn khianat PONTENG tangguh3!

Dulu mana ada BODOH sgt mintak diri sendiri JAHANNAM...PAN!
(PAN tu ialah PAN-Islamic Party aka PAS=diri mrk sndiri)!!


Ha ha ha..

Dah JAHANNAM pon!

Ribut tu kan makhluk Allah juga

Banjir besar zaman nabi Noh tu pon makhluk Allah juga..

Angin panas yg hancurkan kaum nabi Hud tu pun makhluk Allah juga

Mengapa??? angin panas & banjir besar zaman nabi Noh tu TAK 'hempap' nabi Noh serta nabi Hud as?

Mengapa pulok??? ribut kat kota sarang semut tu "dikhususkan" utk hempap lobai2 hudud seolah2 mrk sama spesis sprt kaum Noh & Hud yg KAFIR itu?

Makhluk Allah dgn sesama makhluk Allah spatutnya "understanding" TAK kan gaduh2 & saling mengHEMPAP!

Adakah lobai2 hudud sudah TAK diiktiraf lg sbg makhluk Allah oleh 'RIBUT' itu? Sbb itu RIBUT dtg menerajang krn sgt meradang!!

Mungkin kpd RIBUT itu sudah jls TERANG bhw lobai2 hudud itu dah bertukar mnjd "makhluk"/syirik ber TUHAN kan dedak CURI ??

Sbb tu laa RIBUT tu dtg utk menJAHANNAM kan!!

Dah semakin jls JAHANNAM nya pon kan!?

Tanpa Nama berkata...


Kaum nabi Noh banjir ranapkan

Kaum nabi Hud angin hancurkan

Kaum nabi Luth dihempap gegaran

Quraish dihempas ribut dan taufan

Lobai2 hudud bertempiaran ketakutan

Kota sarang semut mnjd sasaran kemurkaan

Ribut "sekecil butir tahik" memberi amaran

Itulah hakikat 'BALA'!, bukan, bukannya ujian

Silobai2 tu ingat mrk berjubah bersorban, mrk beriman

Walhal khianat ponteng fitnah itu, jls "tanda2" mnipu Tuhan

Lalu doa' JAHANNAM--PAN sipenipu2 itu pun dimakbulkan

Agar lobai2 butir tahik itu mndpt keinsafan!?

ATAU mrk terus bebal utk trus dJAHANNAMkan

Sama2 kita nantikan dgn penuh debaran

Yg JAHANNAM kedasar yg paling dlm

Tanpa Nama berkata...



Dulu2..

Zaman nabi2 dulu banjir, RIBUT taufan, petir, angin panas, gegaran gempa hanya & HANYA menghentam dan menhempap org2 KAFIR dgn jls TERANG secara khususnya!

KUASA alam sprt yg diatas itu tidak & TIDAK pernah samaskali menimpa serta menghempap nabi2 wali2 dan org yg benar2 LURUS beriman kpd Allah..


Sekarang..

Dan yg terbaru skali lebai2 hudud yg "mengaku" SERTA "prasan" sbg spesis yg paling beriman skali dinegara ini telah pon dihempas dan dihempap RIBUT sama sebijik yg tlh menghempap org2 KAFIR/musyrik dizaman dahulu!



Persoalannya..

..adakah kita masih was2 serta RAGU2 melihat hakikat HAKIKI siapakah sbnr2nya yg tlh mnjd KAFIR/musyrik/MURTAD didepan mata kita skrg dgn petunjuk RIBUT sbg makhluk ALLAH yg LURUS yg samaskali tidak pernah berdusta sejak dahulu itu?

Adakah kita masih kliru was2 serta RAGU2 dek krn jubah sorban serta gelagat "budak2" yg berani kedepan mnjd IMAM semayang konon2 sgt khusyuk mnghafal ayat2 panjang utk tontonan dan kebanggaan...sdangkan ddlm bab hisab @ AUDIT harta sbg AMANAH trhdp ummah yg wajib di ISTIHAR mrk lah yg paling2 TAKUT skali, sbb HATI kecil mrk tahu bhw mrk itu adalah sbnr2 penCURI hihihi..

..dan RIBUT itu tidak pernah buta trhdp penCURI2 itu sejak azali, sjak zaman dahulu lg wpun mrk itu brjubah bersorban serta konon2nya semayang Tahajjud TAK nah tinggal,, ttpi penCURI itu tetap penCURI di"mata" RIBUT yg dpt melihat hakikat HAKIKI sbnr2 "akidah-mrk-yg-tlh-JAHANNAM-itu" dgn anugrah dr ILAHI!

Tanpa Nama berkata...

.
.

Helah pemimpin PAS yang kononnya tidak mempunyai duit supaya bila Ahli tidak beri sumbangan maka adalah alasan Hadi tak jadi saman SR.

Sedangkan yang sebenarnya samada Ahli tidak percayakan duit tersebut benar-benar di gunakan untuk bayar saman atau semua semua Ahli telah bayar RM5 tapi masih juga tak cukup. Bermakna Ahli PAS yang tinggal sudah tidak ramai lagi.

Sepatutnya selepas Muktamar, jumlah tersebut sudah terkumpul dalam masa seminggu.

Ini bermakna bukan pemimpin sahaja yang berubah tetapi dengan Ahli nya sekali berubah. Mereka wala pada parti bukan nya pada pemimpin kerana Ahli sudah berkira untuk memberi sumbangan wang ringgit.


Tanpa Nama berkata...

Duit2 yg dikutip tu pun tak pasti pergi ke mana. .puak2 pelahap ni tak serik serik perdaya ahli2 kerana mereka tahu ahli2 pas ramai butakayu dan butahuruf.