27 Ogo 2016

Anis Syafiqah Lebih Baik & Berani Dari Ulama Yang Bisu Terhadap 1MDB

Kenali Anis, pelajar 'biasa' yang mahu tangkap MO1

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.

Secara berseloroh, aktivis berusia 24 tahun itu menceritakan bagaimana dia menunggang skuter seorang diri dan sesat selama hampir satu jam ketika mahu ke pejabat Malaysiakini untuk di temubual.

"Semalam saya tidur pada pukul 4 pagi," katanya - satu lagi malam yang panjang selepas dua minggu dia membuat penampilan awam, menghadiri sidang akhbar, temubual, pameran bergerak dan ditangkap menjelang perhimpunan # TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.


Malah, kata Anis Syafiqah, dia tidak ada masa untuk melihat adik lelakinya yang berlepas ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran, atau meluangkan masa untuk bersama adik perempuannya yang baru pulang dari Jordan.

Anak sulung daripada lima adik beradik ini tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti dia akan mengetuai gerakan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 - nama yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengimbau semasa dia di sekolah menengah, masanya dihabiskan belajar untuk menghafal al-Quran dan dia kemudian meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam Pengajian al-Quran.

Hanya secara kebetulan Anis Syafiqah akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya - lubuk bersejarah aktivisme pelajar - kerana tawaran lain untuknya adalah kursus peringkat ijazah di sebuah lagi universiti tempatan.

Cita-citanya adalah untuk menjadi pensyarah, bagi mengikut jejak langkah ibu bapanya yang kedua-duanya menjadi guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sungai Besar, Selangor.

Sebagai seorang gadis remaja, Anis Syafiqah mengaitkan minatnya dalam isu-isu semasa dengan ayahnya, yang mengajar STPM peringkat Pengajian Am.

Tetapi dia juga pantas menambah bahawa ayahnya selalu mengelak daripada doktrin politik partisan, walaupun pernah menjadi pemimpin cawangan sebuah parti Islam.

Prinsip yang sama dipegang oleh Anis Syafiqah dalam peranannya sebagai pemimpin pelajar, dan juga apabila meyakinkan rakan-rakan pelajar dari institusi lain untuk bersatu dan menyokong perhimpunan esok. -mk


Elak kaitkan agamawan dan ulama dengan isu politik

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emiritius Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid mahu golongan agamawan dan ulama diberikan peluang untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik tanpa membabitkan mereka dalam isu yang dibangkitkan antara parti politik dan kerajaan.

Beliau menasihati agar pemimpin politik tidak menuduh golongan agamawan dan ulama di negara ini, lebih gemar bersikap membisu atau menutup sebelah mata dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tidak kiralah ia golongan agamawan dan ulama dalam parti atau golongan agamawan dan ulama di luar parti, mereka ini jangan dikaitkan dalam perbalahan antara pemimpin politik dan pihak kerajaan.

"Selagi tuduhan dan andaian terhadap sesuatu isu seperti 1MDB itu masih lagi tidak jelas, adalah tidak sesuai seorang agamawan atau ulama membuat kenyataan bagi pihaknya, parti atau persatuan yang didokonginya," ujar beliau kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta pandangan mengenai kenyataan bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa semalam, dipetik berkata, isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam al-quran umat Islam digalakkan untuk amalkan 'tabayyun' sebelum menyatakan sesuatu pendirian.

"Dalam quran juga mengalakkan kita melalui proses tabayyun. Kami sebenarnya tidak tahu siapa yang betul dan salah. Pihak pembangkang ada tuduhannya manakala pihak kerajan ada jawabannya pula menidakkan tuduhan.

"Secara umum kenyataan yang dibuat Husam itu tidak sesuai dengan keadaan sekarang, apabila ada usaha dikalangan agamawan dan ulama cuba untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik ada pula kenyataan di media yang mahu melibatkan kami dalam isu politik.

"Misalnya dia mempertikaikan sikap agamawan dan ulama dalam Pas atau secara umum agamawan di negara ini, kurang bijaklah.

"Ini kerana tidak semua ulama dan agamawan tidak memandang serius kepada kes seperti itu tetapi dalam Islam selagi sesuatu tuduhan dan andaian tidak jelas, maka kita tidak boleh membuat kenyataan untuk memihak kepada sesiapa," ujarnya.

Justeru katanya, MDN yang mewakili golongan agamawan dan ulama yang sangat prihatin dengan perpaduan ummah rasa dukacita dengan 'tuduh menuduh' antara parti politik dengan pihak kerajaan yang berlaku hari ini.

"MDN amat berhati-hati untuk membuat sebarang kenyataan di media agar ia tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau kerajaan dalam isu seperti 1MDB ini.

"Kita tidak mahu menambahkan lagi kekeruhan hubungan antara pemimpin politik dan pihak kerajaan di negara kita dengan golongan agamawan dan ulama pula.

"Saya kalau boleh nak nasihatkan kepada para pemimpin politik supaya ambil peluang bulan haram ini- kendurkan ketegangan sesama kita.

"Bagilah peluang kepada agamawan dan ulama mainkan peranan mereka membaiki hubungan itu," ujarnya.

Mengulas mengenai pgrom #TangkapMO1 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini, ujarnya, ia satu perkembangan tidak sihat mutakhir ini.

"Ini perkembangan yang tidak sihat di negara kita perbalahan semakin hangat. Nasihat saya mereka perlu memandang belakang dan hadapan.

"Melihat kembali kepada sejarah perjuangan bersama dan masa depan generasi kita.

"Masa nak tuntut merdeka kita bersatu .Kita bersama bercakap tentang perpaduan dan pembangunan ummah tetapi hari ini kita berpecah begitu teruk.

"Ertinya kita telah menafikan sejarah perjuangan dan tidak membina kebangkitan umat untuk masa depan secara berpadu.

"Orang politik dalam negara kita banyak yang emosional jadi kurangkan emosi untuk tuduh menuduh dan serang menyerang.

"Soal nak tangkap ke... nak usir ke... itu rempah ratus emosi keegoan yang dipanggil 'super ego' dalam diri masing-masing dan syaitan sudah menenggek dalam keegoan masing-masing. Mereka kenalah beristigfar banyak kali...dengan pelbagai perbalahan politik yang berlaku, kesian rakyat jadi mangsa," ujarnya.
-MD




ULASAN GB

Ternyata sikap dan pendirian yang diambil oleh pelajar yang bernama Anis Syafiqah Mohd Yusof lebih menghampiri perjuangan rakyat daripada sikap yang diambil oleh beberapa ulama yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kemungkaran dan kezaliman yang berlaku.

Dr. Mahmood Zohdi menyatakan: "1MDB itu masih lagi tidak jelas" dan "dalam quran juga mengalakkan kita melalui proses tabayyun. Kami sebenarnya tidak tahu siapa yang betul dan salah.

Baik. Jika itu alasan ulama untuk membisu dan tidak campurtangan di dalam kes 1MDB, kita ingin bertanya, sudahkah ulama memulakan proses tabayyun itu atau sekadar hanya mendengar maklumat disuapkan melalui kenyataan-kenyataan pihak kerajaan khususnya Najib yang sepastinya beliau menafikan tuduhan terhadapnya?

Apa langkah yang telah dilakukan oleh ulama di dalam proses tabayyun yang diarahkan oleh Al-Quran itu atau sekadar hanya membelak-belek akhbar arus perdana yang dari awal sudah menampakkan sikap cuba untuk menutup skandal 1MDB tersebut apabila berita kenyataan dari dari Jabatan Kehakiman Amerika lansung tidak tersiar di akhbar tempatan?

Pendirian Dr Mahmood tidak pelik kerana rupa-rupanya pertubuhan yang beliau ketuai iaitu Majlis Dakwah Negara (MDN) sedang beruaha untuk merapatkan jurang pemimpin politik dan pihak kerajaan di negara kita dengan golongan agamawan dan ulama. Ia menjadi alasan baginya untuk tidak turut campurtangan di dalam isu rompakan wang rakyat melalui 1MDB yang telah menyebabkan hutang negara kini meningkat sehingga hampir RM3 trillion serta pengenaan GST oleh kerajaan terhadap rakyat bagi menampung kerugian yang dicetuskan oleh 1MDB tersebut.

Sikap agamawan dan ulama yang membisu terhadap skandal 1MDB adalah umpama membiarkan skandal itu terus berlaku, walhal jika agamawan dan ulama sudah melakukan tabayyun seawal dari pendedahan Anwar Ibrahim terhadap 1MDB pada tahun 2011 dahulu sudah pasti agmawan dan ulama yang cintakan kebenaran dan keadilan tidak akan bersuara seperti Dr. Mahmood Zuhdi itu.


Sikap Dr Mahmood Zuhdi yang mengasingkankelompok politik dengan agamawan seperti seolah-olah pihak agamawan dan ulamak tidak ambil peduli hal-hal politik. Ia seperti doktrin pemisahan agama dan negara, pihak agamawan dengan hal agamanya, pihak politikus dengan hal negara. Katanya jangan ditimbulkan kekeruhan di antara keduanya.

GB tertarik dengan tulisan Dr. Muhaimin Sulam:
Dan hari-hari mendatang pasti tempat itu sungguh menyenangkan saya. Kerana masih ada anak muda mahu bersuara sedangkan masih ada si tua yang sendat otaknya untuk bergerak.





FEATURED ADS


23 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Ulama' terompah kayu..Syaitan bisu

Pemuda parit kings berkata...

Ularmak tak boleh pakai!!!cakap Sahaja cintakan Islam...tapi hakikatnya menghancurkan nama Islam...tambah lagi zuhdi...menghancurkan dan memecah belahkan pas..

Tanpa Nama berkata...

Ularmak PAS tak tahu kah mencuri dan rasuah adalah dosa mengikut Islam ? Ularmak PAS berjuang untuk ISLAM kah atau berjuang untuk kocek sendiri ?

Tanpa Nama berkata...

Tanggungjawab siapa kah yang sepatutnya dalam isu 1MDB? Adakah dilandaskan atas bahu Anis Syafiqah Mohd Yusof atau Dr. Mahmood Zohdi. Satu dalam proses untuk menjadi pensyarah dan satu lagi sudah dapat gelaran Dr.

Selepas membaca jawapan Dr. Mahmood Zohdi, saya pun bertanya apa yang dia cakapkan ini sebab isu 1MDB dah bertahun lama nya.

Alasan Dr. Mahmood Zohdi memberi alasan tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Bagaimana kes liwat Anwar Ibrahim? Bagaimana dengan filem The Wolf of Wall Street yang dilabur oleh anak tiri Najib. Filem lucah.

Apakah kebenaran akan datang mengolek-gokej depan Dr. Mahmood Zohdi ?

1MDB bukan isu politik semata-mata tetapi desakan Husam ialah untuk menyelamatkan negara. Selama ini adakah pemimpin pembangkang mengheret ulamak supaya bersuara mengenai isu yang mereka bawa?

Isu-isu politik lain tidak sampai seburuk se dasyat 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

Inilah ujian allah pd ulama....aku rasa mcm fail le

Tanpa Nama berkata...

Mz ularmak Tait kucing buat menyemak dunia saja.zaman la ni tadak dah ulama original.yang wujud la ni jenis ularmak dedak Dan Ustad sampul.

Unknown berkata...

membalak bersama olarmak.

Tun Perak berkata...

Wahai ulamak jawablah ape saje, bagilah ape saje alasan yg sedapkan hati sendiri, yg pasti diakhirat jawablah sendiri depan Allah rabbul jalil

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa elok ada sapa2 berani cuba, boleh saman ulamak2 kes 90 juta tu, minta dipulangkan balik duit tu. Takat buat laporan, siasatan akan sonyap jo.

KUBU BESAR PALO berkata...

KEZALIMAN PEMERINTAH PERLU DITANGANI OLIH SEMUA...TERUTAMA YANG BERLIMU TIDAK KIRA UGAMAWAN ATAU BUKAN UGAMAWAN....CUKUP MENYEDIHKAN MUTAKHIR INI KELEMAHAN
UGAMAWAN AMAT KETARA...DIKACA TV SABAN PAGI USTAZ USTAZAH HANYA FOKUS KEPADA ORANG BAWAHAN UNTUK MENYAMPAIKAN DAKWAHNYA... TAPI ORANG ATASAN TIDAK PANDANG SEBELAH MATA PUN.... DAN PARA USTAZ USTAZAH TIDAK BERANI SENTUH ISU ISU NEGARA
SAPERTI GST 1MDB DLLNYA

Tanpa Nama berkata...

MUNGKIN ZOHDI TAK TAU DUIT 2.6 B TU MASUK AKAUN SAPA KOT.

MUNGKIN ZOHDI TAK TAU JUMLAH SEBENAR HUTANG 1MDB @ KEJAAN BILA TAHUN 2030 NANTI TIBA KOT....

BIOR LE...
MASA TU DIA DAH TAK ADA DAH

Unknown berkata...

Tak usah nak hairanlah pada yang bercakap dalam tv tu. Mereka tu dijemput untuk bercakap. Kalau lebih2 minggu depan tak keluarlah muka tu.
Kes 1MDB ni bukan kes perbalahan politik. Tu pon nak pusing lagi.Orang politik mereka ambil tahu hal negara. Hal ekonomi. Nak tunggu ulamak selidik hal2 ekonomi, kewangan macam 1MDB? tak tau bila lah. Yang duduk kampung ada Phd pon tak peduli masjid kosong ke, budak isap dadah ke,pil kuda ke....senyap jer.Ulamak yang pencen lagi teruk....

Tanpa Nama berkata...

Anak sedara aku ni. Family baik2 beragama. Adiknya lelaki no 3 smbung bljar di medan. Yg no 2 perempuan baru balik dr jordon 28hb buln lalu. Yg no 4 perempuan calon spm tahun ni. Yg last lelaki form 2 aliran tahfiz. Yg lelaki smbung blajar di medan namanya lokman hakim tu seusia 17 tahun dh mengimamkan solat fardhu dan sunat hari raya serta khutbah hari raya surau berdekatan rmhnya. Form 1 - 5 tahfiz di kelantan.

Pencolekhangek berkata...

Allah swt Maha Kaya. Kepatuhan kepadaNya bukan boleh dibuktikan dengan lidah sahaja. Gerak geri tangan, mata, bibir dan badan juga boleh membuktikan apa yang ada dalam hati. Pendapatan mewah, kenderaan mahal, rumah tersergam dan isteri yang ramai tetap dipertahankan untuk keselesaan diri sendiri walau pun semua itu akan lenyap bila badan menjadi bangkai. Kesian orang awam yang majoritinya bodoh, tidak reti berfikir, tidak ada inisiatf mencari ilmu, mudah diputarbelitkan menjadi mangsa sepanjang zaman. Sama juga seperti pemimpin politik, orang ugama berautoriti perlu menjaga periuk nasi, perlu menjaga kepentingan bos. Rakyat disuruh berkorban harta dan nyawa tetapi orang berkepentingan menggunakan itu semua untuk hidup selesa. Mujur Rasulillah maninggalkan kita Alquran dan hadith. Kita boleh rujuk. Mujur ulamak zaman dahulu telah memberi tunjuk ajar dan contoh maka kita sedikit sebanyak boleh menilai. Yang memang benar kita tidak pandai membuat dodol namun apabila orang lain memasaknya, kita tahu itu dodok dan bila diberi untuk dimakan kita tahu juga bahawa itu dodol. Semua akan disoal dan dipertanggungjawabkan. Berdoalah kita dan meminta pertolongan Allah yang Maha Kuasa semoga kita dijauhi dari ulamak palsu dan menghapuskan mereka dari kalangan kita. Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita semua. Amin.

Nick Syam Fitrie berkata...

Ulama & puak lebai auta Pis jadi bisu & pekak sebab mulut & telinga penuh dgn dedak Umngok.

Tanpa Nama berkata...

Penangan dedak hasilnya ulama kakak tua. Ulama PIS kata nak saman isu 90 juta. Ada 18 hari lagi!!!

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya zohdi..... betul2 bodoh.... beginilah golongan yang suka memutar belit isu. rakyat tak bodoh macam dia.....

Pas sudah jadi macam ayam hilang kepala.... tak jelas apa halatuju .... mungkin nak dunia kembali ke zaman batu.....

Tanpa Nama berkata...

Mana ada ulamak dlm malaysia..yg ada hanyalah puok2 cari makan bertopengkan agama..

Tanpa Nama berkata...

TAK MALU KE? PUAK PUAK ULAMA NI..BAGI KNYATAAN MACAM BAGI KAT BUDAK BARU PONDOK JE.. MACAM MANA GOLONGAN MUDA NAK HORMAT ULAMA KALAU MACAM NI. PENDIRIAN MEREKA..BENDA MUNGKAR MESTI LAH DIPERANGI..BODOH PUNYA OLANG..

Pemuda parit kings berkata...

Sedih...apabila ulamak yg ada tak boleh buat sesuatu...sanggup berdiam diri walaupun dihina dan dikeji...adakah ulamak yg ada skrg ni tiada maruah???tiada rasa akan keburukan pemerintah yg ada skrg???menjual agama demi kesenangan hidup???jawablah ulamak2 dimalaysia...jgn kamu berdiam...Bangkit lah...jgn kamu memalukan agamamu...jika kamu dipihak yg benar...

Tanpa Nama berkata...

Bagi orang pas
Yang penting ulama pas tetap suci mulia
Yang penting dap Cina kapir tetap celaka Kerana menentang agama

Ulama pas memang suci mulia

Tanpa Nama berkata...

4 5 kali zuhdi sebut orang politik dan kerajaan. ini bukti zuhdi xfham isu. ini bukan pertentangan poltik. ini rompakan oleh pengkhianat yg sepatutnya menjaga amanah rakyat tp dh kianat.

ini bukan jg mewaikili umnu atau bn. ini kejahatan segelintir org paling berkuasa yg pecah amanah.

adakah klu perompak rompak rumah zuhdi..dia akn kata perompak tu melayu islam..kita mesti bersatu jgn pecah belah dgn perompak tu.

zuhdi kt org politik emosi. ini bkn soal emosi. ini soal negara dh nk lingkup masih nk lenggang lenggok lagi ke ala hj lebai ketayap slow motion begitu.

anak zuhdi sedang melintas jln ada lori lalu dia tkperasan maka zuhdi pun ckp... duhai anak ku.. hati2la dijalanraya ye...dgn penuh lemah lembut dn sopan santun.

zuhdi kata jgn pecah belah kesian rakyat. kata2 dungu tkfaham apa dia ckp. yg anis merintih tu adalah rakyatla yg patut dikasihani.

berjuta rakyat susah kerana beberapa kerat penyamun. zuhdi masih ckp soal perpaduan antara mangsa rompakan dn perompak besar. bodoh jenis apa zuhdi ni.

klu kasihan rakyat perjuangla supaya hak rakyat dikembalikn dn penyamun ditangkap dihukum.

zuhdi ckp masa merdeka kita blh bersatu utk lawan penjajah. sbb penjajah menjarah hasil bumi dan keringat rakyat diperas.

samalah dlm kes 1mdb.. perompak melayu fasik bersama geng2 filem lucah dn taik judi merompak menjarah hasil bumi dan keringat rakyat utk poya2 mcm syaitan.

tu sbb kita mesti bersatu melawan dan menjatuhkn penjajah ini yg lbh teruk dr penjajah org putih. penjajah ini diberi amanah tp pecah amanah. berselindung dibalik ulamak syaitan bisu dn bangsa melayu.

penjajah jenis ini bersifat munafik lbh afdal disingkir dpd penjajah kafir yg jelas.

tidak menjadi masalah mengutuk zuhdi dgn helah tabayun nya kerana dia bukan ulamakpun. klu ulamak mesti membela rakyat dn tidak hubbudunia.

ulamak yg diselimuti keselesaan hidup mewah tidak akn mmperjuangkn umat. percayala.

sanggup kah zuhdi dipenjara mcm anwar? hilang jawatan dn hidup menjual minyak attar sana sini kerana perjuangan.

johad yg besar berckp benar fihadapan pemimpin yg zalim yg merompak duit rakyat antaranya duit pkcik mkcik kmpung yg berjimat kumpul utk ke mekah.. tetapi telah diguna oleh jho low utk berjudi 7hari 7mlm dan rugi pulak 11juta.

semuga Allah membinasakn perompak ala penjajah ini dn mereka yg khianat membela penjajah yg menjarah darah dn keringat rakyat melalui syaitan 1mdb.

merdeka merdeka merdeka..... dpd penjajah munafik berkulit melayu mengaku islam tp berhati lanun penjajah.

Tanpa Nama berkata...

entahlh ularmak skrg suka mnghukum , mengkafir harbi, memecah belah,tpi brjuang sorry la....