21 Mac 2017

Idris Sendiri Tak Patuh Arahan Presiden PAS....

Tutup pintu Pas-Bersatu: Ahli perlu akur pandangan pimpinan tertinggi

Pas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan mesti diambil sebagai pandangan pemimpin tertinggi Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

“Presiden mesti sudah ada pendirian dalam kepimpinan dia selaku Presiden parti. Kalau tidak apa guna jadi Presiden.

“Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, nanti Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Titiwangsa kali ke 32 hari semalam.


Pada Sabtu di Cyberjaya presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bahawa parti itu tidak lagi akan mengadakan sebarang rundingan dengan Bersatu di masa akan datang.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan Pas menganggap partinya tidak ada lagi hubungan dengan Bersatu jika parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan.

Sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, Pas akan meneliti kembali rundingannya bersama Bersatu sekiranya parti baharu itu sah menyertai Pakatan Harapan.

“Saya rujuk kepada kenyataan Presiden. Kita kena pakai kenyataan Presiden. Tidak ada percanggahan.

“Sebagai prinsip kita apa yang dikeluarkan oleh presiden ada kelebihan, tidak perlu kita pertikaikan. Sebab keputusan muktamad adalah di tangan Pas Pusat,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi seperti dilapor Malaysiagazette.

Menurutnya lagi keputusan mengenai itu hanya akan ditentukan dalam mesyuarat bulan depan.

Dalam sidang media Selasa lalu, Bersatu secara rasmi mengumumkan bersetuju menyertai Pakatan Harapan dengan mencadangkan pengubahsuaian nama pakatan itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selain nama gabungan yang baru, Bersatu juga bersetuju dengan prinsip bahawa satu logo dan manifesto baharu perlu diwujudkan bagi menentang BN pada pilihan raya umum. -MD


Rundingan kerjasama dengan Bersatu sudah berakhir: Hadi


CYBERJAYA - Rundingan kerjasama politik antara Pas dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan.

Ini kerana menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu turut bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.

"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan baru-baru ini.

Bersatu Selasa lalu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.

"Bersatu mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya.

Mahathir berkata, melalui gabungan itu nanti, mereka bersetuju hanya akan meletakkan satu calon dalam satu kawasan.

Pakatan Harapan merupakan pergabungan tak rasmi antara parti politik pembangkang di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat.

Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan terbaharu Bersatu.

Sementara Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
-SH



ULASAN GB

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang juga ahli parlimen Bukit Gantang menegaskan setiap ahli PAS perlu akur dengan pendirian Presiden PAS< Haji Abd Hadi Awang bahawa tiada lagi kerjasama PAS-BERSATU selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan

Tetapi berkemungkin ingin menumpang pengaruh dan sambutan rakyat yang hebat terhadap PPBM diseluruh negara, Idris pula sanggup menjilat ludahnya dengan mengenepikan kenyataan Haji Hadi apabila PAS Bukit Gantang bakal menganjurkan satu ceramah bersama PPBM.


Apa sudah jadi dengan Derih..... cakapnya tak serupa bikin. PAS sedang menuju ke lembah kehancuran.






FEATURED ADS





17 ulasan:

Once Esa berkata...

Kesian PARTI PAS yang berpelembagaan partinya telah dilacurkan. Dalam Islam sendiri apa apa keputusan bukanlah mengikut KETUA atau PEMIMPIN semata-mata, tiada istilah kuasa veto dalam Islam.

Apa guna JK PAS PUSAT dalam Dewan Mesyuarat Harian?

Apa guna Majlis Syura Ulama yang tertinggi dalam PAS dalam menentukan kepytusan yang tak tertakluk dalam perlembagaan parti?

Tanpa Nama berkata...

Semua lebai ni x boleh percaya..lebai munafik

Tun Perak berkata...

Golongan yg menjual agama dan tiada prinsip islam yg sebenar...kluk klek kate DHM

Tanpa Nama berkata...

Klu tak belit2, kalu tak U-turn, kalu tak tipoo... bukan pas namanya turr

Tanpa Nama berkata...

Parti Pas milik jemaah.. tapi hadi awang bt mcm parti bapak dia... kesian tgk parti P@$ la ni... dh mcm rejim Parti Komunis Korea Utara aku tgk... salah ckp sikit.. cantassss... x sebulu sikit... pancunggggg....

Tanpa Nama berkata...

lepas ni x payah bt muktamar dah.. bt buang duit je.. ajk pusat & syura x de fungsi pe2..tunggu masa nk buang kt laut bt tukun tiruan.. dpt gak pahala bt umh utk ikang...

Tanpa Nama berkata...

Hantam sajalah Labu,pada akulah sejak hadi ambil alih president pas,apabila ulamak2 pas bercakap tentang apa2 issues politik atau agama, 10 dia cakap,11 aku tak percaya.

Bak kata pepatah orang2 tua dulu`dulu, kalau kita jumpa,sami velu,ular dan pemimpin2 yg bergelar ulama pas,aku akan ketuk kepala pemimpin2 ulamak pas.kerana mereka2 inilah yg mengajar orang2 lain supaya munafik melalui perbuatan mereka.

kluangman berkata...

Majlis itu boleh dibatalkan atau jemputan kepada BERSATU ditarik balik

Tanpa Nama berkata...

Parti jual agama. Parti Malukan agama. Parti hina agama. Parti Makan dedak. Parti yang extremist lagi racist.

AYAHtollah CHIK berkata...

idris kata... keputusan tertinggi PAS adalah dr presiden.. bermakna bukan Dewan Ulamak.

keputusan preisden tidak ada percanggahan dll.

nampaknya pemimpin2 lain dlm pas menyuarakan kata2 sindirian terhadap hadi.

mereka semakin meluat dgn lagak hadi sebenarnya tapi tk berani berubah. takut kereta di simbah cat oleh penyokong taksub pas.

klu nk selamat pemimpin pas perlu bubar majlis tu atau ponteng saja. ponteng pun dh jadi budaya tuan presiden yg tidak boleh ada percanggahan.

hadi sedang mengayatollah kan dirinya sesuai dgn terpengaruhnya dia dgn syiah iran. segala keputusan hadi dianggap dr firasat atau dlm erti lainnya 'direct ilham dari Tuhan lah'.

klu hadi kata seraaaang! maka tiada keengkaran dan wajib serang walaupun ianya bathil.. sebb penyokong sgt percaya hadi mendapat ilham Tuhan.

begitulah ciri2 utama mana2 gerakan sesat pun dalam dunia ini. disebalik semua itulah syaitan bersembunyi mengatur gerak insan2 dungu utk terjerumus dlm longkang kebinasaan

Tanpa Nama berkata...

.
.

Rasanya tak perlu di batalkan.

Yang menempek jadi penceramah sepatutnya tarik diri.

Muhyiddin kena bantu Tuan Ibrahim kerana Tuan Ibrahim lebih pada kerjasama dengan pembangkang melalui Tuan Ibrahim.

Sebelum pusat dan dewan membuat sebarang keputusan Tuan Ibrahim di beri hak memberi pendapat. Jika ia nya di abaikan begitu sahaja, PAS sudah jadi parti ala komunis.

Tanpa Nama berkata...

Biar lah mrk nk kata apapun nk uturn nk kluk klek nak labung setinggi gunung bila ajak debat pun takot, ckp berapi nk saman tp xsaman. Yg penting next pru JGN SEKALI2 UNDI PAS DAN UMNO!!!!

opisboi berkata...

ustaz derih dok takut jadi kapior ker mcm G18 lawan tuang presideng nanti mati kena tanam di jirat mca atau gerakan.

Zahari Rashad berkata...

Taraf sama dengan Raja Bomoh...

Tanpa Nama berkata...

.
.

Bersusah payah betul walaun nak naikkan imej Hadi sebagai pemimpin yang hebat.

Beriya-iya sampai bagitahu keputusan Hadi ada kelebihan

Hasil nya Hadi tetap buruk.

Cuma yang penyokong mudah terpengaruh dengan canang walaun yang Hadi ada kelebihan dan berpandukan pada wahyu..

Penyokong di perdaya kerana wahyu tersebut bukan terus kepada Hadi .. tapi dari tafsiran mengikut suka dia ..
Kalau yang salah dan tak beriman orang lain

Wallahhuallam

nordin Abu Bakar berkata...

Parti pas parti yg tak ada faedah kpd rakyat malaysia. Presiden dh la kaki tuang tp bercakap mnhegenai Islam. APA islamnya dia tua...buat malu kat bebudak tadika pasti jer. harapkan sarban jela...pas parti pembohong bersiri..

Tanpa Nama berkata...

Kt sini hanya nampak hanya Muhyiddin saja yg tak sekepala dgn Tun skrg ni. Sbb dia lebih minat PAS dari Amanah & DAP.