11 Ogo 2015

BERSIH 4.0: TITM Buat "U-turn" Untuk Ikut Kehendak Presiden


PAS konsisten menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi dalam negara ini.

Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihan raya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihan raya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorandum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak-anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini.

Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan Saudara Kamaruzaman Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insya Allah, bagi melunaskan maksud mendukung cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan NGO, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan-rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
10 Ogos 2015



PAS kini mula terasa keseorangan selepas dipinggirkan

PAS semakin keseorangan dan terpinggi daripada pakatan pembangkang apabila memutuskan hubungan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan di muktamar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.

PAS semakin keseorangan dan terpinggi daripada pakatan pembangkang apabila memutuskan hubungan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan di muktamar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.

PAS kini mula terasa keseorangan selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka, bahkan parti Islam itu terpaksa bersendirian. Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan, pihaknya hanya akan menghantar 3 wakil ke perhimpunan Bersih 4.0 kerana ia bukan dikepalai parti itu.

"Kita buat keputusan untuk menyertai Bersih tetapi yang Bersih 4.0 ini bukan kita kepalai, orang lain yang kepalai, bukan kita yang buat agenda, orang lain yang buat agenda.

"Jadi, kita hantar wakil saja, 3 orang menyertai himpunan ini. Kita tidak suruh ahli kita pergi.


"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang," kata Hadi dalam ucapan pada majlis himpunan PAS Perak di Ipoh pada Ahad.

Sehingga kini, PAS sudah diketepikan dalam sekurang-kurangnya 3 program besar iaitu mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.

Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS menyertainya.

PAS sebelum itu memutuskan menghantar 3 wakil ke mesyuarat itu iaitu timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan dan ketua pengarah pilihan raya Datuk Mustafa Ali.

Ketika itu, beberapa pemimpin yang mewakili PAS tiba di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyertai mesyuarat, namun mendapati ia dibatalkan dan ditukar kepada mesyuarat antara Dr Wan Azizah dengan pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO) saja.

Khamis lalu, pemimpin pembangkang mewakili semua parti hadir ke pejabat SPRM bagi memberi sokongan moral kepada badan pencegah rasuah itu, namun tiada wakil PAS kelihatan.

The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin PAS tidak diberitahu atau dijemput untuk menyertainya.

Hasilnya, Pemuda PAS Selangor terpaksa pergi bersendirian menghantar memorandum sokongan pada keesokan harinya, 7 Ogos.

Sementara dalam penganjuran himpunan Bersih 4.0, ketika semua parti politik pembangkang termasuk kumpulan pecahan daripada PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), diajak berbincang untuk menjayakannya, parti yang memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP itu tidak dimaklumkan mengenainya.

Ini menyebabkan pihak media tertanya-tanya, apakah PAS akan menyertai himpunan ini atau tidak kerana penyokong mereka adalah yang paling ramai dalam himpunan Bersih sebelum ini.

Di kalangan pemimpin PAS pula berlaku pendebatan hangat apakah mereka patut menyertai Bersih 4.0 atau tidak selepas mereka tidak dijemput secara rasmi membincangkannya.

Namun, menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat 8 Ogos lalu, jemputan dihantar oleh Bersih 4.0 secara peribadi kepada Tuan Ibrahim untuk menyertai himpunan itu.

Hasilnya, selepas mesyuarat itu, Tuan Ibrahim memaklumkan PAS akan menyertai Bersih 4.0 dan akan menghantar 2 wakil untuk menyertai perbincangan mereka.

Mereka adalah Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha akhbar presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Namun, kenyataan Hadi menjelaskan lagi sikap PAS sebenarnya iaitu hanya menghantar wakil, bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

PAS pada muktamar tahunannya Jun lalu memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.

Ia menyebabkan akhirnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, PKR dan DAP terkubur.

Ia juga melahirkan GHB secara rasmi, yang berhasrat menubuhkan parti Islam baru sebagai alternatif kepada PAS dan kemudiannya bekerjasama dengan DAP, PKR dan beberapa pihak lain membentuk sebuah gabungan pembangkang baharu.
-TMI


ULASAN GB

Sebelum ini, TITM buat kenyataan bahawa PAS akan sertai BERSIH 4.0 dan akan menghantar tiga orang wakilnya di dalam Jawatankuasa BERSIH 4.0.

Tiba-tiba Tuan Presiden menyatakan:

"Kita buat keputusan untuk menyertai Bersih tetapi yang Bersih 4.0 ini bukan kita kepalai, orang lain yang kepalai, bukan kita yang buat agenda, orang lain yang buat agenda.

"Jadi, kita hantar wakil saja, 3 orang menyertai himpunan ini. Kita tidak suruh ahli kita pergi.

Setiap kenyataan TITM nampaknya tidak sehaluan dengan kenyataan Tuan Presiden akan menggunakan kuasa vetonya menterbalikkan apa yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden.

Sudah beberapa kali berlaku pertentangan pendirian diantara Presiden dan Timbalan Presiden PAS.


Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia?

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Anda akan tuai apa yang anda tanam.

Tak lihatkah di dalam perhimpunan GST yang lalu? Siapa "orang lain" yang ada menyertai perhimpunan anti-GST anjuran PAS? Berapa ramai yang menyertainya? Bandingkan perhimpunan anti-GST bukan anjuran PAS:


Demikianlah, apabila keangkuhan dan kesombongan meraja di hati"nya"...






IKLAN BERBAYAR







30 ulasan:

Abdul Said berkata...

Berdasarkan kenyataan-kenyataan bertentangan yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS, boleh dikatakan PAS sedang menghadapi krisis dalaman yang teruk. Kalau PAS seekor ikan , kepalanya sudah busuk, kalau PAS sebuah keretapi, kepalanya tak larat nak bergerak membawa gerabak walaupun arangbatu dibakar dengan banyak, kalau PAS seorang manusia, ia sedang mereng dan kalau tidak berubat pasti akan gila. Adalah baik jika waris terdekat mencari doktor, dukun, dan sebagainya untuk berubat sebelum satu kampung menjadi huruhara. Sementara itu pertubuhan-pertubuhan lain yang sibuk dengan agenda menyelamatkan negara eloklah jangan diusik atau dilayan sangat PAS waktu ini. Memadailah perhubungan organisasi tuan-tuan dengan PAS dituruntaraf dan dikendalikan oleh kerani pejabat am tuan-tuan atau pun diuruskan oleh penyambut tetamu sahaja!!

omar daud berkata...

Salam


Begitulah hakikat sebenarnya, Ada hikmahnya PR tak menang PR 13 dulu,jika tidak punah ranah Malaysia di buatnya, DIA NAK JADI BOS,Dia nak jadi PM sebab ada keluar fatwa Hadi islam PAS KENA JADI ketua bukan pengikut.PAS tidak pernah mengukur baju di badannya sendiri.Mempergunakan ISLAM semata-mata nak jadi ketua.Supaya senang pengagihan,kuasa, harta-kekayaan dan segala kesenangan yg lain.Tidak pernah memikirkan keadaan rakyat malaysia keseluruhannya.Sikap takabur,kibir,membanga diri,mengangap islamnya sajalah yg berhak diikuti.sesiapa yg berbeza pendapat darinya,maka macam2 label akan diberikan,walaupun bertentangan dgn ajaran islam yg sebenar.

Hikmah GHB dilahirkan,adalah memberi alternative pada rakyat Malaysia,islam adalah pemberi rahmat untuk manusia sejagat.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 dengan sikap egonya dan sombongnya,apa salah orang lain yeng mengepali dan Pas menghantar seramai mungkin ahli dan kalau bolih perhimpunan itu biar menjadi lautan hijau ,arahkan ahli Pas pakai baju hijau.ini tidak ,tidak benarkan ahli Pas ikut serta sebab bukan Pas yang anjurkan,apa punya pemikiran jumud,mereka lupa dengan sikap begitu Pas akan dijauhi terus dari arena masyarakat majmuk Malysia ini.DAN itu lah HADI ,ini belum lagi fatwa pujangga dari HARON ,

asri adnan berkata...

Cakap2 dan saranan pemimpin PAS kini aku rasakan seperti hembusan bayu sahaja, tak perlu nak beri perhatian lebih2.

Tanpa Nama berkata...

heheheheheheeh..hahahahahaaha...hohohohohooho..kikikikikiki

Tanpa Nama berkata...

JENIS KATAK BAWAH TEMPURUNG MACAM TU LA
JENIS KERA SUMBANG MACAM TU LA..
JENIS SUKA PONTENG MEETING MACAM TU LA
JENIS MEMBANGGA DGN KUASA VETO MACAM TU LA
JENIS MERASA DIA SAJA YANG BETUL MACAM TU LA
JENIS PERASAN DIA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN MACAM TU LA
JENIS TERMAKAN HASUTAN MUSUH MACAM TU LA
JENIS KEPINGIN NAK BER UG MACAM TU LA
JENIS DAH NYANYOK MACAM TU LA

Tanpa Nama berkata...

Dulu ingat PAS cuma U Turn.Rupa nya na kena roundabout (bulatan) senang PAS main pusing2.Atau kita buat funfair merry go round utk President dan gang2 dia

Rozaini Ghazali berkata...

Mintak TITM keluar PAS..presiden terlalu ego..bukan ajaran Islam..peribadi TITM lebih dekat dgn GHB..

Sam Sung berkata...

Salam gb
Wahai ahli2 PAS lihat lah perangai ulamak2 PAS skrg..kpd pewalak2 sekelian,renungi lah dlm2 kelaku ulamak2 korg ni...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah pru 13 PR menang,sudah tentu hadi sudah usung semua anak beranak isi jawatan2 penting dlm kerajaan ..yalah sbb nk tumpang tuah untuk senang lenang..inilah jenis manusia tamak,bongkak ego dan tak sedar diri..jusl agama utk kesenangan dunia..pengikut2jadi keldai dokong buta tuli

Tanpa Nama berkata...

PAS for All sudah bertukar jadi PAS for Walauns

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu taksub mencemoh TITM. Halusi dulu kenyataan2 dan tindakan yg Tuan Ibrahim lakukan. Kalau kita dengan berlapang dada mengamati kata-kata TITM kita akan dapati bahawa TITM sebenarnya KONSISTEN pendiriannya. Sudah berapa kali TITM buat U turn? 2 kali, 3 kali, 4 kali? Itu lah bukti yg terang lagi nyata bahawa TITM sungguh konsisten dalam pendiriannya buat U turn.

Abootarbus berkata...

Betul kata asri adnan, anggap Paih macam kanak2 nak main politik saja, maka hukum dikeluarkan memenuhi kehendak dia........hadi bukan ulamak yg harus diikuti, ini yg pasti. TITM terima kasih atas usaha kamu, kami paham dan kami akan mengingati ia sampai bila2.

bat8 berkata...

Apa maknanya U Turn TITM ini?

Maknanya TITM adalah Ti.mbalan Presiden kayu, takde kuasa jawatan untuk bercakap bagi pihak PAS. Maknanya juga, TITM ini berada diluar kelompok " innet circle" kepimpinan PAS sekarang yg diketuai oleh HH. Rasanya suara Azli Taliban lagi mempunyai authority berbanding dengan kenyataan TITM

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak hantar 3 wakil?
Itu menunjukkan ada hubungan dgn ghb.
Tak payah la hantar wakil.
Buat menyemak aje.

Buat sendiri la.
Apa nak sibok2

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya akan hantar 3 wakil.
Ini maknanya pas sudah kuattt
.cina, melayu, india mat salih semua undi pas
Semua umnobn akan tergolek dog

Tanpa Nama berkata...

Titm kena buktikan beliau ikhlas berjuang dgn meletak jawatan dan join ghb.kalau x,jgn ckp berdegar2 uturn2 rakyat dh bosan.mmg dahulu imej titm agak bersih sedikit drp ulamakcai yg lain.tetapi skrg nampak sama je dgn ulamakcai2 yg sewaktu dengannya.kalau perangai titm sama dgn ulamakcai lain.sila jgn kacau ghb.buatla urusan anda.jgn sebuk hal org lain.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Pas tak payah menyibuklah, kat Parlimen menikus dan ponteng..

Tanpa Nama berkata...

Aku nampak haji hadi ni macam kera sumbang.

Tanpa Nama berkata...

ada blog kata titm ni dulu geng ustaz forum perdana. dia ni ambil master psikologi di um. dgn kepakaran dia, dia pasti pandai manipulasi org.

ingat lah gambar dia main air di tasik kenyir bersama geng ug sms persidangan pas perak.

My Kakak berkata...


Tersangatlah elok kita biarkan PAS buat program nya sendiri.

Kan mereka sanggup bersiku lutut?
Kan mereka mampu berdikari?
Kan mereka mencari keredhaan Allah semata2?

Kali ni kita bagi la can untuk bos bos mereka
merasai semburan air asid, provokasi SB dan hidangan lokap.

Atau mungkinkah mereka akan mendapat layanan istimewa
kerana sudah mesra Najib?

Jeman berkata...

Aku x phm nape org masih nk wala dgn org ganu kpala batu ni, maaf ckp byk org ganu yg aku kenal ni la peel dia.. degil n ego xde sebab pastu nk suh kite je dgr ckp diorg...

Tanpa Nama berkata...

PAS hanya hantar 3 wakil - Laksamana DO RE & MI!

tanya sama itu hud hud berkata...

Ding ayang jadi timbalang perdana menteri
Hehehe

Tanpa Nama berkata...

Sebab tidak ada yang akan pakai baju hijau itulah Presiden cakap lain, Timbalan cakap lain.

Usah di harapkan PAS hendak anjur demo. Tidak ada orang yang ke depan yang berani berpaut tangan dibarisan depan. Boleh bayangkan kalau PAS buat demo macam sekolah rendah sambut maal hijrah yang di kawal oleh beberapa orang RELA !

Berapa ramai pemimpin PAS yang berani menyahut seruan PAS anjur demo. Balik-balik Hj Hadi dan TITM. PAS sepatutnya dah lantik AJK untuk tujuan anjur demo sendiri bukan setakat lantik wakil. Jika PAS buat juga demo, kena lah guna nama lain, jangan guna BERSIH.

Hudud boleh di tangguh, ini kan pulak demo. Sebagai pakar psykologi, mana kaki penipu dan yang mana yang bercakap benar sepatutnya dapat di ketahui oleh TITM. TITM sepatutnya boleh menegur Hj Hadi dengan mengunakan psikologi tapi semakin lama Hj Hadi semakin teruk.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

BERSIH ada Ambiga.

Maka PAS guna lah Rashid bekas Pengurusi SPR yang mengaku sudah tidak takut lagi kerana ingat dengan maki kira hebat lah.

Kan dah susah. Sendiri yang cari susah. DAP tidak boleh terima apa yang PAS katakan. Malu lah bila bersama-sama DAP semasa demo BERSIH. Kata dah putus hubungan.

Ini ada cadangan PAS tidak perlu buat demo sebab demo ini cuma nak tunjuk kekuatan dan sokongan bukan pun pasal nak pilihanraya BERSIH. Yang baik untuk PAS ialah buat Solat Hajat Perdana.



Tanpa Nama berkata...

Tidak ada apa lagi yg tinggal pada PAS melainkan cakar harimau serta siku dan lutut sahaja.

Pemimpin PASCAI UG masih perasan kuat dan mendapat sokongan ramai. Tidak berpijak di bumi nyata. Kemenangan ADUN dan MP kamu masa PRU13 dulu adalah hasil pangkah org bukan islam...hasil pangkah pengundi atas pagar dan juga hasil pangkah rakyat yg menyokong PR termasuk undi ahli umno pkr dan dap.

Bukan kamu menang sbg ADUN atau MP sebab undi dpd ahli PAS semata mata. Kamu tengoklah sendiri hasil kebodohan kamu masa PRN Sarawak dlm masa yg terdekat ni nanti. Ketololan yg dilaungkan oleh tuan presideng akan menghempap parti kamu sendiri.

Mr Oren berkata...

Tidak mustahil sebenarnya untuk PAS memerintah Malaysia selepas PRU14. Sekiranya keadaan politik hari ini kekal, bukan pertandingan 3 penjuru tapi sekurang2nya 4 penjuru antara Pakatan 2.0, PAS, BN dan team muhyiddin. Di kawasan yang disandang oleh umno, undi Melayu akan terpecah 3 kepada totok BN, team muhyiddin dan Pas. Melayu umno takkan undi pakatan 2.0 atas faktor DAP. Katakan PAS kekalkan 16 kerusi drpd 21 yang disandangnya, rampas 16 kerusi dari PKR dan 80 kerusi Umno, PAS sudah boleh memerintah dengan simple majority dengan undi popular sekitar 30% sahaja. Nampak seperti khayalan saya semata-mata , tapi hakikatnya inilah politik Malaysia, kita bermain dengan angka.
Namun sekalipun ini berlaku, tanpa was was saya masih tetap menyokong politik inklusif Harapan Baru sebagai politik baru untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Saya berharap pimpinan Harapan Baru dapat segera membentuk jawatankuasa yang kerjanya menganalisa apa jua maklumat dan statistik.

dhoif berkata...

Pendapat mr oren tu bagus,pimpinana ghb kena ambil kira tu

Tanpa Nama berkata...

Bukan masalah hadi seorang, kerana dia dapat sokong kuat ahli ahli parti.

Masalah pas, satu pas satu ahli biasa hingga presideng, gila kuasa, busuk mulut dan pecah Amanah pengundi