23 Sep 2016

Setahun AMANAH, Jom Kita Ke Muar Johor!

Bermula malam ini nanti, Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengadakan Sambutan Setahun AMANAH di Muar Johor sehingga 24 hb September 2016 ini.

Majlis sambutan akan di adakan di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong, Muar Johor dengan pelbagai aktiviti menarik untuk sekalian rakyat.

Muar merupakan tempat dimana benih AMANAH tersemai buat kali pertama di hadapan rakyat.


Di dalam satu perhimpunan di Bakri, Muar pada 16 Jun 2015, ribuan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara telah membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" di mana pada malam itu berbelas bekas pimpinan PAS hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar PAS 2015 hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Muar sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam itu ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Rata-rata penceramah malam itu menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan dapat tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Mereka telah dikalahkan dengan grand design kumpulaqn tertentu di dalam PAS melalui perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo serta segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-ulama dan perbuatan serta tindakan melampau mereka lansung tidak dibendung oleh pemimpin tertinggi PAS semasa itu.

Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru ketika itu.

Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

"Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman."

Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju.

Maka lahirlah NGO Gerakan Harapan Baru.

Tidak beberapa lama selepas itu sebuah parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara atau akronimnya AMANAH dilancarkan di Shah Alam pada 16 September 2015 yang pimpinannya terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan selain PAS dengan ribuan hadirin memenuhi dewan di mana AMANAH dilancarkan.

Esok pula bermula sambutan SETAHUN AMANAH di Muar, sekaligus menyangkal kenyataan beberapa pemimpin parti sejarah yang menyatakan AMANAH hanya akan hidup beberapa bulan sahaja.

Jom sama-sama kita raikan, jom sama-sama kita semarakkan pengibaran panji-panji kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan untuk sama-sama kita mengubah lanskap pemerintahan negara di dalam pilihanraya akan datang ini.


VIDEO




(perhatian: jika video diatas gagal ditonton melalui handfon sila tonton melalui komputer/tablet.
ia sedang diperbaiki kerana menghadapi masalah codec.)





FEATURED ADS


15 ulasan:

Unknown berkata...

Salam;



SYABAS,Congratulate,Tahniah, pejam-celik,pejam-celik,tak terasa dah setahun umur Amanah.

Dengan adanya,Husam menjadikan 'Pemangkin'untuk Amanah bergerak dgn lebih cemerlang lagi.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Selamat Menyambut Ulang Tahun yang pertama.

Setahun berlalu..

Dari kalian semua di halau, di herdik, di labelkan sehingga mahu di lihat melutut kerana kesombongan dan keangkuhan pemimpin parti lama tetapi kalian tetap utuh, tetap maju dan kini AMANAH walaupun baru setahun tetapi tidak seperti parti lain yang hanya nama nya timbul semasa pilihanraya atau ujud ketika di gunakan untuk bergabung dengan parti yang tidak sanggup lagi bersendirian.

Syabas kepada kalian kerana telah menempuh beberapa pilihanraya dan mampu memiliki pejabat/pusat khidmat untuk parti. Malah telah menerbitkan akhbar milik sendiri.

Yang paling utama ialah kalian tidak berbohong, bercakap besar apa lagi memaki hamun kawan yang terpaksa di tinggalkan.. kalian sanggup menghulur bantuan guaman ketika kawan lama di dakwa menerima RM90 juta.. Kalian adalah pemimpin yang sangat saya hormati.

Mudah-mudahan tahun kedua yang mendatang ini Allah memberi kekuatan kepada kalian untuk menghadapi segala rintangan dan tipu muslihat musuh. Samada dari depan atau dari belakang. Samada dari kiri atau kanan. Kemenangan kalian akan menjadikan Islam sebagai rahmat sekelian alam.

Amin.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah Amanah diterajui oleh org2 yg berpengalaman dlm politik dan gigih berjuang. Utk pastikan Amanah kekal lama dipersada politik negara, barisan pelapis mesti disediakan supaya boleh mengambil alih kepimpinan pd masa depan

Tanpa Nama berkata...

Baru setahun je.hadi kata Amanah bertahan 2 tahun je.makna nya Amanah tinggal setahun je lgi..tp kalau menurut ramalan hadi tu,parti amanah sepatutnya tgh kucar kacir skrg ni tunggu masa nk kebabom je maklumla setahun lg je kan tp nampaknya Amanah makin melebar sayapnya.Dgn kemasukan Hussam menguatkan lagi Amanah terutama dikelantan..Pada aku la antara parti2 politik Malaysia ni cuma nampak Amanah paling kukuh tiada perpecahan dalaman yg kuat.kalau pkr sendiri faham la,dap juga ada sikit2 permasalahan dalaman.so pemimpin Amanah ambil lah pelajaran dr parti2 politik lain supaya parti Anda makin kuat dan tahan lasak mengharungi segala cobaan.Dap ada Penang,pkr ada selangor,kita harap next pru Amanah dpt kelantan. Walaupun sukar terutama sbb persempadanan semula dan parti pengacau pas...cuma si PKR masih bongok lagi mengharap pas.aku mmg xda hati pd pd pkr dh.kalau blh next pru biar bn ambil alih selangor sbb pelajaran kepada pkr.bkn sbb suka bn tp sbg tanda aku protes pkr...

Tanpa Nama berkata...

Ramai org mula mengenali Amanah dibandar2 tetapi di kampung2 ceruk2 felda pendalaman masih berjaya ditembusi Amanah.Penduduk kampung2 masih xtau apa itu Amanah.xpernah dengar pun.Spt sbl ni Matsabu kata ada org kg sokong matsabu tp dia igt matsabu dlm pas maka dia pangkah pas....Tuan GB tlg sampaikan pada pimpinan Amanah supaya gigih utk masuk keceruk2 kampung utk mempromosi Amanah.Amanah kena kerja keras lebih dr biasa kerana pru xlama lagi.Undi2 kampung penting utk Amanah...setakat ni org2 kg kenal PAN@kuali@pengkhianat drp ceramah2 pas.Amanah sila kuat lg usaha luar biasa, jika tidak,anda akan rugi,kami sbg penyokong amanah juga rugi sekiranya undi2 penduduk kg masih pd pas/umno...teruskan usaha Amanah...we support Amanah

Tanpa Nama berkata...

Utk pru akan dtg wajar rasanya parti2 pembangkang menggunakan satu logo rasmi sahaja sptmana bn, ini memudahkan rakyat membuat pilihan...pemimpin pembangkang perlu ada usaha ke arah perkara ini...

Din berkata...

Selamat menyambut kelahiran tahun pertama.. Amanah semakin kukuh dn dpt diterima ramai dikalangan bekas ahli2 pas dan umno. ..teruskan dn mantapkan perjuangan membela ugama, bangsa dn negara..

air gunung berkata...

Setuju sgt setuju.
Perlu guna aset Amanah yg cpt lg berkesan kpd masyarakat luar bandar seperti selebriti krn be end dah lama guna tektik neh..

Org kita neh kalo artis actres berckp cpt benor fhmnya..insya Allah cara neh akn mdh utk Amanah di kenali.lps tu trus dgn program santuni mereka..

Tanpa Nama berkata...

AMANAH perlu perbetulkan kesilapan masa lampau semasa berada didalam parti lama. Jangan memilih atau memberi kuasa semata-mata atas sebab strategik politik.

Apabila pemegang jawatan yang asal tidak ada orang yang sepatutnya penganti ia itu timbalan nya tetapi dilihat ada yang lebih baik dari timbalan. Lalu diberi berbagai-bagai sebab mengapa yang satu lagi, yang bukan timbalan yang sepatutnya mengganti yang telah pergi.

Jika bersandar pada sebab yang diberi sepatutnya dari dulu yang menjadi timbalan nya ialah orang lain bukan yang menjawat timbalan sekarang.

Begini lah jadi nya perlantikan dan pemilihan melalui cai.

AMANAH perlu berhati-hati menyusun organisasi parti dan jangan sesekali mengguna kaedah cai kerana akibat nya parti boleh berkecai.

antiasobiyah berkata...

In sha ALLAH...Dari Penang satu kereta akan bersama org2 Muar esok..ronda2!!!

Tanpa Nama berkata...

AMANAH perlu perbetulkan kesilapan masa lampau dalam berparti. Jangan memilih atau memberi kuasa semata-mata atas sebab strategik politik.

Apabila pemegang jawatan yang asal tidak ada orang yang sepatutnya penganti ia itu timbalan nya tetapi dilihat ada yang lebih baik dari timbalan. Lalu diberi berbagai-bagai sebab mengapa yang satu lagi, yang bukan timbalan yang sepatutnya mengganti yang telah pergi.

Jika bersandar pada sebab yang diberi sepatutnya dari dulu yang menjadi timbalan nya ialah orang lain bukan yang menjawat timbalan sekarang.

Begini lah jadi nya perlantikan dan pemilihan melalui cai.

AMANAH perlu berhati-hati menyusun organisasi parti dan jangan sesekali mengguna kaedah cai kerana akibat nya parti boleh berkecai.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Amanah. Rakyat mahu Amanah bekerjasana dengan PKR, BERSATU, DAP, PSM dan Parti2 (state-based parties) di Sabah dan Sarawak....

Jika PAS mahu bersama okay, dengan syarat PAS bersetuju dengan agenda bersama. Jika PAS mahu bersendirian, biarkan. Jika PAS mahu bersama Umno biarkan.

Dicadangkan parti2 pembangkang menubuhkan SATU barisan yang boleh dinamakan BARISAN RAKYAT (BR). Kemudian pertandingan nantiakan melihat BR melawan BN.

Tanpa Nama berkata...

pas masok je lah ph kan di selangor bolh kerjasama dgn dap, skrng pas prlu ph dn bgitu jg sebliknya, baru bolh menang lwn bn.lmbut2lh hati yg keras tu sikit.nanti klu menang sama2 masyuuuk macm di selangor.

Tanpa Nama berkata...

Tak setuju pas masuk PH sbb jika mereka menang, kerusi2 yg dimenangi akan digabung dgn umno utk jadi kerajaan negeri..tak percaya tunggulah sbb mereka tidak beramanah,
Mereka hanya pandai perdaya rakyat dan PH..aku sedikit pun x percaya pas sejak dibawah hadi laknatullah.

Pemuda parit kings berkata...

Sayang nya tak dapat hadir program ni...haha..duduk dijohor...namun APA kan daya...ada masalah lebih penting harus dibuat...