8 Jul 2016

Bukankah Najib Pernah Minta UMNO Contohi Keberanian IS?

Media jangan beri ruang siar agenda IS – Khalid

KUALA LUMPUR: Pengamal media yang memberi ruang kepada anggota kumpulan militan IS untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Media yang ingin mencari kelainan berita dengan menyiarkan temu bual media bersama anggota Daesh warga Malaysia di sana (Syria) sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini.


Ini kerana tegasnya, media juga mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan ia perlu menjadi keutamaan mereka.

“Saya tidak kisah jika mahu temu bual (dengan Daesh) tetapi tidak perlu menyiarkannya kepada awam. Mana-mana media tempatan yang memberikan ruang kepada Daesh untuk menyalurkan agenda mereka akan diambil tindakan tegas,” beliau memberi amaran.

Khalid berkata demikian berikutan tindakan dua akhbar tempatan yang menyiarkan berita berhubung temu bual bersama anggota Daesh warga Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, baru-baru ini.

Dia juga memberi amaran kepada semua pengamal media lain agar tidak berbuat demikian kerana keselamatan negara adalah keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya terus memburu baki suspek serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, baru-baru ini.

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil membantu pihak polis,” kata Khalid.

Setakat ini, polis menahan dua pekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang yang disyaki melontar bom ke pusat hiburan itu serta seorang lagi suspek yang disyaki bersuhabat dalam serangan itu.

Pada 28 Jun lepas, lapan cedera termasuk seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 pagi ketika pengunjung premis berkenaan menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016. – BERNAMA

ULASAN GB

Seingat GB, pemimpin UMNO dan PAS turut saling mempromosikan IS sebelum ini. Buktinya:


Itu kenyataan PM sendiri yang kagum dengan semangat juang IS malah meminta ahli UMNO mencontohi keberanian para pejuang IS.

Begitu juga dengan AJK PAS Pusat, iaitu menantu kepada Presiden PAS sendiri, Sdra Zaharuddin Muhammad seperti tersiar di dalam facebooknya:


Dan media massa arus perdana ketika itu memberi ruang yang agak besar terhadap kenyataan-kenyataan mereka.

Kalaulah yang membuat kenyataan itu terdiri dari pemimpin yang bukan dari UMNO dan PAS sudah pasti kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Hasutan.


16 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Ana mintaaf byk byk buka. Sebab raya tapi seabab

Kata NAJIB ADALAH BAPAK SEGALA IS.IS

Org pertana yg puji is.is adalah menantu yaHADI ..bangga bujan Main

Esom najibullah pula auruh Rakyat Malaysia contohi binatnag buas ciptan Saudi wahabi algilababi ini...

Cetek otak org melyu Ni...

KNP TAK SURUH ORG ISLAM CONTOHI NABI s.a.w. Atau sayidina Ali.itukan lebih elok Dan cantik?

Tanpa Nama berkata...

Jika IS ada berani mati.. pihak berkuasa perlu menyusup masuk dalam IS dengan menghantar ejen berani mati. Tetapi berbaloikah jika mati di sembelih oleh IS?

Najib dan Zaharuddin perlu di tangkap kerana berfahaman IS jika tidak kedua-dua nya akan menyebar fahaman tersebut sedangkan yang di tangkap mereka yang di syaki.

Sehingga sekarang mereka tidak mengutuk serangan bom di Pucung. Ada ?

Mungkin Khalid tidak mengambil serious kerana IS yang berjuang sehingga bermati-matian tidak sesekali makan ketupat dedak !

Tanpa Nama berkata...

Ahli PIS memang keliru tentang matlamat hidup. Orang istiqamah dgn kebenaran bukan istiqamah dgn PIS. PIS hanya alat ttp lihatlah halatuju kemana nak dibawa. Ibarat cakap nak pergi Mekah tp sampai London. Kenapa jadi macam tu? Jawapannya mudah saja. Puncanya ulama dlm PIS tidak wasil ( rujuk kitab hakikat pengabdian ).

Tanpa Nama berkata...

Mat LOL mana ada pikir punyea orang

Tau tau LAHAP saja


Kan SAPUMAN tu....

andikbolong berkata...

polis sewajibnya menuoal siasat akan pem dan pispusayah cik dan mupeti .. then baru gyglain

Tanpa Nama berkata...

Nak alih isu kot!!

Malaysiabaru berkata...

Anon 10:40

Tak perlu hantar agen.. Yg bunuh atatuya pun agen tapi kena gantung jugak..

Duit 2.6b 'saudi' atau Negara haram terorist mana yg bagi tu sebenarnya adalah utk menyebarkan fahanman is.is..

2013, Wang haram di salur utk lawan al ikhwanul PAS. Tapi sebaliknya bukan lawan tapi diberi dedak.. Nasib baik jadi.. Temakan juga din ayam.pemakan dedak pertama Dari pIS

Duit haram Ni utk tubuh cawangan is.is di Malaysia nak lawan Indonesia yg diketuai jokowi ahli syiah. (itu sebab Indonesia satu satunya Negara yg tidak hantar askar ke Saudi wahabi algilababee)

Dan Wang haram di beri kpd sulu utk undi be end pru 13 Dan lawan org Moro yg dapat bantuan syiah..

Ini semua 2.6b spill-over effect.

Mufti Pahang memberi arahan kpd local terorist secara tidal langsung sepeeri juga zakar naik yg beri semangat jihad.

Tapi mufti Pahang hanya target kawasan parlimen Dap spt puchong kepong Klang Utk di hapuskan bukan Putrajaya klcc damansra

Mufti Pahang agen is.is yg jelas dan najibullah penerima wang utk tubuhkan is.is cawangan Malaysia..

Semua sudah jelas..tinggal Khalid 'fred' flinstone albakr nak buat tangkapan shj.

2.6b bukan isu kecil. Ia berkait rapat dgn projek I.S !!! Oleh Saudi arabia!

Lelakidicermin berkata...

Entahlah.. kang nak ckp salah.. tak ckp salah...ketua polis negera mcm org sg besar dan org k.kangsar asyik terlupa je.. ingat lagi najib dan menantu tuang presiden memuji is... skg apa jawapan ketua polis negara...?

Tanpa Nama berkata...

Letupan di Puchong sebab IS atau kesan dari fatwa mufti?

Tanpa Nama berkata...

NAMPAKNYA KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA NI TAK BUAT HOMEWORK ATAU BUAT-BUAT LUPA SEPERTI KATA DR.M....

Tanpa Nama berkata...

Pis dah kenyang dedak.xhairan is ke us ke apa2 ke yg penting dedak byk smpi 7 keturunan pun x abis mkn..

Pemuda parit kings berkata...

Diorg semua belum puas cekik duit rakyat...selagi boleh...baik yg mengatakan dia ularmak mahu pun pemimpin umno bn...takkan puas makan duit rakyat...yg bebalnya org yg menyokong pemimpin kurop sebegini...Malang nasib rakyat Malaysia yg ingin berubah dan sedar...

Tanpa Nama berkata...

Rafizi yang mengguna perkataan 'bom atom' yang polis siasat .. ingat buat 'bom atom' macam beli mercun bola ??

Tanpa Nama berkata...

Ko ni penyokong ayatollahs ke? Klu Saudi tu gila babi, buat apa ke Mekah dan solat di blkg imam Saudi? Pergi le ke Karbala, pukul blkg tu dgn parang, kemudian bole mut'ah dgn perempuan Iran... putih putih wow perempuan Iran ni... bini Ko apa class?

Tanpa Nama berkata...

Ko ni ada bukti ke yg jokowi tu syiah? Setahu aku lah, yg benci sgt dgn Saudi dan suka label org Wahabi ni, syiah. Harap nya ko tak termakan dedak mut'ah syiah... Klu ya, pintu Taubat sentiasa terbuka... pelik aku dgn pengagum revolusi syaitan Iran. Jd keldai pd tuan2 syiah parsi.

Tanpa Nama berkata...

Kes duit pampasan Abu Sayaf dah senyap... Haha... Kita semua kena kencing dgn mamak KTN